Iklan

Gambar Pilihan

Gambar Pilihan
9

Khamis, 28 Februari 2008

Adat-adat Berkahwin

Adat-adat Berkahwin termasuklah aspek-aspek merisik, meminang, bertunang, bernikah dan majlis bersanding. Ketahui berapa nilai maskahwin di setiap negeri di Malaysia. Ketahui prosedur perkahwinan dan juga pilih agensi yang diiktiraf kerajaan yang mengendalikan kursus perkahwinan.


Sabda Rasulullah swt
Maksudnya: Daripada Anas r.a, katanya telah bersabda nabi S.A.W bahawa perkahwinan adalah sunnahku, sesiapa yang benci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku.

Allah S.W.T menjadikan manusia dengan fitrahnya yang ingin hidup berpasang-pasangan, berkasih-sayang, bahagia, dan dapat memenuhi tuntutan syahwatnya melalui cara yang halal. Fitrah tersebut dapat dilaksanakan melalui ikatan perkahwinan yang sah.

Masyarakat Melayu begitu berpegang teguh dengan adat resam kerana ia adalah budaya atau cara hidup. Jika tidak dilakukan, akan berasa janggal dan mungkin dikata orang sekeliling. Jika meriah majlisnya, makinlah rasa bangganya mempelai dan juga ibubapa yang pasangan yang berkahwin itu. Setidak-tidaknya upacara yang dikehendaki dalam hukum islam seperti akad nikah harus diadakan bagi membolehkan perkahwinan itu diiktiraf sebagai sah. Niat untuk berkahwin itu haruslah betul. Dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu, terdapat beberapa peringkat penting.

ADAB MERISIK

Cincin belah rotan yang dibawa semasa merisik

Seperti lagaknya penyiasat, bakal menantu harus juga dirisik. Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Ini penting, kerana dalam Islam seseorang itu dilarang meminang tunangan orang. Di samping itu, adat ini juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis berkaitan kemahiran rumahtangga, adab sopan, tingkah laku, paras rupa serta pengetahuan agamanya. Kadang-kadang secara berjenaka kebolehan seseorang memasak juga ditanya. Jika seorang perempuan itu diketahui sudah tidak dara lagi, nilai hantaran belanja kahwinnya akan terjejas. Lazimnya adat ini akan dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki seperti ibu atau bapa saudaranya. Sebelum datang biasanya jumlah rombongan pihak lelaki akan ditetapkan dengan pihak wanita.

Bagi pihak si gadis pula, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan sebelum menerima lamaran pihak lelaki antaranya ialah lelaki tersebut perlulah mempunyai latar belakang agama serta mempunyai pekerjaan yang baik serta mampu menyara wanita terbabit.

Adakalanya semasa merisik, wakil lelaki tersebut akan memberikan sebentuk cincin tanya berupa cincin belah rotan dan jika pihak gadis bersetuju mereka akan menetapkan tarikh untuk peminangan dan juga perkahwinan. Ada kalanya hantaran untuk perkahwinan juga ditetapkan. Ada sesetengahnya juga membawa beberapa dulang hantaran. Merisik ini biasanya dilakukan oleh mereka yang berasal dari utara Semenanjung. Sesetengah pihak menganggap upacara ini tidak perlu diadakan kerana kadangkalanya pasangan telah keluar bertahun-tahun dan amat dikenali oleh ibubapa masing-masing. Oleh sebab itu adat merisik jarang dilakukan lagi, justeru itu mereka akan terus menjalankan adat meminang untuk menjimatkan kos dan masa.






Jika anda berminat untuk mendapatkan sample PERCUMA, sila klik iklan dia atas.

25 sebab suami 'mental'!!

1. Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak walaupun ianya benar ie. "hubby i tu kan kan..memancing ikan pun dia tak tau.. bla bla bla "

2. Menganggu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan selalu dimasa yang salah. ie. "hello abang ada meeting ker tu, sorry la cuma nak cakap..malam nih kita goreng taugeh dan tauhu cicah sos toamto jer ..ok tak "

3. Terlalu suka mengemas rumah / mengalihkan barang sampai suami tak jumpa barang-barang yang disimpan beliau.. ie. "kita dah simpan pancing tu kat dalam stor, entah la ikat kat atas palang mana satu.."

4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar dan menyusun surat khabar dengan cara yang amat salah..sampai tidak dijumpa mana-mana seksyen yang hendak "bang, sport section tu ayang dah buat bungkus buah papaya....dah mengkal merah dah"

5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa-apa bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini dan sisuami tak sempat baca/tengok " ie. eh kita suka la news pasal TV plasma tu..kita dah potong simpan..."

6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari opis sedangkan nak pergi pasar/supermarket cuma esok sahaja atau baru semalam telah ke pasar. ie. "bang.. semalam kita tersinggah SPA, lupa beli garam,gula beras dan susu budak kat TESCO sebagaimana dalam list....boleh singgah tak mana mana ..pleaze "

7. Tidak memberi arahan/instruction yang jelas kepada suami bila menyuruh dia membeli sesuatu dan kemudian memarahkan/menyalah kan suami. ie. "saya kata beli susu cair dan ising gula, apsal awak beli susu dugro dan gula getah ...kan lain tu"

8. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami terlebih dahulu ie. "i dah confirm malam Jumaat nih nak party tupperware kat rumah cik minah,you tak ada program tahlil kat mana mana kan ?? "

9. Mengubah barang, tempat buku atau tools atau apa-apa setting di PC tanpa memberitahu suami. ie. "screensaver u tentang gambar 80 kilo marlin dengan you tu i dah tertukar jadi gambar Farhin Ahmad..."

10. Bercakap/bersembang di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas 10 pm bilamana nak beristirehat dan ber...ber... .ie. " pot pet pot pet pot pet pot pet pot pet pot .."

11. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang kerumah tanpa izin suami. ie. "malam nih i jemput lina dan anum datang dinner rumah sebab hubby dia orang outstation, ok kan kan kan "

12. Berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak dan kain batik lusuh dan rambut tak terurus serupa langsuyar dan muka tak bermekap serupa mayat dirumah... tapi cukup segak dan cun bila nak keluar rumah. ie. "..oh baju-baju cantik tu cuma untuk ke kenduri kawin dan dinner jer, kat rumah pakai coli koyak pun dah cukup seksi kan bang .."

13. Mengambil masa yang cukup lama bila bersiap macam pengantin bila nak keluar kemana-mana dan membuatkan suami tertunggu dan terus tertidur. ie. " sorry la i tak tau baju kebaya mana yang paling jarang so kena pilih betul betul .."

14. Dengan sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih untuk dipakai dihari berkenaan. ie. " eh baju tu masih berendam dalam besen lagi..nak pakai jugak ke baju basah tu.."

15. Dengan sengaja atau tidak sengaja menyebelahi anak anak bila suami sedang hot dengan budak budak tu..ie. "..eh biarlah budak budak tu pergi ladies night, bukan nak tinggal rumah kawan dia tu seminggu.."

16. Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti dan hanya bersiap bila nak dekat asar sahaja. ie. "...nak mandi buat apa awal awal bukan nak pergi jalan jalan mana pun.."

