Iklan

Gambar Pilihan

Gambar Pilihan
9

Khamis, 14 Februari 2008

Petua Kecantikan (1)

Melicinkan Kaki dan Tangan

Bahan-bahan:
6 sudu besar madu asli
4 sudu besar garam kasar
1 biji limau nipis
1 sudu besar minyak zaitun

Cara Membuat
1. Campurkan semua bahan-bahan tadi ke dalam mangkuk
2. Perahkan air limau ke dalam campauran bahan tadi
3. Kacaukan adunan tersebut sehingga sebati tetapi jangan sampai garam terlarut
4. Ambil satu sudu campuran bahan tersebut dan gosok perlahan-lahan pada tangan dan kaki anda termasuklah pada bahagian kuku. Bilas dengan air dan biarkan kering.
5. Petua ini juga boleh diamalkan pada bahagian kasar pada siku dan lutut.
Kulit Berminyak
Kulit berminyak akan mengundang jerawat. Jerawat disebabkan oleh inflamasi kelenjar sebum. Munculnya jerawat adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon. Faktor-faktor lain yang sering dikaitkan dengan kehadirannya adalah keturunan, bakteria, tekanan psikologi yang keterlaluan/stress, dan cuaca. Kulit yang terdedah dengan bahan kimia tertentu mungkin merangsang munculnya jerawat. Untuk mencegahnya:
• Kurangkan makanan berminyak
• Minum air dengan banyak setiap hari
• Sentiasa mencuci muka terutamanya selepas di luar, setidak-tidaknya, lapkan muka dan leher anda dengan kain/tisu lembap.
• Jika anda menggunakan losyen muka, pastikan ianya bukan dari jenis berminyak tapi berasaskan air. Elakkan yang mengandungi 'mineral oil'.
• Pastikan anda membersihkan solekan anda setiap hari dengan make-up remover yang bersesuaian.
Tips Melambatkan Tumbuhnya Uban
• Campurkan minyak kelapa dan air asam. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas.
• Ambil secawan teh pekat dan tambahkan satu sudu garam. Setelah suam/sejuk, tuangkan rata-rata ke atas rambut dan urut kulit kepala. Biarkan selama sejam, bilas dengan air sejuk tanpa syampu. Selain itu, sila tingkatkan pengambilan vitamin A, B, minerals dan juga protein dalam pemakanan anda.
• Vitamin A membantu menjaga kesihatan kulit kepala dan membuat rambut lebih bersinar. Vitamin A terdapat banyak dalam sayuran hijau dan buah-buahan berwarna merah dan kuning.
• Vitamin B berperanan dalam melancarkan pengeluaran minyak untuk menjaga kelembapan dan kesihatan rambut. Vitamin B banyak terdapat dalam sayuran hijau daun, bijiran, hati, yogurt dan pisang.

Tiada ulasan:

Iklan

IPMart Online Shopping
Belian dalam RM

Jom Borak


Free chat widget @ ShoutMix

Kerana Agama...

Kerana Agama...
Imam Nawawi