Iklan

Gambar Pilihan

Gambar Pilihan
9

Selasa, 30 September 2008

Aduhai 4 Orang Isteriku!

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, “Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri.”

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, “Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?” Isteri keempatnya terdiam. “Tentu saja tidak!” jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, “Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?”. Isteri ketiganya menjawab, “Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati”. Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, “Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?” Si isteri kedua menjawab perlahan, “Maafkan aku…aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu.”

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, “Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu.” Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, “Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku.”

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.

Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!

Isnin, 29 September 2008

Larangan Kepada Wanita

*Menyambung rambut palsu
*Bertatu, mencabut bulu wajah dan mengikir gigi
*Keluar rumah dengan memakai minyak wangi
*Memperlihatkan perhiasan (bersolek) didepan lelaki lain
*Menolak panggilan suami untuk tidur bersama
*Membuka rahsia hubungan suami isteri
*Berpuasa sunat tanpa izin suami
*Membelanjakan harta suami tanpa izin suami
*Derhaka kepada suami
*Meminta cerai tanpa sebab yang jelas
*mengingkari kebaikan suami
*Bersama lelaki lain yang bukan mahram
*Memandang lelaki yang bukan mahramnya
*Bersalaman dengan lelaki bukan mahram
*Menyerupai lelaki
*Membuka rahsia wanita lain kepada suami
*Memandang aurat wanita lain
*Keluar rumah tanpa ader keperluan
*Masuk pemandian awam
*Mencakar-cakar tubuh ketika mendapat musibah
*Meratapi kematian
*Berhias atas meninggalnya seseorang
*Menghantar jenazah
*Mempercayai dukun atau peramal
*Menyumpah anak-anak sendiri
*Tidak bertegur sapa dengan sesama muslim
*Menganiaya pembantu
*Menganggu jiran
*Minta cerai kerana suami sakit
*Minta cerai kerana suami menikah lagi

*sayangi sebuah perkenalan kerana disitu terciptanya kemesraan.. kenangi sebuah perhubungan kerana disitu terciptanya kerinduan*

Khamis, 25 September 2008

Cara-Cara Memuji Sang Isteri



Kajian menunjukkan puji-pujian yang diberi dengan ikhlas sentiasa menimbulkan perasaan positif kepada penerimanya. Orang-orang yang tidak suka memuji orang lain pun, apabila dia sendiri dipuji, dia pun berasa seronok juga.

Selama ini perbuatan memberi puji-pujian dianggap oleh kebanyakan orang sebagai perbuatan yang kurang baik. Ia dianggap begitu kerana di sebalik puji-pujian itu dikatakan selalu ada udang di sebalik batu, ataupun ada niat mengampu. Oleh itu perbuatan memuji-muji dianggap salah kerana tujuannya adalah manipulatif, atau memutar-belit orang yang diampu. Barangkali inilah faktor yang menyebabkan kita takut hendak mengucapkan puji-pujian secara terus terang dan terbuka. Kita takut dituduh ada udang di sebalik batu. Memang benar, amalan menggunakan puji-pujian untuk mengampu dan memutar-belit orang lain adalah amalan yang banyak berlaku.

Namun, pakar-pakar yang membuat kajian ke atas tingkah-laku mengampu mengatakan kita semua pernah mengampu serta memutar-belit orang, dan kita juga pernah menjadi mangsa kepada perbuatan mengampu dan putar-belit orang-orang lain ke atas diri kita. Biasanya, apabila kita memutar-belit orang, kita sendiri tidak perasaan bahawa kita sedang memutar-belit orang itu.

Tujuan utama mengapa kita mengampu dan memuji-muji ialah supaya orang yang kita puji-puji itu suka kepada kita, dan dengan cara itu kita berharap kita dapat mempengaruhinya.

Pada masa ini banyak terdengar seruan supaya suami-suami jangan berat mulut hendak memuji isteri. Dikatakan bahawa puji-pujian suami akan menyukakan hati isteri. Dengan itu isteri yang banyak menerima pujian akan berasa bahagia. Dikatakan juga, puji-pujian suami akan menambahkan lagi cinta dan kasih sayang isteri yang sedia ada.

Memang sudah disahkan oleh pakar-pakar bahawa biasanya puji-pujian dapat menyukakan hati isteri. Tetapi bolehkah puji-pujian membuat isteri bertambah cinta kepada suaminya? Lebih penting lagi, dapatkah puji-pujian dari suami membuat isteri menukar tingkah-laku, perangai, sikap dan pemikirannya negatif kepada yang lebih positif?

Pujian tidak sentiasa membuat orang yang dipuji berasa seronok. Perbuatan memuji-muji boleh menimbulkan kesan-kesan negatif kepada orang yang dipuji. Pertama, puji-pujian boleh membuat orang yang dipuji berasa dirinya terperangkap di dalam keadaan yang serba-salah, oleh itu dia tidak suka dengan pujian itu. Kedua, puji-pujian mungkin tidak disukai oleh si penerimanya kerana, secara tersirat, apabila dia dipuji, itu seolah-olah selama ini dia tidak bagus. Kalau orang itu memuji hasil kerjanya, orang yang dipuji mungkin berasa seolah-olah sebelumnya, dia disyaki tidak akan membuat kerja itu dengan baik. Ketiga, selepas mendengar puji-pujian itu, orang yang dipuji mungkin mulai risau kerana dia sedar dirinya sedang diperhatikan oleh si pemuji.

Di dalam keadaan yang bagaimanakah sesuatu pujian itu dianggap ikhlas ataupun cuma mengampu sahaja oleh orang yang dipuji? Ini terpulang kepada bagaimana orang yang dipuji menerima dan mentafsirkan pujian itu.

Katakanlah, seorang suami memuji-muji lauk yang dimasak oleh isterinya. Apakah yang mungkin terjadi?

Pertama, si isteri mungkin menyangka suaminya memuji-muji lauknya kerana dia "ada udang di sebalik batu" iaitu suaminya menghendaki sesuatu daripadanya. Jika itulah tafsiran si isteri, pujian si suami bukannya membuat si isteri suka hati malah ia boleh menyakitkan hatinya. Dalam keadaan begitu, pujian si suami tidak membuat si isteri bertambah kasih kepada suaminya. Mungkin si isteri rasa menyampah pula.

Kedua, si isteri mungkin menyangka memang tabiat suaminya sangat murah dengan puji-pujian kepada sesiapa sahaja. Jadi, si isteri tidak berapa seronok dengan pujian itu kerana dia tahu suaminya tidak memilih-milih orang apabila memuji. Pujian begini tidak membuat si isteri berasa dirinya istimewa, oleh itu dia tidak bertambah kasih kepada suaminya akibat diberi pujian itu.

Ketiga, si isteri mungkin berasa pujian suaminya itu adalah sebahagian daripada adab dan sopan yang selalu diamalkan oleh suaminya. Memanglah sopan bagi seseorang suami memuji isterinya apabila dia masak sendiri. Akibatnya, si isteri tahu bahawa suaminya memang seorang yang sopan dan baik budi bahasa. Tetapi suaminya memang akan memuji sesiapa sahaja apabila keadaan menghendaki dia memberikan pujian. Pujian jenis ini pun tidak boleh membuat seseorang isteri bertambah kasih kepada suaminya.

Keempat, si isteri mungkin berasa pujian suaminya itu adalah putar belit suaminya mahukan supaya dia terus-menerus rajin memasak. Akibatnya si isteri berasa pujian itu bersifat manipulatif, tidak ikhlas, iaitu bertujuan memutar belit dirinya. Pujian jenis ini boleh membuat si isteri meluat kepada suaminya.

Kelima, si isteri mungkin menyangka suaminya cuma hendak menyukakan hatinya sahaja, bukannya betul-betul kerana lauk yang dimasaknya sedap. Si isteri juga mungkin menyangka suaminya memujinya kerana tidak mahu melukakan perasaanya. Akibatnya si isteri berasa suaminya adalah seorang yang sangat baik hati, dan dia "seronok sedikit" mendengar pujian itu.

