Iklan

Gambar Pilihan

Gambar Pilihan
9

Khamis, 17 April 2008

Pendidikan Seks



Definisi Kesihatan reproduktif adalah kesejahteraan fizikal, mental dan sosial. Ia bukan hanya ketiadaan penyakit berkaitan proses, fungsi dan sistem reproduktif (sistem peranakan).Ia merangkumi keupayaan untuk menjalinkan kehidupan seksual yang memuaskan dan selamat serta bebas membuat pilihan yang bertanggungjawab.

Kesihatan seksual
Kesihatan seksual adalah faktor penting dalam kesihatan reproduktif. Ia merupakan keupayaan lelaki dan wanita melakukan aktiviti seks dengan bertanggungjawab dan selamat sama ada kehamilan diingini atau tidak. Sekiranya kehamilan diingini, pasangan perlu bersedia untuk memikul segala tanggungjawab yang berkaitan dengannya. Kenapa kesihatan reproduktif penting bagi kesejahteraan keluarga? Keluarga merupakan unit asas produktif dan reproduksi dalam masyarakat. Keluarga yang mengamalkan cara hidup sihat akan menghasilkan anak-anak yang mempunyai status kesihatan reproduktif yang lebih baik. Setiap ahli keluarga mempunyai keperluan reproduktif yang khusus dan sekiranya difahami ia akan mengukuhkan kesejahteraan keluarga.

Peranan dan tanggungjawab ahli keluarga serta suami isteri
Kebahagiaan perkahwinan dan perhubungan antara suami isteri adalah berasaskan kepada sikap jujur, romantis dan kesediaan bermaaf-maafan antara satu sama lain. Nyatakan perasaan dan kemahuan secara jujur dan terbuka khususnya dalam perhubungan seksual. Setiap pasangan harus berbincang dan merancang bilangan, masa dan jarak kehamilan berdasarkan kemampuan kesihatan mereka. Menjadi contoh tauladan yang baik kepada generasi muda. Dapatkan bantuan professional sekiranya perlu.

Peranan ibu bapa
Menjalin perhubungan yang mesra dan memupuk nilai-nilai murni dan harga diri anak dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Bersedia mendengar dan membimbing anak-anak dalam hal-hal kesihatanreproduktif. Melindungi anak-anak daripada penderaan seks. Mendidik anak mengenali sentuhan baik dan buruk dan melaporkan sebarang pencabulan. Mengesan tingkah laku dan gejala luar biasa dan mengambil tindakan sewajarnya. Mengajar batasan dalam pergaulan.

Peranan keluarga
Setiap ahli mempunyai fungsi dan tanggungjawab dalam membina kesejahteraan keluarga. Keluarga yang mengamalkan cara hidup sihat akan menyalurkan nilai-nilai positif kepada generasi muda. Memenuhi dan menyediakan keperluan asas setiap ahli keluarga termasuk perlindungan dan kasih sayang. Mempertahankan dan menggalakkan amalan tingkah laku seksual yang sihat. Setiap ahli keluarga perlu meningkatkan pengetahuan mengenai hal-hal kesihatan reproduktif bagi membolehkan diri membuat keputusan dan tindakan yang bijak.

Kitaran reproduktif bayi dan anak
Setiap anak dilahirkan dengan ketetapan genetik jantina. Walaupun sistem reproduksi cukup sifatnya tetapi masih belum matang untuk berfungsi sepenuhnya. Bayi baru lahir perlu melalui pemeriksaan klinikal untuk memastikan tahap kenormalannya. Pemeriksaan ini juga akan meliputi pemeriksaan pada organ seks mereka. Kelainan fizikal yang memerlukan rawatan awal di kalangan bayi lelaki adalah seperti hypospadia, hdrocele, undescended testis dan inguinal hernia di kalangan bayi perempuan seperti imperforate vagina. Peringkat remaja. Pada peringkat baligh, organ reproduksi menjadi matang. Perubahan lain yang berlaku serentak termasuklah pertumbuhan mendadak mengikut jantina. Perubahan ini dikawal oleh hormon seks.