17. Suka melengah lengah kan masa bila nak bersolat berjemaah atau beribadat dengan melencong ke dapur, bilik budak budak atau buat benda benda lain. ie. "..awak solatlah dulu, saya nak abiskan rancangan Melodi nih.."

18. Mengganggu suami yang sedang tengah tengok tv. ie. "pasukan hijau kuning tu sampai mati tak akan dapatkan Kaka, mari tolong saya potong ayam nih.."

19. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami untuk bercerita jugak. ie. " u tau tak kat opis tadi, i rasa nak massacre client tu u tau tak.. then lagi, waktu balik tadi nasib baik opis boy tahan I ..then lagi tak tak ...then today.. then tadi..u tau tak...semalam u nak tau....bla bla bla bla."

20. Membebel dan berleter tak renti-renti tentang hal-hal yang amat kecil dan di ulang tayang semula tiap tiap hari. ie. " i dah kata jangan kasi budak budak tu prepaid, kan sekarang dah ...bill bla bla bergayut bla bla bla bla...ini semua salah you"

21. Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa. ie. " eh cik abang,awak nih ada affair ke apsal sms beep beep beep tak henti henti nih...GRO universiti mana pulak awak nak nih..."

22. Menceritakan hal rumah tangga pada orang lain dan memburuk-burukkan suami @ keturunan suami @ asal usul suami. ie. "..eee u tau tak hubby i tu makan makanan petai jeruk.. eeeii peliknyer!!"

23. Dengan sengaja atau tidak, gagal memasak masakan yang suami nak makan. ie. "..apsal u tak cakap tadi kata u nak makan gulai kari dan rojak pasembor...i dah masak pai daging dan spaghetti kambing .."

24. Meminjamkan harta-benda suami pada orang lain tanpa kebenaran. ie."..adik u datang tadi nak pinjam berus gigi, sebab dia punya dah rosak.."


DAN AKHIR SEKALI

25. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang munasabah di malam Jumaat. ie. "..you tidurlah dulu, i nak habiskan tengok drama susuk nih dulu then nak masak nasi lemak siap siap untuk breakfast dan nak masukkan pakain dalam laundry then kemudian nak kacau dodol....."


'Do not allow things you cannot do stop you from do things you can do'

Rabu, 27 Februari 2008

Perkara Yang Perlu Kita Buat Apabila Kita Kecewa


Resam manusia tidak lari dari perasaan kecewa. Adakalanya begitu sukar untuk kita menerima kekecewaan itu sehingga kita terfikir untuk melakukan perkara-perkara yang mungkin kita tidak terfikir sewaktu kita di dalam keadaan normal.


Berikut adalah perkara perkara yang perlu kita buat untuk mengelakkan kita daripada terus mengalami trauma kecewa tertonggeng-monggeng dan sukar menerima hakikat diri.


1. Dalam keadaan yang amat kecewa itu. Kuatkan semangat anda. Pergi ke tempat yang ada ramai orang. Bagi setiap orang yang ada temui, tanya kan mereka. “Sudahkah anda menjelaskan cukai pendapatan anda?”


2. Beli makanan banyak banyak (sebaiknya makanan basah yang tidak tahan lama) jangan letakkan dalam fridge. Dari sehari ke sehari, perhatikan perubahan yang terdapat pada makanan tersebut. Rekod dalam buku nota anda sebarang perubahan yang berlaku seperti pergerakan ulat, kulat, spora dan sebagainya.


3. Jika kita rindukan detik detik waktu bergayut di telefon, dan kita terasa begitu sukar untuk melupakan tabiat lama kita itu. Cepat-cepat angkat telefon, dail sebarang nombor 103 Telekom Malaysia. Petugas petugas Telekom Malaysia bersedia melayan sebarang pertanyaan anda. Sekiranya anda di marahi. Bagitahu mereka yang anda baru di kecewakan dan memerlukan seorang untuk anda luahkan perasaan anda.


4. Sekiranya anda terasa terlalu rindu sehingga tidak dapat melelapkan mata. Bangun !!!! Berdiri dan buat senaman ringan sebanyak 8 kali setiap sesi. Kemudian pergi ke dapur, alih semua almari dan peralatan yang hampir dengan dinding. Perhatikan sebarang pergerakkan lipas dan semut. Ekori mereka. Mereka mungkin, perompak yang di kehendaki oleh polis. Anda telah membantu menangkap penjenayah !!!


5. Anda rindu mendapat email dari si dia? Bukak account email baru yang dekat-dekat namanya macam email kekasih anda, dan compose email berbentuk cinta dan rindu. Hantarkan kepada email anda yang selalu anda gunakan untuk berhubung dengan dia. Taraaaaa!!! Checklah email anda yang asal itu. Anda pasti gembira mendapat email yang seolah-olah dari dia.


6. Marah pada dia? Itu adalah normal ! Ambik bantal peluk anda. Pakaikan bantal peluk anda seperti anda ingin kekasih anda bergaya. Letakkan di hujung katil. Apabila anda telah bersedia, hamburkan segala yang terbuku di hati anda. Luahkan segala galanya. Tapi awas, jangan sampai ada berlaku penderaan pada bantal kekabu anda. Sebarang luka luka dan lebam tidak di benarkan. Selepas anda rasa puas memarahi bantal tersebut. Bukakan pakaian dia, dan check sama ada berlaku sebarang pendarahan ataupun tekanan emosi pada bantal tersebut. Sekiranya tidak ada, peluk lah bantal tersebut dan tidur seperti biasa. Ulangi langkah tersebut sekiranya anda tidak berpuas hati dengan mainan dalaman anda.


7. Bukak tv dan tontonilah cerita cerita aksi. Bayangkan kekasih anda itu adalah orang jahat dan anda hero dalam filem tersebut. Setiap kali ada adegan tembak menembak, pastikan anda melakukan aksi yang sama di depan tv. Semestinya anda akan berasa satu kepuasan apabila cerita tersebut tamat dan penjahat itu mati di tangan anda.


8. Jangan dengar lagu lagu yang boleh mengingatkan anda kepada si dia. Anda masih di benarkan mendekati radio, tetapi putarkan lagu-lagu yang anda benci seperti keroncong, lagu lagu melayu deli dan juga irama asli. Bayangkan anda sedang menyanyikan lagu tersebut di telinga si dia, dan pastinya si dia akan menyampah apabila mendengarnya. Serikan nyanyian anda dengan aksi-aksi dan memek muka yang menjelekkan menandakan anda begitu marah dengan sikap si dia yang mengecewakan anda.


9. Tanam segala harta benda pemberian si dia. Kalau boleh poskan kesemuanya ke alamat rumah nenek anda untuk di simpan di sana. Berilah kebenaran untuk nenek anda menggunakan apa yang dia rasa perlu. Contohnya teddy bear, biarkan nenek anda tidur dengan teddy bear tersebut. Anda pasti merasa satu melihat nenek anda gembira tidur berteman dan anda akan dapat melupakan si dia dengan pantas.


