Iklan

Gambar Pilihan

Gambar Pilihan
9

Rabu, 30 April 2008

Persediaan Kahwin: Rahsia Mudah Akad Nikah

ADVERTORIAL

Ketahui RAHSIA Mengapa Lelaki Gemuruh
di Majlis Akad Nikah & Cara Mengatasinya
Serta Persiapan di Hari Bahagia Anda Sebelum Melayari Bahtera Rumahtangga Bersama Pasangan
Anda Tercinta!

Akad nikah adalah mudah jika anda tahu APA dan BAGAIMANA
untuk bersedia!


KLIK DI SINI

Dalam ebook ini, anda akan didedahkan dengan:



Bentuk persediaan yang anda perlu lakukan seperti dalam proses merisik, pertunangan, malam berinai, 6 bulan sebelum kahwin, 3 bulan sebelum kahwin, 3 minggu sebelum kahwin, 3 hari sebelum kahwin, hari Pernikahan, 3 hari selepas kahwin.


Langkah-langkah awal apa yang anda perlu lakukan sebagai persediaan anda untuk mendaftar nikah termasuk prosidur pendaftaran nikah.

10 jenis kesilapan yang selalu dilakukan oleh pengantin lelaki semasa akad nikah mengakibatkan akad terpaksa dilakukan sekali lagi. (penting sangat...)

7 sebab mengapa pengantin lelaki melakukan kesilapan semasa akad.

Mengetahui perjalanan majlis akad nikah dari awal hingga selesai (dari anda tiba di surau segingglah pernikahan anda telah sah) secara berturutan supaya anda tahu apa yang harus dilakukan dalam majlis akad nanti.


Mengetahui apa itu Ta'liq dan contoh lafaz ta'liq bagi beberapa negeri kerana lafaz ini sedikit berbeza bagi setiap negeri. Ini adalah antara perkara yang anda perlu faham dan lafazkan dihadapan jurunikah setelah selesai akad nikah.

Mengetahui bagaimana lafaz akad dengan betul dari contoh yang disediakan, sebagai persediaan awal anda.

6 tip penting sebelum majlis akad nikah dimulakan yang masih belum dibongkarkan lagi.

Adab-adab semasa akad nikah, supaya mendapat keberkatan.

11 tip bajet perbelanjaan perkahwinan.

Senarai semak bajet perkahwinan, sebagai panduan kepada bakal pengantin.

Dapatkan Preview ebook"Rahsia Mudah Akad Nikah"
dan ebook "Petua Memilih Jantina Anak" dengan
PERCUMA di sini!






Jika anda berminat untuk mendapatkan sample PERCUMA, sila klik iklan dia atas.

Making Love



How Good you Guys???

SEX guide information to know where yours level?
These are goals and benchmarks to set for yourself while make love. Take out your timers and lets the testing begin. Your goal is to go longer than the allowed time and /or stroke count.

(Stroke count: 10 / Time: 0:30)=PISS OFF.. f*ck you
(Stroke count: 400 / Time: 6:00)
=OK While it is tedious perhaps to count the strokes, like taking your pulse, if you count the amount of strokes in an average 15 seconds, and then multiply by four, you can figure out roughly the amount of strokes you have made. In the beginner workout, you should get used to psychological diversions and practice the different techniques of brinksmanship. Simply become familiar with all the possible techniques, and in no time at all (if you aren't already there), you should be able to hit a respectable 6 minute mark with ease.

(Stroke Count: 1200 / Time: 18:00)=JUST NICEs

This is a challenging workout, and mastery of the intermediate level will propel you to an echelon of lovers found rarely in the world. Perfect your psychological diversions and master the short circuits. If you can hit the 18 minute mark, you will be among the elite.


(Stroke count: 2400 / Time: 36:00)=WHAT THE F*CKING SO GOOD
Can you say Legend? No? That's okay, because that's what she'll be saying to all her friends. You will need to use all of the techniques you can to reach this mark, but hey, that's what you've been practicing them for all along.

Stroke Count: 5,000 / Time: ???=SUPERB..MARVELOUS..

This number has been informally set as the minimum for anyone wishing to call themselves a Tantric Master. If you make it to this level, write a F*CK book and send me an email asap.Hahahahaha...LOL

Selasa, 29 April 2008

Cakar Harimau oleh Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood


ADVERTORIAL
Sinopsis

Buku ini disasarkan kepada remaja, bakal pengantin, serta suami isteri baru dan juga yang telah lama berumahtangga. Selain dari membawa senario cinta dari perspektif Islam buku ini menjadi panduan bagaimana menjadi isteri dan suami mithali. Bagi remaja buku ini amat bermanafaat untuk memahami persiapan sebelum melangsungkan perkahwinan. Topik terhangat ialah teknik "Cakar Harimau" dan "Urutan Labah-Labah" yang popular di samping pelbagai tips, petua, doa-doa yang boleh diamalkan dalam kehidupan rumahtangga seharian.

Kalau dengar ceramah atau CD tentu sukar nak catat doa-doa atau ayat-ayat al-Quran yang diberikan, bukan? Tapi kini semuanya dicetak dengan jelas di dalam buku ini.

Teknik Cakar Harimau (Preview)
Apabila berada di kamar tidur, suami isteri hendaklah saling faham-memahami, bekerjasama dan bertoleransi untuk memenuhi tuntutan naluri masing-masing. Biasanya suami memerlukan layanan mesra dan ungkapan manis dari si isteri. Dalam bergurau senda dan menimbulkan suasana mesra teknik "Cakar Harimau" terbukti mampu meningkatkan lagi keintiman hubungan bersama. Teknik ini dilakukan dalam 7 langkah mudah dan diterangkan secara berperingkat berserta ilustrasi di dalam Bab Enam buku ini.

Antara topik menarik di dalam:

Manjakan Suamimu



Memanjakan suami ialah satu strategi penting dalam menjaga keharmonian perhubungan dalam rumahtangga. Strategi ini perlu diambil perhatian oleh 'newlyweds' dan harus dipraktikkan oleh mereka yang sudah lama melayari bahtera perkahwinan. Manja yang dimaksudkan ini bukan sinikal, bukan ‘memanjakan’ dengan membenarkan suami melakukan apa sahaja yang dihajatkan.
Strategi ini tujuannya ringkas sahaja, untuk membuatkan para suami merasa istimewa tatkala berada di samping isteri tersayang tetapi impaknya dalam perkahwinan cukup menakjubkan. Mudah sahaja untuk memanjakan suami kerana yang diperlukan ialah keikhlasan dan kasih sayang seorang isteri yang tidak berbelah bagi. Lakukannya kerana kau mencintai suamimu!

Senyum Di bibir dan Manis Tutur Kata Untuk Diri Mu

Secalit senyuman di bibir menyejukkan hati suami yang memandang. Iringi kepergian suami ke pejabat dengan muka yang manis, salam dan kucupan. Ketika pulang dari kerja disambut pula dengan senyuman manis dari isteri tersayang. Hati suami mana yang tidak gembira melihat si isteri teruja dengan kehadirannya, lantas di hati tercetus “she’s happy to see me!” dan mood terus akan jadi ceria. Apabila berbicara dengan suami, gunakan perkataan yang baik-baik disertakan nada yang lembut. Jadikan kebiasaan memanggil suami dengan panggilan “abang”, “sayang”, “baby”, “honey”, “papa”, atau panggilan yang digemari oleh suami. Apa yang ingin dimalukan, bukankah sudah menjadi suami isteri? Sesekali sebutkan “I love you!” atau “Are you ok honey? Do you want anything from me?” untuk memberitahu suami yang anda mengambil tahu tentang dia dan sering mengambil peluang memanjakannya. Ini langkah pertama dalam strategi memanjakan suami, menjadikan beliau seorang yang istimewa di dalam keluarga.

Aku Tahu Hidangan Kegemaran Mu

A way to a man’s heart is through his stomach! Jangan sesekali ambil mudah dalam menyediakan makanan untuk suami. Ketika membujang sudah puas makan di kedai, tak mungkin selepas berkahwin ingin merasa air tangan makcik kedai lagi. Ambil tahu makanan kegemaran suami dan 'surprise'kan beliau dengan hidangan istimewa yang akan membuat beliau rasa dihargai oleh isteri. Prihatin kepada citarasa suami, apa yang beliau gemari dan sebaliknya serta lakukan tanpa diminta. Jika tidak mampu setiap hari, seminggu sekali dua pun memadai. Jangan hanya menyediakan masakan yang sesuai dengan selera sendiri tanpa memikirkan keinginan suami tersayang. Kalau ayah dan datuk kita sering dihidangkan kopi atau teh selepas makan, lakukan perkara yang sama kerana suami menggemarinya. Tetapi lebih bagus kalau bertanya dahulu, “Abang nak minum apa?”, “Papa nak coffee, sayang?” Jangan pula sudah pukul 11 malam dihidangkan kopi panas pekat, takut mata terbuka hingga ke 3 pagi. Perkara kecil yang dilakukan untuk suami akan membuat suami terasa istimewa dan in turn, beliau akan membalas dengan kasih sayang yang melimpah ruah. Sesekali suapkan suamimu aiskrim atau dessert kegemarannya. Bukan kes suami tak pandai suap sendiri tetapi sekadar memanjakan suami tersayang, tidak salahkan?