Keenam, si isteri mungkin berasa suaminya betul-betul ikhlas sewaktu memuji lauknya, jadi dia berasa sangat seronok. Dalam keadaan begini, pujian begitu boleh membuat isterinya bertambah-tambah suka dan kasih kepada suaminya.

Berikut ialah ialah cara-cara memuji isteri bertambah cinta kepada suami.

Yang paling penting ialah: Jangan puji isteri sepanjang masa. Ertinya, jangan puji isteri dari mula baru-baru kahwin. Cara yang lebih baik ialah, mula-mula tunjukkan bahawa kita tidak berapa suka dengan perkara yang hendak dipuji itu. Sebagai contoh, walupun masakannya sedap, tapi kritik sedikit masakannya. Katakanlah karinya itu sedap tetapi terlalu "pekat". Pada lain kali, barulah puji. Pujian seperti ini akan membuat si isteri sangat seronok mendengarnya. Dia boleh bertambah sayang kepada suaminya.

Menurut pakar-pakar psikologi, ada tiga faktor mengapa kita lebih menyukai orang yang mula-mula mengkritik kita tetapi kemudian memuji kita, dibandingkan dengan orang yang memuji kita sepanjang masa.


Apabila dulu orang itu mengkritik kita, tetapi sekarang dia memuji kita pula, perbuatannya itu membuat kita rasa yakin mesti ada sesuatu yang kita buat, atau kita lakukan, yang menyebabkan orang itu mengubah sikap negatifnya kepada sikap positif terhadap kita. Keyakinan itulah yang membuat kita rasa bahawa kita sudah berjaya. Sebagai contoh, kita yakin dulu kita tidak pandai membuat kari kerana dia pernah mengkritik kari kita. Tetapi sekarang kita sudah berjaya membuat kari yang lazat, itu sebab dia memuji kari kita. Kita seronok apabila kita yakin kita sudah berjaya. Apabila kita seronok, kita akan menyukai orang yang menyebabkan kita seronok. Pujian dari orang itu membuat kita suka kepadanya. Jikalau orang itu ialah suami sendiri, alangkah tepatnya.

Apabila dulu orang itu suka mengkritik kita, sikapnya itu membuat kita berasa tidak seronok, bimbang, ragu dan serba salah. Apabila lama-lama kemudian dia memuji kita, semua perasaan-perasaan itu hilang. Jadi, kita rasa seronok. Apabila hati kita seronok, kita akan menyukai orang itu. Walaupun isteri kita seronok apabila dia kita puji sejak baru-baru mula-mula kahwin lagi, tetapi dia akan lebih seronok lagi apabila dia sangka dia dipuji oleh orang yang sangat cerewet, memilih-milih, kritis, serta lokek dengan pujian. Pendek kata, kalau tak betul-betul bagus, memang kita tak akan memujinya. Jadi, kalau kita berlakon suka mengkritik dia itu-ini, tetapi kemudian kita pura-pura suka kepada apa yang dibuatnya, isteri kita akan yakin bahawa kita seorang yang memilih-milih, cerewet, tak boleh lebih kurang dan cuma mahukan yang terbaik sahaja. Jadi, apabila dia kita puji, dia yakin dia sudah mencapai taraf yang amat tinggi sehingga kita sanggup memujinya. Perasaan itulah yang menyebabkan isteri kita jadi sangat seronok mendengar pujian kita. Pujiannya kita itu akan membuat dia tambah kasih kepada kita.
Ramai orang tidak setuju kita bermurah dengan puji-pujian kepada orang-orang di sekeliling kita. Mereka mengatakan puji-pujian boleh menimbulkan kesan negatif seperti orang yang dipuji. Nanti orang itu jadi perasan, tak sedar diri, sombong, angkuh, besar kepala, naik muak, naik kepala dan macam-macam lagi.

Sebenarnya, yang menimbulkan kesan-kesan negatif seperti itu bukanlah puji-pujian itu sendiri. Kesan-kesan negatif itu adalah kesan teknik memuji yang salah. Jadi, pujilah isteri kita dengan teknik-teknik yang betul supaya dia bertambah kasih kepada kita. Teknik memuji betul akan mencipta kesan-kesan positif yang sangat penting ke atas isteri kita, antaranya ialah:


a. Isteri kita akan berasa dirinya sangat istimewa, berbeza daripada wanita-wanita lain.

b. Keyakinan dirinya akan naik dan keupayaannya akan meningkat. Hasilnya dia akan dapat meninggikan lagi prestasinya.

c.Keyakinannya terhadap diri kita akan bertambah teguh.

d. Dia bertambah yakin hubungan perkahwinannya masih kukuh.

e. Dia bertambah yakin dirinya masih kita sayangi.

f. Dia yakin cara-cara dia melayan kita adalah betul, macam yang kita mahu.

g. Estim-dirinya meningkat.

h. Dia akan bersikap lebih terbuka kepada nasihat dan teguran kita.

Rabu, 24 September 2008

Cinta Dan Bas



Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas . Bila bas tu datang, anda nengok bas tu dan anda kata pada diri anda, "Eee... penuhnya... tak de tempat duduk. " Jadik, anda katakan pada diri anda, "Saya akan tunggu bas yg lain ." Anda pun biarkan bas tu berlalu dan anda tunggu pulak bas yg lain.


Kemudian, datang pulak bas yg kedua. Anda nengok bas tu dan anda akan cakap, "Eee... bas ni buruk sgt... mesti tak selesa .

Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan. " Jadi, anda pun biarkan bas buruk tu berlalu dan anda bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.


Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni anda kata, "Emmm... . tak de air-cond... cuaca pulak panas . Lebih baik saya tunggu bas yg lain ."


Dan sekali lagi anda biarkan bas tu berlalu dan anda bercadang utk menanti bas yg seterusnya. Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru anda perasan yg anda pula dah terlambat rupanya. Anda mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna.

Dan kemudian barulah anda sedar bahawa... anda dah naik bas yg salah Jadi, selama ni anda dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg anda nak.

Walaupun yg datang tu adalah bas yang berair-cond, adakah anda dpt pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk anda

Jadik, (terutamanya golongan perempuan) lelaki pun samalah mengingini apa yg anda idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan ?

Sekiranya anda dapati "bas" itu tak sesuai dengan anda, apa yg perlu anda lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu.

Tapi... saya pasti anda semua tentu ada pengalaman yg macam ni. Anda nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg anda nanti-nanti kan), anda tahan bas tu tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak anda dan terus berlalu tinggalkan anda !

Hahahaha... . So, bila ada bas yang lalu melintasi anda macam tu, apa yang anda patut lakukan ialah BERJALAN! Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, anda akan terjatuh dan menyakiti diri anda sendiri.

Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada anda nak naik dan beri peluang pada bas tu... semuanya terpulang pada diri anda

Dan awas bila anda berjalan, anda sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta

Moral: jangan kite buang masa tunggu bas. .. naik aje kereta atau LRT... hehehehheheheeee... ..

Selasa, 23 September 2008

15 Faktor Kebahagiaan Rumah Tangga

Sejak tahun 1970-an, golongan muda berpaut pada status bujang selama purata lima tahun lebih lama. Hari ini, menurut Pusat Perangkaan Kesihatan Negara, usia purata bagi wanita untuk berkahwin ialah 28, manakala bagi lelaki, 29.

Keinginan mereka untuk menunggu sering berpunca daripada keperluan “untuk berasa pasti” dengan pilihan pasangan masing-masing. Menunggu sehingga berasa pasti adalah amalan yang elok bagi suatu keputusan sepenting ini. Sebagai seorang pakar psikologi yang bekerja dengan ratusan bujang dan pasangan suami isteri, saya sentiasa kagum dengan bilangan orang yang terjerumus ke alam perkahwinan kemudian hairan mengapa hubungan mereka bertambah pudar dan sengsara atau penuh dengan pertengkaran. Tidak terlintas pun di fikiran mereka untuk membuat keputusan berkahwin secara objektif dan proaktif (sebelum perkahwinan).

Kebanyakan daripada rumah tangga runtuh yang saya temui sudah bermasalah sejak hari pertama. Mengapa? Kedua-dua orang yang terlibat tersalah pilih pasangan, itu sahaja.

