Iklan

Gambar Pilihan

Gambar Pilihan
9

Ahad, 23 Mac 2008

ADAB BERTUNANG


Setelah diketahui bahawa gadis tersebut belum berpunya, pihak keluarga lelaki akan menetapkan hari untuk menghantar satu rombongan peminangan. Urusan peminangan akan dilakukan oleh kaum keluarga terdekat pihak lelaki. Adat ini dilakukan bagi menyatakan tujuan mereka yang sebenarnya secara rasmi. Jika tidak dibincangkan di majlis merisik atau majlis merisik tidak dilakukan, hantaran, tarikh dan jumlah rombongan yang akan datang untuk upacara akad nikah akan dibincangkan.

Pihak lelaki akan diwakili oleh ahli keluarga dan saudara mara terdekatnya untuk upacara bertunang. Pada hari tersebut, majlis kenduri/jamuan ringkas akan diadakan bersempena pertunangan tersebut di rumah pihak perempuan. Hantaran yang terdiri daripada tepak sirih atau sirih junjung sebagai bingkisan utama, sebentuk cincin beserta hantaran lain seperti bunga rampai, buah-buahan, kuih-muih, pakaian dan lain-lain yang telah digubah akan diberi kepada pihak perempuan.


Mengikut adatnya juga, sekiranya pihak perempuan mempunyai kakak yang masih belum berkahwin, hantaran untuknya juga turut diberikan. Adat ini dipanggil langkah bendul. Bilangan hantaran agak unik kerana jumlahnya ganjil iaitu samada lima, tujuh, sembilan, sebelas atau tiga belas, kerana jumlah genap dikatakan memberi implikasi yang tidak baik. Jumlah hantaran yang diberi oleh pihak perempuan pula akan melebihi jumlah hantaran pihak lelaki. Adat menghantar belanja turut diadakan semasa adat bertunang ini dijalankan. Namun begitu ada juga yang menjalankannya secara berasingan daripada adat bertunang iaitu mengadakannya beberapa minggu sebelum majlis persandingan dijalankan.


Upacara ini akan dimulakan dengan wakil pihak lelaki menyerahkan tepak sirih kepada wakil pihak perempuan dan menyatakan lamaran mereka secara rasmi. Pantun sering digunakan dalam upacara ini bertujuan untuk memeriahkan majlis. Setelah pertunangan diterima secara rasmi, wakil kedua belah pihak akan berbincang tentang belanja perkahwinan, tempoh pertunangan dan lain-lain hal yang berkaitan. Tempoh bertunang lazimnya dalam masa setahun ataupun mengikut persetujuan kedua belah pihak. Satu perkara yang turut dititikberatkan ialah berkenaan putus tunang. Sekiranya pihak lelaki yang memutuskan pertunangan tersebut, semua wang hantaran dan belanja yang diberi kepada pihak perempuan dikira hangus, sebaliknya jika pihak perempuan yang berbuat demikian, semua hantaran harus dikembalikan sebanyak dua kali ganda.

Acara kemuncak majlis pertunangan adalah adat sarung cincin di mana wakil pihak lelaki yang terdiri dari ibu atau saudara perempuannya akan menyarungkan cincin pertunangan atau cincin tanda ke jari manis gadis yang dilamar. Setelah itu rasmilah sudah pertunangan tersebut.




Jika anda berminat untuk mendapatkan sample PERCUMA, sila klik iklan dia atas.

2 ulasan:

muiz berkata...

salam....
dgn rendah hati saya nk bertanya...

semua coretan diatas hanya adat melayu je kan...
ye laa..hantaran hadiah kena ganjil,pastu hantaran balik dari si gadis kena lebih dari laki..
betul ke kalau hantar hadiah genap boleh bawa implikasi,setahu saya itu kepercayaan karut...maafkan saya kalau ia benar2 ada dalam nas quran dan hadis..

dalam bab cancel tunang,seperti dalam artikel atas menununjukkan persamaan dengan pandangan mazhab imam maliki,tetapi x de laa plak si gadis wajib pulangkan 2 kali ganda...

Rizal Yusuf berkata...

Salam muiz,

ye, hampir kesemuanya hanyalah adat melayu sahaja. Jikalau jumlah hantaran adalah genap, ianya tak jadi apa2 masalah. Asalkan ianya termampu oleh kedua2 belah pihak. Jikalau putus tunang, tak perlulah si gadis memulangkan 2x ganda, memadai hanya pulangkan apa yang telah diberi sahaja. Jangan menganiaya pihak lagi satu. Tapi, jikalau telah dipersetujui dan disepakati masa awal perbincangan, itu dah dikira hal lain.

Iklan

IPMart Online Shopping
Belian dalam RM

Jom Borak


Free chat widget @ ShoutMix

Kerana Agama...

Kerana Agama...
Imam Nawawi