Urutan Mesramu Ku Tunggu

Suami sentiasa mengidamkan belaian isteri. Tangan isteri mengurut manja kaki yang lenguh atau sekadar mengusap belakang atau lengan ketika menonton televisyen sudah membuatkan suami merasa sangat disayangi. Belai rambut suami ketika dia sedang beristirehat, atau jika rajin carikan uban yang ada, tentu lembut hati suami dan akan timbul rasa kasih sayang yang mendalam terhadap isteri.
Tengok-tengokkan jari jemari suami, adakah kukunya bersih dan sudah dipotong rapi? Bagaimana keadaan kulit suami; kalau kering sapukan losyen, kalau pening urutkan kepala. Pastikan suami dijaga rapi dari hujung rambut hingga hujung kaki. Jangan menganggap dengan melakukan perkara begini akan menjatuhkan taraf isteri atau merasakan si suami perlu tahu menjaga diri sendiri. Tentu sekali mereka tahu menjaga diri tetapi dengan memanjakan suami cara ini akan menjadikan beliau terasa seperti seorang yang sangat istimewa dan percayalah, dia akan begitu menghargainya!

Pakaianmu Urusanku

Memang ramai isteri yang sibuk dengan anak-anak dan tugasan lain dalam hidup sehingga merasakan bahawa suami perlu tahu mengurus sendiri keperluan hariannya. Logik memang ada di situ tetapi apa salahnya memanjakan suami dengan menyediakan pakaian yang rapi untuk beliau memulakan esok hari dengan bergaya.
Tanya suami apa yang ingin dipakai esok hari dan cadangkan pakaian yang membuat suami rasa hebat! Lelaki memang begitu, suka dipuji, lebih-lebih lagi dari isteri tersayang. Gosokkan baju dan seluar beliau supaya dia dapat memulakan hari esok dengan sempurna. Di samping membuat suami gembira, anda juga boleh berseronok ketika melakukannya kerana anda boleh menentukan gaya suamimu! Pahala dari Tuhan melimpah ruah dengan kasih sayang yang diberi kepada suami tersayang.

Layanan Istimewa Hanya Untukmu

Suami mana yang menolak jika ingin diberikan layanan istimewa? Seseorang isteri harus peka, mengambil tahu trend terbaru dan mencuba untuk melakukan sesuatu yang exciting di ranjang! Setiap hari hidup ini 'demanding' dan semakin banyak kerja yang perlu dilakukan dari celik mata sehingga malam hari. Namun, dalam kesibukan harian, layanan untuk suami tidak boleh diambil mudah. Buangkan perasaan malas dan letih dan jangan lupa untuk berfikiran positif selalu! Sentiasa ingat 'rule' pertama dalam kehidupan berumahtangga, layan kehendak suamimu. Untuk mengekalkan 'chemistry' dan keinginan untuk bersama, isteri perlu memainkan peranan merangsang suami. 'Explore' tubuh suami, make his body your wonderland! Buat suami merasakan bahawa beliaulah lelaki paling seksi dan yang paling kamu inginkan dalam dunia ini. Dress up for him, make him feel wanted. Lakukan segala yang mungkin untuk memanjakan dia sebagai suamimu. Jika bukan kamu, siapa lagi? ‘Ikat’ suamimu dengan skill yang kamu ada.

Terimalah Hadiah Istimewa Dariku

Bukan wanita sahaja perlu dimanja dengan hadiah, lelaki juga begitu. Tidak perlu yang mahal selalu tetapi sekadar memberitahu yang kamu mengingati dirinya! Perhatikan apa yang digemari suamimu dan dapatkan untuknya sekali sekala. Katakan dia menggemari buku tulisan Stephen King, dapatkan senaskhah untuknya dan balut pembelian ini sebagai surprise! CD penyanyi kegemaran juga idea yang baik sebagai hadiah menarik untuk suami. Jika beliau mengenakan tali leher ke pejabat, sesekali pilihkan seutas yang bersesuaian dengan kemeja yang beliau ada. Belikan suamimu seluar dalam seksi atau wangian berahi, agar dia tahu bahawa isterinya menyayangi dan sentiasa mengingatinya. Memanjakan suamimu tidak menjadikan kamu seorang isteri yang lemah, tetapi seorang isteri prihatin yang menyayangi suaminya sepenuh hati dari segala segi. At the end of the day, dia suamimu yang tersayang, insan yang ingin kau habiskan hidupmu bersamanya. Dalam perhubungan suami isteri, jangan terlalu berkira kerana segala usaha yang dilaburkan ke dalam perhubungan pasti akan ada ganjarannya. Lakukan dengan ikhlas kerana dia suamimu. Jangan lakukan atas dasar tanggungjawab, lakukan kerana cinta yang mendalam terhadapnya. Manjakan your honey dengan ikhlas, jadikan dia raja dalam hidupmu kerana dia kekasih yang kau pilih untuk melayari bahtera kehidupan bersama, insyaallah untuk selama-lamanya.

Isnin, 28 April 2008

CINTA VS SUKA

Di hadapan orang yang kita cinta, hati
kita akan berdegup kencang.
Tapi di depan orang yang kita suka, hati
kita akan gembira.

Di depan orang yang kita cinta, musim

sentiasa berbunga-bunga.
Di depan orang yang kita suka, musim itu
cuma berangin sahaja.

Jikalau kita lihat di dalam mata orang

yang kita cinta, kita akan kaku.
Jikalau kita melihat mata orang yang
kita suka, kita akan tersenyum.

Di depan orang yang kita cinta, lidah

kelu untuk berkata-kata.
Di depan orang yang kita suka, lidah
bebas berkata apa sahaja.

Di depan orang yang kita cinta, kita

menjadi malu.
Di depan orang yang kita suka, kita akan
tunjukkan imej yang sebenar.

Kita tidak boleh merenung mata orang

yang kita cinta.
Tapi kita selalu merenung mata orang
yang kita suka.

Bila orang yang kita cinta menangis,

kita akan turut menangis.
Bila orang yang kita suka menangis, kita
akan membuat dia gembira.

Perasaan cinta bermula dari kata.

Perasaan suka bermula dari telinga.

Jadi, jikalau kita berhenti menyukai

seseorang yang kita suka. Umpama kita
membuang telinga kita. Tapi jika kita
cuba menutup mata. Cinta berbuah menjadi
airmata. Setiap orang akan mengalami ini
dalam hidup mereka.

Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang

anda cinta.

Sabtu, 26 April 2008

Awek Melayu Bertudung Tapi..Apa Kejadahnya!

Ini artikel lama...
Tidak lama selepas kita digemparkan dengan kes video khalwat yang dikatakan hasil dari tangkapan sebuah Jabatan Agama dari sebuah laman internet, kita kini dikejutkan pula dengan aksi remaja kita yang bertudung tetapi bernafsu buas di taman-taman dan juga di lubuk tupah..Agaknya mereka terlebih baca buku Cakar Harimau Ustaz Noor Bahiyah kot? Asyik mencakar sahaja..haha..Perbuatan di taman yang dijangka selamat akhirnya telah menjadi mangsa hendapan atau ”skodeng” papparazi tak bertauliah yang ber”otak” blue…Tetapi inilah hakikatnya..Kalau masuk NTV7 Jejak Siasat tentu sekali perkataan pertama yang tersembul keluar berbunyi “Apa kejadahnya terjadi kepada masyarakat kita sekarang! Bertudung litup tidak semestinya sembahyang, tidak semestinya taat kepada tuhan, bertudung litup hanya sebagai pakaian dan suruhan ibubapa atau sekolah” haha..Ada juga di kalangan kita yang pergi belajar di UIA tetapi berbaju “spaghetti strap” di luar sana..Sungguh berani..Adakah penghayatan terhadap agama islam itu kurang? ..Sungguh memalukan bukan? Sudah masanya didikan agama ditingkatkan. Kesedaran dan iman wujud dari dalam hati..Sempurnakanlah sembahyang agama iman anda terpelihara!