Pilihan pasangan hidup anda adalah lebih penting daripada apa jua yang anda lakukan untuk membahagiakan rumah tangga anda. Itu mungkin bunyinya seperti mudah sahaja dilakukan, tetapi anda akan terkejut dengan peratusan tinggi orang yang tidak sabar-sabar melangsungkan perkahwinan sehinggakan mereka tidak menumpukan masa dan usaha yang diperlukan untuk membuat keputusan yang baik. Jika anda ingin memastikan peluang terbaik untuk anda menikmati perkahwinan yang memuaskan dan berkekalan, timbangkan faktor-faktor pemilihan pasangan yang berikut:

  1. Pasangan yang berkenalan selama dua tahun atau lebih mempunyai peluang yang nyata lebih baik untuk mendirikan rumah tangga yang bahagia dan berkekalan. Apabila suatu pasangan bersedia mengambil keputusan yang melibatkan segala-galanya, iaitu perkahwinan, selepas hanya berkenalan selama beberapa bulan, saya kira tentu keputusan mereka lebih berdasarkan khayalan dan kurang berdasarkan hakikat. Ia menunjukkan kepada saya bahawa usaha bersungguh-sungguh untuk mengekalkan rumah tangga telah diringan-ringankan dengan ketara. Malahan, kajian menunjukkan bahawa pasangan yang telah berkenalan selama dua tahun atau lebih kesemuanya lebih berpuas hati dengan perkahwinan mereka berbanding pasangan yang berkenalan selama jangka masa yang lebih pendek.

  2. Orang sering memilih pasangan semata-mata untuk menggembirakan orang lain – ayah, ibu, atau orang yang menyuruh mereka berkahwin – tetapi adalah teramat penting agar orang yang akan berkahwin itu sendiri berasa gembira. Keputusan anda hendaklah dibuat berasaskan keperluan dan impian anda sendiri. Anda juga patut mendengar pendapat sahabat-handai dan kaum keluarga dengan teliti, tetapi jangan biarkan orang lain memilih pasangan hidup bagi anda.

  3. Harapan yang tidak wajar terhadap perkahwinan mungkin menjadi sebab utama bagi kebanyakan perceraian awal. Ramai lelaki dan wanita memasuki alam perkahwinan dengan sangkaan bahawa pasangan mereka akan memenuhi semua keperluan mereka dan bahawa perasaan romantik mereka akan kekal abadi. Sebenarnya, rumah tangga yang bahagia memerlukan begitu banyak usaha, kesabaran dan ketabahan. Saya telah melihat banyak rumah tangga yang runtuh kerana pasangan mengharapkan kehidupan yang dipenuhi oleh suasana aman tenteram, waktu berdua-duaan di pantai, nikmat cinta berahi dan keseronokan yang tidak henti-henti. Kesemua ini bukan hakikat sebenar.

  4. Masalah keperibadian dan tingkah laku tidak akan hilang apabila anda berkahwin. Jika terdapat ciri-ciri keperibadian dan tingkah laku pasangan anda yang menimbulkan persoalan – seperti perasaan cemburu, sifat panas baran, sikap tidak bertanggungjawab, sikap tidak jujur dan kedegilan – tanya diri sendiri sama ada anda sanggup menghabiskan masa anda sehingga ke akhir hayat untuk menangani masalah ini. Nyata sekali, jika pasangan yang sedang dipertimbangkan pernah menghadapi masalah penagihan dadah atau kaki botol ataupun masalah keutuhan seksual, anda sepatutnya memastikan sepenuhnya bahawa dia telah menyelesaikan masalah tersebut jauh lebih awal sebelum perkahwinan anda.

  5. Anda perlu mempunyai banyak “pengalaman hidup” bersama teman lelaki / wanita anda. Pemilihan pasangan hidup melibatkan ramalan tentang bagaimana anda berdua akan hidup bersama sepanjang tahun-tahun akan datang. Pasangan hendaklah bersama-sama melalui pelbagai keadaan dan situasi yang diperlukan untuk benar-benar mengenali seseorang. Habiskan masa bersama pasangan anda pada awal pagi dan lewat malam; melalui lalu lintas yang sesak dan melalui jalan desa; semasa waktu-waktu kesusahan dan kesenangan. Kerap kali, mereka akan menunjukkan belang.

  6. Bayangan orang yang ingin anda kahwini berpengaruh besar ke atas pilihan anda kelak. Bayangan ini tidak anda sedari pada umumnya, namun ia amat mempengaruhi anda. Oleh itu, adalah teramat penting untuk membayangkan dengan jelas dan nyata, sifat-sifat orang yang ingin anda kahwini. Fikirlah dengan panjang dan mendalam tentang berbagai faktor – penampilan, kepintaran, pendidikan, kerohanian dan sebagainya. Pemikiran bawah sedar anda boleh menghantui sesuatu hubungan. Berpeganglah pada bayangan anda ini, jika tidak, anda akan menginginkan orang lain buat selamanya.

  7. Adalah teramat penting untuk mencari pasangan hidup yang bersifat seakan-akan diri anda sendiri. Untuk pasangan, persamaan sifat adalah umpama wang simpanan dalam bank, manakala perbezaan sifat adalah umpama hutang. Jika anda hendak mendirikan rumah tangga yang bahagia bersama pasangan yang amat berlainan sifatnya daripada anda, anda memerlukan banyak persamaan untuk dijadikan ekuiti tetap dalam akaun anda. Jika tidak, hubungan anda akan muflis pada peringkat awal.

  8. Jika orang yang anda kahwini bercita-cita jauh lebih rendah atau lebih tinggi daripada anda, kemungkinan anda berdua akan kecewa. Adakah anda berazam hendak mendaki tangga korporat manakala pasangan anda berpuas hati setakat bekerja, menerima gaji dan menikmati masa lapangnya? Adakah anda berpuas hati dengan keadaan hidup anda sekarang manakala pasangan anda sentiasa meluru ke hadapan dalam mengejar sesuatu matlamat? Dunia ini memerlukan orang yang bercita-cita tinggi seperti mana ia juga memerlukan orang yang berpuas hati dan bersenang-lenang. Masalah timbul apabila lelaki dan wanita dari hujung spektrum yang berlawanan menjalinkan perhubungan. Perbezaan sifat mungkin menarik hati ketika sedang melamar, tetapi ia akan menyebabkan banyak kekecewaan sepanjang perkahwinan.

  9. Kebolehan dua orang untuk saling berhubung adalah penting demi kebahagiaan rumah tangga mereka. Kesejahteraan sesebuah perkahwinan bergantung pada tahap perhubungan suami isteri. Adalah mustahil untuk membayangkan sebuah rumah tangga yang bahagia tanpa dua orang yang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menguasai kemahiran pertuturan dan pendengaran.
  10. Pasangan perlu tahu yang mereka berkemampuan untuk menyelesaikan pertelingkahan sebelum mereka berkahwin. Jika sebuah pasangan tidak tahu cara yang berkesan untuk menangani perselisihan pendapat antara mereka, rumah tangga mereka mungkin runtuh sama sekali. Pada pendapat saya, lebih banyak rumah tangga yang runtuh kerana suami isteri tidak tahu bagaimana hendak menangani perbezaan diri mereka berbanding mana-mana sebab lain. Kerana inilah menjadi amat penting supaya anda dan pasangan anda menilai kemahiran pendamaian masing-masing sebelum berkahwin.

  11. Pasangan hendaklah teguh dalam perkongsian kepercayaan agama dan rohani. Apabila kedua-dua orang peka dari segi kerohanian dan hidup mereka tertumpu pada kepercayaan yang sama, mereka mempunyai asas pembinaan yang kukuh bagi hubungan mereka. Pasangan yang bersama-sama mewujudkan asas kerohanian bagi hidup mereka akan tercantum dan tergabung rapat. Dengan saling mengakui kepercayaan yang paling suci dan paling bermakna kepada setiap pasangan, kedua-duanya mewujudkan titik penghubung yang paling penting sekali.

