Iklan

Gambar Pilihan

Gambar Pilihan
9

Khamis, 31 Julai 2008

Majlis Perkahwinan

Sekarang tibalah hari yang dinanti-nantikan. Banyak persediaan yang dilakukan. Baju kahwin/persandingan, mak andam, fotografi, katering dan sebagainya.

Majlis perkahwinan juga dikenali sebagai hari langsung atau hari bersanding. Ia merupakan kemuncak istiadat perkahwinan dan pada hari inilah pengantin digelar raja sehari (Ratu sehari takde pulak istilah yang digunakan!)

Pada hari tersebut, majlis diadakan secara meriah dengan dihadiri oleh sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat handai. Kedua-dua mempelai akan memakai dengan pakaian pengantin, lazimnya baju songket dan dihias indah dengan perhiasannya sekali. Tetapi dalam keadaan moden sekarang, banyak yang menggunakan fesyen french lace dan sebagainya. Pengantin perempuan akan diandam oleh mak andam sebelum majlis persandingan bermula. Bagi mak andam tradisional, solekan pengantin didahului dengan jampi serapah (harap2 tiada unsur syirik) untuk menaikkan seri muka pengantin dan diberi makan sireh untuk membuang perasaan gemuruh. Ada juga pengantin yang dicukur bulu kening (jelas HARAM) dan dipotong anak rambutnya supaya kelihatan lebih menarik.

Pengantin lelaki akan diarak dengan paluan kompang dan diiringi dengan bunga manggar dari rumah penanggak menuju ke rumah pengantin perempuan. Kedatangan rombongan pengantin lelaki akan disambut dengan taburan beras kunyit. Kadangkala sebelum memasuki rumah perempuan, upacara berpantun akan dilakukan (pada sesetengah adat negeri). Pengantin lelaki terpaksa melalui beberapa halangan di hadapan tangga, di muka pintu atau di atas pelamin untuk mendapatkan pengantin perempuan. Oleh itu wakil pengantin lelaki perlu membayar tebus pintu atau tebus pelamin. Pengantin perempuan akan menyambut kedatangan pengantin lelaki dan kemudiannya pasangan pengantin akan dibawa ke halaman rumah dan duduk di tempat khas yang sediakan. Pada kebiasaannya, persembahan pencak silat akan diadakan. Selepas itu, pengantin akan dibawa naik ke rumah untuk adat bersanding pula. Pengantin akan bersanding di atas pelamin yang dihias indah dan antara yang terdapat di atas pelamin ialah bunga pahar. Semasa adat bersanding diadakan, adat menepung tawar turut dilakukan. Tetamu kehormat yang hadir biasanya akan diberikan peluang untuk melakukan upacara ini. Para tetamu dan jemputan yang hadir juga akan diberi bunga telur atau hadiah saguhati sebagai mengingati upacara kahwin dan terima kasih kerana sudi datang.

Seterusnya, majlis makan berdamai atau dipanggil juga makan beradab dijalankan. Majlis ini hanya dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua pihak. Ini selalu diadakan di meja utama dengan hidangan lauk-pauk yang lebih daripada tetamu yang hadir. Selepas majlis selesai, kedua-dua pengantin akan bersalaman dengan kedua ibu bapa dan sanak saudara serta hadirin yang datang.

Di sesetengah tempat, dua atau tiga hari selepas majlis perkahwinan, pasangan pengantin tersebut akan menjalani upacara mandi sampat atau mandi berlimau. Upacara ini dilakukan sebagai simbol kedua pengantin telah selamat bersatu sebagai pasangan suami isteri yang sah. Dalam upacara ini, kedua pengantin baru akan dimandikan dengan air mayang pinang, air kelapa atau air limau. Adat ini hanya dilakukan di kalangan ahli keluarga terdekat sahaja.

Seminggu selepas itu, adat menyambut menantu atau mengundang menantu akan diadakan. Di sesetengah tempat ia dipanggil majlis bertandang. Majlis perkahwinan akan diadakan pula di rumah pengantin lelaki tetapi sambutannya tidaklah semeriah majlis di rumah pengantin perempuan. Ada juga yang menjalankan majlis bertandang ini dengan hanya mengadakan doa selamat yang dihadiri oleh saudara mara dan jiran sekampung tanpa mengadakan majlis persandingan.

Setelah beberapa hari di rumah pengantin lelaki, pasangan suami-isteri tersebut akan dibawa melawat ke rumah kaum keluarga dan sanak saudara. Tujuannya adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim di samping kedua pengantin dapat berkenal-kenalan dengan keluarga kedua belah pihak.


Jika anda berminat untuk mendapatkan sample PERCUMA, sila klik iklan dia atas.

Rabu, 30 Julai 2008

Pancutan Air Kencing Bercabang

Jika dalam keadaan terangsang, pundi prostat mengembang kerana aliran darah di dalamnya.

Ia menyebabkan salur kencing menjadi sempit dan jika membuang air kecil, pengeluarannya tidak lancar dan terasa masih ada air kencing tertinggal. Jika diteran terkeluar air mazi.

Pancutan air kencing yang bercabang bukan satu masalah dan tidak menandakan penyakit. Ia boleh berlaku bila-bila masa apabila penghujung lubang kencing menjadi sempit.

Apabila dalam keadaan terangsang, semua pundi yang menghasilkan air mazi mengembang dan mengeluarkan lelehan dengan banyak.

Keadaan itu dikenali sebagai resdung zakar. Cecair berkenaan datang dari pundi Cowpers dan pundi salur kencing atau salur urethra.

Anda perlu membawa seluar dalam tambahan jika kerap mengalami perkara itu. Jika tidak mahukan perkara itu berlaku anda boleh mengambil ubat resdung seperti ‘Piriton’.

Bagaimanapun, ia membuat anda mengantuk dan kehilangan ereksi! Jangan risaukan perkara itu. Ia berlaku kerana anda mengawal perasaan rangsangan, lainlah jika anda sedang bersedia untuk ejakulasi!

Selasa, 29 Julai 2008

Cinta Adam Dan Hawa (Kisah Pertama)

Syurga yang serba nikmat

Segala kesenangan ada di dalamnya. Semua tersedia apa saja yang diinginkan, tanpa bersusah payah memperolehinya. Sungguh suatu tempat yang amat indah dan permai, menjadi idaman setiap insan. Demikianlah menurut riwayat, tatkala Allah SWT. selesai mencipta alam semesta dan makhluk-makhluk lainnya, maka dicipta-Nya pula Adam ‘alaihissalam sebagai manusia pertama. Hamba yang dimuliakan itu ditempatkan Allah SWT di dalam Syurga (Jannah).