Membuat korner baring di taman….Aksi didorong nafsu..

Adakah mereka ini di dalam kerugian? Tiada takut kepada larangan Allah?

KRITIKAN KERAS KEPADA AWEK-AWEK YANG BERTUDUNG - AWEK BERTUDUNG DANCE VERSION!





KEJADIAN BEGINI TELAH MENCEMARKAN IMEJ GADIS BERTUDUNG!!

**Ada beratus2 imej & video tentang gadis2 bertudung yg rosak akhlak boleh anda dapati dalam internet. Nasihat saya, lihatlah dengan penuh keinsafan, bukan dengan penuh bernafsu. Lihatlah, mungkin ada diantaranya kenalan anda, ahli keluarga, sanak saudara, tunang anda, awek/pakwe anda, anak2 anda atau sesiapa sahaja yang mungkin anda kenal. Kalo nk buat maksiat, jgn la pkai tudung. Gadis2 begini la yg paling menghina kesucian agama Islam. Kalo dh memang "free hair" tu takpe la, memang dh jahil. Harap2 mereka mendapat hidayah daripada Allah swt.



Mengatasi masalah sembelit

Sebelum tu, mari kirta layan dulu video lawak mengenai "Sembelit" ni ye.
Korang tgk dan hayati dialog2 yg ada... mmg lawak...
HaHaHa...


Dah...dah. Lawak dah abes. Ok, berbalik kepada tajuk kita semula dengan lebih serius.

SEMBELIT merupakan suatu keadaan pengosongan usus yang jarang berlaku, najis atau tinja (feses) adalah keras dan kecil atau perkumuhan feses menjadi sukar.


Ia mungkin mengakibatkan kesakitan dan jika keadaan serius, boleh mengakibatkan tanda-tanda usus yang tersumbat.

‘‘Obstipation merujuk kepada penyakit sembelit yang serius. Sembelit terjadi mungkin disebabkan oleh cara pemakanan, perubahan hormon, kesan sampingan dari ubat dan perubahan struktur badan manusia.

‘‘Sembelit boleh dirawat dengan perubahan cara pemakanan (menambahkan fiber dalam makanan), pengambilan ubat pelawas atau laksatif (julap), enema dan pembedahan,’’ kata Pakar Bedah, ColumbiaAsia Medical Centre, Seremban, Negeri Sembilan, Dr. Abd. Hamid Mat Sain.

*Tanda-tanda awal

Bagi kes sembelit yang biasa, bahan buangan adalah keras dan sukar untuk dikeluarkan.

Meneran mungkin akan menyebabkan hemoroid (buasir) dan fisur anus (perekahan kulit dubur).

Menurut Dr. Abd. Hamid, bahagian abdomen mungkin membengkak, rasa ketegangan dan kadangkala bunyi pergerakan usus yang kuat dari biasa boleh kedengaran.

‘‘Ramai yang berfikir bahawa adalah perlu bagi seseorang itu melakukan perkumuhan usus (membuang air besar) setiap hari.

‘‘Namun begitu, ia adalah normal jika seseorang itu membuang air besar sebanyak sekali dalam seminggu kerana ini tidak akan menyebabkan sebarang tanda,’’ ujar beliau.

Ini bergantung kepada tabiat pemakanan, senaman dan lain-lain faktor.

Dr. Abd. Hamid berkata, kes-kes serius (impaksi feses) mungkin akan memperlihatkan tanda-tanda usus tersumbat (muntah) dan cirit-birit paradoksikal di mana bahan buangan yang cair dari usus kecil melepasi bahan terimpak di dalam kolon dan keluar dari dubur.

Sembelit di kalangan kanak-kanak boleh mengakibatkan najis terkeluar dengan tidak terkawal (enuresis; perkumuhan air kencing secara tidak sengaja terutama membasah tilam pada waktu malam dan enkopresis; inkontinens feses. Istilah ini digunakan untuk kekotoran feses berkaitan dengan gangguan psikiatrik)

*Diagnosis

Keterangan oleh pesakit mengenai gejala-gejala pesakit membolehkan diagnosis dibuat.

‘‘Dari aspek tabiat pemakanan, didapati mereka yang mengalami sembelit disebabkan oleh kekurangan dalam pengambilan makanan yang mengandungi fiber atau cecair.

‘‘Sembelit yang disebabkan oleh kekurangan pergerakan mungkin terjadi di kalangan orang dewasa.

‘‘Kesan dari pengambilan ubat-ubatan juga boleh mengakibatkan sembelit (antidepresan dan opiat). Tanda-tanda yang menunjukkan hipotiroidisme jarang ditemui,’’ terang beliau.

Semasa pemeriksaan fizikal, kata Dr. Abd. Hamid, sibalum iaitu seketul atau sekelompok najis yang ketara mungkin dapat dikesan.

Pemeriksaan rektal (dubur) dapat memberikan gambaran ton sfinkter anal (gelang otot sekeliling dubur) dan sama ada rektum - bahagian akhir usus besar mempunyai sebarang najis.

Jika ini berlaku, kata Dr. Abd. Hamid, supositori atau enema mungkin boleh dipertimbangkan dan pengambilan ubat secara oral (ditelan) mungkin perlu.

‘‘Pemeriksaan rektal juga dapat memberikan maklumat mengenai konsistensi najis, kehadiran hemoroid dan kebarangkalian wujud sebarang tumor (ketumbuhan).

‘‘Pemeriksaan sinar-X di bahagian abdomen, yang dilakukan ke atas pesakit mungkin menunjukkan kehadiran feses terimpak di dalam kolon dan seterusnya dapat memastikan faktor-faktor lain yang mempunyai tanda-tanda yang sama,’’ jelasnya.

*Punca-punca penyakit sembelit

Najis yang keras

* Kekurangan dalam pengambilan diet yang mengandungi fiber

* Penghidratan

* Ubat-ubatan diuretik dan ubat-ubatan yang mengandungi besi, kalsium dan aluminium

Kelemahan otot atau transit yang perlahan, di mana tindakan peristaltic akan musnah atau tidak berlaku, menyebabkan najis tidak bergerak

* Hipotiroidisme (aktiviti kelenjar tiroid yang kurang daripada normal atau bertindak perlahan)

* Hipokalsemia, kehadiran kepekatan kalsium yang terlalu rendah dalam darah

* Kecederaan sfinkter anal

* Ubat-ubatan seperti loperamide, opioids (codeine dan morfin) dan sesetengah jenis antidepresan

* Penyakit yang serius atas sebab-sebab yang lain

* Porfiria akut, salah satu daripada kumpulan penyakit keturunan yang jarang berlaku disebabkan oleh gangguan metabolisme hasil penguraian hemoglobin yang dikumuhkan dalam air kencing

* Diskesia, suatu bentuk sembelit akibat menahan secara berterusan dan lama keinginan untuk membuang air besar

* Penjerutan, di mana sebahagian dari usus kecil atau rektum adalah sempit atau tersumbat disebabkan pemampatan atau pengecutan organ di mana najis tidak dapat keluar

* Penyempitan (istilah perubatannya, striktur)

* Divertikula - sak atau kantung terbentuk pada tempat-tempat lemah dalam dinding trek alimentari

* Tumor atau ketumbuhan di usus atau tisu di sekeliling usus

Sembelit psikosomatik, berdasarkan kemurungan atau ketidakbiasaan dengan keadaan sekitar

* Sembelit fungsi

* Sembelit, sindrom kerengsaan usus, diklasifikasi oleh gabungan sembelit dan rasa tidak selesa dan atau rasa sakit di bahagian abdomen

Rawatan

‘‘Bagi mereka yang tidak mengalami sebarang masalah perubatan, campur tangan utama ialah penambahan kandungan cecair (terutamanya air) dan makanan yang berasaskan fiber.

‘‘Peningkatan makanan berasaskan fiber boleh dilakukan dengan menambah pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan, roti yang tinggi serat dan biji rami dalam pemakanan.

‘‘Amalan pengambilan ubat pelawas secara rutin tidak digalakkan kerana ini akan menyebabkan usus bergantung penuh kepada penggunaan pelawas,’’ kata Dr. Abd. Hamid.

Menurutnya, pelawas mungkin penting bagi mereka yang mempunyai gangguan tabiat pemakanan yang tidak efektif dan sesuai.

Penggunaan perangsang pelawas (seperti sena) perlu dihindari kerana ia akan memburukkan lagi masalah kekejangan yang selalu dialami ketika sembelit.

Dalam keadaan yang berbeza (seperti penggunaan codeine atau morfin), penggabungan penghidratan (seperti laktulosa atau glikols), bulk-forming (seperti psyllium) dan agen stimulasi adalah diperlukan.