  12. Cinta berahi biasanya pudar dengan ketara dalam jangka masa enam hingga lapan bulan. Keberahian wujud antara dua orang agar mereka saling menumpukan perhatian untuk cukup lama bagi memutuskan sama ada mereka sepatutnya bersama sepanjang hayat. Tarikan hebat yang beransur kurang adalah biasa dan semula jadi. Pada ketika inilah cinta bersimpati menjadi sungguh penting. Cinta bersimpati disifatkan oleh daya ikatan teguh yang berasaskan kasih sayang, kegembiraan semasa bersama-sama, sokongan antara satu sama lain, dan persahabatan akrab. Cinta begini, yang jauh lebih mendalam dan berkembang dengan lebih perlahan berbanding keghairahan hangat membara yang menyifatkan percintaan awal, adalah ramuan yang mujarab bagi hubungan jangka panjang. Malangnya, oleh kerana ini mengambil masa untuk dipupuk, sesetengah pasangan menjadi tidak sabar dan putus harapan terhadap perhubungan mereka.

  13. Sikap mempercayai dan boleh dipercayai adalah penting bagi rumah tangga yang bahagia. Sikap mempercayai membolehkan sesuatu pasangan itu bertambah rapat pada waktu-waktu bahagia dan kekal teguh pada waktu-waktu mencabar. Apabila menghadapi kesukaran, pasangan itu tidak akan cemas. Mereka berpaut pada kenyataan bahawa rumah tangga mereka dulunya bahagia dan akan kembali bahagia.

  14. Jika anda ingin memahami sifat psikologi pasangan anda, dalami perhubungan kekeluargaannya. Kita semua sangat dipengaruhi oleh ibu bapa kita, dan banyak daripada corak dan cara berhubung yang kita telah belajar daripada keluarga kita sendiri terbawa-bawa ke dalam perkahwinan kita. Saya menyedari bahawa tiada perhubungan ibu bapa dan anak yang sempurna, tetapi kerap kali, anda boleh memperolehi pemahaman yang amat diperlukan dengan memerhatikan cara pasangan anda berhubung dengan ibu bapanya. Adakah dia berbincang mengenai masalahnya atau enggan menghadapinya? Adakah dia berhubung secara terus terang atau dengan mempengaruhi dan mendesak?

  15. Pasangan yang saling mencintai berkongsi impian dan rancangan untuk mencapainya. Rumah tangga yang paling bahagia melibatkan dua orang yang mempunyai bayangan yang jelas mengenai kehidupan yang mereka harapkan bersama. Saya dapati pasangan seumpama ini benar-benar gemar bermimpi bersama-sama sambil merancang cara untuk menjadikan impian mereka itu suatu kenyataan. Di tengah-tengah impian dan rancangan ini terletaknya tema yang berulang-ulang: “Aku mahukan masa depan yang bahagia bagimu. Jika ia tidak bahagia bagimu, mustahil ia bahagia bagi kita.” Perkahwinan menyediakan suatu kehidupan di mana kita boleh mengalami kegembiraan dan kepuasan – atau kesedihan dan kekecewaan – yang tidak terhingga.

Isnin, 22 September 2008

Lagu Pilihan : Demi Rindu Ini - Meditasi

Terjaga dari lena
Ditusuk sejuk kota
Untuk aku mengingatimu
Sudah sekian lama aku lupa padamu
Kau dan aku akan bertemu

Terasa amat rindu di hati
Mungkin kau pun begitu
Bagaimana haruskah aku lakukan
Demi rindu ini

( korus )
Tak mungkin hanya kata
Yang dapat meredakan
Rindu yang lama telah kau simpan
Aku harus dihukum dengan cinta demi rindu

Kau maafkanlah aku
Yang ingin bersamamu untuk hidup
Yang penuh dengan sayang dan rindu

Hanya takdir yang temukan kita
Masih belum terlewat
Untuk aku kembali untuk menyintai dirimu
Demi rindu

( ulang korus )

Kau maafkanlah aku yang ingin bersamamu
Hidupku penuh dengan gelora
Aku harus dihukum demi cinta
Demi rindu

Ingin muaturun lagu ini? Sila klik pautan ini.

Meningkatkan Seri Wajah



1) Menggunakan beras dan kunyit hidup
. Kunyit hidup, boleh beli kat pasar jer, ada. Caranya goreng secawan beras dengan kunyit hidup hingga bertukar ke warna hitam. Kemudian blend, then sapukan ke muka dan badan sebelum mandi.

2) Ambil beberapa helai daun pegaga. Basuh dan blend sehingga hancur. Kemudian perahkan beberapa titis air limau. Gaul rata sebelum disapukan ke seluruh wajah. Biarkan kering dan kemudian bilas dengan air bersih. Buat selalu.

3) Air rebusan kurma merah. Caranya rebus kurma merah (sukatan ikut suka, kalau nak banyak kena rebus banyak juga). Setelah masak, masukkan air rebusan ke dalam gelas dan campurkan 1 sudu besar madu dan 2 sudu besar jus buah prun ke dalamnya. Minum 1 atau 2 kali sehari.

4) Rendam serbuk teh, masukkan ke peti ais dan biarkan semalaman. Pagi esoknya, selawat sebanyak 3 kali dan sapulah air rendaman serbuk teh tadi ke seluruh muka sebelum mandi. Kulit anda akan beransur2 menjadi licin, halus dan juga berseri.

5) Air rebusan inai. Ambil segenggam inai, rebus dan biarkan sejuk. Bila sejuk, berselawat 3 kali sambil menyapu air inai tadi ke seluruh muka. Amalkan selama 3 malam berturut2, anda akan dapat melihat hasilnya nanti

Khamis, 18 September 2008

Sahabat Sejati


‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah (SWT), mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’


Sebaik baik sahabat di sisi Allah (SWT) ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah (SWT) ialah orang yang terbaik terhadap jiranny (H.R al-Hakim)


Allah (SWT) SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.


Inilah antara hikmah, kenapa Allah (SWT) SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah (SWT) SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:


"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah (SWT) ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah (SWT) Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”


Dalam Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.


Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: "Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya" (H.R Abu Daud).


Bak kata pepatah Arab, "Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita."


Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: "Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:

  • Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
  • Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
  • Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.
  • Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan "melepak" pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.
  • Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah (SWT). Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.

Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah (SWT) untuk mencari redha-Nya.

Credited to: Haslinda Lukman

Selasa, 16 September 2008

Be A Man Keep Longer

Men are below...



Men are like vacations.... they never seem to be long enough.

Men are like computers... hard to figure out and never have
enough memory.

Men are like coolers... load them with beer and you can take
them anywhere.

Men are like chocolate bars.... sweet, smooth, and they usually
head right for your hips.

Men are like coffee.... the best ones are rich, warm, and can
keep you up all night long.

Men are like horoscopes.... they always tell you what to do and
are usually wrong.

Men are like plungers... they spend most of their lives in a
hardware store or the bathroom.

Men are like cement.... after getting laid, they take a long
time to get hard.

Isnin, 15 September 2008

Lagu Pilihan : All Out Of Love - Air Supply

Im lying alone with my head on the phone
Thinking of you till it hurts
I know you hurt too but what else can we do
Tormented and torn apart

I wish I could carry your smile in my heart
For times when my life seems so low
It would make me believe what tomorrow could bring
When today doesnt really know, doesnt really know

(chorus)
Im all out of love, Im so lost without you
I know you were right, believing for so long
Im all out of love, what am I without you
I cant be too late to say I was so wrong

I want you to come back and carry me home
Away from these long, lonely nights
Im reaching for you, are you feeling it too?
Does the feeling seem oh, so right?

And what would you say if I called on you now
And said that I cant hold on?
Theres no easy way, it gets harder each day
Please love me or Ill be gone, Ill be gone

(chorus)
Ooh, what are you thinking of
What are you thinking of
What are you thinking of
What are you thinking of
(repeat chorus)

Ingin muaturun lagu ini? Sila klik pautan ini.

Jumaat, 12 September 2008

Jangan Kehilangan Identiti Demi Cinta



Pasangan bercinta tidak perlu semuanya serupa, cinta harus complement each other dan bukannya kamu bertukar menjadi dia. Sering pasangan yang sedang bercinta kehilangan identiti kerana ingin membuktikan bahawa kamu mempunyai minat yang sama. Malah mereka ini akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan mereka dilihat sebagai pasangan bahagia, serasi bersama dan tiada perselisihan faham yang terjadi dan kelihatan saling memahami. Dalam proses untuk mengekalkan cinta yang ada, masing-masing berusaha untuk memuaskan hati seorang yang lain sehingga kehilangan diri sendiri, hilang identiti diri.