Adam a.s hidup sendirian dan sebatang kara, tanpa mempunyai seorang kawan pun. Ia berjalan ke kiri dan ke kanan, menghadap ke langit-langit yang tinggi, ke bumi terhampar jauh di seberang, maka tiadalah sesuatu yang dilihatnya dari mahkluk sejenisnya kecuali burung-burung yang berterbangan ke sana ke mari, sambil berkejar-kejaran di angkasa bebas, bernyanyi-nyanyi, bersiul-siul, seolah-olah mempamerkan kemesraan.

Adam a.s terpikat melihatnya, rindu berkeadaan demikian. Tetapi sungguh malang, siapalah gerangan kawan yang hendak diajak. Ia merasa kesepian, lama sudah. Ia tinggal di syurga bagai orang kebingungan, tiada pasangan yang akan dibujuk bermesra sebagaimana burung-burung yang dilihatnya.

Tiada pekerjaan sehari-hari kecuali bermalas-malas begitu saja, bersantai berangin-angin di dalam taman syurga yang indah permai, yang ditumbuhi oleh bermacam bunga-bunga kuntum semerbak yang wangi, yang di bawahnya mengalir anak-anak sungai bercabang-cabang, yang desiran airnya bagai mengandung pembangkit rindu.

Adam kesepian

Apa saja di dalam syurga semuanya nikmat! Tetapi apalah erti segalanya kalau hati selalu gelisah resah di dalam kesepian seorang diri?

Itulah satu-satunya kekurangan yang dirasakan Adam a.s di dalam syurga. Ia perlu kepada sesuatu, iaitu kepada kawan sejenis yang akan mendampinginya di dalam kesenangan yang tak terhingga itu. Kadangkala kalau rindu dendamnya datang, turunlah ia ke bawah pohon-pohon rendang mencari hiburan, mendengarkan burung-burung bernyanyi bersahut-sahutan, tetapi aduhai kasihan...bukannya hati menjadi tenteram, malah menjadi lebih tertikam. Kalau angin bertiup sepoi-sepoi bahasa di mana daun-daunan bergerak lemah gemalai dan mendesirkan suara sayup-sayup, maka terkesanlah di hatinya keharuan yang begitu mendalam; dirasakannya sebagai derita batin yang tegak di sebalik nikmat yang dianugerahkan Tuhan kepadanya.

Tetapi walaupun demikian, agaknya Adam a.s malu mengadukan halnya kepada Allah SWT. Namun, walaupun Adam a.s malu untuk mengadu, Allah Ta'ala sendiri Maha Tahu serta Maha Melihat apa yang tersembunyi di kalbu hamba-Nya. Oleh itu Allah Ta'ala ingin mengusir rasa kesepian Adam.


bersambung...

Sabtu, 26 Julai 2008

Kedinginan Lelaki Dalam Seks



Ramai wanita menyangka bahawa lelaki sentiasa bersedia atau berkemampuan untuk melakukan seks. Sangkaan ini berpunca dari sikap lelaki yang mudah bangkit nafsu syahwatnya dan lelakilah yang biasanya mengajak untuk memulakan seks. Sebenarnya tidak ada lelaki yang cukup responsif dan menegang zakarnya dengan cukup melainkan keadaan dirinya bersedia atau syarat untuk meningkatnya ghairah dapat dipenuhi dengan munasabah.

Tindakbalas seksual bagi lelaki nampaknya menurun apabila meningkatnya umur lelaki. Semasa remaja, sistem saraf seksual lelaki amat mudah terangsang, hal-hal yang kecil bisa menyebabkan zakar tegang. Bila lelaki bertambah dewasa mekanisma ketegangan kurang terangsang, ini bersebab dari berbagai perkara.

Untuk membolehkan lelaki bertindakbalas kepada seks dengan baik, syarat-syaratnya adalah sebagaimana berikut:

Tidak terlalu letih.

Tidak wujud ketidakselesaan fizikal yang berat seperti sakit kepala, ataupun sakit pinggang.

Emosi tidak terganggu seperti rasa bersalah, kecewa, marah, risau atau fikiran kacau-bilau atau rasa rendah diri.

Wujudnya dorongan atau minat untuk melakukan seks. Sepatutnya lelaki bergantung kepada perasaan sendiri, bukan kepada situasi. Jika isteri mahu jima' dan suami tidak bersedia, suami boleh membantu isteri untuk inzal dengan cara selain jima'.

Berminat dan tertarik kepada pasangan.

Tidak wujud perasaan risau mengenai betapa baguskah dirinya dalam jima' dan apakah perasaan isteri mengenai dirinya dalam jima'.

Tidak wujud tekanan dalam perhubungan (contohnya perselisihan).

Wujudnya rangsangan mental dan fizikal yang cukup. Semasa tua, lelaki perlu lebih banyak rangsangan fizikal terhadap zakar.

Wujud sekitaran fizikal yang cukup iaitu tiada gangguan, tidak diketahui atau didengari oleh orang yang berhampiran, tiada gangguan telefon, atau cuaca tidak terlalu panas atau sejuk.

Tidak meminum arak atau mengambil dadah. Lelaki yang mempunyai masalah zakar tidak tegang perlu menjauhi arak dan dadah.

Jenis pekerjaan yang bayak memeras otak dianggap cepat meletihkan mental, begitu juga pejabat yang berhawa dingin cepat meletihkan fizikal. Tidak hairanlah pada zaman ini ramai lelaki yang pulang ke rumah dalam keadaan yang terlalu letih dan mungkin tertidur sebelum menyedari bahawa pada ketika itu isteri memerlukannya. Sebagai isteri patutlah difahami sebab musababnya.

Selasa, 22 Julai 2008

Kecantikan Seorang Wanita



1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.

2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.

3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.

4. Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian diatasi dengan berkahwin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.

5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.

6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.

7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.

8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami, dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.

9. Wanita akan memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak akan melupakannya.

10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.

11. Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawapan dan sesudah kahwin, dia hafal seluruh pertanyaan.

12. Barangsiapa mengawini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.

13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.

14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu.

16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.

17. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.

18. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkhawin.

19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.

