Iklan

Gambar Pilihan

Gambar Pilihan
9

Selasa, 28 Oktober 2008

Sahabat Dan Cinta

Benarkah seperti kata orang yang persahabatan adalah permulaan kepada percintaan yang bahagia. Seperti mana anggapan sesetengah orang mengenai pandangan ini, begitu juga saya. Memang tidak dinafikan, situasi seperti ini sudah lama menjadi 'trend' bagi sesetengah remaja atau pasangan yang tidak mahukan perhubungan ekspress dengan si dia. Maka, mereka mulai dengan persahabatan dan seterusnya menjadi bercinta adalah perkara lumrah. Bermula dengan persahabatan dan mengikat janji dengan si dia adalah sebagai salah satu cara bagi pasangan yang memilih cara tersebut untuk memilih pasangan yang ideal. Sebenarnya dalam konteks pemikiran manusia yang berbeza, mereka punyai cara dan pandangan masing-masing dalam memilih pasangan. Ada di antara mereka yang jatuh cinta dengan pandangan pertama dan ada juga yang mengambil masa bertahun-tahun lamanya untuk saling mengenali dengan lebih dekat. Ada juga percintaan yang bermula dengan pergaduhan dan seterusnya benih kasih di hati masing-masing turut bercambah setelah sekian lama. Bermula dari sahabat, kedua mereka saling mengenali antara satu sama lain dan bebas berbicara tentang masalah peribadi yang tidak mampu di selesaikan oleh individu. Pada masa itu, mereka hanya menganggap si dia hanya kawan tempat mengadu atau lebih mesra jika di panggil 'kawan baik' atau 'teman karib'. Mereka adalah tempat di mana kita bebas menceritakan segala masalah kita tanpa segan silu kerana mereka faham akan isi hati kita dan sanggup mendengar masalah kita samada munasabah atau tidak berjam-jam lamanya. Mereka tidak jemu untuk mendengar luahan hati kita dan adakalanya kita sendiri tidak segan untuk menangis di depannya. Bermula dari itu, apabila masing-masing sudah mengenali hati budi masing-masing dan si dia pula mahu meneruskan hubungan lebih dari seorang teman karib, itulah titik permulaan sebuah percintaan. Bibit-bibit percintaan akan di hiasi dengan saat suka duka sebagai teman karib suatu ketika dulu. Dari itu, hati juga berubah dan timbul perasaan kasih dan sayang yang melebihi kasih seorang kawan maka itulah di katakan cinta yang berlandaskan persahabatan. Percintaan ini boleh di kategorikan sebagai percintaan yang akan kekal lama dan perasaan yang kurang elok juga akan berkurangan kerana masing-masing sudah lama mengenali antara satu sama lain. Terpulang kepada kita sendiri untuk menilai yang mana lebih baik diri kita.

Tiada ulasan:

Iklan

IPMart Online Shopping
Belian dalam RM

Jom Borak


Free chat widget @ ShoutMix

Kerana Agama...

Kerana Agama...
Imam Nawawi