Remaja perempuan -
ovari akan mengeluarkan progesteron dan estrogen. Ini mengakibatkan pertumbuhan payu dara dan bentuk badan akan berubah penghasilan ovum dan kitaran haid bulu tumbuh di celah ketiak dan bahagian ari-ari jerawat mula tumbuh suara mungkin berubah dari suara keanak-anakan kepada suara yang lebih matang.

Remaja lelaki -
testis akan mengeluarkan hormon seks testosteron. Hormon ini membuatkan lelaki tumbuh bulu pada bahagian muka dan bahagian lain pada badan seperti misai dan janggut suara mulai garau menggalak pembinaan otot mulai menghasilkan sperma bahu dan dada menjadi bidang jerawat mula tumbuh mengalami mimpi yang mengghairahkan sehingga mengeluarkan air mani zakar dan buah zakar mula membesar.

Persediaan untuk berumahtangga
Ibu bapa perlu memberi panduan kepada anak-anak agar bijak memilih teman hidup yang sesuai. Perkahwinan mengukuhkan perhubungan kasih sayang antara lelaki dan wanita. Ia bukan sekadar penyatuan secara sah tetapi juga melibatkan penerimaan tanggungjawab untuk kebahagian bersama. Suami isteri hendaklah menyesuaikan diri dan saling bertolak ansur dalam menangani segala tanggunjawab dan cabaran yang sering timbul agar rumahtangga bahagia dan harmoni.

Persediaan perkahwinan termasuklah :
Memahami fungsi organ seks
Memastikan diri dan pasangan sihat dan bebas daripada penyakit
Mengetahui perilaku seks yang selamat
Mengetahu mengenai perancangan keluarga.

Persediaan untuk menimang cahaya mata
Pasangan perlu memahami perubahan fizikal dan emosi yang akan terjadisemasa kehamilan. Bakal ibu perlu berada dalam keadaan fizikal dan mental yang optima sebelum menghadapi kehamilan. Ini termasuklah :
Pemakanan sihat
Senaman
Menghentikan tabiat buruk seperti merokok, meminum arak dan mengambil dadah
Memahami proses kehamilan, kelahiran dan kepentingan penyusuan susuibu

Suami perlu bersedia menghadapi tanggungjawab sebagai bapa, antaranya :
Hentikan tabiat buruk seperti merokok, meminum arak dan mengambil dadah
Peka kepada perubahan emosi dan fizikal isteri yang hamil
Mengikut perkembangan kehamilan bersama isteri
Menggalakkan isteri mendapatkan pemeriksaan ante-natal awal dan berkala
Merancang kelahiran yang sihat
Membuat persiapan untuk menyambut kehadiran bayi.

Pembentukan keluarga bahagia
Kebahagian keluarga akan tercapai sekiranya keluarga itu dirancang kerana kebahagiaan keluarga bergantung kepada kesejahteraan semua ahlinya.

Eleman-eleman keluarga bahagia :
Kasih sayang dan persefahaman
Perlindungan fizikal, mental dan emosi
Pengasuhan, pendidikan dan bimbingan
Keadilan
Kestabilan ekonomi rumahtangga
Penjagaan kesihatan setiap ahli keluarga.
Keluarga terancang
Menentukan bilangan anak yang diingini berdasarkan keupayaan kesihatan anda
Memastikan ibu mempunyai masa yang mencukupi untuk menyusukan bayi
Suami perlu menyokong secara aktif kaedah perancangan keluarga yang dipersetujui bersama.

Persediaan menghadapi klimakterik
Setiap orang akan menghadapi fasa klimakerik bila ia melalui perubahan dari peringkat reproduktif kepada peringkat tidak reproduktif. Keadaan ini lebih ketara di kalangan wanita.

Klimakterik di kalangan wanita adalah :
Menopos (putus haid)
Perubahan emosi dan seksual
Peningkatan penyakit seperti osteoporosis, penyakit jantung dan mudah mendapat jangkitan

Tanda-tanda awal menopos adalah :
Perasaan panas (hot flush)kekeringan faraj
Berpeluh malam
Keletihan
Kesukaran untuk tidur
Klimakterik di kalangan lelaki (Kekurangan separa androgen lelakiberumur).

