Iklan

Gambar Pilihan

Gambar Pilihan
9

Selasa, 10 Jun 2008

Bercinta Dengan Si Dia Atau Sekadar Dengan Cintanya?



Elizabeth Taylor suka bercinta dengan cinta kerana ketagih dengan perasaan cinta yang begitu intense di awal perhubungan. Perasaan yang bergelora, chemistry yang begitu kuat, dan walaupun hanya dengan pandangan mata, dapat dirasakan kejutan elektrik meresap ke seluruh badan! Dalam peribahasa Melayu yang lebih sopan, ‘dari mata turun ke hati’, kerana apa yang dilihat sangat memikat.


Apabila perasaan ‘ gelora cinta’ ini semakin pudar, pencinta cinta akan bertukar pasangan dan mencari cinta lain. Perasaan cinta kepada cinta ini bukan sahaja melanda Elizabeth Taylor atau artis-artis popular sahaja tetapi ramai lagi orang biasa yang mempunyai perasaan sebegini rupa.


Begitu sukar untuk mereka yang bercinta dengan cinta untuk settle selamanya dengan seseorang individu hanya kerana mereka pernah jatuh cinta dengan gadis atau jejaka itu kerana mereka inginkan sparks dan fireworks itu bertahan! Jika perasaan tersebut sudah hambar, mereka akan bosan dan mula mencari pasangan yang baru. Mereka yang mencintai cinta ini umpama thrillseekers dalam perhubungan dan mereka jatuh cinta just for the fun of it.


Di awal percintaan, segalanya segar dan masing-masing sentiasa menonjolkan semua sifat baik yang ada dalam diri dan dalam keadaan sedar menutup perangai yang tidak digemari daripada pasangan. Ditambah pula dari segi sainsnya, apabila kita bertemu dengan seseorang yang mempunyai tarikan yang kuat, cecair adrenalin akan dirembes oleh badan dan perasaan ini buat kita rasa khayal dan seronok. Lama kelamaan apabila sudah biasa, tembok yang menutup perangai buruk ini lama-lama semakin terhakis dan mulalah keluar perkara yang tidak digemari satu persatu.


Adrenalin pula sukar untuk terhasil kerana faktor kebiasaan, segalanya sudah menjadi biasa, tiada surprise lagi. Hakikatnya bukan mudah untuk mengekalkan chemistry dan excitement dalam perhubungan, lebih-lebih lagi bagi mereka yang sudah lama mengenali, yang sudah biasa dengan satu sama lain. Jika pasangan tidak berkerja kuat, jangan diharaplah perasaan gelodak asmara itu akan timbul dalam masa yang lama.


Kepelbagaian dalam memberi ‘kejutan’ kepada pasangan menjadikan hubungan lebih menarik. Sekiranya anda gemar membeli bunga ketika hari lahir si dia, surprisekan dia dengan cara yang berbeza ketika hari-hari istimewa. Wanita juga jangan ambil lewa dan merasakan hanya lelaki yang perlu bekerja keras dalam memuaskan hatimu. Berikan kekasih atau suami kejutan sekali-sekala, umpamanya berpakaian cantik atau seksi di saat-saat yang tidak disangka atau menyediakan masakan kegemarannya ketika hari lahir! Tentu sekali akan tercetusnya sparks itu sekali lagi.


Sentiasa memastikan diri anda menarik umpama ketika baru kenal dahulu dan kalau boleh, simpan perangai yang tidak digemari itu selama-lamanya. Bukan menyarankan untuk berpura-pura tetapi kalau itu pun bukan sifat yang baik, hilangkan sahaja daripada hidupmu.


Sampai bila seseorang mampu mencari cinta? Dalam umur 20-an dan 30-an mungkin masih tidak menjadi masalah tetapi jika sudah menjangkau angka 40 dan ke atas, bagaimana ceritanya pula?


Pasangan kita tentu sekali lebih besar maknanya berbanding cetusan perasaan gelora yang kekalnya tidak menentu dan seringkali bertahan untuk jangkamasa pendek sahaja. Work things out. Perasaan gelora itu masih wujud cuma perlu berusaha mengeluarkannya. Jangan mudah mencari jalan keluar dengan meninggalkan buah hati atas alasan sudah habis chemistry.


Jalan terbaik ialah terus berusaha untuk mewujudkan perasaan gelora itu dan jangan selesa dengan kebiasaan yang akan membawa kepada kebosanan. Bercinta dengan cinta walaupun indah tetapi ianya tahan seketika. Bercinta dengan buah hati mungkin penuh dengan cabaran dan dugaan, namun cinta itu setia kerana dia menyayangimu dan bukan hanya jatuh cinta dengan perasaan yang kamu cetuskan!




Tiada ulasan:

Iklan

IPMart Online Shopping
Belian dalam RM

Jom Borak


Free chat widget @ ShoutMix

Kerana Agama...

Kerana Agama...
Imam Nawawi