10. Untuk jalan mudah menenangkan hati dan fikiran anda ketika anda di kecewakan oleh pasangan anda? Lakukan semua perkara yang anda lakukan dalam keadaan terbalik. Anda berjalan terbalik. Anda menekan pedal minyak kereta dengan kaki kiri. Anda tidur berbaring. Anda menyapu dalam keadaan terlentang dan sebagainya. Variasi kan pergerakkan anda. Ingat, setiap aksi yang anda lakukan memerlukan anda untuk belajar gaya baru. Anda pasti seronok dengan perkara baru yang anda lakukan ini. Dan dengan mudah anda akan dapat melupakan si dia dalam sekelip mata sahaja.


Selamat mencuba !

Abang nak berPOLIGAMI..

Oppsss!!!!...Setting "lari" plak...heheh...nak senang baca, copy & paste kt MS WORD, pastu besarkan Font.

Cerpen : Abang nak berPOLIGAMI.


"Abang, minta izin untuk nikah sorang lagi,"

Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu.
Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.

Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga
dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk,

mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang.
Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.

Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju
ke
dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan.

Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya,
mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa
puterinya

kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian
beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang
berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.

Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam,
membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga
hampir 16tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang
bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina,
gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di
jabatannya
benar-benar membuatkan dia lemah.

"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan
2
keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah
apabila dia berdepan dengan Aliyah. "Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis
sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan
seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak
Qis.
Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi,
selesai
solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti
kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak.

Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar
menjerat hatinya.

"Abang, Aliyah setuju dengan permintaan Abg. Tapi, Aliyah nak berjumpa
dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia
tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna,
baik
tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja,
boleh?" pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah
buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju.
Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang
bukan-bukan.

Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah
isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya.
Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang
ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang
disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah
cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah
sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya
senyuman daripada Aliyah.

"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abg," terjegil bulat mata Qis
yang berwarna hijau. "Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk
Qis.

"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?" "Takutlah Qis, silap
haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin.

"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abg dah lama hidup
dengannya. Abg faham,"

Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa
dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama
membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak
membuli aku. Desis hati kecil Qistina.

Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia
merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.

Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana
Qistina pergi.Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina
untuk
ditemuduga
oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid
Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia
tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama
dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid.
Kemudian
menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu
adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman
Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi
dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra,
dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak
Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis
air
matanya.

Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu.
Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya
layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon
madu Aliyah.

Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. "Qis minta
maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abg jadikan isteri. Qis
tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya utk
bersama Abg," Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.


************************************************************************


Kepada:

Asraf Mukmin,

Suami yang tersayang...


Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir
saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,

Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa
mengiringi jejak langkahmu.

Abg yang dikasihi,

Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima
kasih kerana Abg membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu
cantik.Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah
yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut
peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tak sanggup Abg
diheret ke
neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abg sendiri pun, masih
belum termampu untuk dijawab di akhirat sana, apatah lagi Abg nak
menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abg...

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah
lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tahu selera Abg
hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau
selera Abg sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita
sekeluarga
singgah di sebuah restoran western food, Abg muntahkan semua makanan
western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah
mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah
sayangkan Abg...

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya.
Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada
zuriat Abg yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar
anak-anak Abg nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi,
kalau
dia
sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan Abg...

Abg yang disayangi,

Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah
tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abg
mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abg
mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

Abg yang dicintai,

Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah
tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak.Jika
munajat Abg di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abg ini, ambillah
borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap,
Qistina telah berada di sawarak. Menunggu Abg...Aliyah sayangkan Abg...
Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk
dijadikan
isteri
Abg, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah
sayangkan
Abg.

Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk
Abg..tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran
Abg, roti canai..air tangan Aliyah.


Salam sayang,

Aliyah Najihah binti Mohd Hazery


Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah
bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!

Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!!!!


****************************************************

MORAL OF THE STORY : Bersyukurlah dengan apa yg kita ada. Cinta pada
kecantikan tidak akan kekal selamanya.. You would only appreciate
things

when you lost it..

Selasa, 26 Februari 2008

Petua Mencantikkan Wajah ..

Apa yg mencantikkan wajah?

Al-Ahnaf Bin Qais merupakan salah seorang ulama yg terkenal di zamannya. Suatu hari seorang pemuda dari suku kaum Tai’yi berkunjung ke rumahnya. Rumah Al-Ahnaf memang sentiasa dikunjungi oleh orang ramai terutamanya anak-anak murid dan sahabat handainya. Mereka yg datang itu adalah utk tujuan belajar dan menuntut ilmu dari beliau. Bagaimanapun, kedatangan pemuda dari suku Tai’yi ini amatlah menarik perhatian Al-Ahnaf.

Ahnaf mendapati pemuda ini sangat segak dan tampan, berbeza dari pemuda yg sebaya dengannya. Lalu Ahnaf pun bertanya, “Wahai anak muda! Adakah kamu menghiasi wajahmu dengan sesuatu?”

Jawab pemuda tersebut, “Memang benar, saya ada menghiasi wajah saya dengan sesuatu iaitu jika saya bercakap saya tidak pernah bercakap bohong. Kalau ada orang yg sedang bercakap, saya hanya duduk diam dan mendengar. Jika saya berjanji, saya akan tepati janji itu, dan jika saya diberikan sesuatu amanah, saya tidak akan mengkhianatinya.”

Mendengar jawapan yg bernas itu, maka berkatalah Al-Ahnaf, “Benar kata-katamu itu wahai anak muda. Sungguh engkau telah menghiasi dirimu dengan akhlak yg mulia”.

___________

Ehm...apa yg terzahir secara jasmani sebenarnya adalah terpancar dari rohani kita... sekiranya rohani kita baik...insyaAllah, jasmani kita pun baik juga...

Sekadar peringatan untuk diri sendiri juga...

AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA...


LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa
gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak
perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.


BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan
sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya
terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya
perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya, kalau
buat tak baik, dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??


Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun
begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.


Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.
Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung
dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih
panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa- dosa yangditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT.
Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah
kira-kiranya.

WANITA :

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari
suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.


Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada
pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat
yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar
bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali
lebih utama dari bapanya
. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik
peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki
menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan
anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).


Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggung jawabkan terhadap 4 wanita :
1. ibunya
,
2. isterinya
,
3.anak perempuannya
, dan
4. saudara perempuannya.


Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4
org lelaki ini
:
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya
.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja
:
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan

4. menjaga kehormatannya
.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat
akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....


Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki
, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi
pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang
mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..


"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu
berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu
bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya".(Ali- Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

Isnin, 25 Februari 2008

Gaya Hidup Sihat

Islam sebagaimana yang difahami merupakan satu gaya hidup yang
lengkap dengan pelbagai panduan yang mencorakkan kesempurnaan
ajarannya. Oleh yang demikian, umat Islam sudah semestinyalah tidak
akan teraba-raba dalam mengharungi alam yang fana ini dalam keadaan
yang tidak pasti atau dalam keraguan. Ini termasuklah isu yang
berkaitan dengan seksualiti yang merupakan aspek kehidupan yang amat
peribadi bagi seseorang individu itu. Islam sentiasa cuba memberi
panduan untuk mereka agar tidak timbul rasa bersalah di kemudian
hari.

