Iklan

Gambar Pilihan

Gambar Pilihan
9

Isnin, 5 Mei 2008

Kebahagian Seksual Penawar Segala Penyakit



Kebahagian Seksual Penawar Segala Penyakit - Dr Norhisham


Perasaan kasih sayang adalah satu anugerah Allah yang tidak ternilai.
Salah satu faktor utama yang menyuburkan kasih sayang adalah melalui
hubungan seksual pasangan suami isteri. Hubungan seksual suami isteri
yang disertai dengan perasaan kasih sayang juga adalah juga suatu
rawatan semulajadi yang sediada dalam diri untuk kesihatan fizikal,
mental, emosi dan spiritual, demikian menurut Dr. Norhisham Wahab
pakar pengamal perubatan 'Gelombang dan Warna' (Colour Vibration
Therapy).

Kepuasan seks yang dinikmati oleh setiap pasangan ternyata mempunyai
satu keajaiban dalaman seseorang. Ia mampu menghindari masalah
tekanan, sakit kepala, marah, malah memberikan keceriaan dan
penampilan serta rahsia awet muda.

Ketidakpuasan dalam hubungan seksual mendatangkan pelbagai masalah
kesihatan seperti tekanan perasaan, kemurungan, kedinginan, sukar
tidur, mudah marah, migraine, kelesuan, tiada mood dan secara tidak
langsung memberi kesan negatif terhadap kasih sayang serta
kebahagiaan sesebuah rumah tangga.

Dari sudut psikologi, anak yang lahir hasil hubungan suami isteri
yang tidak disertai perasaan kasih sayang akan mewarisi nilai-nilai
negatif seperti tidak menghormati dan mengasihi ibubapanya.

Justeru itu hubungan seksual antara suami isteri jangan diambil mudah
atau dilakukan kerana terpaksa disebabkan bebanan tanggungjawab
sebagai suami atau isteri.

"Jika salah saorang mempunyai masalah, pupuk dan rawatlah diri anda
untuk menerima kenikmatan hubungan seks dengan tahap maksima kerana
melalui hubungan seks anda akan menikmati kebahagian rumah tangga
yang sebenarnya" kata Dr Norhisham.

Selain suami yang banyak memainkan peranan untuk membangkitkan
ghairah, isteri juga turut berperanan menentukan kebahagian rumah
tangga. Bukan sahaja bijak menguruskan rumah dan mendidik anak,
isteri juga perlu bijak memikat suami melalui hubungan seksual dengan
rangsangan yang mampu membangkitkan ghairah dan memberikan kepuasan
kepada suami.

"Hubungan seks adalah kepuasan yang cukup unik bagi setiap pasangan
suami isteri. Faraj dan zakar adalah bahagian organ manusia yan mudah
sensitif dan terangsang. Namun jika gagal, seks menjadi hampa dan
pasti ada yang kecewa dengannya malah menyakitkan wanita serta
menghantui perasaan kedua pasangan untuk mengulanginya" katanya lagi
yang berpendapat seks bukanlah sesuatu yang menyakitkan jika suami
dan isteri tahu peranan masing-masing dalam melakukan hubungan seks.

> Tubuh sihat dengan melakukan seks.
Menurut Dr. Nirhisham, dengan melakukan seks dan ketika mencapai
kenikmatan yang diingini oleh pasangan, ia adalah satu cara untuk
melahirkan tubuh yang sihat. "Dalam badan kita terdapat
bermacam 'racun' yang tidak diperlukan oleh badan. Justeru itu
apabila melakukan seks baik wanita atau lelaki mereka akan
menggunakan segala tenaga dalam badan ketika ingin mencapai klimaks.
Jadi tenaga yang 'dibuang' itu secara tidak langsung telah membuang
segala bahan dalam badan yang tidak diperlukan. Oleh itu selepas
sahaja selesai melakukan hubungan seks, kita akan mendapati sakit
kepala atau rasa tidak puashati atau tekanan tidak ada lagi. Dan bagi
saya keadaan ini akan bertambah berkesan jika kedua-dua
pasangan melakukannya dengan rasa penuh kasih sayang dan bukannya
dalam keadaan terpaksa atau dipaksa" tegas Dr. Norhisham yang percaya
kesihatan seseorang boleh dinilai daripada hubungan seksual seseorang.



Adakah masalah kesihatan mengganggu hubungan anda? Dapatkan tips, nasihat & panduan kesihatan secara PERCUMA

Tiada ulasan:

Iklan

IPMart Online Shopping
Belian dalam RM

Jom Borak


Free chat widget @ ShoutMix

Kerana Agama...

Kerana Agama...
Imam Nawawi