20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.

21. Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.

22. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.

23. Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.

24. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.

25. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.

26. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami.

27. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat perkhawinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki
mendengarkan. Sesudah perkawinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.

28. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang
ketiga diarahkan kepada suami.

29. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.

30. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah beban kehidupan suaminya.

31. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.


----------------------------------------------------------------------------

Rasulullah s.a.w. bersabda:
Akan datang atas umatku di mana mereka menyukai lima hal dan melupakan lima hal.
Mereka suka kepada dunia dan melupakan Akhirat.
Mereka suka pada harta sehingga melupakan hari Hisab.
Mereka cintakan makhluk sehingga melupakan Khaliqnya.
Mereka suka berdoa, tapi lupa bertaubat dan mereka suka rumah tetapi lupa pada kubur.

wallahu a'lam

Isnin, 21 Julai 2008

Woman Need Freedom

Reasons Women Should Not Have Freedom of Speech..unlucky whoever believe it. It's suck. I hate this Joke...continue reading with curious on there.

1. She doesn't need to talk to get me a drink.

2. If she's in the kitchen like she should be, no one can hear her anyway.

3. If she can talk, all she'll do is complain.

4. Because she won't say "I will" instead of "I do."

5. No man wants to hear "first down" during a basketball game.

6. Because PMS is no excuse for whining.

7. No man needs or wants to hear the word "period" unless it
has to do with hockey.

8. Women created tampon and yeast infection commercials during
football.

9. Affirmative action.

10. When men whistle at them in the street, they should just
shut up and obey.

11. If my dick's in her mouth, she can't talk anyway.

12. Oprah.

13. Feminists.

14. Because that stupid look on her face should not be
accompanied by an equally stupid statement.

15. The 2nd and 19th amendments.

16. I don't want to be made to lie and say "I love you" after
sex.

17. Highway fatalities would decrease by over 90%.

18. When I sneak out at four in the morning, I don't want to
hear anybody calling me back.

19. "No, I will NOT buy you tampons while I'm at the store"

20. This is my dick. I'm gonna fuck you. No more stupid
questions.

21. Don't waste your breath, I won't respect you in the
morning.

22. Women sportscasters.

23. Women congressman.

24. Marge Schott.

25. Stupid says as stupid does (and is).. Dikes (unless I can
jump in the middle).

26. Where does speaking come into "barefoot and pregnant?"

27. Yes that toilet seat was yellow in the first place.

28. TLC and Salt-N-Pepa.

29. I could give a shit if you're pregnant.

30. I don't care if you're in labor. Let
me sleep.

31. They were the reason for the 18th ammendment.

32. The life expectancy of the average male goes down with
every bitchy word.

33. Female drunks are annoying unless they put out (for which
they don’t need to talk)

34. We're tired of their "We can't pee standing up" shit.

35. That damn apple.

36. If she can't speak, she can't cry rape.

37. Of course, if she can't speak, she can't say no.

38. Rosanne. Nuff said.

39. Suzanne Powter. Too much said.

40. Honestly, do they really have anything useful to say?

41. Only one set of lips should be moving at a time.

42. If she can't talk, she can't bitch when I forget important
dates.

43. There are no speaking parts in pornos anyway.

44. When she talks she's not drinking, it's hard to get her
drunk when she talking.

45. Nothing should come out a woman's mouth, SWALLOW BITCH!

46. The Mute button only works on the TV.

47. Whores get paid by the hour not by the word.

49. Equality is for math.

50. The credit card bill speaks for itself.

51. If it hurts, I don't wanna hear it.

52. Marcia Clark.

53. Chick-flicks.

54. You don't see Victoria's Secret models talking, do you?

55. Janet, Mariah, and Whitney.

56. Michael Jackson.

57. Silence and sex make a great combination.

58. N. O. W. ? NO. NOW BITCH? YES.

59. Intelligent car conversation? Hell no. Her head should
never be above the dashboard.

60. That annoying fat bitch from Snapple.

61. Your mouth is useful in so many other ways.

62. High phone bills really suck.

63. Women should be seen and not heard.

64. Do you think it was BILL Clinton who fucked up the country?

65. If I want romance, I'll turn on Playboy (hopefully not
her).

66. Because they're not men.

67. 69, finally a use for both lips at the same time.

68. If I wanted your opinion, I'd ask for it.

69. Hell, if I wanted your opinion, I'd give it to you.

70. "Where've you been?" Who the fuck are you, my mother?

71. Women on radio? You can't see them, do you really want to
hear them?

72. Unless the words are "Doctor, can you make these bigger?,"
shut the fuck up.

73. Big breasts should speak for themselves.

Sabtu, 19 Julai 2008

Menangani Cemburu



Sang pencinta mana yang tidak cemburu. Maya Angelou, seorang penulis dan penyair terkenal dunia mengumpamakan cemburu di dalam perhubungan seperti garam di dalam masakan; sedikit menambah rasa, terlalu banyak merosakkan selera, dan pengambilan yang banyak dan selalu mungkin hingga meragut nyawa. Cemburu menjadikan sesiapa pun terasa istimewa kerana seandainya engkau tidak cemburu, di mana letaknya diriku di dalam hatimu. Setiap jiwa yang bercinta tentu pernah merasa cemburu, takut kekasih diambil orang, rungsing tumpuan kasih sayang beralih arah. Tidak salah berperasaan cemburu namun tahap kecemburuan perlu dikawal dalam perhubungan supaya pasangan tidak bosan dan tidak rimas denganmu.

Bagaimanakah situasi yang menjadikan cemburu itu sesuai dan dalam keadaan manakah cemburu itu akan menakutkan pasangan? Setiap pasangan yang bercinta tidak akan suka jika temannya begitu mesra atau memberi tumpuan yang lebih kepada seseorang individu yang particular dan itu cemburu yang sesuai tetapi jika ingin cemburu jika teman anda bermesra dengan rakan-rakan sekuliah atau sepejabat, itu cemburu yang tidak bertempat. Sekiranya anda pasti pasangan anda menghabiskan masa dengan seorang wanita atau jejaka setelah habis waktu bekerja, itu cemburu yang kena pada tempatnya tetapi jika anda hanya meneka sedangkan teman anda pulang lewat kerana bekerja, itu cemburu buta.