Sering terjadi di dalam perhubungan di mana kalau kau suka rock, aku pun suka muzik yang sama sedangkan hakikatnya hatiku mencintai irama dangdut. Namun, tidak berani aku mengakui yang aku meminati alunan dangdut kerana aku gusar kau akan mempersendakanku. Terdengar lagu dangdut ketika bersamamu, kakiku terangkat-angkat ingin menari tetapi ku tahan jiwa ini tanpa kau ketahui. Aku memaksa diri ini mendengar muzik bising yang kau gemari sedangkan rock itu aku benci, alasannya kerana aku ingin memahami. Jika kau suka bola, aku pun kaki juga, aku sanggup duduk bersamamu menikmati match of the season sedangkan hatiku boring separuh mati menunggu game itu tamat. Kerana kau seorang yang tidak suka menunggu, aku korbankan sifatku yang gemar berdandan dan hanya mengenakan pakaian simple tanpa solekan agar kau tidak rimas menunggu aku. Aku ketepikan teman-temanku hanya untuk menghabiskan masa bersamamu kerana aku sedar tanggungjawabku. Aku berkorban agar kau mengejar impianmu lantas aku pendamkan keinginanku dalam-dalam untukmu. Akhirnya aku terlupa siapa diriku, lupa impian yang aku pernah ada, tidak ingat yang aku sebenarnya masih ada jiwa.


Kehilangan identiti dalam perhubungan ini selalu disedari oleh ahli keluarga terdekat dan mereka yang tersayang kerana mereka sedar perubahan diri yang berlaku pada dirimu. Mereka yang kehilangan identiti jarang menyedari perubahan yang berlaku kerana mereka bina tembok yang menafikan apa yang sedang berlaku, mengambil alasan bahawa kau menjaga keharmonian perhubungan.


Bercinta itu seharusnya memberi ruang kepada individu untuk membebaskan jiwa daripada ketakutan, memberi keyakinan dan keselesaan untuk kau menjadi diri sendiri ketika bersama dengan pasanganmu. Dengan si dia, seharusnya dirimu dapat berkongsi segalanya tanpa ada rasa serba salah. Memang benar dalam setiap perhubungan, kompromi itu penting supaya keamanan dapat dikekalkan tetapi pasangan perlu menjaga keseimbangan antara kompromi dan kepentingan diri agar identiti tidak lari. Cinta itu harus menyayangi dan menghargai. Salah apabila seorang pasangan melakukan segalanya demi seorang yang lain tanpa memikirkan tentang apa yang dirinya inginkan, berkompromi dalam terpaksa atau memendam perasaan atas nama pengorbanan, tidak akan membahagiakan kerana apabila seseorang berkorban, secara tidak langsung hati akan mengharapkan pembalasan. Kau akan menjangkakan bahawa si dia akan memahamimu apabila kau memerlukan, dan jika dia tidak hadir ketika diperlukan, akibatnya samada kau berduka atau jiwamu akan diselimuti rasa sakit hati umpama bom jangka yang menunggu masa.


Di dalam percintaan, benarkan hatimu mendengar apa yang benar. Hati tidak akan bahagia jika hanya perhatian diberikan kepada si pasangan. Walau bagaimana keras diri ingin menyakinkan bahawa wujudnya kebahagiaan, kata hati tidak pernah boleh ditipu. Jangan sesekali takut untuk menjadi tidak sempurna ketika bersama pasanganmu kerana jika kau dan dia benar-benar bercinta, ketidaksempurnaan itulah yang menjadikan cinta itu sempurna, dia dapat melihat dirimu seadanya dan masih menyayangi. Jangan takut untuk menonjolkan dirimu dan mencari apa yang kau mahu dalam hidup ketika kau sedang mencintai si dia kerana seseorang pasangan itu perlu memberi galakan, memberi sokongan dan dorongan untuk melihat cintanya mekar sebagai seorang insan.


Biarkan ‘cinta’ itu pergi jika ia menyebabkan kau kehilangan identiti, cinta yang asli tidak akan pernah menidakkan kewujudan dirimu yang begitu istimewa.

Rabu, 10 September 2008

Women's Education

We always hear "the rules" from the
female side. Now here are the rules
from the male side.

These are OUR rules:
Please note… these are all
numbered "1" ON PURPOSE!

1. Breasts are for looking at and that
is why we do it. Don’t try to change
that.--damn right!!haha

1. Learn to work the toilet seat.
You’re a big girl. If it’s up, put it
down. We need it up, you need it down.
You don’t hear us complaining about
you leaving it down.

1. Saturday = sports. It’s like the
full moon or the changing of the
tides. Let it be.

1. Shopping is NOT a sport. And no, we
are never going to think of it that
way.

1. Crying is blackmail.

1. Ask for what you want. Let us be
clear on this one:

* Subtle hints do not work!
* Strong hints do not work!
* Obvious hints do not work!
* JUST SAY IT!

1. ‘Yes’ and ‘No’ are perfectly
acceptable answers to almost every
question

1. Come to us with a problem only if
you want help solving it. That’s what
we do. Sympathy is what your
girlfriends are for

1. A headache that lasts for 17 months
is a problem. See a doctor

1. Anything we said 6 months ago is
inadmissible in an argument. In fact,
all comments become null and void
after 7 days

1. If you think you’re fat, you
probably are. Don’t ask us

1. If something we said can be
interpreted two ways, and one of the
ways makes you sad or angry, we meant
the other one

1. You can either ask us to do
something or tell us how you want it
done, not both. If you already know
best how to do it, just do it yourself.

1. Whenever possible, please say
whatever you have to say during
commercials.

1. Christopher Columbus did not need
directions and neither do we.

1. ALL men see in only 16 colours,
like Windows default settings. Peach,
for example, is a fruit, not a colour.
Pumpkin is also a fruit. We have no
idea what mauve is.

1. If it itches, it will be scratched.
We do that.

1. If we ask what is wrong and you
say "nothing," we will act like
nothing’s wrong. We know you are
lying, but it is just not worth the
hassle.

1. If you ask a question you don’t
want an answer to, expect an answer
you don’t want to hear.

1. When we have to go somewhere,
absolutely anything you wear is fine,
Really

1. Don’t ask us what we’re thinking
about unless you are prepared to
discuss such topics as:

* Sex,
* Sport,
* Cars,
* or Computers

1. You have enough clothes.

1. You have too many shoes.

1. I am in shape. Round is a shape.

1. Thank you for reading this; Yes, I
know, I have to sleep on the couch
tonight, but did you know men really
don’t mind that, it’s like camping.

Pass this to as many men as you can -
to give them a laugh.
Pass this to as many women as you can -
to give them an education

Selasa, 9 September 2008

Makanan Ibu Dalam Pantang - Petua Orang Dulu-Dulu

Pemakanan ialah aspek yang amat penting dalam rawatan pantang bersalin. Ini kerana proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon ibu. Mereka mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Apalagi semasa melahirkan anak, tenaga dikerah dengan hebat, urat saraf banyak yang cedera dan terjadi luka di bahagian tertentu.


Mengikut sesetengah petua Melayu, ibu-ibu dalam pantang disyorkan makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dan meminum air mengikut sukatan jari (dua ruas jari untuk sekali minum). Akibat diet cara ini (kurang berzat dan kurang air) ibu-ibu terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah rendah. Oleh sebab itulah makan perubatan moden menentang amalan berpantang cara Melayu. Ingin diingatkan, cara pemakanan tersebut bukanlah cara Melayu tradisional yang sejati tetapi merupakan sebahagian cara hidup mereka yang kurang berkemampuan.


Jenis ikan

Ibu dalam pantang dilarang memakan ikan masin atau ikan kering kerana makanan tersebut hanya akan menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental. Ilmu perbidanan Melayu menggalakkan memakan ikan yang segar, mengelakkan ikan yang berbisa seperti bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang serta parang kerana takut menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim.