Remaja pula merupakan satu kelompok masyarakat yang amat besar
nilainya bagi umat Islam. Mereka adalah bakal pemimpin dan pendakwah
yang akan meneruskan kesinambungan masyarakat dan tamadun bangsa
mereka. Sebagai pemimpin dan pembela di masa yang akan datang, mereka
itu wajar dibela dan dipelihara sebaik mungkin. Di samping
menyediakan suasana yang mampu meningkatkan potensi perkembangan dan
kecemerlangan diri mereka, para remaja juga hendaklah dididik dan
ditunjuk ajar tentang pelbagai perkara yang baik. Mereka juga
hendaklah diasuh untuk sentiasa meningkatkan keupayaan diri sendiri
dengan memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan maklumat
yang baik serta kemahiran-kemahiran tertentu.

Era globalisasi kini telah mendedahkan para remaja dengan pelbagai
gaya hidup dan persekitaran yang amat luas dan mencabar. Cabaran dan
dugaan yang luas ini adalah tidak terhad, termasuklah aktiviti
kehidupan peribadi mereka yang berkait dengan aktiviti seksualiti. Ini
merupakan satu isu kerana para remaja pada era ini lebih terdedah
dengan implikasi berkaitan aktiviti seksual. Pada asasnya, aktiviti
seksual remaja kini berlaku akibat daripada aktiviti gaya hidup
bersosial yang terlalu bebas dan tiada had. Kajian klinikal di
Amerika mendapati bahawa golongan remaja dan belia yang berusia
antara 17 dan 30 tahun adalah golongan yang paling ramai dijangkiti
pelbagai penyakit jangkitan seks. Trend ini dijangka akan berterusan
memandangkan remaja adalah golongan yang paling aktif dan seterusnya
menjadikan mereka sebagai golongan yang paling berisiko tinggi
dijangkiti penyakit kelamin. Selagi perubahan gaya hidup sihat tidak
diamalkan, para remaja akan terus menjadi kumpulan utama dijangkiti
pelbagai penyakit jangkitan seks dan juga kumpulan teramai yang
menyebarkan penyakit jangkitan seks dalam masyarakat.

Gaya hidup sihat adalah gaya hidup yang mengutamakan amalan
kesihatan dan pencegahan jangkitan penyakit. Trend semasa menunjukkan
bahawa kebanyakan penyakit merbahaya berlaku akibat daripada amalan
gaya hidup yang tidak sihat. Malah, kebanyakan jangkitan oleh
bakteria, virus dan kulat juga disebarkan oleh aktiviti gaya hidup
yang tidak sihat ini. Sebagai contohnya, penyalahgunaan dadah boleh
menyebarkan HIV yang mengakibatkan AIDS. Ketagihan alkohol pula boleh
menyebabkan penyakit kongenital, sindrom otak organik dan lain-lain.
Perlakuan seks bebas boleh menyebabkan jangkitan penyakit kelamin
seperti syphilis, gonorrhea, chlamydia, herpes dan sebagainya,
termasuklah AIDS. Gaya pemakanan yang tidak seimbang pula boleh
menyebabkan penyakit kardiovaskular, obesity, kencing manis, darah
tinggi dan sebagainya.

Di seluruh dunia, amalan gaya hidup seks bebas dan tidak sihat telah
menjadi punca utama pelbagai penyakit jangkitan seks seperti yang
telah disebutkan di atas. Dan kini, insiden ini amat ketara pula di
kalangan remaja. Menurut anggaran WHO atau World Health Organization,
setiap tahun, setiap seorang daripada 20 orang remaja akan dijangkiti
penyakit kelamin. Dan daripada 333 juta kes baru penyakit jangkitan
kelamin, 111 juta kes berlaku di kalangan belia berusia bawah 25
tahun. Jangkitan syphilis akan meningkat ke tahap tertinggi bagi
golongan berusia antara 15 dan 30 tahun berbanding kumpulan umur
lain. Setiap tahun, purata lebih daripada separuh kes baru HIV adalah
di kalangan belia berusia antara 15 dan 24 tahun. Di Amerika,
terdapat 2 kes baru jangkitan HIV dalam tempoh satu jam, manakala di
Malaysia terdapat 13 jangkitan baru setiap hari, sebagaimana menurut
Kementerian Kesihatan (BH, Mei 17, 1999).

Trend ini akan berterusan dan akan menjadi bertambah buruk melainkan
amalan gaya hidup sihat menjadi teras kehidupan. Islam sememangnya
sudah menyediakan garis panduan tersendiri sebagai asas kepada amalan
gaya hidup yang sihat ini terutamanya dalam mencegah penyakit
jangkitan kelamin. Dalam al Quran, surah Al Isra', ayat 32 bermaksud

`dan janganlah kamu hampiri zina, kerana ia adalah seburuk-buruk
perbuatan, yang membawa kepada kejahatan'.

Daripada ayat ini, dengan tegas Allah memerintahkan umat Islam supaya
menjauhkan diri daripada perzinaan, apatah lagi melakukannya. Ayat
ini juga melarang manusia mendekati sebarang punca yang boleh membawa
kepada terjadinya zina. Mereka ditegah sama sekali melibatkan diri
dengan perkara-perkara yang mencetuskan zina seperti menonton filem
atau membaca majalah lucah, bercerita tentang sesuatu yang lucah,
menjual atau membeli barangan berunsur kelucahan, bercampur gaul
dengan bebas antara lelaki dan perempuan, memberi isyarat berunsur
seks dan sebagainya. Semua faktor ini mendorong kepada perlakuan seks
yang tidak sihat. Lebih baiklah menjauhi semua perkara ini sebelum
terjadinya perzinaan.

Pendekatan yang diberikan oleh Islam ini lebih bersifat
behavioristic dan praktikal serta menjurus kepada kaedah pencegahan.
Ia menuntut agar umat manusia tidak membiarkan diri mereka terjebak
ke kancah perzinaan dan kemaksiatan yang jika terjadi akan membawa
kepada pelbagai implikasi buruk yang mungkin akan melibatkan
perbelanjaan, usaha dan tenaga yang banyak bagi tujuan rawatan dan
perubatan. Malah, kadang kala nyawa pula yang akan menjadi
pertaruhannya.

Remaja pula sebagai satu kelompok yang kurang matang (walaupun waras)
sering gagal menilai implikasi tersebut. Apa yang terlintas di
fikiran mereka hanyalah keseronokan tanpa menilai risiko dan kerugian
yang akan dialami kemudian. Berfikirlah, apakah mereka sekadar ingin
menikmati keseronokan yang sementara sifatnya tetapi akhirnya
terpaksa menanggung kerugian dari segi kewangan, kesihatan dan
mungkin nyawa. Amalkanlah gaya hidup sihat sebagaimana yang telah
diajar oleh Islam.

Adakah masalah kesihatan mengganggu hubungan anda? Dapatkan tips, nasihat & panduan kesihatan secara PERCUMA

Jangan Ada Benci


Seorang wanita dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh meriah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan.

Beberapa bulan kemudian, si suami berkata kepada isterinya:

"Sayang, abang baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita", katanya sambil menunjukkan majalah tersebut. "Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia ...".

Isterinya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama. Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing.

Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya. "Abang akan mulai dulu ya", kata suami. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 2 muka surat ... Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri isterinya, ia memperhatikan bahawa airmata isterinya mulai mengalir...