Cemburu membuat hati penuh prasangka, banyak assumption yang dibuat tidak tepat dan jika ini sering dilakukan, samada pasangan akan menjadi takut untuk berterus terang atau berkongsi cerita dengan anda atau perhubungan anda akan sering dilanda puting beliung, dihuru harakan dengan pertengkaran. Cara untuk mengatasi masalah cemburu yang tidak berasas ialah dengan menggunakan fikiran untuk mengawal emosi dan bukan sebaliknya.

Apabila dirasuk perasaan cemburu, berfikirlah secara rasional dan matang. Apakah cemburu yang timbul itu adil terhadap pasangan anda? Jangan sesekali membenarkan fikiran anda merayau dan berfikir tentang perkara-perkara yang akan menambah burukkan emosi cemburu anda. Sebagai contohnya, pasangan kekasih berjanji untuk berjumpa anda pada pukul 7 malam tetapi dia sms mengatakan akan lewat 2 jam kerana terpaksa menghabiskan kerja. Anda tahu kekasih anda terpaksa bekerja dengan seorang eksekutif wanita yang cantik dan belum berkahwin. Apabila diberitahu, anda akan dihujani dengan assumption yang selalunya tidak masuk akal, lantas perasaan cemburu menjadi lebih membuak-buak. Assumption anda yang pertama, mungkin kekasih anda tertarik kepada wanita ini dan oleh itu ingin menghabiskan masa bersamanya berbanding dengan anda. Assumption kedua, kekasih anda tidak bekerja lebih masa sebaliknya keluar dengan wanita ini kerana wanita ini lebih menarik daripada anda. Assumption ketiga, kekasih anda akan bersama dengan wanita ini di pejabat dan macam-macam boleh berlaku. Stop! Jika begini cara anda berfikir, anda membenarkan fikiran anda dikawal emosi dan setiap kali anda mengagak apa yang mungkin berlaku, hati terasa ingin pecah kerana cemburu.

Untuk mengawal emosi dengan fikiran, anda perlu berfikir begini. Ketika menerima sms daripada si teman, yakinkan diri anda dia seorang yang bertanggungjawab dan kuat bekerja untuk kebaikan kamu berdua di hari muka. Keduanya balas sms beliau dengan mengatakan bahawa anda faham keadaannya dan akan menunggu tetapi jangan terlalu lambat. Ketiga, batalkan temu janji dan harap-harap dapat bertemu lain kali kerana tidak bagus untuk rush teman yang sedang bekerja. Jadi dengan berfikiran positif, cemburu akan dapat diatasi dan teman anda akan lebih menyayangi kerana anda memahami. Seandainya terbukti pasangan anda menipu anda, sekurang-kurangnya anda telah mempercayainya dan segala blame biar dia tanggung seorang!

Dalam perhubungan, cemburu itu bahaya. Pandai-pandai bermain cemburu, jangan sampai merosakkan perhubungan!

Rabu, 16 Julai 2008

Why Do U Love Me?

This is another stupid sweet story, the reason girl ask this question is only
because they wanted to hear guys saying good things about them. What ever the
reason pon as long as u say that ur girl is pretty she will be satisfied enough.
Admit it pompuan mmg ske dipuji...kn?kn?



Lady: Why do you like me..? Why do you
LoVe me?


Man: I can't tell the reason... but I
really like you...


Lady: You can't even tell me the
reason... how can you say you like me?
How can you say you LoVe me?


Man: I really don't know the reason,
but I can prove that I LoVe you.


Lady: Proof? No! I want you to tell me
the reason. My friend's boyfriend can
tell her why he LoVes her but not you!


Man: Ok...ok!!! Erm... because you are
beautiful, because your voice is sweet,
because you are caring, because you are
LoVing, because you are thoughtful,
because of your smile, because of your
every movement.


The lady felt very satisfied with the
man's answer.
Unfortunately, a few days later, the
Lady met with an accident & became
coma.
The Guy then placed a letter by her
side, & here is the content:


Darling, Because of your sweet voice
that I LoVe you...
Now can you talk?
No! Therefore I cannot LoVe you.
Because of your care and concern that I
like you...
Now that you cannot show them,
therefore I cannot LoVe you.
Because of your smile, because of your
every movements that I LoVe you...
Now can you smile?
Now can you move?
No, therefore I cannot LoVe you...


If LoVe needs a reason, like now, there
is no reason for me to LoVe you
anymore.
Does LoVe need a reason?
NO!


Therefore, I still LoVe you...
And LoVe doesn't need a reason


"Sometimes the best & the most
beautiful things in the world cannot be
seen, cannot be touched, but can be
felt in the Heart”
Life is Beautiful…

Selasa, 15 Julai 2008

6 Serangkai Lindung Bayi



BIARPUN keberkesanan vaksin terbukti mampu melindungi si kecil daripada serangan bakteria dan virus berbahaya, masih ramai ibu bapa seakan tidak mempedulikan kepentingan suntikan imunisasi yang sudah diperkenalkan berdekad lamanya. Hanya alasan remeh diberikan termasuk kasihan dan terlupa disebabkan terlalu banyak jadual perlu diikuti.


Mengikut kaji selidik membabitkan 6,600 responden di seluruh dunia, 42 peratus daripada 300 ibu di kalangan warga Malaysia mengakui kesan sampingan seperti demam selain bimbang kesihatan, menjadi punca utama mereka tidak mendapatkan vaksin berkenaan manakala takut melihat anak kesakitan berada di tangga kedua (36 peratus).


Perunding Paediatrik, Dr Khoo Phaik Choo, berkata kesan sampingan yang dialami bayi selepas suntikan tidak harus dijadikan penyebab kerana ibu bapa perlu melihat lebih ke hadapan dengan mendahulukan kesejahteraan kesihatan anak mereka bagi jangka masa panjang dengan mematuhi jadual imunisasi.


Katanya, bayi dan kanak-kanak terdedah kepada ancaman penyakit yang boleh membawa maut sekali gus memerlukan mereka mendapatkan bantuan vaksin sebagai perlindungan daripada ancaman mikro organisma berbahaya selain mengelakkan penyakit daripada berulang.


“Bayi atau kanak-kanak tidak mempunyai sistem pertahanan semula jadi yang mampu menangkis serangan bakteria dan virus. Oleh itu, mereka memerlukan bantuan vaksin terutama dari ancaman difteria, campak, polio, kancing gigi, batuk kokol, hepatitis B, demam kuning, HiB, meningitis, rotavirus dan pneumococcal.