Selain ikan berbisa, jenis ikan yang dilarang yang menyebabkan kegatalan kulit serta menimbulkan reaksi alahan ialah ikan kembung, tamban, cencaru, atau tongkol dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain.


Mengikut petua Melayu, ikan yang disyorkan dalam pantang bersalin ialah haruan dan yu. Ia dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran. Ikan haruan yang hidup di dalam lumpur mengandungi khasiat mineral yang tinggi bagi menyembuhkan luka. Secara tradisi, ikan yu dipercayai dapat membanyakkan susu ibu dan beberapa kajian saintifik turut mendapati perkara tersebut benar.


Ulam-ulaman

Terdapat pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana, antaranya serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia. Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.


Selain ulam di atas, terdapat ulam berkhasiat yang sesuai dimakan oleh ibu dalam pantang, antaranya:


Daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, daun kaduk, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina, daun kari, daun bebuas dan daun ruku.


Jenis sayuran dan buahan

Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin. Antaranya ialah kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, sayur atau daun keti (bunga putih), kacang panjang, petola, labu, rebung, kacang botor, jeruk maman, petai, jering serta terung. Ibu bersalin juga harus mengelakkan minuman bergas, sejuk serta tajam seperti air tebu, cincau, kelapa muda serta buah-buahan seperti nenas, jambu, belimbing, durian belanda, mangga, betik, ciku, langsat, tembikai cina, nangka, cempedak, pisang masak hijau, pisang nangka, pisang embun, pisang udang, ubi kayu, ubi keladi, sengkuang, manggis, macang, kuinin, dan binjai. Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.


Jenis ayam dan burung

Ibu bersalin disyorkan memakan ayam hitam, ayam didik atau ayam selasih yang digaul dengan halia tua, garam kasar dan madu lebah. Ayam ini dikukus dan diambil patinya untuk mengembalikan ketahanan tubuh. Burung puyuh dan merpati juga baik untuk melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam.

Isnin, 8 September 2008

Suami Yang Nazak

Hadi sedang nazak dan hampir meninggal...Di sebelahnya Imah, isterinya sedang menemani Hadi...

Hadi : "Imah.. sebelum aku mati nanti.. aku ingin berpesan padamu.."

Isteri : "Iya, bang.. cakaplah.."

Hadi : "Aku mau kau kahwin dengan Harun..."

Isteri: "Isk abang nie.. kan Harun tu musuh ketat abang selama ini?! Apa abang rela menyerahkan saya kepadanya?" dengan terkejut isterinya bertanya.

Hadi: "Aku ingin dia menderita seperti yang aku alami 30 tahun bersamamu.."

Lagu Pilihan : Suci - Yantzen

Alangkah indah kehidupan ini
jika saling menyayangi
kita hulurkan persahabatan
dengan niat suci

andai murni oh jiwa nurani
jika saling mengasihi
tuhan tidak memandang wajahmu
tapi dihatimu

bersihkanlah jiwa dengan amalan
yang mendekatkan kita pada yang Esa
aku redha apa yang ditakdirkannya

cinta suci yang telah lafazkan
jangan engkau persiakan
aku menharapkan kedamaian hati
bahgia bersama denganmu

bersamalah kita berdoa
semoga cinta kau dan aku
bisa tembus ke pintu syurga

cinta yang berlandaskan suci
tidak pernah mungkiri janji
sama-sama menanggung rindu
dan jujur selalu hingga keakhirnya
suci dan setia

Ingin muaturun lagu ini? Sila klik pautan ini.

Jumaat, 5 September 2008

Tanggungjawab Ibu Bapa Selepas Perceraian



Walaupun perkahwinan anda telah berakhir, anda masih perlu menjaga anak-anak anda. Namun, kebanyakan ibu bapa bergelut dengan perasaan marah dan sedih masing-masing, dan dengan yang demikian, menyukarkan tugas keibubapaan. Dalam usaha mengisi kekosongan setelah pemergian mana-mana ahli keluarga, anda mungkin memulakan anak-anak atau pun cuba membeli kasih sayang mereka. Juga, tanpa disedari anda mungkin diperkotak-katikkan oleh anak anda.

Terimalah tanggungjawab sebagai ibu atau bapa, dan cubalah memenuhi keperluan anak-anak dengan sebaik dan sesihat mungkin:

  • Usah bimbang dengan kritikan bekas pasangan anda. Kritikan sememangnya lazim apabila pertelagahan memuncak semasa bercerai. Sekiranya bekas pasangan anda mengkritik teknik keibubapaan anda, fikir dahulu sama ada kritikan tersebut adalah benar. Sebagai contoh, adakah waktu tidur anak-anak berpatutan, adakah waktu makan mereka teratur, dan adakah disiplin yang dikenakan bersesuaian? Abaikan kritikan yang tidak berasas.

  • Ambil tanggungjawab ke atas diri sendiri. Mungkin anda berfikiran dan berperasaan negatif terhadap bekas pasangan anda, tetapi jangan lupa bahawa tugas utama anda ialah menjadi ibu atau bapa yang terbaik kepada anak-anak sewaktu mereka bersama anda. Beri perhatian terhadap tugas keibubapaan anda dan cuba perbaiki segala kelemahan. Ini akan menunjukkan kepada anak-anak bahawa anda menyayangi mereka dan sedang berusaha dengan gigih dan sebaik-baiknya. Jangan tumpukan perhatian anda untuk menyalahkan bekas pasangan.

  • Jadilah seorang ibu atau bapa, bukannya seorang kawan. Memang lazim bagi seorang ibu atau bapa untuk cuba berbaik-baik dengan anak-anak apabila bercerai. Ini menyukarkan anda untuk mendisiplinkan dan menetapkan peraturan bagi mereka. Begitu juga keadaan lazim menceritakan kisah hidup anda dengan lebih daripada yang termampu diterima oleh anak-anak - beban yang tidak sewajar mereka pikul. Pada ketika ini, anak anda memerlukan ibu bapanya lebih daripada dahulu. Jadi, tetapkan peraturan dan kuat kuasakannya, dan galakkan agar anak-anak berkongsi perasaan atau kebimbangan mereka dengan anda.

  • Disiplinkan dan sayangi anak anda. Lambat-laun ibu bapa dan juga anak-anak akan menyedari wujudnya kasih sayang yang berbeza, dan walaupun ibu bapa tidak lagi saling menyayangi, hubungan ibu bapa dengan anak tetap diteruskan. Anak-anak mungkin bimbang memikirkan kemungkinan akan berakhir juga perhubungan anda dengan mereka. Seandainya penekanan disiplin tidak dilakukan dengan penuh kasih, mereka mungkin terasa bahawa kasih sayang anda terhadap mereka telah luntur. Ibu bapa sering terlupa mendisiplinkan anak-anak apabila perasaan bercelaru selepas bercerai. Padahal menetapkan peraturan dan merangka struktur hidup anak-anak begitu penting pada waktu ini. Mendisiplinkan anak-anak dengan cara yang sihat menunjukkan bahawa anda menyayangi mereka. Dengan menunjukkan kasih sayang dan memberi perhatian yang positif, anda tidak begitu perlu menghukum mereka.

  • Hindari ugutan anak-anak. Apabila ibu bapa bercerai dan anak-anak mendiami dua rumah yang berlainan, mudah bagi mereka melaga-lagakan kedua-dua ibu bapa. Mungkin anak anda bertindak begitu – tanpa disedari – untuk menggalakkan anda dan bekas pasangan anda berhubung, dengan harapan anda berdua akan berbaik semula. Walau bagaimanapun, ada ketikanya anak anda meminta berbagai barang daripada anda berdua. Dalam keadaan perceraian, biasanya kedua ibu bapa berusaha memenangi hati anak-anak dan tunduk kepada segala kemahuan mereka. Memang risau memikirkan kemungkinan bahawa anak-anak lebih menyayangi bekas pasangan anda. Ingatlah, lambat-laun anak-anak akan menghormati anda sekiranya anda menetapkan batasan.

