Iklan

Gambar Pilihan

Gambar Pilihan
9

Rabu, 12 Mac 2008

BUAT YANG INGIN BERKAHWIN

”Engkau akan kukahwinkan dengan anakku yang pekak, bisu, dan buta. Ini merupakan hukuman terakhir terhadap engkau kerana telah memakan buah epalku tanpa izin dariku,” tegas orang tua pemilik kebun itu kepada Abu Soleh Jongi Dost.

*Rupanya yang jelita itu, PEKAK daripada mendengar yang lagho. BISU daripada mengungkapkan perkataan yang kotor dan BUTA daripada melihat kemaksiatan. Muslimah yang mulia adalah yang sentiasa menjaga kehormatan dirinya. Bagaimana seorang muslimah inginkan teman yang baik sedangkan dia sendiri tidak pernah pandai menjaga kehormatan dirinya termasuklah berpeleseran dengan mana-mana lelaki*


”Wahai ayahku, ambillah pemuda ini bekerja dengan kita, kerana sesungguhnya pekerja yang baik adalah yang kuat lagi amanah,” saran puteri Syu’aib kepada ayahnya.

*Lelaki yang paling baik adalah lelaki yang mempunyai kekuatan dalam banyak perkara dan bersikap jujur malah dipercayai agamanya. Ia menjadi satu peringatan kepada mana-mana lelaki yang ingin mendapat teman yang baik, maka seharusnya melengkapkan diri dengan kebaikan terlebih dahulu. Kita jangan hanya mengharapkan teman yang baik sedangkan kita sendiri bukanlah orang-orang yang sebegitu*


”Aku kahwinkan engkau dengan anakku yang menjadi rebutan ramai termasuk anak khalifah ini, meskipun engkau seorang yang tidak berharta,” ungkap seorang ulama besar kepada muridnya apabila ia melamar muridnya menjadi menantunya setelah khalifah cuba melamar untuk anaknya.

*Orang yang terbaik adalah yang berilmu dan beramal dengan ilmunya. Jika perempuan itu dinikahi dengan empat sebab, maka lelaki cuba dikahwini kerana ilmu dan agamanya. Jangan hanya menuding jari terhadap muslimah supaya menyediakan diri dengan empat aset penting sedangkan diri kita kontang dengan ilmu dan taqwa*

”Menyentuh babi yang penuh dengan lumpur lebih baik daripada memegang kulit wanita,” sabda Nabi SAW sebagai satu peringatan kepada wanita dan lelaki dalam bersahabat

*Kita mengetahui marahnya nabi terhadap pasangan yang terlalu berlebihan dalam berhubung. Bukan sahaja mereka berpegangan tangan, malah berpeluk-pelukan dan ia berlaku setiap kali berada di atas motor dan kereta. Maka bagaimana pasangan ini akan mendapat kebaikan daripada Allah dan apakah akan lahir zuriat-zuriat yang baik daripada pasangan sebegini?*


Para pengunjung blog yang saya kasihi, kita sering berkata, cinta hanya satu iaitu kepada Allah, dan sekiranya kita menyintai sesuatu atau seseorang, mestilah ia kerana Allah. Tetapi malangnya kita hanya pandai berkata-kata sedangkan kita sendiri tidak merealisasikan apa yang kita sebutkan.

Segala-galanya untuk pasangan kita. Tidakkah kita berasa bodoh apabila kita melakukan apa sahaja kerana pasangan kita? Cuba kita bayangkan pasangan yang selalu menunggang motor bersama-sama. Kita tukarkan pasangan kita itu kepada babi, maka mana satu yang lebih baik kalau kita mengikut hadis nabi tadi?

Buat yang ingin yang berkahwin, fikirkanlah apa yang saya sebutkan ini...

Tiada ulasan:

Iklan

IPMart Online Shopping
Belian dalam RM

Jom Borak


Free chat widget @ ShoutMix

Kerana Agama...

Kerana Agama...
Imam Nawawi