“Sekiranya semua bayi diberikan suntikan imunisasi, secara tidak langsung dapat melindungi seluruh komuniti termasuk golongan dewasa dan tua. Penyakit cacar contohnya dapat dikurangkan dengan pemberian vaksin. Malah, pemberian imunisasi ketika kecil mampu menjauhkan mereka daripada penyakit ini seterusnya menjimatkan kos rawatan.


“Jangan biarkan alasan remeh berkaitan suntikan imunisasi meragut nyawa si kecil pada kemudian hari. Ibu bapa juga harus berwaspada kerana memang ada di antara penyakit boleh dirawat tetapi ia berkemungkinan besar membawa kecacatan sepanjang hayat seperti mana polio,” katanya.


Begitupun, kini dengan vaksin kombinasi enam dalam satu yang memberi perlindungan terhadap difteria, tetanus (kancing gigi), pertusis (batuk kokol), polio, hepatitis B dan Influenza Haemofilus Jenis B (HiB) mampu mengurangkan kesakitan dan kekerapan ke klinik atau hospital.


Dr Khoo berkata, vaksin enam serangkai ini memberikan perlindungan kepada bayi pada umur dua, empat dan enam bulan hanya menerusi satu suntikan sekali gus mengurangkan kesakitan si kecil selain tidak perlu risau dengan jadual padat imunisasi biasa.


“Suntikan vaksin enam dalam satu ini perlu diambil tiga kali hingga bayi berusia enam bulan. Namun doktor akan menasihati atau memberikan jadual pengambilan dos bagi memudahkan ibu bapa. Malah, penjaga kini tidak perlu risau dengan kesan sampingan suntikan berkenaan.


“Sekiranya anak anda mendapatkan suntikan berasingan ketika berumur satu dan dua bulan, mereka masih boleh mengambil vaksin enam serangkai ini. Pengambilan dua kali vaksin yang sama tidak akan memberi sebarang masalah kepada bayi.


“Apa yang nyata, dengan adanya vaksin enam dalam satu ini, diharap masalah tiada masa atau terlupa dapat dilupuskan. Kombinasi keperluan perlindungan dalam vaksin ini memberikan jaminan kepada kesejahteraan anak,” katanya pada majlis pelancaran vaksin keluaran GlaxoSmithKline, baru-baru ini.


Secara tidak langsung, Khoo berkata, tekanan ibu bapa untuk membawa anak ke klinik serta tekanan kepada bayi yang sering kali mengalami masalah terutama demam setiap kali disuntik dapat dikurangkan dengan adanya vaksin terbaru itu.


Sementara itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2001 melaporkan, 4.45 juta kanak-kanak di seluruh dunia meninggal dunia akibat 11 penyakit maut dengan jumlah tertinggi berikutan pneumococcal (841,000 kes), campak (554,000 kes), HiB (450,000 kes), rotavirus (338,000 kes), batuk kokol (285,000 kes) dan kancing gigi (201,000 kes).


Begitupun, program imunisasi untuk kanak-kanak di Malaysia yang dimulakan sejak pertengahan 1950 bermula vaksin cacar disusuli defteria, tetanus dan pertusis (tiga serangkai) diperkenalkan akhir 1950-an diikuti BCG (1961).


Selepas itu menyusul pula polio (1972), campak (1982), rubela (kanak-kanak perempuan pada akhir 1980-an), hepatitis B (1989) selain usaha kerajaan mewajibkan vaksin untuk campak, beguk dan rubela serta Hib meningitis pada 2001.


Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan Klinikal serta Hal Ehwal Perubatan GlaxoSmithKline Malaysia dan Singapura, Dr Teoh Yee Leong, berkata vaksin enam serangkai ini memenuhi kehendak ibu bapa pada masa ini kerana memberikan perlindungan terbaik dengan kesan paling minimum.

Isnin, 14 Julai 2008

Perbualan di Voicemail

Hello sayang... Kenapa sayang tak nak angkat telefon bila abang call handset sayang tadi... janganlah sayang merajuk lama2 sangat.. betui... abang tersangatlah rindu kat sayang... .. walaupun muka abang ni agak macho dan comel... . janganlah sayang jeles kat abang kalau2 ada awek lain yang asyik pandang2 dan senyum2 kat abang masa kita pergi dating... . biasa la itu...

Apa... tak muat kan sayang dah test cincin tu masa kat kedai emas apek tu tadi... Kenapa la tak muat pulak... . janganlah sayang risau... . duit cincin yang sayang bayarkan tadi..esok2 abang bayarla balik kat sayang... .. sayang pun sedia maklum... .abang bukannya tak ada duit.. tapi duit tu abang dah belikan graphic card baru kat pc abang... . RAM pun abang dah beli yang baru... tambah lagi sekeping... kasi power sikit... . tu belum masuk nak tukar harddisk baru lagi tu... . abang tau sayang marah sebab abang yang selamba katak saja melompat longkang depan kedai apek tu tadi tanpa menunggu sayang melintas titi... . bukan abang tak gentleman.. tapi abang cuma memeriksa kalau-kalau ada bahaya di seberang sana... maafkan abang... tobat, lain kali abang tak buat lagi... ... .

Kes masa makan kat kedai mamak tu tadi... sorry la... abang ingatkan nak test saja mee goreng sayang itu... . soksek..soksek... masa sayang pergi toilet.. tak perasan pulak..dah habis... sedaaaaaaappppp... .!! tapi kan abang dah ganti dengan roti canai kosong abang?? tak sedap ke roti canai kosong tu udah lah tu... . janganla merajuk lama lama... Oh yaa..!! henset kita ni kita tukar dulu la yee... abang pinjam jaap henset sayang... nanti abang tukaq la balik... . sayangkan ada handbag besar.. senang nak simpan henset abang yang besar tu... Hehehehe .. henset sayang kecik... boleh abang simpan dalam kocek abang... ... ... Betuuuul... ... ! semalam abang dah booked tiket cerita Salon itu... . abang ingat la kan... cashier cineplex tu lupa nak key in dalam komputer dia la... .. pasal tu la tiket dah habis... .. lagi satu... . sampin dan songkok ayah sayang yang abang pinjam untuk hari raya aritu... kira pinjam terus la yee... . boleh jugak guna masa hari nikah kita esok2... .. bukan abang tak nak beli baru... tapi sayang la... benda elok lagi... . buat apa nak beli baru kannn... tapi sayang jangan bagitau kat ayah sayang pula... .. ayah sayang sure tak perasan punya sebab nanti abang dye la sampin tu dengan warna lain... . buat masa ni motor abang masih dalam wokshop.. entah apa entah pomen tu buat tak siap2 lagi.. jadi Gen2 sayang ni... kira abang pakai dulu la yee untuk pergi kerja... . sayang bukan tak tau... tempat kerja abang kan jauh... . sayang pergi kerja naik LRT pun bolehh... .. lagi satu... besok sampai kat opis sayang nanti... ..sayang tolong bank- inkan RM300 kat akaun abang ye.. bukan apa... ... Gen2 sayang ni kuat mentekedarah minyak betuii... . motor kapcai abang pun tak begini... ... . okeyla sayang... ... dah cakap lama ni... .. jangan lupa top up kan prepaid abang nii... ... esok2 senang abang nak call sayang lagi.. bye-byee... .