Produk-produk ini boleh didapati di kaunter secara meluas.

‘‘Enema dan klister selalunya diberikan kepada pesakit yang mengalami sembelit yang serius, merbahaya atau anti pelawas.

‘‘Sorbitol, gliserin dan supositori minyak arakis digunakan. Kes sembelit yang lebih serius memerlukan larutan fosfat sebagai enema,’’ tambahnya.

Beliau menarik perhatian, sembelit yang tidak dapat dirawat melalui rawatan-rawatan di atas memerlukan campur tangan fizikal.

Disimpaksi secara manual (pembuangan feses terimpak) dilakukan dengan bantuan sedasi atau anestatik am (pembiusan menyeluruh) - bagi menahan kesakitan dan melonggarkan sfinkter anal.

Dalam perubatan alternatif dan tradisional, pengairan berkolon, enema, senaman, diet dan herba digunakan dalam mengubati sembelit.

Adalah lebih mudah untuk mencegah dari mengubati sembelit.

Kata Dr. Abd. Hamid lagi: ‘‘Untuk melegakan sembelit dengan penggunaan agen osmosis seperti laktulosa, Politeleneglikol (PEG) atau garam magnesium perlu dituruti dengan pencegahan seperti penambahan kandungan fiber dalam diet (buah-buahan dan sayur-sayuran) dan pengurangan dos pelawas osmosis bagi setiap malam.

‘‘Melalui penggunaan narkotik yang berterusan, contohnya, pengambilan dos agen osmosis setiap malam boleh dilakukan selamanya (jika tidak membahayakan) untuk menghasilkan perkumuhan usus.

‘‘Bagi sembelit yang terjadi akibat penyakit usus besar yang menyempitkan saluran najis seperti kanser usus ataupun hernia, maka rawatannya adalah pembedahan,’’ katanya.

Oleh itu, bagi pesakit yang mengalami sembelit berpanjangan yang tidak sembuh setelah mengambil berbagai-bagai jenis rawatan untuk sembelit, maka haruslah pesakit dirujuk kepada pakar bedah untuk ujian lanjutan bagi mencari punca sembelit.


Adakah masalah kesihatan mengganggu hubungan anda? Dapatkan tips, nasihat & panduan kesihatan secara PERCUMA

Jumaat, 25 April 2008

Kekasih yang Berubah


Azura dan Zack bersahabat sejak dari kecil.. Azura dan Zack saling cinta mencintai..

Setelah Besar... Zack melanjutkan pelajaran ke US dan Azura hanyalah seorang penganggur.. Tetapi mereka terus berhubung surat dan telefon..hinggalah 2 tahun kemudian... Zack tidak lagi menghantar sebarangberita...

Azura bersedih dan selalu berdoa agar hati Zack tidak berubah...

Setelah lebih 5 tahun... barulah Zack mengirimkankan satu surat dan minta agar Azura menjemputnya di Lapangan Terbang...

Azura sangat gembira dan merasakan Zack masih menyintainya...

Semasa menunggu Zack di lapangan terbang... Tiba-tiba bahu Azura di tepuk seseorang. Dan ternyata orang itu adalah seorang gadis yang putih, tinggi, seksi dan berbaju biru ketat.


"Kamu Azura kan?" tanya gadis Cun itu... lantas menyambung...
"Kenalkan aku Zakiah... .! Aku ingin memberitahu bahawa engkau tidak akan bertemu lagi dengan Zack. Lupakanlah dia... .." tegas gadis tersebut

Azura pucat dan hendak menangis...
"Pompuan tak guna.. dah kau rampas Zack dari aku.. kau sakitkan hati ku lagi... " marah Azura..

Tiba-tiba gadis itu tersenyum dan menepuk bahu Azura dan berkata... .

"Bawa bertenang... ini akulah ... .Zack!!! nama baruku Zakiah.
Auwwww... ."


kwang,kwang,kwang... ... ... ... ...

Khamis, 24 April 2008

Pantun Bertudung vs Fesyen

Pakai tudung tapi bertelanjang
Itulah gaya orang sekarang
Mana tidaknya, ukuran body semua terang-terang
Yang mana kendur yang mana tegang

Baju nipis nampak bayang
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak 'garis'
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis

Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong

Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah
Mata yang memandang boleh keluar darah

Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah

Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung

Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu 'mendung'
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung

Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan

Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Yang ye nya hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan

Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di akhirat hebat

Dalam tiap perbuatan, kita mulakan dengan niat
Gitu juga bertudung, janganlah konon nak tunjuk taat
Alamat pahala lebur, dosa bertingkat-tingkat
Mentelah pula berfesyen tak kena tempat

Baik tak bertudung kalau hanya nak rosak imej
Walhal Islam suruh pakai yang sopan dan manis
Dah kalau takat pakaian ngalahkan pengemis
Atas tutup, bawah buka, ni apa punya jenis?

Kita memang hidup dalam era serba maju
Sungguhlah iman tak dinilai just ikut baju
Kalau bertudung tapi pakai yang 'gitu-gitu'
Kita pun susah kenal, manusia ke hantu

Banyak salah faham bila mula bertudung
Maknanya no fesyen-fesyen only the baju kurung
No more pant suit, kebaya or kebarung
Dah kalau gitu lebih baik duduk berkurung

Bertudung bergaya biarlah yang sempurna
Tak jadi bahan kutuk, jangan pula menambah dosa
Pun tak usahlah juga terlebih gaya
Islam itu suka yang sederhana

Kenalah pula kita wanita bekerjaya
Fesyen busana muslimah yang paling kena
Kalau rasa nak letak kaler, tu yang paling asas je
Sebab agama sendiri menggalakan kita selesa

Mana tidaknya, bila bekerja kita bergaul semua
Kalau sendiri memandang muka pun layu je
Orang dok mengata, kita pun rasa terhina
Dah kalau 'put color' jangan macam 'rainbow' pula

Siapa kata kita tak boleh berwarna
Tak caya cuba tengok semua pendakwah-pendakwah kita
Ustazah-ustazah mereka tetap juga bubuh kaler
Taklah sampai mengancam, cuma biar nampak 'bernyawa'

Tu sebab kita buat kerja semua dengan niat
Jadi terserah budi bicara tuan punya jasad
Dah kononnya bertudung tapi hati masih jahat
Baik tak le payah berpura nak tutup aurat

Kalau dah memang rasa nak berubah
Peduli kata orang bukan dia yang susah payah
Asal niat, matlamat dan cara kita istiqamah
Lantak mereka lah kalau nak tergigit lidah

Bersamalah kita mengkaji semula
Pakaian kita yang bagaimana gayanya
Andai belum betul-betul bersedia
Janganlah kita mencemar kesuciannya

Andai terasa hidayah menyinggah
Lakukan yang betul mengikut sunnah
Menutup aurat jangan sekali dirasa payah
Mengapa diperleceh, itukan perintah

Andai dihati redha dan ikhlas
Diwajah Nur terpancar jelas
Walaupun bergaya tak berapa 'kelas'
Asal Tuhan tahu, diakhirat pengorbanan terbalas

Harap maaflah kalau terlalu panjang
Bukan sengaja mereka yang bukan-bukan
Berpantun seloka bukan setakat hiburan
Yang mana betul jadikan pedoman.

RISIKO BLUETOOTH KAT KEDAI ??? :- renungkan sebentar....

Teknologi yang boleh membawa padah......

Kebanyakkan telefon dilengkapi bluetooth / infrared atau pun kabel yg senang utk kita pindah turun lagu, gambar, video dan lain lain.

Ada sebahagian org suka simpan koleksi gambar 'peribadi' & video 'peribadi' bersama pasangan menggunakan hphone yg 'canggih manggih' ini.

Ada juga yg suka hantar phone ke kedai utk masukkan lagu kesukaan atau video kesukaan kat kedai tanpa menyedari padah yg bakal mengundang 'kemaluan' seumur hayat. So, bagi yang suka simpan koleksi gambar 'peribadi' & video 'peribadi', dan suka hantar phone ke kedai....sedari lah,

anda mungkin ingat orang lain tidak tahu, tetapi satu Malaya sudah mengenali anda.........

Sejenis peranti Bluetooth pada komputer.

Bluetooth 'menyambungkan' komputer & telefon dan berkomunikasi secara 'tanpa wayar'.

Komputer pula dapat menyelongkar segenap pelusuk & isi perut telefon anda tak kira lah dimana sahaja

fail fail 'sulit' anda itu disimpan, selain memasukkan virus ke telefon anda agar perisian telefon

ini menjadi 'gila' dan anda akan datang ke kedai lagi untuk 'repair'. ( taukey dapat duit lagi laaaaa...)

