Iklan

Gambar Pilihan

Gambar Pilihan
9

Khamis, 28 Februari 2008

Adat-adat Berkahwin

Adat-adat Berkahwin termasuklah aspek-aspek merisik, meminang, bertunang, bernikah dan majlis bersanding. Ketahui berapa nilai maskahwin di setiap negeri di Malaysia. Ketahui prosedur perkahwinan dan juga pilih agensi yang diiktiraf kerajaan yang mengendalikan kursus perkahwinan.


Sabda Rasulullah swt
Maksudnya: Daripada Anas r.a, katanya telah bersabda nabi S.A.W bahawa perkahwinan adalah sunnahku, sesiapa yang benci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku.

Allah S.W.T menjadikan manusia dengan fitrahnya yang ingin hidup berpasang-pasangan, berkasih-sayang, bahagia, dan dapat memenuhi tuntutan syahwatnya melalui cara yang halal. Fitrah tersebut dapat dilaksanakan melalui ikatan perkahwinan yang sah.

Masyarakat Melayu begitu berpegang teguh dengan adat resam kerana ia adalah budaya atau cara hidup. Jika tidak dilakukan, akan berasa janggal dan mungkin dikata orang sekeliling. Jika meriah majlisnya, makinlah rasa bangganya mempelai dan juga ibubapa yang pasangan yang berkahwin itu. Setidak-tidaknya upacara yang dikehendaki dalam hukum islam seperti akad nikah harus diadakan bagi membolehkan perkahwinan itu diiktiraf sebagai sah. Niat untuk berkahwin itu haruslah betul. Dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu, terdapat beberapa peringkat penting.

ADAB MERISIK

Cincin belah rotan yang dibawa semasa merisik

Seperti lagaknya penyiasat, bakal menantu harus juga dirisik. Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Ini penting, kerana dalam Islam seseorang itu dilarang meminang tunangan orang. Di samping itu, adat ini juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis berkaitan kemahiran rumahtangga, adab sopan, tingkah laku, paras rupa serta pengetahuan agamanya. Kadang-kadang secara berjenaka kebolehan seseorang memasak juga ditanya. Jika seorang perempuan itu diketahui sudah tidak dara lagi, nilai hantaran belanja kahwinnya akan terjejas. Lazimnya adat ini akan dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki seperti ibu atau bapa saudaranya. Sebelum datang biasanya jumlah rombongan pihak lelaki akan ditetapkan dengan pihak wanita.

Bagi pihak si gadis pula, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan sebelum menerima lamaran pihak lelaki antaranya ialah lelaki tersebut perlulah mempunyai latar belakang agama serta mempunyai pekerjaan yang baik serta mampu menyara wanita terbabit.

Adakalanya semasa merisik, wakil lelaki tersebut akan memberikan sebentuk cincin tanya berupa cincin belah rotan dan jika pihak gadis bersetuju mereka akan menetapkan tarikh untuk peminangan dan juga perkahwinan. Ada kalanya hantaran untuk perkahwinan juga ditetapkan. Ada sesetengahnya juga membawa beberapa dulang hantaran. Merisik ini biasanya dilakukan oleh mereka yang berasal dari utara Semenanjung. Sesetengah pihak menganggap upacara ini tidak perlu diadakan kerana kadangkalanya pasangan telah keluar bertahun-tahun dan amat dikenali oleh ibubapa masing-masing. Oleh sebab itu adat merisik jarang dilakukan lagi, justeru itu mereka akan terus menjalankan adat meminang untuk menjimatkan kos dan masa.






Jika anda berminat untuk mendapatkan sample PERCUMA, sila klik iklan dia atas.

Tiada ulasan:

Iklan

IPMart Online Shopping
Belian dalam RM

Jom Borak


Free chat widget @ ShoutMix

Kerana Agama...

Kerana Agama...
Imam Nawawi