  • Kekalkan sikap bertolak-ansur. Ketika mengendalikan pengangkutan pergi balik antara dua rumah, dan peraturan di setiap rumah, memang sukar menetapkan peraturan ataupun hala tuju yang sama mahupun untuk mendapatkan rasa kesempurnaan keluarga. Anak anda perlu menyesuaikan diri dan mematuhi peraturan dua rumah – tak mudah untuk melakukannya. Anda dapat membantu dengan bertolak-ansur dalam permintaan anda terhadapnya – dan juga terhadap bekas pasangan anda.

Philip M. Stahl, Ph.D., ialah seorang ahli psikologi yang pakar dalam masalah perceraian berkonflik tinggi. Beliau mengendalikan syarikat sendiri di Dublin, California dan menjalankan latihan pendidikan berterusan untuk ahli-ahli psikologi, peguam, hakim dan jurunilai yang bekerjasama dengan keluarga-keluarga berkenaan. Beliau juga merupakan pengarang buku, Complex Issues in Custody Evaluations and Conducting Child Custody Evaluations: A Comprehensive Guide.

Sebab Utama Lelaki Ditarik Ke Neraka Oleh Wanita

1. Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan
anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan
segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji
dan sebagainya. Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak
menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi
kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke
neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal
keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau
mengajarnya bersolat ... ..menutup aurat?..
pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya,
maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka
jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk
isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan
diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg
bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun
seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah
bertangguh, maka dia
akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm
neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal
keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia?
Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya
mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg
kau akan
sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga
maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara
lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan
keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari
ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat
kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn
hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas...
kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat
kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn
maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu
perihal kelakuan yg haram disisi Islam. Bila ibu
membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata
dan sebagainya.. .maka anak itu akan disoal dan
dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan
tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu....
nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu
juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa...
selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika
tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

............ ......... ......... ......... ......... ..

Lihatlah.... .betapa hebatnya tarikan wanita bukan
sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu
hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah / suami / abang
atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman Allah S.W.T;

"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu
dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia,
jin dan batu-batu... ."


SETELAH MEMBACA ARTIKEL INI, SILA SAMPAIKAN PULA KEPADA SAHABA-SAHABAT ANDA YANG
LAIN, UNTUK MEREKA PULA RENUNGI MESEJ INI.

Khamis, 4 September 2008

Bila Masanya Isteri Berahi?



Meskipun bernafsu untuk seks, tetapi tidak ramai wanita yang sanggup meluahkan hasrat tersebut. Sifat malu yang menebal dalam diri wanita menyebabkan mereka mengharapkan suami faham-faham sendiri kehendak ini.
Namun realitinya, sungguhpun lama hidup berumahtangga, suami ataupun kaum lelaki kadangkala masih tidak dapat meneka bila isteri mahukan hubungan seks. Para suami, jangan biarkan ini berlaku, semak artikel di bawah untuk mengetahui bila situasinya isteri menginginkan hubungan seks.


BILA BERJAUHAN DENGAN PASANGAN
Apabila suami meninggalkan isteri berhari-hari untuk ke luar daerah, masa tidur di ranjang bersendirianlah yang akan membangkitkan ghairah isteri untuk seks. Ketika ini isteri mungkin akan teringat-ingat waktu dirinya sedang bermesra dengan suami, yang seterusnya akan membuatkan nafsunya untuk seks membuak-buak. Tidak hairanlah bila suami pulang, isteri akan melakukan sesuatu yang akan membawa suami mereka terus ke ranjang.


WAKTU SUBUR
Setiap wanita punya waktu suburnya iaitu hari ke 14 selepas kedatangan haid. Ketika itu waktu subur atau ovulasi, nafsu wanita terhadap seks memang tinggi. Tanpa ransangan yang hebat sekalipun isteri akan tetap teransang untuk seks, malah mungkin ada isteri yang terlebih dahulu memulakan langkah meransang suami untuk berasmara denganya.
Pihak suami tidak perlulah hairan dengan situasi ini atau menganggap isteri buang tebiat, kerana ini sememangnya sudah menjadi kitaran semulajadi kaum wanita. Apa yang perlu dilakukan cuma mengambil kesempatan terhadap waktu ini.


SELEPAS BERTENGKAR
Seks memang selalu dikatakan penyudah kepada setiap pertengkaran suami isteri. Rasanya hampir semua pasangan melakukan perkara ini. Selepas bertengkar dan merajuk panjang, tidak ada apa yang lebih diinginkan oleh isteri selain daripada dipujuk dan dipeluk oleh pasangannya.
Sentuhan dan belaian suami pada waktu ini akan menyejukkan hati isteri yang masih dalam keadaan rajuk. Pandai-pandailah suami memujuk isteri pada ketika ini kerana kepandaian anda memujuk boleh menyebabkan situasi tersebut berakhir dengan penuh kenikmatan buat anda berdua.


TERTEKAN
Memang telah diketahui seks mampu meredakan tekanan baik pada lelaki mahupun wanita. Jadi apabila melihat isteri dalam keadaan tertekan dan murung, seks mungkin membantu dirinya untuk lebih rileks.
Tetapi harus lihat pada situasinya, sekiranya isteri tidak memberi respon pada ransangan yang diberikan, mungkin seks bukanlah apa yg diinginkan. Ajak dirinya untuk berkongsi masalah, cara itu mungkin membantu mengurangkan stress yang dialaminya.


MENERIMA BERITA GEMBIRA
Ini adalah masa yang paling baik untuk seks. Berita gembira seperti mengetahui diri sedang berbadan dua akan memberikan mood yang baik buat seorang isteri. Suami mungkin tiada masalah mendampingi isteri ketika ini.
Ajakan untuk melakukan seks pastinya tidak akan ditolak. Buat suami ingatlah tip ini sekiranya anda berkeinginan untuk seks, pastikan anda menggembirakan hati isteri terlebih dahulu.


IMAGINASI
Bukan lelaki sahaja yang berfantasi tentang seks, kaum wanita juga punya imaginasi atau fantasi tentang perkara ini. Namun fantasi mereka tidaklah ekstrem seperti lelaki. Kaum wanita atau isteri selalunya berfantasi tentang dirinya dilayan cukup romantik dan dibelai manja oleh suami mereka. Jadi buat suami, penuhkanlah fantasi isteri ini, layan dan belailah mereka. Jangan mengharapkan fantasi anda saja dipenuhi!

ADVERTORIAL: RebetMinyak.com - Jimat Minyak, Tambah Kuasa & Jana Pendapatan



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera;

MINYAK NAIK..!!! Relax...

Produk HEBAT yang di cari-cari oleh SEMUA orang!

Kenaikan HARGA MINYAK tidak boleh dibendung lagi...

Semua rakyat merasa bahang kenaikan bahan api ini.

Mari kita mula BERJIMAT sambil menjana pendapatan.

Dengan Modal Mula RM 60,

Anda mampu menjana pendapatan sampingan

sehingga

RM 97,000.00!


Untuk maklumat lanjut;

www.RebetMinyak.com


Perniagaan ini sungguh MUDAH. Cuma SMS dan EMAIL

laman web anda kepada kawan2. Selainnya, kami

buatkan untuk anda.

Anda juga di jemput menyertai kami dalam pemasaran

produk HEBAT ini, juga produk-produk lain sebagai

alternatif kepada menambahkan pendapatan anda

dalam kemelut kegawatan dan kos kehidupan yang

makin meningkat.

Terima kasih

---

KHAIRUL RIZAL BIN MUHAMMAD YUSUF

Layari www.RebetMinyak.com

Rabu, 3 September 2008

Kisah Burung Kakak Tua Yang Gatal

SEKADAR LEPASKAN TENSION KERJA....GELAK SKIT SKIT JER JGN LEBIH LEBIH SANGAT TAU!!!!!


Ada seekor burung kakak tua yang sangat cerdik dan mempunyai pandangan mata yang sangat tajam sehingga boleh menembusi apa-apa halangan yang menutup matanya (Transparent le tu...)

