Iklan

Gambar Pilihan

Gambar Pilihan
9

Selasa, 22 April 2008

Kehidupan Seksual Hambar



MEMANG biasa terdengar keluhan pasangan suami isteri yang menyatakan suami atau isteri kurang melakukan hubungan seks. Jika ini berlaku atas pilihan sendiri, tiada sebab mengeluh.

Jika terpaksa atau keadaan itu berlaku akibat pasangan tidak minat atau kerap menolak atas berbagai alasan mungkin perkara ini boleh disempurnakan kembali apabila sebab penolakan itu diatasi atau ditangani.

Hubungan seks ialah aktiviti fizikal dan memerlukan tenaga serta tubuh badan sihat. Jika aktiviti harian yang biasa dapat dilakukan ini tidak bermakna hubungan seks juga begitu.

Keperluan tenaga berbeza dan tindak balas rangsangan untuk lelaki dan wanita perlu ada. Jika tidak, sukar menunaikannya walaupun satu kewajipan.

Jadi tidak hairan jika pasangan yang separuh umur mengalami perubahan itu. Hubungan seks kebiasaannya menggambarkan kedua-dua pasangan dalam keadaan terangsang dan melakukan persetubuhan dengan aktif.

Mungkin ini suatu adegan yang berlaku kepada pasangan intim ketika muda. Malahan pasangan sama apabila sampai ke umur lebih tinggi masih boleh melakukan perkara sama.

Cuma, mungkin caranya tidak seperti dulu dan lebih kepada belaian, sentuhan, kucupan dan urutan. Jika kedua-dua berkemampuan dan berhajat, hubungan penetratif boleh dilakukan.

Bagi pasangan yang mendapati kehidupan seksual mereka hambar, mereka perlu berterus-terang dan membuat sesuatu secara bersama untuk meningkatkan lagi hubungan keintiman jika itu yang mereka mahu.

Keluar dari keadaan rutin mungkin perkara utama perlu dilakukan.

Lakukan aktiviti rutin bersama dengan cara berbeza. Tetapkan waktu dan masa untuk berintim dan pastikan persiapan dibuat terlebih dulu. Jika khuatir terganggu, tempahlah bilik hotel atau pergi bercuti tanpa membawa anak.

Bagi pasangan mengalami masalah syahwat, dapatkan bantuan profesional. Kini masalah seksual lelaki dan wanita dapat diatasi dengan rawatan moden. Jangan menderita dalam diam. Dapatkan bimbingan dan rawatan jika itu diperlukan.




Adakah masalah kesihatan mengganggu hubungan anda? Dapatkan tips, nasihat & panduan kesihatan secara PERCUMA

Tiada ulasan:

Iklan

IPMart Online Shopping
Belian dalam RM

Jom Borak


Free chat widget @ ShoutMix

Kerana Agama...

Kerana Agama...
Imam Nawawi