Khamis, 10 Julai 2008

Mengenalimu

Perselisihan kita hanya kebetulan..
Mengenalimu sudah ku anggap satu takdir..
Ingin selalu aku berada di saat itu..
Di waktu itu..
Kau berkeyakinan untuk mencuri hatiku...
Lantas aku abadikan keyakinanmu di jiwaku...

Air mata semalam menjadi saksi..
Bertemu denganmu..
Membawa sejuta keindahan..
Melemparkan kekalutan...
Menceriakan kegembiraan kita bersama...

Bagaimana harus aku bicarakan lagi...
Hanya hati ini yang merasai dan mengetahui..
Segala yang aku pendamkan terhadap mu...

Telah banyak perubahan yang kau bawa dalam hidupku...
Ketulusanmu menggamit jiwa dan naluriku..
Aku menyayangi cerita semalam..
Kau dan aku...
Senyum menatap keindahan...

Harapan ku...
Kita sentiasa teguh..
Berlandaskan sebuah keikhlasan..
Sebekas kejujuran..
Serta berdiri di atas garisan adab dan syariat..
Semoga Allah s.w.t merahmati segalanya...
Dan..
Semoga segalanya berada dalam keadaan baik dan sempurna....
sayangku padamu, .................................

Rabu, 9 Julai 2008

Adakan Anda Berdua Pasangan Serasi?



Jika anda inginkan perkahwinan yg bahagia, carilah pasangan yang berbeza posisi dengan anda. Semakin jauh, semakin baik, "begitulah pendapat yang diberikan oleh Kevin Leman.
Pasangan yang urutan lahirnya bertolak belakang, biasanya saling menarik antara satu sama lain. Sehingga sangat baik dalam kehidupan perkahwinan.
Berikut adalah informasi mengenai kombinasi pasangan berdasarkan posisi mereka sebagai anak dalam keluarga serta saranan penting sabagai panduan.

SULUNG+SULUNG DAN TUNGGAL+TUNGGAL = PEREBUTAN KUASA

Anak sulung dan anak tunggal memiliki karekter yang sama. Masalah yang dihadapi oleh pasangan ini biasanya berkisar daripada sifat mereka sendiri yang inginkan kesempurnaan dan sentiasa memikirkan siapa yang lebih berkuasa dalam apa juga perkara.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI

Berhenti daripada terus mengkritik pasangan jika mengimpikan kehidupan yang bahagia. Kritikan pedas biasanya menjadi kebiasaan kepada anak tunggal.
Jangan suka membuat andaian yang berlebihan tentang sesuatu perkara. Contohnya perkara yang belum berlaku, tetapi anda sudah menentukan ia pasti berlaku. Sesungguhnya sikap begitu menjurus menjadikan anda seorang yang keras, bukan hanya pada diri sendiri tetapi juga pada pasangan. Ini adalah sikap yg sangat tidak baik kerana setiap pasangan inginkan kelembutan bukannya kekerasan.
Definisikan peranan masing2 dengan jelas. Ini dpt mengelakkan daripada perdebatan atau pertengkaran tentang siapa yang berhak melakukan ini atau itu. Berbincang dan putuskan sejak awal tentang tanggungjawab masing2.
Hentikan terus sikap tamak atau mendominasi. Tidak semestinya apa yang anda inginkan akan anda dapati.
Dalam mencapai sesuatu perkara, mungkin caranya lebih baik daripada cara anda. Belajarlah untuk berkata "Cara kamu juga baik. Apa kata kita cuba dulu cara yang saya sarankan ini."



SULUNG + TENGAH = PARADOKS

Anak sulung harus menerima kenyataan bahawa anak tengah mempunyai karakter terbaik dalam mempertahankan sesebuah perkahwinan. Fakta penting bagi anak tengah, anak sulung adalah 'paradoks'(kelihatan bercanggah tetapi benar) yang membosankan. Sebagai anak yang memiliki kakak / abang dan adik, anak tengah sudah terbiasa bertolak ansur, berbincang dan gemar memendam perasaan daripada meluahkan isi hati yang sebenar.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI

Selalulah berbincang. Jangan biarkan pasangan anda berkata, "semuanya ok" tanpa mengetahui hal yang sebenarnya. Berusahalah untuk berkongsi perasaan antara satu sama lain.
Buatlah pasangan anda agar merasa dirinya sentiasa istimewa. Khususnya bagi anak sulung, beri pasangan anda hadiah atau kejutan2 kecil kerana kebiasaan anak tengah kurang mendapat perhatian keluarga.
Jika ada masalah, selesaikan segera. Tetapi keputusan hendaklah dibuat secara bersama



SULUNG + BONGSU = PASANGAN BAHAGIA

Pasangan yang ideal dan saling tertarik antara satu sama lain. Anak sulung mengajar perkara2 yang berkaitan dengan prinsip hidup dan rancangan masa depan. Sementara anak bongsu membantu pasangan untuk lebih santai dalam menghadapi hidup. Sebaiknya ialah, isteri sulung sementara suami bongsu. Wanita yang lahir sebagai anak sulung, sifat keibuannya sangat tinggi. Sementara lelaki yang lahir sebagai anak bongsu pula sentiasa memerlukan kehangatan seorang ibu. Dalam hal ini, mereka saling lengkap-melengkapi. Namun perlu diingat, kebahagian dalam perkahwinan bukan 'dilahirkan' tetapi 'diciptakan'.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI

Jangan sesekali membiarkan pasangan (bongsu) mengambil kesempatan ke atas anda. Terutamanya jika pasangan anda lelaki. Berusahalah agar dia sentiasa memahami bahawa perkara remeh-temeh di rumah, bukan hanya tugas atau tanggungjawab wanita seorang.
Jangan terlalu memperbesar-besarkan kelemahan pasangan anda. Kerana setiap orang mempunyai kelemahan, tetapi ia harus diperbaiki dengan cara sebaik mungkin. Jangan terlalu drastik, tetapi pasti.
Beri perhatian sepenuhnya antara satu sama lain.
Komunikasi perlu sentiasa dijaga. Pastikan bahawa peranan anda dan pasangan tetap seimbang dalam posisi yang wajar.