"Maaf, apakah abang harus berhenti ?" tanyanya.
"Oh tidak, teruskan ..." jawab isterinya.

Lalu si suami melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia, "Sekarang giliran sayang pula membacakan senaraimu".

Dengan suara perlahan isterinya berkata, "Sayang tidak mencatat sesuatupun di atas kertas sayang. Sayang berfikir bahawa abang sudah sempurna, dan sayang tidak ingin mengubah akan diri abang. Abang adalah diri abang sendiri. Abang kacak dan baik di sisi sayang. Tiada satupun daripada peribadi abang yang sayang dapati kurang ..."

Si suami tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati isterinya... bahawa isterinya menerima dirinya seadanya. Dia kemudian tertunduk dan menangis...

P/s: Sebelum kita mencari kekurangan orang lain, carilah kekurangan diri sendiri. Adakah kita cukup SEMPURNA untuk dibandingkan dengan orang lain?... Kalau jawapan nya YA, maka kita berbohong atau kita PERASAN.

Kerana tiada manusia yang SEMPURNA dalam dunia ini dan sentiasa ada yang perlu diperbaiki... wallahua'lam...

"Hakikatnya orang-orang yang menyayangi diri kita kerana kelebihan kita dan menerima segala kelemahan kita, sudah pastilah orang ini adalah sangat ikhlas menyayangi diri kita... INSYA ALLAH."

Jumaat, 22 Februari 2008

Memahami Perasaan Lelaki

1. Hidup lelaki lebih mudah
Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding wanita. Kerana itu, lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk bahasa kiasan oleh wanita. Wanita suka berkias dan berharap lelaki faham, tetapi lelaki lebih suka jikanya dijelaskan dengan bahasa yang mudah dan jelas, secara berterus terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.

2. Bahasa lelaki adalah berlainan
Lelaki bercakap dengan bahasa yg berlainan. Ini yg menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang dari kata-katanya jika dia bercakap dgn wanita, adalah berbeza drpd yg dimaksudkan. Ini bukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bg wanita utk memahami lelaki dr apa yg dilakukan berbanding dr apa yg dikatakannya. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata

3. Lelaki suka membisu
Wanita berkebolehan untuk membincangkan sesuatu subjek yg sensitif dan berdukacita sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti tetapi lelaki masih lebih suka menyembunyikan dan membisu.

4. Lelaki tidak kompleks (contoh bg yg dah kahwin)
Jika terdapat semua tanda yang menunjukkan bahawa seseorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumahnya, menyediakan makanan utknya dan melakukan hubungan kelamin secara kerap dgnnya, wanita harus percaya bahawa itulah yg lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikir secara primitif ttp lelaki memang sedemikian. Wanita biasa menganggap lelaki sebagai kompleks ttp sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah.

5. Jangan paksa lelaki
Bila wanita mendesak lelaki agar mendedahkan perasaannya, mungkin lelaki itu akan mendedahkan sesuatu yg wanita itu tidak suka mendengarnya. Maka adalah lebih baik jgn bertanya dan menyelidik ke akar umbi. Lebih baik bagi wanita membaca bahasa badan lelaki, matanya atau perubahan mendadak dlm corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaaannya suka membaca ttp tidak melakukannya, mungkin pada ketika itu fikirannya sedang bercelaru.

6. Lelaki berahsia dengan lelaki lain
Tidak sebagaimana wanita yang lebih mudah utk bercakap dgn wanita yg lain mengenai masalah, harapan dan kebimbangan yg amat rahsia dan peribadi, adalah sukar bagi lelaki utk menjadi mesra secara verbal sedekimian rupa. Utk melakukannya, lelaki memerlukan kekuatan dan keberaniaan yg tinggi. Bukan hanya berahsia dengan sesama lelaki, malahan juga dengan pasangannya. Lelaki paling pandai berahsia.

(p.s bukan utk mengaibkan lelaki tetapi sebagai panduan utk perempuan mendampingi, mengenal hati budi, malah ia boleh dianggap tip utk perempuan menambat hati lelaki)

Mencari keberkatan hidup

Kisah-1

Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia, Salleh (bukan nama
sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama
sebenar). Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah
mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin dan
dikurniakan Allah dengan 7 orang anak. Beberapa bulan yang lepas saya
berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu selepas
solat Subuh di Masjid Kajang saya bertemu dengan Salleh. Dia terus
mengajak saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak jauh
dengan Masjid.


Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar
kami telah berbual-bual hampir lima jam. Saya ingin berkongsi tentang
keluarga Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat
keberkatan Allah.


1. Salleh bekerja makan gaji dan pendapatan bersihnya sebulan kurang dari
RM3000.

2. Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun
menjadi suri rumah sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai penghargaan
kerana isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan
kepada
ibu-bapa mertuanya setiap bulan.

3. Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200
sebulan. Bapa Salleh telah meninggal dunia.

4. Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500 sebulan.

5. Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan.

6. Di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh,
Set Sofa) serta teratur dan kemas.

7. Pelik tetapi benar, bil elektrik dirumahnya kurang dari RM20 sebulan
sedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60. TNB dah buat pemeriksaan
bahawa meter di rumahnya tidak rosak. Begitu juga dengan bil air kurang
dari RM10 sebulan.

8. Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi.

9. Bayangkan dia boleh hidup dengan Selesa walaupun gajinya kecil jika di
nisbahkan dengan keluarganya yang agak besar.


Sejak berkawan dengannya ada beberapa perkara yang saya lihat jadi amalan
dia yang patut di contohi;


1. Solat Duha menjadi amalan hariannya walaupun ketika pergi outstation

2. Solat Istikharah menjadi suatu amalan walaupun nak membeli benda yang
kecil seperti nak membeli mesin basuh.

3. Sering membaca Surah Al-Waqiah

4. Tidak terlibat langsung dengan sistem Riba. Dia menggunakan Kredit Kad
Bank Islam. Pinjaman kereta pun menggunakan sistem pinjaman Islam.

5. Buat baik kepada Ibu bapa dan Ibu Bapa mertuanya.

6. Suka menolong orang dan memberi derma

7. Semua anak-anaknya mempunyai akhlak yang baik dan jarang kena sebarang
penyakit.

8. Dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser, sekali pun tidak pernah
rosak atau menyusahkan nya.

9. Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah dan cepat.

Kisah-2

Ketika saya bujang dahulu saya sering menziarahi kawan saya, Norizam
(bukan nama sebenar) yang tinggal di Masai Johor. Pada hari Ahad itu saya
sampai di rumah Norizam selepas waktu Asar. Norizam memperkenalkan Abang
dia,
Rashid (bukan nama sebenar) yang baru sampai dari Kuala Lumpur. Rashid
berkunjung ke rumah Norizam kerana untuk menghadiri temuduga pada pagi
Isnin di Johor Baru.


Kawan saya Norizam ini, dalam beberapa hal dia tidak berpuas hati dengan
abangnya. Kadang kala saya tidak suka mendengar dia merungut tentang
abangnya. Petang itu Norizam merungut lagi iaitu abangnya datang untuk
temuduga kerja sebagai Pengurus Besar (General Manager). Gaji Rashid
sekarang ialah RM10,000 sebulan. Katanya tidak mencukupi. Dia akan minta
gaji sebanyak RM14,000 sebulan untuk tempat baru ini.