Segalanya dilakukan tanpa anda ketahui, lagu anda dapat, duit anda bayar, maruah anda mungkin juga

'diambil' bersama...... fikir fikirkanlah ye.... adios we know what you know...

Nak tahu apa akibatnya & kesannya? Hahahaaaa...anda akan jadi terkenal seperti mereka2 ini... KLIK DI SINI

Rabu, 23 April 2008

DAFTAR KAHWIN

1. Setelah menerima sijil, anda bolehlah mengisi borang permohonan berkahwin yang boleh didapati dari pejabat Jabatan Agama daerah anda mengikut kad pengenalan. Isikan dengan lengkap dan sertakan bersama surat akuan bujang yang dimateri dengan cap syarikat tempat anda bekerja. Kemudian dapatkan tandatangan jurunikah atau wakil jurunikah atau ketua kariah tempat anda. Bawa bersama dua orang saksi semasa anda mendapatkan tandatangannya.

2. Serahkan borang yang telah lengkap kepada bakal pengantin perempuan. Pengantin perempuan juga perlu mengisi borang permohonan bernikah. Mereka hendaklah memohon di Jabatan Agama mengikut alamat dalam kad pengenalan. Selain dilampirkan dengan surat akuan bujang dan borang permohonan pengantin lelaki, pengantin perempuan perlu membawa bersama wali dan dua orang saksi ke pejabat Jabatan Agama ketika menyerahkan borang yang lengkap diisi. Bagi pengantin yang akan bernikah di tempat lain, mereka perlu merujuk pula kepada Jabatan Agama tempat tersebut.

3. Setelah kelulusan didapati, sila tetapkan tarikh akad nikah dengan jurunikah.

4. Setelah akad nikah dijalankan, sila serahkan gambar untuk urusan memohon sijil dan kad nikah.



Jika anda berminat untuk mendapatkan sample PERCUMA, sila klik iklan dia atas.

Cinta Anda Masih Boleh Diselamatkan Dengan Mudah!

-ADVERTORIAL-

"Adakah Anda Juga Kecewa Dengan Hubungan Cinta Anda, Keliru Dengan Apa Yang Si Dia Mahukan Dan Mahu Formula Luar Biasa Untuk Menyelamatkan Cinta Anda?"


KLIK DI SINI

Mahukah anda menyelamatkan cinta dalam hanya 7 hari? Terjamin, komprehensif & berkesan!

Hari #1: Formula Untuk Mencari Punca Masalah Dalam Hubungan Anda...
Siapa Yang Bersalah!


Hari #2: Empat Perkara Anda Boleh Lakukan Yang Membuatkan Pasangan Anda Tidak Sanggup Meninggalkan Anda, Lagi & Selamanya...


Hari #3: Cara Sebenar Menguji Pasangan Anda Untuk Mengetahui Isi Hatinya


Hari #4: Lima Jenis Ayat-Ayat Cinta Yang Mampu Menggoda Dan Memenangi Kembali Hati Pasangan Anda


Hari #5: Cara Betul Menghukum Pasangan Tanpa Mempertaruhkan Kebahagiaan Cinta


Hari #6: Sistem Saintifik Yang Membolehkan Anda Memukau Pasangan Anda, Supaya Si Dia Berasa Seperti Masih di Bulan Pertama Percintaan. Bila-bila Saja Anda Mahu.


Hari #7: 10 Teknik Gerila Untuk Menyelamatkan Cinta Walaupun Pasangan Anda Tidak Mahu Bekerjasama.

Jika Anda Bertemu A. F Hazwan & Beliau Akan Menjawab Apa Sahaja Soalan Anda...
...Apakah Soalan Itu? Apakah Soalan Cinta Yang Sangat Ingin Anda Ketahui Jawapannya. Beritahu Kami Sekarang!

Selasa, 22 April 2008

Kehidupan Seksual Hambar



MEMANG biasa terdengar keluhan pasangan suami isteri yang menyatakan suami atau isteri kurang melakukan hubungan seks. Jika ini berlaku atas pilihan sendiri, tiada sebab mengeluh.

Jika terpaksa atau keadaan itu berlaku akibat pasangan tidak minat atau kerap menolak atas berbagai alasan mungkin perkara ini boleh disempurnakan kembali apabila sebab penolakan itu diatasi atau ditangani.

Hubungan seks ialah aktiviti fizikal dan memerlukan tenaga serta tubuh badan sihat. Jika aktiviti harian yang biasa dapat dilakukan ini tidak bermakna hubungan seks juga begitu.

Keperluan tenaga berbeza dan tindak balas rangsangan untuk lelaki dan wanita perlu ada. Jika tidak, sukar menunaikannya walaupun satu kewajipan.

Jadi tidak hairan jika pasangan yang separuh umur mengalami perubahan itu. Hubungan seks kebiasaannya menggambarkan kedua-dua pasangan dalam keadaan terangsang dan melakukan persetubuhan dengan aktif.

Mungkin ini suatu adegan yang berlaku kepada pasangan intim ketika muda. Malahan pasangan sama apabila sampai ke umur lebih tinggi masih boleh melakukan perkara sama.

Cuma, mungkin caranya tidak seperti dulu dan lebih kepada belaian, sentuhan, kucupan dan urutan. Jika kedua-dua berkemampuan dan berhajat, hubungan penetratif boleh dilakukan.

Bagi pasangan yang mendapati kehidupan seksual mereka hambar, mereka perlu berterus-terang dan membuat sesuatu secara bersama untuk meningkatkan lagi hubungan keintiman jika itu yang mereka mahu.

Keluar dari keadaan rutin mungkin perkara utama perlu dilakukan.

Lakukan aktiviti rutin bersama dengan cara berbeza. Tetapkan waktu dan masa untuk berintim dan pastikan persiapan dibuat terlebih dulu. Jika khuatir terganggu, tempahlah bilik hotel atau pergi bercuti tanpa membawa anak.

Bagi pasangan mengalami masalah syahwat, dapatkan bantuan profesional. Kini masalah seksual lelaki dan wanita dapat diatasi dengan rawatan moden. Jangan menderita dalam diam. Dapatkan bimbingan dan rawatan jika itu diperlukan.




Adakah masalah kesihatan mengganggu hubungan anda? Dapatkan tips, nasihat & panduan kesihatan secara PERCUMA

Projek Tingkatkan Ekonomi Sendiri: Rahsia Sistem Merekrut MLM

Penting! Maklumat yang bakal anda baca ini mampu menjadikan anda seorang usahawan MLM yang handal!

Adakah Anda Mempunyai Satu Sistem MLM Yang Terbukti Berkesan? Adakah Anda Menuruti Sistem Tersebut Sepenuhnya?

Atau...

Anda, Upline Anda dan Seluruh Kumpulan MLM Anda Masih Tercari-cari Satu Formula, Sistem Rahsia Kejayaan MLM Yang Hanya Diketahui Di Kalangan Jutawan-Jutawan MLM Seperti
Tom "Big Al" Schreiter!

Anda Bertuah Hari Ini!
Kerana Tom "Big Al" Schreiter Sendiri Akan Mendedahkan Rahsia Dalaman MLM Beliau...


KLIK DI SINI

Apa Yang Akan Saya Dapat?

Baiklah, anda mungkin tertanya-tanya apakah isi kandungan "Rahsia Sistem Merekrut MLM".

Lebih tepat lagi, apakah manfaat dan faedah yang anda akan dapat daripada buku ini?