TENGAH + TENGAH = KACAU BILAU

Kelemahan pasangan ini ialah dari segi komunikasi. Tidak gemar berbincang kerana takut berlaku perdebatan dan sering takut jika idea mereka tidak diterima.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI

Jika sukar untuk bercakap, cuba ungkapkan isi hati melalui lukisan. Seperti surat, kad atau pun sms.
Bangunkan kepercayaan diri pasangan melalui pujian, ciuman, dakapan dan sebagainya.
Luaskan pergaulan. Bergaullah dengan rakan2, baik di pejabat atau pun tetangga. Tetapi elakkan daripada kecurangan atau perkara2 yang negatif.
Sentiasa menghormati pasangan. Contoh mudah ialah jangan lupa telefon jika anda pulang lewat atau ingin pulang cepat.



TENGAH + BONGSU = AMAN

Seorang pasif dan seorang lagi sosial. Satu kombinasi yang baik dalam segala aspek.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI

Jangan sesekali memperlekehkan pasangan anda, walaupun mungkin idea yang dikemukan kedengaran pelik dan lucu. Dengar dan fikirkan.
Sesekali cubalah idea2 baru. Bukannya apa, sekadar untuk memeriahkan dan lebih menghangatkan lagi perhubungan anda berdua.
Berusahalah untuk menonjolkan kelebihan pasangan anda.
Berusaha untuk berkongsi dalam segala hal. Jgn menangis atau ketawa sendirian.


BONGSU + BONGSU = KELAM KABUT

Kombinasi ini sering terjebak dengan masalah kewangan serta beberapa masalah berat lainnya. Kerana itu sejak daripada awal lagi, mereka hendaklah duduk bersama berbincang tentang hak dan kewajiban masing2. Juga kesepakatan untuk menerapkan disiplin dalam rumah tangga. Jika ianya diabaikan, sudah pasti segalanya menjadi kelam kabut. Kebiasaan buruk anak bongsu ialah gemar menyalahkan orang lain.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI

Jangan suka bertikam lidah, sebaliknya jadilah pendengar setia untuk pasangan. Sentiasa bersikap terbuka dan berusaha untuk menyelesaikan segala masalah.
Sentiasa berkomunikasi dengan baik dan saling ingat mengingatkan, agar tidak berlaku sesuatu yang tidak diingini.
Jangan memulakan pertengkaran sebaliknya hendaklah sentiasa menghindarinya.
Hadapi segala apa yang mendatang dengan tenang serta pasti hidup anda berdua sentiasa dipenuhi dengan keceriaan.



Namun artikel ini tidak lebih daripada suatu kebiasaan yang sering dilihat. Jadi, bagaimana pun posisi anda, hendaklah sentiasa berusaha yang terbaik. Juga jangan lupa bersyukur walau di mana posisi anda dalam keluarga agar tidak mempengaruhi perjalanan rumah tangga anda. Dengan kata lain, apa yang dicatatkan hanyalah sebuah petunjuk, bukannya anak panah.

Isnin, 7 Julai 2008

Untuk Suami dan Isteri (Renungan bersama)..

Buat para SUAMI,

renungkanlah...

Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah,

tidaklah pula setaqwa Aisyah,

pun tidak setabah Fatimah...

Justru,

isterimu hanyalah wanita akhir zaman,

yang punya cita-cita menjadi solehah...

Pernikahan atau perkawinan mengajarkan kita kewajiban bersama,

isteri menjadi tanah,

kamu langit penaungnya,

isteri ladang tanaman,

kamu pemagarnya,

isteri kiasan ternakan,

kamu gembalanya,

isteri adalah murid,

kamu mursyidnya,

isteri bagaikan anak kecil,

kamu tempat bermanjanya,

saat isteri menjadi madu,

kamu teguklah sepuasnya,

seketika isteri menjadi racun,

kamulah penawar bisanya,

seandainya isteri tulang yang bengkok,

berhati-hatilah meluruskannya...

Pernikahan atau perkawinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa,

untuk belajar meniti sabar dan ridha kepada Allah SWT.

Kamu bukanlah Rasulullah SAW,

pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah,

kamu hanyalah suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh.

Buat para ISTERI,

renungkanlah...

pernikahan atau perkawinan membuka tabir rahasia,

suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad SAW,

tidak pula setaqwa Ibrahim,

pun tidak setabah Ayyub atau pun segagah Musa,

apalagi setampan Yusuf.

Justru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman

yang punya cita-cita membangun keturunan yang soleh...

Pernikahan atau perkawinan mengajar kita kewajiban bersama.

Suami menjadi pelindung,

kamu penghuninya,

suami adalah nahkoda kapal,

kamu pengemudinya,

suami bagaikan pelakon yang nakal,

kamu adalah penonton kenakalannya,

saat suami menjadi raja,

kamu nikmati anggur singgasananya,

seketika suami menjadi bisa,

kamulah penawar obatnya,

seandainya suami bengis lagi lancang,

sabarlah memperingatkannya...

Pernikahan ataupun perkawinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa,

untuk belajar meniti sabar dan ridha Allah SWT...

Kamu bukanlah Khadijah,

yang begitu sempurna di dalam menjaga,

pun bukanlah Hajar,

yang begitu setia dalam sengsara,

kamu hanyalah wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah.

Karena itu,

wahai para suami dan isteri,

jangan menuntut terlalu tinggi,

seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya...

Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah,

andai diri tidak semulia Rasulullah?

Mengapa mengharapkan suami setampan Yusuf,

seandainya kasih tak setulus Zulaikha?

Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis,

andai diri tidak sehebat Sulaiman,

dan,

Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim,

andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.