Saya pun berasa hairan gaji RM10,000 sebulan tidak mencukupi sedangkan
hanya mempunyai dua orang anak sahaja. Beberapa tahun kemudian baru saya
tahu kenapa gaji abangnya RM10,000 tidak mencukupi. Ini ada kaitan dengan
tiada keberkatan hidup.


Perkara-perkara yang pada pandangan saya menyebabkan Rashid jadi susah
ialah seperti berikut;


1. Banyak sangat terlibat dengan sistem Riba. Pinjaman Kereta, Kad Kredit,
Pinjaman Rumah, Akaun Simpanan semuanya Sistem Konvensional (Riba)

2. Menggunakan banyak kad kredit konvensional kemudian bayar pokok
sahaja.Bermakna memakan riba yang berterusan.

3. Sering bertukar kereta sebab kereta selalu bermasalah walaupun kereta
baru (Masalah kena curi dan kemalangan jalan raya)

4. Sering bertengkar dengan isteri.

5. Isteri sering masuk hospital kerana penyakit misteri.

6. Anak perempuan sulungnya yang di tingkatan tiga kena tangkap basah.

7. Suka menengking jika ada orang mintak derma.

8. Soal sembahyang lima waktu dipandang sebelah mata sahaja.


Kedua-dua kisah ini adalah sesuatu yang lumrah berlaku di sekeliling kita.
Kadang kala kita tidak sedar langsung atau tidak menghiraukan
langsunguntuk mencari keberkatan hidup.

Khamis, 21 Februari 2008

Cinta Sejati

Kenapa kita menutup mata ketika kita tidur?
Ketika kita menangis?
Ketika kita membayangkan?
Ketika kita berciuman?
Ini kerana hal terindah di dunia TIDAK TERLIHAT…

Kita semua agak aneh…dan hidup sendiri juga agak aneh….
Dan ketika kita menemukan seseorang yang keunikannya SEJALAN dengan kita..
kita bergabung dengannya dan jatuh ke dalam suatu keanehan serupa
yang dinamakan C I N T A . . .

Ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan.
Orang-orang yang tidak ingin kita tinggalkan . .
Tapi ingatlah…melepaskan BUKAN akhir dari dunia . .
melainkan awal suatu kehidupan baru . . .


Apabila cinta tidak berhasil…BEBASKAN dirimu
Biarkan hatimu kembali melebarkan sayapnya dan terbang ke alam bebas…
LAGI..
Ingatlah…bahawa kamu mungkin menemukan cinta dan kehilangannya . .
tapi..ketika cinta itu mati . . .
kamu TIDAK perlu mati bersamanya . .


Orang yang kuat BUKAN mereka yang selalu menang . .
MELAINKAN mereka yang tetap TABAH ketika mereka jatuh
Entah bagaimana…dalam perjalanan kehidupan,
kamu belajar tentang dirimu sendiri . . .
dan menyedari . . bahawa penyesalan tidak seharusnya ada . . .
HANYALAH penghargaan abadi atas pilihan2 kehidupan yang telah kau
buat


TEMAN SEJATI . . . mengerti ketika kamu berkata ” A k u l u p a . .”
Menunggu selamanya ketika kamu berkata ” T u n g g u s e b e n t a r “
Tetap tinggal ketika kamu berkata ” T i n g g a l k a n a k u s e n d i r i

Membuka pintu meski kamu BELUM mengetuk dan berkata ” B o l e h k a h
s a y a m a s u k ?”


MENCINTAI . . . BUKANlah bagaimana kamu melupakan . . .
melainkan bagaimana kamu MEMAAFKAN . .
BUKANlah bagaimana kamu mendengarkan . . .
melainkan bagaimana kamu MENGERTI . . .
BUKANlah apa yang kamu lihat . . .
melainkan apa yang kamu RASAKAN . .
BUKANlah bagaimana kamu melepaskan . . .
melainkan bagaimana kamu BERTAHAN . . .


Lebih merbahaya mencucurkan air mata dalam hati . .
Dibandingkan menangis tersedu2 . . .
Air mata yang keluar dapat dihapus .
sementara air mata yang tersembunyi ,
mengguriskan luka yang tidak akan H I L A N G . . .


Dalam urusan cinta, kita SANGAT JARANG menang . .
Tapi ketika CINTA itu T U L U S , meskipun kalah,
kamu TETAP MENANG hanya kerana kamu bahagia . . .
dapat mencintai seseorang . .
LEBIH dari kamu mencintai dirimu sendiri . . .


Akan tiba saatnya dimana kamu harus berhenti mencintai seseorang
BUKAN kerana orang itu berhenti mencintai kita
MELAINKAN kerana kita menyedari
bahawa orang itu akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya.


Apabila kamu benar2 mencintai seseorang, jangan lepaskan dia . .
jangan percaya bahawa melepaskan SELALU bererti kamu benar2 mencintai
MELAINKAN . BERJUANGLAH DEMI C I N T A M U ( ” Fight For Your Dream” )

Itulah: C I N T A S E J A T I . . .
bukannya seperti: ” Easy Come . . . Easy Go “

Lebih baik menunggu orang yang kamu inginkan
DARIPADA berjalan bersama orang “yang tersedia”
Lebih baik menunggu orang yang kamu cintai
DARIPADA orang yang berada di “sekelilingmu”
Lebih baik menunggu orang yang sesuai
kerana hidup ini terlalu singkat untuk dibuang dengan hanya
“seseorang”

Kadang kala, orang yang kamu cintai
adalah orang yang PALING menyakiti hatimu
dan kadang kala, teman yang membawamu ke dalam pelukannya
dan menangis bersamamu adalah cinta yang tidak kamu sedari.

Meaning & styles of sleeping and kisses


Klik imej untuk besarkan gambar.

Rabu, 20 Februari 2008

Apakah tujuan kita berkahwin?

Perkahwinan bukanlah membabitkan persediaan baju dan barang hantaran sahaja, perkahwinan membabitkan persediaan emosi, spiritual, ekonomi dan fizikal. Apakah tujuan kita berkahwin sebenarnya? Untuk mengelakkan maksiat?

Melangkah Ke Alam Perkahwinan

Kurangnya persediaan untuk menjadi pasangan yang bertanggungjawab menjadi punca utama sesebuah rumahtangga menghadapi masalah dan konflik. Oleh kerana itu pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga disarankan supaya melengkapkan diri dengan asas-asas perkahwinan yang mantap. Memahami tujuan dan harapan perkahwinan serta mematuhi tatasusila pertunangan yang dapat menjamin rumahtangga yang bahagia dan berkekalan.