Tahap testosteron menurun dengan peningkatan umur dan ini membawa kepada gejala-gejala berikut :
Kurang daya dan minat seks
Kurang keyakinan diri
Kurang daya tumpuan
Kemurungan
Rasa mudah tersinggung
Sukar untuk tidur
Kegelisahan
Sakit tulang dan sendi
Kelenturan kulit

Gejala-gejala klimakterik boleh dikurangkan dengan :
Amalkan pemakanan yang sihat
Bersenam
Berhenti merokok
Pemeriksaan sendiri payu dara dan menjalankan pemeriksaan pap smear secara berkala (wanita)
Tidur yang mencukupi
Memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang bersesuaian seperti hobi baru, kerja amal dan menjalinkan persahabatan baru
Perubatan biasa seperti pil khasiat, vitamin, ubat herba dan sebagainya yang boleh membantu sedikit sebanyak
Bagi wanita, terapi gantian hormon (HRT) boleh mengurangkan gejala-gejala menopos tetapi penggunaannya perlu dibincang terlebih dahulu dengan anggota kesihatan terlatih.

Kegemilangan hidup dalam usia emas
Usia tua adalah satu fasa dalam perjalanan hidup. Ia boleh dipenuhi dengan pengalaman yang positif dan bermakna. Anda juga boleh terus menikmati hubungan seksual seperti biasa.

Isu-isu berkaitan
Seks selamat
Perhubungan seks hanya dalam konteks perkahwinan
Menggunakan kaedah perancangan keluarga sekiranya dinasihatkandemikian
Pasangan mesti mendapatkan rawatan awal dan lengkap jika ada jangkitan kelamin

Elakkan hubungan seks berisiko :
Memulakan aktiviti seks pada usia awal
Hubungan seks dengan berbilang pasangan
Hubungan seks rambang
Memperdagangkan seks / pelacuran
Pasangan yang membuat hubungan dengan berbilang pasangan seks
Hubungan seks luar nikah

Jangkitan kelamin
Jenis-jenis jangkitan kelamin:
Chlamydia
Trichomoniasis
Sifilis
Gonorrhoea
HIV
HPV
Hepatitis B
Herpes

Implikasi kesihatan
Kerosakan pada sistem peranakan dan seterusnya menyebabkan kemandulan
Penyakit AIDS adalah akibat daripada jangkitan HIV
Penyakit lain seperti sifilis meningkatkan kemungkinan transmisi HIV / AIDS
Kesan kepada janin
Kematian dalam kandungan
Kelahiran tidak cukup bulan
Perkembangan janin yang tidak normal
Jangkitan kelamin boleh menjangkiti janin dan menyebabkan penyakit apabila bayi dilahirkan

Pencegahan:
Meningkatkan pengetahuan tentang kesihatan produktif
Mengamalkan seks selamat
Penderaan seks
Perhubungan seks tanpa persetujuan
Hubungan seks dengan kanak-kanak atau remaja di bawah usia 16 tahun, walaupun dengan persetujuan mereka
Selalunya berkaitan dengan keganasan
Peristiwa yang traumatik yang memberi kesan mendalam kepada mangsa dan keluarga

Mangsa mungkin mengalami :
Masalah seksual
Mengamalkan tingkah laku seks yang berisiko
Mengalami tekanan emosi

Langkah pencegahan penderaan seks:
Keluarga adalah bertanggungjawab melindungi ahli-ahlinya dari semua jenis penderaan seks
Pendidikan seks mengikut tahap umur
Mengetahui batas-batas perhubungan
Menerapkan nilai-nilai murni dalam perilaku seks
Mendapatkan rawatan awal

Adakah masalah kesihatan mengganggu hubungan anda? Dapatkan tips, nasihat & panduan kesihatan secara PERCUMA


Tiada ulasan:

Iklan

IPMart Online Shopping
Belian dalam RM

Jom Borak


Free chat widget @ ShoutMix

Kerana Agama...

Kerana Agama...
Imam Nawawi