Yaa Latief.... wahai Yang Maha Lemah Lembut..

berlemah lembutlah kepada kami....

amin..

Jumaat, 4 Julai 2008

Resipi 30 Minit Chef Kamarul



Advertorial
Sinopsis
Buku ini menghidangkan resipi ringkas yang boleh disediakan dalam masa 30 minit bagi anda yang sibuk bekerja atau ibu bapa yang mahu menyediakan makanan yang ringkas, pantas tetapi sangat berkhasiat buat seisi keluarga. Resipi yang disediakan merangkumi semua aspek menu seperti sarapan pagi, snek, makan tengahari, minum petang, makan malam, pemanis mulut, minuman dan banyak lagi. Di samping resepi buku ini juga dilengkapi pelbagai tips, nasihat permakanan dan doa-doa yang dapat diamalkan sambil anda menyediakan hidangan istimewa buat yang tersayang.

Keistimewaan Buku:

  • Menyediakan 50 resepi makanan dan minuman
  • Padat dengan pelbagai tips di dapur, penyediaan makanan, petua dan doa-doa
  • Memperkenalkan pelbagai bahan asas dan perasa dalam masakan
  • Lebih 130 muka surat penuh berwarna dihiasi contoh-contoh hidangan yang menyelerakan

Ingin menyediakan makanan yang lazat, dan berkhasiat untuk keluarga... tetapi tidak punya masa? Buku ini bakal menjadi teman setia anda di dapur. Anda adalah "Chef Terhebat" di rumah.

Anda ingin mendapatkan buku ini? Sila klik pautan ini.

Hantaran Kahwin



Hantaran dilakukan semasa bertunang dan atau masa akad nikah. Pada hakikatnya, hantaran tidak diwajibkan di dalam Islam. Hantaran dari pihak perempuan biasanya lebih daripada pihak lelaki dengan dua dulang. Jadi sekiranya pihak lelaki menghantar 7 dulang, pihak perempuan akan membalas sebanyak 9 dulang. Jumlah hantaran adalah selalunya ganjil. Selalunya hantaran dijadikan pengukur tentang status dan "budget" perkahwinan pasangan yang berkahwin. Oleh sebab itu industri menghias hantaran telah menjadi semakin berkembang.



Mengikut adat resam, menghantar belanja biasanya dijalankan terlebih dahulu dan berasingan dengan upacara akad nikah, tetapi pada zaman sekarang, menghantar belanja selalu dijalankan bersama dengan akad nikah dengan tujuan menjimatkan masa dan perbelanjaan. Di antara barang-barang yang termasuk dalam kategori wajib bagi melengkapkan sesuatu hantaran adalah seperti berikut, dan hantaran tersebut akan turut sama diarak dengan mempelai sebelum bersanding.


• Wang mas kahwin dan belanja (ada yang menyerahkan wang mas kahwin tersebut terus ke tangan isteri selepas selesai upacara akad nikah) yang diletakkan di dalam dulang atau batil bertudung diperbuat daripada perak atau tembaga putih.


• Sebentuk cincin permata berbatu intan atau berlian yang diletakkan di dalam cembul atau kotak perak.


• 2 pasang kain dan sehelai baju dari jenis yang cukup baik dan berkualiti, dilipat di dalam talam perak atau tembaga putih bertudung.


• Beberapa jenis kuih juadah, yang setiap satunya diletak di dalam sebuah pinggan besar bertudung dan dihias beralaskan talam.


• Beberapa jenis buah-buahan yang segar disusun di dalam bekas atau talam ditudung.


• Tepak sirih atau puan perak atau tembaga putih yang diisi lengkap.


• Satu atau dua perecik atau perenjis air mawar dan dua kaki dian atan lilin.


Semua barang tersebut akan dibawa setiap satunya oleh seorang pemuda dan diarak daripada rumah mempelai itu ke rumah pengantin perempuan bersama-sama dengan mempelai yang sudah siap berpakaian lengkap Melayu asli atau pakaian haji iaitu berserban dan berjubah bagi memulakan upacara Majlis Akad Nikah. Mempelai dan rombongannya akan disambut oleh pihak pengantin perempuan dan mereka akan terus dibawa naik ke rumah. Semua barang hantaran akan diatur, biasanya di hadapan pelamin. Pelamin ialah suatu ruang yang telah disiapkan biasanya seminggu sebelum majlis perkahwinan berlangsung dan ia merupakan tempat di mana kedua-dua pengantin akan bersanding di hadapan semua tetamu.




Jika anda berminat untuk mendapatkan sample PERCUMA, sila klik iklan dia atas.

Rabu, 2 Julai 2008

Masalah Berkaitan Berkhatan Bagi Lelaki

PROSES berkhatan bagi lelaki ialah memotong kulit penghujung zakar yang menutupi kepala zakar. Jika kepala zakar sudah terdedah, tidak perlu lagi berkhatan kerana jika kulit yang ada itu dipotong ia akan menjadi pendek dan jika ereksi berlaku, kulit menjadi tegang dan boleh terkoyak.


Memang ada sebahagian lelaki mempunyai masalah seperti ini dan ia perkara semula jadi. Kadang-kadang kulit penghujung zakar melekat kepada kepala zakar dan kelihatan seolah-olah penghujung zakar tiada lekuk dan pembukaan lubang kencing kelihatan tertutup (tetapi masih boleh membuang air kecil). Keadaan itu dikenali sebagai ‘phimosis’.


Jika begitu setiap kali lelaki itu melakukan hubungan seks, dia akan berasa tidak selesa kerana kulit menegang dan menarik penghujung zakar. Cara untuk merawat masalah ini ialah menerusi rawatan di mana doktor akan memisahkan kulit penghujung zakar daripada kulit kepala zakar dan memotong kulit penghujung zakar yang berlebihan itu.


Bagi lelaki yang mempunyai masalah seperti kulit hujung zakar melekat pada zakar atau parut akibat berkhatan secara kampung dan mengalami masalah ketika bersama isteri, jangan biarkan perkara itu berterusan. Jumpa doktor supaya masalah itu dapat diselesaikan demi kebahagiaan rumah tangga.



Adakah masalah kesihatan mengganggu hubungan anda? Dapatkan tips, nasihat & panduan kesihatan secara PERCUMA

Iklan

IPMart Online Shopping
Belian dalam RM

Jom Borak


Free chat widget @ ShoutMix

Kerana Agama...

Kerana Agama...
Imam Nawawi