Tanpa membuang masa, lihatlah apa yang terkandung di dalam buku ini.
  • Bagaimana caranya untuk menggunakan 20 minit masa anda untuk mencapai apa yang kebanyakan usahawan MLM capai dalam masa seminggu. Anda dapat menggunakan masa dengan lebih efektif untuk memperkembangkan perniagaan anda dengan cara ini (mukasurat 11).
  • Prospek anda akan memberi perhatian penuh apabila mendengar pembentangan peluang perniagaan anda, tidak kiralah sekiranya mereka adalah daripada kalangan rakan anda, keluarga anda ataupun orang yang anda tidak kenali. Anda akan dapat menggunakan kaedah 2 lawan 1 yang sangat berkesan ini. (mukasurat 13).
  • Mengapa anda tidak perlukan pengiklanan di akhbar, jualan dari rumah ke rumah, surat menyurat, risalah-risalah iklan dan segala cara pengiklanan yang selalu digunakan oleh kebanyakan pengedar. Anda akan tahu bagaimana sistem yang akan anda pelajari mampu menggantikan semua cara pengiklanan ini (mukasurat 21).
  • Bagaimana menggunakan cerita untuk menerangkan 10,000 fakta. Anda akan dapat tahu cara menerangkan cerita yang relevan untuk membuka minda prospek dan melihat peluang yang ada ingin bentangkan (mukasurat 27).
  • Apakah 2 soalan ajaib yang dapat menentukan jika anda bertemu dengan prospek atau orang yang tidak berminat (mukasurat 33).
  • Bagaimana cara untuk menjadikan pasangan anda percaya dengan perniagaan MLM anda. Anda akan tahu bagaimana ianya amat mudah dilakukan dengan merealisasikan matlamat perniagaan MLM anda (mukasurat 39).
  • Bagaimana anda dapat memeterai penjualan anda sebelum anda membuka mulut untuk membuat pembentangan peluang perniagaan (mukasurat 41).
  • Apakah aktiviti harian yang tidak mempunyai manfaat kepada perniagaan anda. Anda dapat tahu mengapa ianya boleh melenyapkan seluruh kumpulan MLM yang anda telah bina (mukasurat 44).
  • Bagaimana menaja pemilik perniagaan lain yang selalu anda kunjungi dengan menggunakan kaedah bertukar barangan. Anda akan tahu bahawa wang yang anda selalu gunakan di premis perniagaan mereka sebenarnya boleh dijadikan modal untuk memperkembangkan perniagaan MLM anda (mukasurat 50).
  • Apa yang pengedar baru perlukan untuk memulakan perniagaan MLM ini. Anda dapat tahu bahawa dengan mengisi borang pengedar sahaja tidak akan mencukupi untuk membina perniagaan anda (mukasurat 54).
  • Mengapa perniagaan pengedar tajaan anda seakan-akan tidak berkembang. Anda akan tahu satu perkataan penting yang tidak patut dilupakan oleh setiap usahawan MLM. Ianya ialah k _ _ _ t _ _ _ (mukasurat 59).
  • Apakah yang dikatakan sindrom ladang tenusu. Anda bukan sahaja dapat membaca satu kisah menarik, tetapi anda juga akan dapat tahu mengapa cerita ini amat penting untuk memajukan perniagaan anda (mukasurat 69).
  • Bagaimana kisah seorang lelaki yang hilang dana persaraan beliau dapat memulihkan kembali situasi kewangan beliau. Anda boleh jadikan cerita ini sebagai panduan dan juga bahan untuk merekrut ahli baru (mukasurat 77).
  • Apakah kisah disebalik ladang strawberi. Anda akan terkejut sekiranya cerita ini dapat menerangkan dengan mudahnya konsep perniagaan yang anda jalankan ini (mukasurat 80).
  • Apakah langkah-langkah yang perlu anda ambil untuk membuat pembentangan merekrut dengan efektif. Anda akan pelajari 5 langkah tersebut (mukasurat 88).
  • dan banyak lagi...

Percuma!

Dapatkan 2 hadiah istimewa ini dari kami...

(1) Bab Pertama ebook "Rahsia Sistem Merekrut MLM"...

(2) Repot Hangat bertajuk "Anda Sudah Silap!"...







Download laporan PERCUMA mengenai "Internet Scam"
Download laporan PERCUMA mengenai "Produk Apa Untuk Dijual"




Isnin, 21 April 2008

Tahukah kau wahai suami dan bakal suami?

Tahukah kau wahai suami dan bakal suami?? Laki bini ini asalnya 2

individu asing yang saling tidak mengenali. Atas takdir tuhan

dipertemukan dan aqad nikah telah menyatukan kita.

TAPI.......tahukah kau apa yang isterimu selalu lakukan untukmu,dan

fikirlah sejenak apa pula yang kau berikan untuknya...

KALA kau tiada duit, bukankah magic david copperfield bila tiba2

kau buka wallet ada duit pulak di dalamnya, tahukah kau yang

isterimu sentiasa curi2 membuka wallet untuk mengecek " Ada duitkah

suamiku?"

TAPI Bila kau ada duit, wah! wah! kau siap boleh tanya lagi bini

kau " duit ke?" sedangkan itukan kewajipan kau untuk memberinya

nafkah?

Tahukah kau wahai suami, tiap2 malam isterimu akan terbangun dari

tidurnya dan perkara pertama yang diingat ialah suaminya, lantas

terus si isteri menjenguk suaminya di sebelah, di kucup dahi

suaminya, diusap rambutnya, penuh kasih sayang dan belas kasihan

TAPI yang kau berinya hanyalah dengkuran kadang2 siap kentut

lagi..Cissss! !

Tahukah kau wahai suami, kalau kau balik lewat malam sampai jam 4-5

pagi atas alasan kerja atau kau suka2 nak lepak ngan kawan2, bini

kau yang dirumah tu tak lena tidur, selagi kau tak balik selagi

tulah mata tak leh pejam

TAPI yang kau tahu bersembang aje sampai pagi, langsung tak ingat

bini, dahlah balik lambat esoknya selagi tak masuk Zohor tak reti2

nak bangun, dah bangun tahu nak makan aje...

Tahu tak kau wahai suami, setiap kali isteri mu menggosok bajumu

apa yang sentiasa terlintas di fikirannya ialah "Handsome tak laki

aku bila pakai baju ni?"

Tapi kau bila dah hansome sikit mula hidung tinggi nak mengorat

lagi...

Tahu tak kau wahai suami, isteri tu tak mintak banyak, cuma pujilah

dia sekali-sekala, peluklah dia setiap pagi dan malam sebelum tidur

peluk yang setakat pelukan sayang sahaja..bukan dengan harapan

dapat "apa-apa"), hadiahkanlah dia sekali-sekala walaupun setakat

coklat sekeping, picitlah bahunya sekali-sekala dan kalau nak tidur

tu, selimutkanlah dia, sebab sebenarnya, bini tu selagi laki dia

tak lelap mata dia hanya tidur2 ayam sahaja...

INI YANG BEST NI

Satu lagi, suami, kalau korang nak tahu, sebaik sahaja saksi kata

SAH!!!! tuhan tu telah kurniakan 6, 7, 8 senses kat isteri sebab itulah dia

orang tahu korang buat apa kat belakang dia, tak yah guna spy...dia

orang musti tahu punya....

Hargailah bini dan bakal bini korang, sebagaimana korang hargai

kereta korang, PS2 korang dan lain-lain

Orang bijak adalah dia yang hari ini mengerjakan apa yang orang

lain akan mengerjakannya tiga hari kemudian ..

JumPa AnDa Di PunCak KeJaYaaN bersama KeSeJahTeRaaN!



Pengajaran ayat: Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa

mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia,

kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak

dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan

yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak

soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah

dikurniakan.

Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan

yg baik...???

Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak

berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari

langit.....

Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu???

Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia??????

Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu

hidup dgn sendiri...

Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam

perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada....

Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak,

ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian....

FIKIR-FIKIRKANLAH. ......... ... ...

Rahsia Di Sebalik Tulisan

Tiap manusia ini mempunyai corak tulisan yang berbeza-beza. Walaupun ada yang cuba untuk meniru tulisan orang lain, tapi jika diperhatikan sebaik mungkin pasti ada perbezaannya. Dipercayai, melalui tulisan juga kita boleh belajar mengenali diri seseorang. Wah! Ini sudah bagus kan? Tapi ada syaratnya. Alah, bukannya susah. Tapi tulisan yang hendak di’baca’ itu mestilah ditulis dalam keadaan tenang. Seandainya ia ditulis dalam mood yang tak tenteram dan tergesa-gesa, mungkin tulisan itu lebih kotor dan hodoh.. Itu tak boleh dikira kerana bentuk tulisan yang tergambar itu bersifat sementara saja.

[Tulisan berubah-ubah]
Ada orang yang bentuk tulisannya tidak pernah berubah-ubah sejak dari dulu lagi. Ha..itu menandakan bahawa dia juga seorang yang sukar untuk berubah. Maknanya dia lebih suka mengekalkan personaliti dirinya yang sedia ada sejak dulu. Sebaliknya jika tulisannya sering berubah-ubah, bermakna dia sentiasa mengalami pembentukan dan pembangunan personaliti dirinya malah dia juga bersikap individual. Dari segi membuat sebarang keputusan, orang yang tulisannya tidak berubah sejak dulu lagi lebih tetap pendirian dan lebih tegas. Manakala mereka yang sering berubah corak tulisan mereka dikatakan lebih mudah untuk berubah fikiran. Bukan bermaksud mereka ini tidak berpendirian langsung tapi keputusan mereka itu masih boleh dipengaruhi oleh orang lain.

