Iklan

Gambar Pilihan

Gambar Pilihan
9

Selasa, 2 September 2008

Misteri Hubungan Air Dan Kejantanan

Air adalah elemen utama dalam kehidupan manusia. Tanpa makanan, manusia masih mampu hidup selama seminggu. Sebaliknya jika seseorang itu tidak mengambil bekalan air hanya selama tiga hari dia boleh mengalami kematian gara-gara kehilangan air daripada tubuh. Begitu sekali pentingnya air kepada kehidupan.


Walaupun menjadi keperluan utama kepada manusia namun air juga mempunyai kesan negatif khususnya kepada kejantanan lelaki. Dalam masyarakat Asia, orang lelaki amat dilarang daripada mengambil minuman yang mengandungi ais kerana ia diyakini akan melemahkan tenaga batin. Ramai yang percaya pengambilan minuman berais yang kerap akan menyebabkan penis menjadi sejuk. Malah saraf di bahagian tersebut juga mengecut, lantas menyukarkan pengaliran darah. Keadaan ini akan menyebabkan penis sukar untuk tegang walaupun ketika bernafsu. Ia juga menyebabkan air mani menjadi cair dan mudah terpancut awal.


Selain menyebabkan saraf penis menjadi sejuk, minuman berais juga mampu mengganggu suhu tubuh. Tubuh manusia mempunyai tahap kepanasan tertentu namun pengambilan minuman ais yang kerap akan menyebabkan suhu tubuh itu terganggu. Keadaan ini mengakibatkan sistem imunisasi tubuh lelaki itu akan menjadi lemah dan tidak mampu melawan bakteria dan virus beberapa jenis penyakit.


Jika pengambilan minuman berais ini tidak dikawal, seseorang lelaki itu bukan sahaja berisiko tinggi untuk mengalami mati pucuk malah terdedah kepada pelbagai penyakit. Bagi lelaki yang mahu memastikan kejantanannya sentiasa utuh, mereka juga dilarang daripada meminum air ketika mengalami kepanasan, baru berlari ataupun sedang bekerja berat. Sebaliknya adalah lebih baik anda berehat terlebih dahulu untuk merehatkan tubuh. Kemudian barulah mengambil minuman. Ini untuk mengelakkan sistem saraf tubuh mengalami kejutan yang mungkin akan menyebabkan timbulnya masalah kepada kejantanan anda.


Anda juga dinasihatkan agar tidak mengambil minuman selepas jam 12 malam ataupun sebelum tidur kerana ia boleh melemahkan otot dan saraf pinggang yang merupakan anggota penting dalam hubungan seksual seorang lelaki.


Seperkara lagi seorang lelaki ditegah daripada melakukan hubungan seks di dalam air kerana ia memberi kesan yang amat buruk kepada kejantanan. Apa yang akan berlaku ialah selain saraf penis menjadi sejuk, saluran darah di anggota sulit itu juga akan mengembang dan mengecut pada masa yang sama. Perkara itu berlaku kerana semasa hubungan seks dilakukan, saluran saraf penis akan mengembang kerana suhu tubuh yang agak panas namun apabila ia terdedah kepada air, suhu tersebut akan runtuh mendadak. Situasi ini memberi kesan yang amat buruk kepada tenaga kejantanan.


Selain itu, jangan sesekali membuang air kecil ke dalam air kerana masyarakat dahulu percaya ia juga akan menyebabkan anda mudah terkena penyakit mati pucuk. Walaupun anda mungkin lelaki moden yang punyai pelbagai jenis ubat penguat seperti viagra, pil kuda dan sebagainya, namun apa salahnya mengamalkan petua orang lama asalkan kejantanan anda tetap utuh. Rupa yang kacak pun tidak bermakna jika kejantanan terlalu mudah layu!

Tiada ulasan:

Iklan

IPMart Online Shopping
Belian dalam RM

Jom Borak


Free chat widget @ ShoutMix

Kerana Agama...

Kerana Agama...
Imam Nawawi