Iklan

Gambar Pilihan

Gambar Pilihan
9

Jumaat, 5 September 2008

Tanggungjawab Ibu Bapa Selepas Perceraian



Walaupun perkahwinan anda telah berakhir, anda masih perlu menjaga anak-anak anda. Namun, kebanyakan ibu bapa bergelut dengan perasaan marah dan sedih masing-masing, dan dengan yang demikian, menyukarkan tugas keibubapaan. Dalam usaha mengisi kekosongan setelah pemergian mana-mana ahli keluarga, anda mungkin memulakan anak-anak atau pun cuba membeli kasih sayang mereka. Juga, tanpa disedari anda mungkin diperkotak-katikkan oleh anak anda.

Terimalah tanggungjawab sebagai ibu atau bapa, dan cubalah memenuhi keperluan anak-anak dengan sebaik dan sesihat mungkin:

  • Usah bimbang dengan kritikan bekas pasangan anda. Kritikan sememangnya lazim apabila pertelagahan memuncak semasa bercerai. Sekiranya bekas pasangan anda mengkritik teknik keibubapaan anda, fikir dahulu sama ada kritikan tersebut adalah benar. Sebagai contoh, adakah waktu tidur anak-anak berpatutan, adakah waktu makan mereka teratur, dan adakah disiplin yang dikenakan bersesuaian? Abaikan kritikan yang tidak berasas.

  • Ambil tanggungjawab ke atas diri sendiri. Mungkin anda berfikiran dan berperasaan negatif terhadap bekas pasangan anda, tetapi jangan lupa bahawa tugas utama anda ialah menjadi ibu atau bapa yang terbaik kepada anak-anak sewaktu mereka bersama anda. Beri perhatian terhadap tugas keibubapaan anda dan cuba perbaiki segala kelemahan. Ini akan menunjukkan kepada anak-anak bahawa anda menyayangi mereka dan sedang berusaha dengan gigih dan sebaik-baiknya. Jangan tumpukan perhatian anda untuk menyalahkan bekas pasangan.

  • Jadilah seorang ibu atau bapa, bukannya seorang kawan. Memang lazim bagi seorang ibu atau bapa untuk cuba berbaik-baik dengan anak-anak apabila bercerai. Ini menyukarkan anda untuk mendisiplinkan dan menetapkan peraturan bagi mereka. Begitu juga keadaan lazim menceritakan kisah hidup anda dengan lebih daripada yang termampu diterima oleh anak-anak - beban yang tidak sewajar mereka pikul. Pada ketika ini, anak anda memerlukan ibu bapanya lebih daripada dahulu. Jadi, tetapkan peraturan dan kuat kuasakannya, dan galakkan agar anak-anak berkongsi perasaan atau kebimbangan mereka dengan anda.

  • Disiplinkan dan sayangi anak anda. Lambat-laun ibu bapa dan juga anak-anak akan menyedari wujudnya kasih sayang yang berbeza, dan walaupun ibu bapa tidak lagi saling menyayangi, hubungan ibu bapa dengan anak tetap diteruskan. Anak-anak mungkin bimbang memikirkan kemungkinan akan berakhir juga perhubungan anda dengan mereka. Seandainya penekanan disiplin tidak dilakukan dengan penuh kasih, mereka mungkin terasa bahawa kasih sayang anda terhadap mereka telah luntur. Ibu bapa sering terlupa mendisiplinkan anak-anak apabila perasaan bercelaru selepas bercerai. Padahal menetapkan peraturan dan merangka struktur hidup anak-anak begitu penting pada waktu ini. Mendisiplinkan anak-anak dengan cara yang sihat menunjukkan bahawa anda menyayangi mereka. Dengan menunjukkan kasih sayang dan memberi perhatian yang positif, anda tidak begitu perlu menghukum mereka.

  • Hindari ugutan anak-anak. Apabila ibu bapa bercerai dan anak-anak mendiami dua rumah yang berlainan, mudah bagi mereka melaga-lagakan kedua-dua ibu bapa. Mungkin anak anda bertindak begitu – tanpa disedari – untuk menggalakkan anda dan bekas pasangan anda berhubung, dengan harapan anda berdua akan berbaik semula. Walau bagaimanapun, ada ketikanya anak anda meminta berbagai barang daripada anda berdua. Dalam keadaan perceraian, biasanya kedua ibu bapa berusaha memenangi hati anak-anak dan tunduk kepada segala kemahuan mereka. Memang risau memikirkan kemungkinan bahawa anak-anak lebih menyayangi bekas pasangan anda. Ingatlah, lambat-laun anak-anak akan menghormati anda sekiranya anda menetapkan batasan.

  • Kekalkan sikap bertolak-ansur. Ketika mengendalikan pengangkutan pergi balik antara dua rumah, dan peraturan di setiap rumah, memang sukar menetapkan peraturan ataupun hala tuju yang sama mahupun untuk mendapatkan rasa kesempurnaan keluarga. Anak anda perlu menyesuaikan diri dan mematuhi peraturan dua rumah – tak mudah untuk melakukannya. Anda dapat membantu dengan bertolak-ansur dalam permintaan anda terhadapnya – dan juga terhadap bekas pasangan anda.

Philip M. Stahl, Ph.D., ialah seorang ahli psikologi yang pakar dalam masalah perceraian berkonflik tinggi. Beliau mengendalikan syarikat sendiri di Dublin, California dan menjalankan latihan pendidikan berterusan untuk ahli-ahli psikologi, peguam, hakim dan jurunilai yang bekerjasama dengan keluarga-keluarga berkenaan. Beliau juga merupakan pengarang buku, Complex Issues in Custody Evaluations and Conducting Child Custody Evaluations: A Comprehensive Guide.

Tiada ulasan:

Iklan

IPMart Online Shopping
Belian dalam RM

Jom Borak


Free chat widget @ ShoutMix

Kerana Agama...

Kerana Agama...
Imam Nawawi