Setiap pagi burung ini akan bertenggek di dalam sangkarnya yang tergantung di tingkap. Rumah tuan punye burung ni terletak di antara sekolah rendah dan kuaters guru

Setiap pagi ada 3 orang cikgu melintas di hadapan rumah tuan punye burung ni dari sekolah ke kuaters guru, oleh itu hari-hari lah burung ni perhati 3 orang cikgu yang bertutup litup tuh ke hulu ke hilir... ke hulu, ke hilir.....

Setiap hari burung ni tengok cikgu-cikgu tu atas bawah, atas bawah.. Bila dia boring dia menyanyi-nyanyi.... tak pun, dia akan baca skrip cerita sembilu 2... lama-lama makin boring pulak... so dia ternampak le si cikgu-cikgu tu berderet jalan slow-slow nak pergi ke sekolah

Burung ni pun kuyu-kuyukan mata dia...then tonyoh tonyoh sikit mata dia...dah tu dia kibas-kibas kan kepak dia...pas tu dia jerit kuat-kuat....

"BELANG!! PUTIH!! BIRU!!!"

Cikgu-cikgu tadi sama-sama menoleh ke arah burung tu dan pandang ke depan semula. Mereka jalan cepat-cepat... Sampai di sekolah mereka cuma saling pandang memandang.....

Keesokan harinya cikgu-cikgu tu pun macam biasa lalu depan burung tu lagi. Bila balik ke rumah kuaters guru, burung tu buat dek je... bila time cikgu ni nak ke sekolah, burung tu jerit lagi.......

"PUTIH!!! BUNGA-BUNGA!!! PINK!!!"

Cikgu-cikgu tu terkejut dog... dan berjalan cepat-cepat lagi... sampai di sekolah depa pun tanya sesama depa.....cikgu pertama bercakap "camna burung kakak tua tu tau warna sepender yang kita pakai?" Cikgu kedua menjawab "Tak tau pulak .... ahli sihir ke apa ntah....." .

Cikgu ketiga mencelah "Alah ..kebetulan je agaknyer..... tak pe, kita tengok besok pulak camana..."

Keesokan hari nya macam biasa... pagi-pagi cikgu-cikgu tu lalu depan rumah burung tu.... burung tengah bersenam memusing-musingkan kepaknya 360 darjah........"Iyah! iyah! lapan lapan lagi... satu...dua..." dan seterusnya.

Bila time cikgu ni nak ke sekolah, lalu lagi depan burung.... Burung pun tengok.... dia jerit lagi..

KELABU!! HIJAU!! PURPLE!!"

Cikgu-cikgu berlari-lari anak tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan. Setiba di sekolah guru mereka berbicara lagi...Cikgu pertama "Memang betul apa yang burung tu cakap.... heh, apa nak buat hah?". Cikgu kedua "Kita mesti buat something untuk uji burung tu...".Cikgu ketiga...."Aku tau... apa kata esok kita semua pakai color hitam". "Okey...Set!!!!!" balas depa.....

Keesokan harinya......sama juga.... bila time ke sekolah, burung tu jerit lagi...

HITAM!!HITAM!!!HITAM!!!!"

Cikgu-cikgu tu berlari anak lagi....di sekolah mereka berbincang.... cikgi pertama "Nampak nya burung tu mempunyai pandangan mata yang transparent..." . Cikgu kedua "Atau pun dia cuma boleh kenal warna....". Cikgu ketiga..."Betul tu, mungkin dia dah di latih untuk meneka warna, tapi tidak dilatih untuk meneka bentuk. Kengkawan, apa kata esok kita jangan pakai sepender langsung."

"Orait!! Set!!" depa jawab.

Keesokan hari nya, lagi sekali macam biasa Di waktu pagi burung buat dek je.... bila time cikgu-cikgu tu nak ke sekolah, burung tu tengok.... ditenungnye lama-lama...cikgu-cikgu tu mula tersenyum dan jalan slow-slow......sambil toleh-toleh kat burung tu...burung tu tengok lagi.... dia naik-naikkan mata macam Ziana Zain gitu....dah tu pusing belakang... dia tengok lagi dengan cara menonggeng.....dah tu dia pandang ke depan balik.... dia garu-garu kepala...dah tu usap-usap dagu.....dia cekak pinggang..... dah tu burung tu pegang dagu lagi...pastu dia senyum.....dia jerit lagi kuat kali ni...

"LURUS!!! LURUS!! KERINTING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

Cikgu-cikgu ni terus lari sampai tak cukup tanah gamak nyer.....

**MORAL : JANGAN SESEKALI MENGUJI BURUNG YANG PANDAI BERCAKAP. HEHEHE

MALAM PERTAMA - Pelayaran Malam Pertama

MALAM pertama adalah satu cabaran jika pasangan berkenaan tidak berpengalaman berasmara. Jika pasangan wanita selama ini menyimpan kesuciannya untuk jejaka idaman, pasti malam pertama memberi makna kepadanya apabila dapat memberi anugerah yang sangat bernilai itu kepada pasangannya dan mereka mengecapi gelora malam berkenaan.


Namun, perlu diingatkan kepada wanita supaya tidak perlu takut dengan pelayaran malam pertama kerana ia akan memberi tekanan kepada dirinya dan juga pasangan. Sebaik-baiknya, mereka melayani dengan mengikut gerak hati dan memberi kerjasama kepada pasangan supaya sentuhan malam pertama berjalan lancar.


Seseorang wanita juga perlu bersabar jika tidak disentuh pada malam pertama kerana mungkin pasangan mereka masih dalam peringkat menyesuaikan diri atau terasa letih dan lesu selepas proses perkahwinan.


Jika keadaan mengizinkan, hubungan keintiman seksual dilakukan dan sentuhan malam pertama akan berlaku, tetapi pasangan wanita perlu tahu fungsinya apabila pasangan mereka mendekati dan mula menyentuh tubuh sambil melucutkan pakaiannya sehelai demi sehelai.


Dia boleh membantu pasangannya bersedia dengan menyentuh mengikut keselesaan pasangannya. Menyentuh anggota sulit pasangan ketika itu mungkin mengakibatkan pasangan hilang kawalan syahwat dan boleh menyebabkannya terpancut.


Apabila sentuhan intim berjalan hingga ke peringkat pasangan lelaki hendak mendekatkan ereksinya ke paras anggota sulit, pasangan wanita perlu melegakan pahanya bagi memudahkan proses berkenaan.


Paling penting ketika malam pertama ialah pasangan wanita perlu melegakan kemut bagi membolehkan ereksi lelaki dapat terlepas daripada ?enahan? iaitu selaput dara yang mengelilingi pembukaan faraj.


Jika terasa kesat untuk permulaan, geselan boleh dilakukan secara lembut dan sentuhan tubuh badan dilakukan serentak supaya rangsangan berlaku dan mukosa faraj menjadi lebih lembap serta memudahkan pergerakan zakar ke dalam faraj.


Andainya masih juga kesat, tidak salah untuk pasangan berkenaan menggunakan jeli bagi memudahkan lagi kemasukan zakar ke dalam faraj kerana apabila sudah mengenali sentuhan pertama itu, mereka akan rasa yakin dan tidak teragak-agak mengulanginya mengikut kehendak dan cita rasa mereka.


Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa masalah boleh berlaku. Pasangan lelaki boleh terasa tertekan atau cemas kerana memikirkan tanggungjawab yang hendak dilakukannya, iaitu hubungan penetratif.


Jika berasa seriau, pasangan lelaki akan mudah hilang kawalan dan perasaan rangsangan menyebabkan ereksi yang membina itu terus kendur, sekali gus dia gagal melakukan tanggungjawab malam pertama kepada pasangannya.


Keadaan ini dikenali sebagai mati pucuk malam pertama. Perkara sama boleh berlaku kepada pasangan wanita. Jika seriau, dia tidak dapat mengawal pembukaan faraj dan ketika pasangan ingin menyalurkan ereksi, farajnya akan mencengkam tanpa kawalan. Oleh itu sebaiknya perlulah biasakan foreplay dahulu sebelum memulakan langkah yang seterusnya.

Iklan

IPMart Online Shopping
Belian dalam RM

Jom Borak


Free chat widget @ ShoutMix

Kerana Agama...

Kerana Agama...
Imam Nawawi