  • Tingkatkan pemahaman dan penghayatan konsep perkahwinan dan kekeluargaan
  • Mengenalpasti persediaan dan bimbingan sebelum berumahtangga
  • Memupuk nilai murni dan memelihara adab tatasusial di alam pertunangan

Erti perkahwinan

  • Perkongsian hidup yang disahkan oleh agama dan perundangan negara
  • Suatu amanah yang disertai dengan tanggungjawab

Tujuan perkahwinan

  • Memenuhi tuntutan agama
  • Sebagai tanda komitmen terhadap pasangan
  • Memenuhi keperluan biologi
  • Mendapat zuriat yang sah dan mengelakkan tohmahan
  • Mengelakkan maksiat

1. Persediaan Minda dan Kerohanian.

Pasangan yang ingin berkahwin perlu bersedia secara minda melalui dan juga memikul tanggungjawab sebagai suami / isteri.Setiap pasangan juga perlu bersifat matang. Banyakkan membaca dan berkongsi pengalaman dengan mereka yang telah melalui alam rumahtangga tentang cara-cara mengatasi masalah. Jangan cepat melenting. Ia mungkin membawa padah. Dan juga hendaklah mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam menguruskan hal ehwal rumahtangga. Soal hukum-hakam dan ilmu agama amatlah penting, begitu juga dengan kemahiran berkomunikasi, menguruskan sumber (masa, wang dan tenaga) dan kemahiran mengatasi tekanan.

  • Bersedia untuk berumahtangga
  • Bersedia memikul tanggungjawab
  • Berkemahiran berkeluarga

2. Persediaan Fizikal

Bakal pasangan perlu bebas daripada sebarang penyakit berjangkit. Kesihatan yang baik akan membolehkan pasangan hidup bahagia dan dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna.Dan juga bakal pasangan hendaklah memiliki kemampuan seksual. Ia amat penting dalam menjamin kebahagiaan sesebuah rumahtangga.Ia juga merupakan faktor utama bagi membolehkan pasangan mendapatkan zuriat. Kematangan fizikal pula penting terutama bakal isteri yang inginkan anak sebaik sahaja berkahwin. Bagi seorang wanita, mengandung pada umur kurang 18 tahun adalah tidak digalakkan, kerana pada umur tersebut tubuh badan wanita itu sedang membesar dan belum bersedia untuk mengalami perubahan-perubahan fizikal dan fisiologikal semasa mengandung. Umur yang ideal bagi wanita untuk menjadi seorang ibu ialah antara 20-30 tahun.

  • Umur yang sesuai
  • Sihat fizikal
  • Digalakkan pemeriksaan kesihatan
  • Ketrampilan diri

3. Persedian Kewangan

Tugas dan tanggungjawab utama suami ialah memberi nafkah kepada isteri mengikut kadar kemampuannya. Sebarang sumbangan daripada isteri berhubung dengan perbelanjaan rumahtangga adalah merupakan sedekah daripada isteri.

  • Kemampuan kewangan
  • Kemahiran pengurusan kewangan

4. Persediaan Sosial

Perkahwinan membawa kepada perubahan peranan ke atas kedua-dua pihak. Contohnya mereka yang berumahtangga kini mempunyai hubungan sosial dengan mertua dan saudara mara pasangan. Oleh itu bakal pasangan perlu memastikan diri masing-masing untuk menerima segala nasihat dan tunjuk ajar daripada mentua masing-masing. Ini termasuklah gaya hidup dan pergaulan.

  • Penyesuaian dengan pasangan
  • Penyesuaian dengan keluarga dan mertua
  • Penyesuaian dengan jiran
  • Penyesuaian dengan rakan-rakan

5. Persediaan Spiritual

  • Pengetahuan agama
  • Penghayatan agama
  • Perubahan akhlak



Jika anda berminat untuk mendapatkan sample PERCUMA, sila klik iklan dia atas.

Jodoh Oleh Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia
berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada
jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang
betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan
menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat.
Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti
'magnet' yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah
untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap
semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat,
beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf,
bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang
terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan
membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk
bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu
sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama
adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan,
wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk
menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik
pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa
bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan
hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih
sayang.


12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang
dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini
secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan
hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu
menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan.
Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan
walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata,
hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan
terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan
kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri
sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru
berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan
rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada
bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.


19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan
seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang
menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan
benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau
tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi,
nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan
dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple,
tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap
pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi
perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki
janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan.
perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang
ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal
pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh
kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan
ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan
membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat
yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang
anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir.
Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki
bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan
daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan,
sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama
lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka
kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda.
Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri,
serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap
sesuatu kejadian atau peristiwa : sama-sama gembira, sedih,
terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama
mengenai hubungan : tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian,
pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk
ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini
dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri
tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda
akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah,
harta, keturunan @ glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu
mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal
pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada
kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang
menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih
bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal
pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan
tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak
nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah
tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian
yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular,
sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan
bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan
senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.


46. Cari keunikan, kelucuan atau kegilaan bakal pasangan anda.
Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa
istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami
terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan
dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan.
Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang
suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman, bersopan
santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan
peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan
sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan
sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi ,
timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati
sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti
macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya,
aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang
perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari
bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara,
peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau
menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik
memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku
salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar,
bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada
fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan
memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya
kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri
nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar
dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah.
Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa
untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas
dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci
dan banyak yang tersirat.

Selasa, 19 Februari 2008

Naluri Biasa Remaja - CINTA

Remaja...complicated betul perasaan remaja..melalui zaman remaja amat memeritkan.. bukan tak cegah diri dari perasaan cinta..tapi, perasaan tuh datang juga untuk menguji...MENGAPA? APA TINDAKAN yang perlu aku buat????

Ikuti diskusi seorang remaja matrikulasi dengan seorang pensyarah dalam mengupas persoalan yang amat releven dengan situasi kita sebagai remaja yang hakikatnya masih mentah,jahil dan perlu dibimbing dalam menghadapi jaringan perangkap dan tipudaya syaitan laknatullah. Semoga artikel ini bermanfaat kepada kita semua.

Kami tidak berzina!

Maaf, saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina

Kami hanya berbual-bual, berbincang, bertanya khabar,minum- minum…adakah itu menghampiri zina?

Ya,perbuatan ini menjerumus pelakunya ke lembah perzinaan

Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.

Hari ini,ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dengan bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu nenek moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Jangan pula lupa. Siapalah kita berbanding Adam dan Hawa? Ia ada lebih 1001 cara.

Ingat pesanan Rasullullah : Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan(Tabrani) . Syaitan akan menghembus perasaan berahi, Kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis

Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan. Ada orang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tak pernah bersua muka pun!

Betul. Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora.
Lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kepada penzinaan akhirnya?


Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina juga ke?

Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan( berpegang-pegangan) ,ada zina mata(melihat kekasihnya dengan perasaan berahi). Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan
berahi dengan kekasih sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah:

Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kakinya juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman (Muslim dan Abu Daud)

Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa kepada penzinaan


Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!

Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit dalam hati hamba- hambanya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tak diberkati Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup tidak bahagia, akhirat lebihlah lagi. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang yang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ini akan ditulis ibadat oleh malaikat Raqib dan Atiq?

Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni study group.

Study group? nampak macam lain macam saja. Manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-mana pun berdua. Kalau ye pun, carilah study group ramai-ramai sedikit. Kalau duduk
berdua-dua macam ini..betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!


Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran

Baik sungguh awak berdua. Takkan awak berdua tak perasan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan nafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia

Kami sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi

Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis. Ingat banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula

Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?

Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang untuk membunuh naluri dan keinginan itu. Tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma
tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat pada nalurinya. Jangan jadi malaikat! kerana Allah ciptakan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri nafsu.


Tentu ada cinta secara Islam

Cinta secara Islam hanya satu iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab qabul; cinta lepas kahwin. Itulah cinta sakral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita, Islam. Apabila Islam melarang sesuatu perkara, tentulah ia digantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Kalau ia melarang cinta antara lelaki dan wanita sebelum kahwin, ia membawa kepada sesuatu sebagai ganti yang lebih baik iaitu perkahwinan.

Sabda Rasulullah:
Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah (Ibni Majah)

Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia


Kalau begitu, cinta semua menghampiri kepada penzinaan?

Ya kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian aturkan pertemuan. Kemudian duduk berdua- dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru. Bukankah mereka semakin hampir dan dekat
dengan penzinaan? Penghujung jalan cinta adalah penzinaan dan kesengsaraan. Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!


Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat, tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.

Allah menciptakan manusia. Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya diri menjauhi perkara yang ditegah. Takut manusia kecundang

Jadi manusia itu tak tahan diuji?

Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak awal penciptaan manusia, Allah telah mengingatkan manusia bahawa mereka tidak tahan dengan ujian walaupun kecil. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah
tegah Adam dan Hawa supaya jangan makan buah Khuldi dalam syurga. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan pada Adam dan Hawa, jangan hampiri pokok Khuldi. Firman Allah:


Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu berdua sukai dan jangan hampiri pokok ini, (Jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim (Al-Aaraf:ayat 19)

Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah Khuldi. Tetapi Allah tahu sifat dan kelemahan Adam dan Hawa. Jika menghampiri perkara yang ditegah, takut nanti mereka akan memakannya kerana mereka tidak dapat mengawal diri. Demikianlah dengan zina. Ditegah zina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan penzinaan, kedua- duanya kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.


Tetapi cinta lepas kawin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenali hati budi pasangan sebelum membuat keputusan sebelum berkahwin.

Boleh percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing- masing akan berlakon dengan watak yang terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan pelbagai lagi. Masa bercinta adalah alam lakonan semata- mata. Masa bercinta, merajuk ada yang akan pujuk. Jangan haraplah lepas kawin bila merajuk ada yang memujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat 5 minit dah kena tengking. Jadi, perwatakan masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan yang hipokrit, KALAU tidak kena caranya.

Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti

Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambanya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang akan menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu jika jalan mencapainya tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan cinta sebegini. Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai, cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah memulakannya pun sudah canggung. Bagaimana kesudahannya?

Tanya sikit…adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta

Semua itu adalah perangkap syaitan. Hakikatnya sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tapi isinya sama. Adik, abang, kakak angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dalam budaya `angkat' ini sebenarnya telah masuk ke dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan

Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?

Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh pencipta manusia. Sebab ukuran manusia sering berbeza-beza. Orang yang sedang mabuk bercinta mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan apa-apa maruah dirinya. Manakala bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran maruah atau tidak ditentukan oleh Allah.

Adakah orang yang bercinta hilang maruah?

Antara kemuliaan manusia ialah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka sedang menghampiri penzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina juga. Mereka tidak layak untuk berkahwin dengan orang yang beriman.

Allah berfirman:
Lelaki yang berzina(lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula(lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian terlarang kepada orang-orang yang beriman.(Surah an-Nur: Ayat 3)

Jadi orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan?



Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga?

Itulah pasangan yang layak untuk dirinya kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik

Kami telah berjanji untuk sehidup semati

Apa yang ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.

Jadi perempuan yang bercinta jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?

Tentu. Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang second hand sedangkan barang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta di show room; display only. Tapi ada yang boleh test drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas air sirap bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan? Itulah hakikatnya

Masihkah ada orang yang tidak bercinta pada zaman ini?

Ya, masih ada orang yang suci dalam debu. Golongan ini sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya.

Firman Allah:
Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya daripada melakukan zina) Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar(Al-Ahzab: ayat 35)


Bagaimana kami?

Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya

Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkan bagaimana taubat nasuha

Taubat yang murni. Taubat yang sebenar- benarnya. Taubat yang memenuhi 3 syarat:

1. tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini

2. menyesal. Menginsafi diri atas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan

3. berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah setelah ijab dan kabul


Ya Allah. Hambamu telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambamu ini.
Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepadaku perasaaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak
yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau jagaku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapa kucurahkan kasihku kepada orang lain.
Oh Tuhan, hambamu yang berdosa…

Amin, Ya Rabb. Moga Allah terima taubatmu


Kita berpisah kerana Allah. Kalau ada jodoh tidak kemana.

Ya Allah, bantulah mereka. Kini mereka datang kepintu-Mu mencari redha-Mu. Terimalah taubat mereka...

The Colour of Flowers


The pale blue hues of a hydrangea or the deep blues of an iris can calm worries and preoccupation representing peace, openness, and serenity, fresh floral arrangements filled with blue flowers offers a cooling antidote to anxiousness.


Think pink and you think of grace, gentility, and happiness. Regardless of the shape of the flower – from the tight, small buds of a pink garden rose to the delicate, open petals of a pink caellia in full bloom – pink blossoms convey youth, innocence, and joy.


With its origins tied to royalty and ceremony, purple flowers represent dignity, pride and success. Whether grouped alone in a bold range of rich hues or mixed in with other colors to provide depth and contrast, an arrangement filled with purple blooms represents accomplishment and admiration.


There’s an indisputable energy to the color red – an energy that has the power to transform an otherwise unassuming flower into the essence of desire, strength, and passionate love. With beauty, courage and heat as its symbolism, it’s no surprise that a bouquet filled with rich, red blooms knows no restraint.


Often associated with innocence, humility, and reverence, white flowers evoke simple beauty. Whether they take their shape as the luxurious, silk petals of fragrant gardenias, the small, white bells of a lily of the valley, or the quiet drama of a dozen white roses, fresh floral arrangement dominated by white blossoms conveys modesty and elegance.

There’s a good reason why it can feel all but impossible to refrain from smiling when you spot a bouquet of bright daffodils or a pot filled with sun-drenched chrysanthemums–the color yellow evokes feelings of joy and lightheartedness. Also a symbol of friendship, a bouquet bursting with yellow blooms sends a message of new beginnings and happiness.

There’s nothing bashful about the color orange–its message is clear and blatantly proud. Symbolizing energy, enthusiasm, and warmth, an arrangement of blooms in this vibrant color conveys confidence, satisfaction and a passion for life.



Synonymous with nature–and the perfect complement to any other bloom–the color green represents health, resilience, good fortune and youth. Whether used to throw together a diverse mixture of shapes and hues or as a restful tone-on-tone bouquet, green flowers send a message of optimism and renewal.


While purple is the color of royalty, and pink the color of youth, lavender is femininity all grown up. Representing refinement, grace, and elegance, lavender holds an almost sacred place in nature—with violet flowers often considered the most delicate and precious. An arrangement filled with these genteel blossoms send a message of feminine beauty.

Iklan

IPMart Online Shopping
Belian dalam RM

Jom Borak


Free chat widget @ ShoutMix

Kerana Agama...

Kerana Agama...
Imam Nawawi