[Kecondongan tulisan]
Tegak - Sekiranya tulisannya itu tegak saja bermakna dia seorang yang rajin, bertanggungjawab, pandai bergaul dengan orang lain dan sikapnya amat menyenangkan. Dia juga mampu membuat keputusan dengan wajar dan tepat.

Condong ke kanan - Orangnya bersikap terbuka sama ada dalam pergaulan biasa atau hubungan cinta. Namun dia ini juga sentiasa memerlukan bantuan dan tunjuk ajar daripada orang lain dalam apa juga yang dilakukannya. Dalam erti kata lain, mereka ini kurang yakin dengan tindakan yang diambil dan memerlukan pendapat dan pandangan orang lain untuk menyakinkan diri mereka sendiri. Mereka juga mudah ditimpa perasaan cepat bosan jadi sebab itu cukup pantang kalau mereka kena tunggu lama!

Condong ke kiri - Dia ini seorang yang sensitif walaupun mungkin dari segi luaran nampak dia ini seolah-olah tak kisah sangat. Selain itu, dia juga seorang yang amat berhati-hati dalam apa juga yang dilakukannya kerana dia tidak mahu timbulnya sebarang penyesalan di kemudian hari nanti. Walau bagaimanapun jangan tak tahu, mereka ini seorang yang cukup setia kepada orang yang dicintainya! Cayalah!

[Saiz tulisan]
Besar - Ini menandakan dia seorang yang kurang matang namun dia inginkan orang lain mengikut caranya. Sebab itu mungkin akan timbulnya perselisihan dengan orang sekeliling. Bahkan dia juga amat gembira jika ada orang yang memandang tinggi terhadap keupayaan dirinya.

Kecil - Bentuk tulisan kecil ini menandakan dia seorang yang berfikiran jauh dan bersikap akademik. Selain itu dia juga sebenarnya seorang yang sensitif dan mudah tersentuh jiwanya.

Semakin lama semakin besar - Jika dilihat, mulanya saiz tulisannya taklah besar sangat tapi semakin banyak dia menulis, saiznya bertambah besar. Ini menandakan dia seorang yang berfikiran terbuka tetapi agak kurang berhati hati dalam tindakannya.

Semakin kecil - Ha.. ini pula membawa maksud bahawa dia seorang yang cukup berhati hati tetapi suka menyimpan rahsia. Tapi awas, dia mungkin sanggup berbohong untuk menutup kesalahan dirinya. Kata orang, bohong sunat!

[Bentuk tulisan]
Lebar - Ia menandakan bahawa dia seorang yang aktif dan suka melibatkan diri dalam pelbagai persatuan dan pertubuhan. Selain itu dia juga gemar mengembara sambil bercuti. Tapi nampaknya dia ini kurang bijak dalam menjaga hati teman-teman.

Tulisan kurus - Ternyata dia akan melakukan perkara-perkara yang hanya digemarinya saja.

Tulisan bersegi empat - Otak matematik rupanya dia ni.

Tulisan bulat - Ini menandakan dia seorang yang suka bergaul dan penyayang.

Bersambung - Pemikirannya berdasarkan logik.

Bercerai cerai - Segala tindakannya lebih cenderung mengikut gerak hatinya saja!

[Jarak tulisan]
Tulisan jauh - Sekiranya dia mempunyai jarak antara tulisan agak jauh, bermakna dia sukar didekati dan tak suka orang lain terlalu rapat dengan dirinya. Bukan apa, jika dia mungkin akan bersikap mengongkong atau bergantung pada orang-orang yang rapat dengan dirinya itu.

Tulisan rapat - Memang mudah untuk berdampingan dengan dia ini kerana dia juga berfikiran terbuka.

[Ruangan di tepi]
Perhatikan ruang yang ditinggalkan pada muka surat itu. Sekiranya :
Ruang kiri kanannya sama, jarak ruang di kiri dan kanan muka surat itu adalah sama besarnya -Itu bermakna dia seorang yang berfikiran optimistik.

Ruang muka surat sebelah kiri kecil - Itu menandakan dia seorang yang amat sensitif sebenarnya!

Ruang muka surat kanan kecil - Sememangnya dia seorang yang rajin namun sukar membuat pertimbangan yang sewajarnya.

Penuh satu muka surat - Ternyata dia seorang yang amat tegas dan mempunyai banyak ide bernas yang boleh dikongsi bersamanya.

Jumaat, 18 April 2008

Khas Untuk Wanita ..



AURAT WANITA — Dari Firman Allah SWT dan hadis-hadis Nabi SAW


1. Bulu kening — Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.


2. Kaki (tumit kaki) —"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." An-Nur: 31. Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan / melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian — "Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada — "Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. "An-Nur : 31


5. Gigi — "Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. "Riwayat At-Thabrani, "Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah". Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher — "Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu." Keterangan: Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan — "Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan — "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya". Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.


9. Mata – "Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya." An Nur : 31. Sabda Nabi SAW, “Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - "Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." Al Ahzab: 32. Sabda SAW, "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. " An Nur : 31.
"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." Riwayat Al Bazzar. "Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian — "Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah. "Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis / jarang, ketat / membentuk dan berbelah / membuka bahagian-bahagian tertentu."Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang." Al Ahzab : 59.

13. Rambut — "Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." Riwayat Bukhari dan Muslim.

Khamis, 17 April 2008

Pendidikan Seks



Definisi Kesihatan reproduktif adalah kesejahteraan fizikal, mental dan sosial. Ia bukan hanya ketiadaan penyakit berkaitan proses, fungsi dan sistem reproduktif (sistem peranakan).Ia merangkumi keupayaan untuk menjalinkan kehidupan seksual yang memuaskan dan selamat serta bebas membuat pilihan yang bertanggungjawab.

Kesihatan seksual
Kesihatan seksual adalah faktor penting dalam kesihatan reproduktif. Ia merupakan keupayaan lelaki dan wanita melakukan aktiviti seks dengan bertanggungjawab dan selamat sama ada kehamilan diingini atau tidak. Sekiranya kehamilan diingini, pasangan perlu bersedia untuk memikul segala tanggungjawab yang berkaitan dengannya. Kenapa kesihatan reproduktif penting bagi kesejahteraan keluarga? Keluarga merupakan unit asas produktif dan reproduksi dalam masyarakat. Keluarga yang mengamalkan cara hidup sihat akan menghasilkan anak-anak yang mempunyai status kesihatan reproduktif yang lebih baik. Setiap ahli keluarga mempunyai keperluan reproduktif yang khusus dan sekiranya difahami ia akan mengukuhkan kesejahteraan keluarga.

Peranan dan tanggungjawab ahli keluarga serta suami isteri
Kebahagiaan perkahwinan dan perhubungan antara suami isteri adalah berasaskan kepada sikap jujur, romantis dan kesediaan bermaaf-maafan antara satu sama lain. Nyatakan perasaan dan kemahuan secara jujur dan terbuka khususnya dalam perhubungan seksual. Setiap pasangan harus berbincang dan merancang bilangan, masa dan jarak kehamilan berdasarkan kemampuan kesihatan mereka. Menjadi contoh tauladan yang baik kepada generasi muda. Dapatkan bantuan professional sekiranya perlu.

Peranan ibu bapa
Menjalin perhubungan yang mesra dan memupuk nilai-nilai murni dan harga diri anak dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Bersedia mendengar dan membimbing anak-anak dalam hal-hal kesihatanreproduktif. Melindungi anak-anak daripada penderaan seks. Mendidik anak mengenali sentuhan baik dan buruk dan melaporkan sebarang pencabulan. Mengesan tingkah laku dan gejala luar biasa dan mengambil tindakan sewajarnya. Mengajar batasan dalam pergaulan.

Peranan keluarga
Setiap ahli mempunyai fungsi dan tanggungjawab dalam membina kesejahteraan keluarga. Keluarga yang mengamalkan cara hidup sihat akan menyalurkan nilai-nilai positif kepada generasi muda. Memenuhi dan menyediakan keperluan asas setiap ahli keluarga termasuk perlindungan dan kasih sayang. Mempertahankan dan menggalakkan amalan tingkah laku seksual yang sihat. Setiap ahli keluarga perlu meningkatkan pengetahuan mengenai hal-hal kesihatan reproduktif bagi membolehkan diri membuat keputusan dan tindakan yang bijak.

