Iklan

Gambar Pilihan

Gambar Pilihan
9

Khamis, 29 Mei 2008

Tips Teman Perempuan Shopping



1. Niatkan untuk menghiburkan dia semasa shopping. Jika terhibur, barang yang dia akan beli lebih "masak" proses dia membuat keputusan. Jika niat ini benar2 dari hati kita, ia terpancar ke muka kita walau pun ada seketika timbul perasaan menyampah tetapi kuasa niat tadi mampu untuk melenyapkan muka bosan sepanjang sesi shopping ini bahawa "sebagai suami, aku ingin menghiburkannya kerana Allah Taala".


2. Kosongkan aktiviti kita pada hari itu melainkan semata-mata untuk bersamanya. Jangan ada sekali-kali temu janji dgn sesiapa selepas shopping. Kerana waktu "kecederaan" yang diambil untuk isteri ini biasanya 20% - 50% dari yang di janjikan. Yang dibimbangkan org yang dijanji telah menunggu tetapi isteri masih beratur berbaris di kaunter bayaran..Akhirnya kemanisan yang dikecapi selama 4 jam tadi tercemar dengan kelewatan isteri 4 minit.


3. Alangkah romantisnya kalau suami tidak membawa handsetnya bersama. Terhindar dari gangguan.


4. Semasa berkereta atas dalam perjalanan ke kompleks membeli belah.. eloklah tanyakan kepada isteri... apa barang yang ingin di beli, apa kritiria, apa jenis, apa alternatif yang boleh diterima jika kehendak pertama tidak di temui..(jangan terkejut dia akan keluar berjela senarai perbandingan harga bagi satu jenis barang yang sama termasuk di England sekali).. Ini akan menyebabkan isteri itu lebih bersedia dan lebih melonjak keseronokannya.


5. Tiba di kedai tu.. buat-buatlah sibuk tunduk bongkok mencari barang yang dia cari. Jangan berdiri tercegat di pintu kedai atau tinggalkan dia sendirian sambil kita pula merayau kedai lain.


6. Kalau dia meminta "second opinion" dengan kata-katanya, "Sesuai tak abg, kain ini untuk saya"... ? berilah pandangan dengan kata-kata, "Pandangan abang... .." Jangan terus kata, "OK".. Lawa.. kemudian senyap.


7. Kalau dia minta pandangan mengenai sesuatu barang yang dia nak beli, jangan terus membelek tanda harga. Ini akan mengecewakannya. Berilah dulu pandangan kita dari sudut nilai astetiknya, sebab faktor harga adalah penilaian terakhir bagi mereka.


8. Mata tu jangan terlampau sangat menjeling wanita2 lain yang sedang shopping. Dia nampak tau. Tapi kita dibolehkan mengusik jurujual wanita itu dgn alasan untuk membantunya mendapatkan barangan kehendaknya.


9. Bila tiba dirumah, tolonglah dia sekejap membuka barangan yang telah di beli tadi. Pasti dia akan mencuba sekali lagi. Pujilah dia kerana bijak memilih barangan itu.


10.PERHATIAN: sebelum isteri kita mencuba pakaian luar atau dalam di tempat mencuba pakaian yang terdapat di kedai-kedai itu, kita hendaklah masuk dahulu dan periksa semua bahagian di bilik kecik itu agar bebas dari WIRELESS CAMERA. Kita bimbang ada orang merakam dan menyebar ke dalam internet. Malu dia dan kita.

Tiada ulasan:

Iklan

IPMart Online Shopping
Belian dalam RM

Jom Borak


Free chat widget @ ShoutMix

Kerana Agama...

Kerana Agama...
Imam Nawawi