Iklan

Gambar Pilihan

Gambar Pilihan
9

Selasa, 27 Mei 2008

31 Ciri Suami Idaman


ADVERTORIAL
Sinopsis Dalam kehidupan berumah tangga perkara yang sering menjadi perhatian umum adalah bagaimana ciri-ciri isteri idaman. Hal ini terjadi kerana dipengaruhi oleh budaya masyarakat kita di mana pihak lelaki yang meminang wanita. Ertinya kuasa memilih lebih berada di tangan lelaki. Oleh itu lelakilah yang memilih calon isteri idamannya sedangkan pihak wanita tiada pilihan. Sebab itulah agaknya jarang dibincangkan bagaimanakah ciri-ciri seorang suami idaman.


Sebenarnya mencari atau mendapatkan seorang suami idaman itu lebih penting daripada mendapatkan isteri idaman. Ini kerana suami yang akan menjadi pemimpin kepada isteri, yang akan membimbing dan menentukan hala tuju kehidupan mereka sebagai suami isteri. Hal ini Allah jelaskan dalam firman-Nya:


"Kaum lelaki adalah pemimpin atas kaum wanita kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka daripada sebahagian yang lain" (Surah an-Nisa' : 34)


Apakah ukuran suami yang idaman? Buku ini menggariskan ukuran suami idaman menurut kata mata Islam berlandaskan al-Quran dan Hadis Rasullullah s.a.w. Buat gadis-gadis yang bakal mendirikan rumah tangga buku ini akan memberikan pedoman buat anda untuk memilih calon suami yang bakal membahagiakan anda.


Buat pada lelaki dan suami... apa yang digariskan di dalam buku kecil ini boleh dijadikan panduan dan rujukan bagi membentuk diri menjadi seorang suami idaman setiap para isteri. Dan buat para isteri hadiahkanlah buku ini buat suami tercinta.


Antara topik menarik di dalam:

  • Hikmah Perkahwinan
  • Memanggil Panggilan Manja
  • Kreatif Menjalin Komunikasi
  • Langkah Bestari Suami Idaman

ANDA INGIN MENDAPATKAN BUKU INI? SILA KLIK PAUTAN INI

2 ulasan:

Bali Wedding berkata...

saya senang nieh bisa baca artikel ini, sangat menarik dan menambah wawasan untuk saya.......bagaimana mencari pasangan hidup untuk selamanya, tidak hanya dilihat dari bentuk fisik saja tetapi dari latar belakang sifat, kasih sayang terutama keagamaannya.

dan bagaimana seorang perempuan menghormati pasangannya, mencintai pasangannya, dan bersikap baik didepan pasangannya......salam kenal

Gairah atau perasaan cinta terhadap pasangan hidup atau suami istri sudah mulai pudar. bagaimana mengembalikan perasaan itu kembali terkadang orang yang ingin memasuki gerbang pernikahan menjadi takut akan hal-hal seperti itu.

bagaimanakah mempertahankan persaan cinta kita terhadap pasangan kita jangan sampai kita hilang rasa dan hilang selera terhadap pasangan, demi menjaga keharmonisan kita

Bali Villa, Bali Villas, Bali Property

Rizal Yusuf berkata...

Terima kasih Bali Wedding atas ulasan anda. :-)

Iklan

IPMart Online Shopping
Belian dalam RM

Jom Borak


Free chat widget @ ShoutMix

Kerana Agama...

Kerana Agama...
Imam Nawawi