Kitaran reproduktif bayi dan anak
Setiap anak dilahirkan dengan ketetapan genetik jantina. Walaupun sistem reproduksi cukup sifatnya tetapi masih belum matang untuk berfungsi sepenuhnya. Bayi baru lahir perlu melalui pemeriksaan klinikal untuk memastikan tahap kenormalannya. Pemeriksaan ini juga akan meliputi pemeriksaan pada organ seks mereka. Kelainan fizikal yang memerlukan rawatan awal di kalangan bayi lelaki adalah seperti hypospadia, hdrocele, undescended testis dan inguinal hernia di kalangan bayi perempuan seperti imperforate vagina. Peringkat remaja. Pada peringkat baligh, organ reproduksi menjadi matang. Perubahan lain yang berlaku serentak termasuklah pertumbuhan mendadak mengikut jantina. Perubahan ini dikawal oleh hormon seks.

Remaja perempuan -
ovari akan mengeluarkan progesteron dan estrogen. Ini mengakibatkan pertumbuhan payu dara dan bentuk badan akan berubah penghasilan ovum dan kitaran haid bulu tumbuh di celah ketiak dan bahagian ari-ari jerawat mula tumbuh suara mungkin berubah dari suara keanak-anakan kepada suara yang lebih matang.

Remaja lelaki -
testis akan mengeluarkan hormon seks testosteron. Hormon ini membuatkan lelaki tumbuh bulu pada bahagian muka dan bahagian lain pada badan seperti misai dan janggut suara mulai garau menggalak pembinaan otot mulai menghasilkan sperma bahu dan dada menjadi bidang jerawat mula tumbuh mengalami mimpi yang mengghairahkan sehingga mengeluarkan air mani zakar dan buah zakar mula membesar.

Persediaan untuk berumahtangga
Ibu bapa perlu memberi panduan kepada anak-anak agar bijak memilih teman hidup yang sesuai. Perkahwinan mengukuhkan perhubungan kasih sayang antara lelaki dan wanita. Ia bukan sekadar penyatuan secara sah tetapi juga melibatkan penerimaan tanggungjawab untuk kebahagian bersama. Suami isteri hendaklah menyesuaikan diri dan saling bertolak ansur dalam menangani segala tanggunjawab dan cabaran yang sering timbul agar rumahtangga bahagia dan harmoni.

Persediaan perkahwinan termasuklah :
Memahami fungsi organ seks
Memastikan diri dan pasangan sihat dan bebas daripada penyakit
Mengetahui perilaku seks yang selamat
Mengetahu mengenai perancangan keluarga.

Persediaan untuk menimang cahaya mata
Pasangan perlu memahami perubahan fizikal dan emosi yang akan terjadisemasa kehamilan. Bakal ibu perlu berada dalam keadaan fizikal dan mental yang optima sebelum menghadapi kehamilan. Ini termasuklah :
Pemakanan sihat
Senaman
Menghentikan tabiat buruk seperti merokok, meminum arak dan mengambil dadah
Memahami proses kehamilan, kelahiran dan kepentingan penyusuan susuibu

Suami perlu bersedia menghadapi tanggungjawab sebagai bapa, antaranya :
Hentikan tabiat buruk seperti merokok, meminum arak dan mengambil dadah
Peka kepada perubahan emosi dan fizikal isteri yang hamil
Mengikut perkembangan kehamilan bersama isteri
Menggalakkan isteri mendapatkan pemeriksaan ante-natal awal dan berkala
Merancang kelahiran yang sihat
Membuat persiapan untuk menyambut kehadiran bayi.

Pembentukan keluarga bahagia
Kebahagian keluarga akan tercapai sekiranya keluarga itu dirancang kerana kebahagiaan keluarga bergantung kepada kesejahteraan semua ahlinya.

Eleman-eleman keluarga bahagia :
Kasih sayang dan persefahaman
Perlindungan fizikal, mental dan emosi
Pengasuhan, pendidikan dan bimbingan
Keadilan
Kestabilan ekonomi rumahtangga
Penjagaan kesihatan setiap ahli keluarga.
Keluarga terancang
Menentukan bilangan anak yang diingini berdasarkan keupayaan kesihatan anda
Memastikan ibu mempunyai masa yang mencukupi untuk menyusukan bayi
Suami perlu menyokong secara aktif kaedah perancangan keluarga yang dipersetujui bersama.

Persediaan menghadapi klimakterik
Setiap orang akan menghadapi fasa klimakerik bila ia melalui perubahan dari peringkat reproduktif kepada peringkat tidak reproduktif. Keadaan ini lebih ketara di kalangan wanita.

Klimakterik di kalangan wanita adalah :
Menopos (putus haid)
Perubahan emosi dan seksual
Peningkatan penyakit seperti osteoporosis, penyakit jantung dan mudah mendapat jangkitan

Tanda-tanda awal menopos adalah :
Perasaan panas (hot flush)kekeringan faraj
Berpeluh malam
Keletihan
Kesukaran untuk tidur
Klimakterik di kalangan lelaki (Kekurangan separa androgen lelakiberumur).

Tahap testosteron menurun dengan peningkatan umur dan ini membawa kepada gejala-gejala berikut :
Kurang daya dan minat seks
Kurang keyakinan diri
Kurang daya tumpuan
Kemurungan
Rasa mudah tersinggung
Sukar untuk tidur
Kegelisahan
Sakit tulang dan sendi
Kelenturan kulit

Gejala-gejala klimakterik boleh dikurangkan dengan :
Amalkan pemakanan yang sihat
Bersenam
Berhenti merokok
Pemeriksaan sendiri payu dara dan menjalankan pemeriksaan pap smear secara berkala (wanita)
Tidur yang mencukupi
Memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang bersesuaian seperti hobi baru, kerja amal dan menjalinkan persahabatan baru
Perubatan biasa seperti pil khasiat, vitamin, ubat herba dan sebagainya yang boleh membantu sedikit sebanyak
Bagi wanita, terapi gantian hormon (HRT) boleh mengurangkan gejala-gejala menopos tetapi penggunaannya perlu dibincang terlebih dahulu dengan anggota kesihatan terlatih.

Kegemilangan hidup dalam usia emas
Usia tua adalah satu fasa dalam perjalanan hidup. Ia boleh dipenuhi dengan pengalaman yang positif dan bermakna. Anda juga boleh terus menikmati hubungan seksual seperti biasa.

Isu-isu berkaitan
Seks selamat
Perhubungan seks hanya dalam konteks perkahwinan
Menggunakan kaedah perancangan keluarga sekiranya dinasihatkandemikian
Pasangan mesti mendapatkan rawatan awal dan lengkap jika ada jangkitan kelamin

Elakkan hubungan seks berisiko :
Memulakan aktiviti seks pada usia awal
Hubungan seks dengan berbilang pasangan
Hubungan seks rambang
Memperdagangkan seks / pelacuran
Pasangan yang membuat hubungan dengan berbilang pasangan seks
Hubungan seks luar nikah

Jangkitan kelamin
Jenis-jenis jangkitan kelamin:
Chlamydia
Trichomoniasis
Sifilis
Gonorrhoea
HIV
HPV
Hepatitis B
Herpes

Implikasi kesihatan
Kerosakan pada sistem peranakan dan seterusnya menyebabkan kemandulan
Penyakit AIDS adalah akibat daripada jangkitan HIV
Penyakit lain seperti sifilis meningkatkan kemungkinan transmisi HIV / AIDS
Kesan kepada janin
Kematian dalam kandungan
Kelahiran tidak cukup bulan
Perkembangan janin yang tidak normal
Jangkitan kelamin boleh menjangkiti janin dan menyebabkan penyakit apabila bayi dilahirkan

Pencegahan:
Meningkatkan pengetahuan tentang kesihatan produktif
Mengamalkan seks selamat
Penderaan seks
Perhubungan seks tanpa persetujuan
Hubungan seks dengan kanak-kanak atau remaja di bawah usia 16 tahun, walaupun dengan persetujuan mereka
Selalunya berkaitan dengan keganasan
Peristiwa yang traumatik yang memberi kesan mendalam kepada mangsa dan keluarga

Mangsa mungkin mengalami :
Masalah seksual
Mengamalkan tingkah laku seks yang berisiko
Mengalami tekanan emosi

Langkah pencegahan penderaan seks:
Keluarga adalah bertanggungjawab melindungi ahli-ahlinya dari semua jenis penderaan seks
Pendidikan seks mengikut tahap umur
Mengetahui batas-batas perhubungan
Menerapkan nilai-nilai murni dalam perilaku seks
Mendapatkan rawatan awal

Adakah masalah kesihatan mengganggu hubungan anda? Dapatkan tips, nasihat & panduan kesihatan secara PERCUMA


Iklan

IPMart Online Shopping
Belian dalam RM

Jom Borak


Free chat widget @ ShoutMix

Kerana Agama...

Kerana Agama...
Imam Nawawi