Iklan

Gambar Pilihan

Gambar Pilihan
9

Jumaat, 24 Oktober 2008

Terapi Air

Kita hendaklah meminum sekurang-kurangnya lapan gelas air setiap hari untuk mengekalkan hidrasi badan kita dan supaya ia dapat berfungsi dengan sempurna. Percayakah anda, badan kita terdiri daripada 75 peratus air? Selebihnya adalah pepejal.



Kajian perubatan telah membuktikan bahawa pengambilan air yang berterusan akan membantu meredakan kesakitan akibat gastrik, duodemitis, sakit ulu hati, panas badan, sakit kepala, tahap kolesterol darah yang tinggi, kesakitan akibat arthritis, alahan dan darah tinggi. Tisu otak diperbuat daripada 85 peratus air dan fungsinya bergantung kepada jumlah bekalan air yang diterimanya.

Air mempunyai pelbagai kuasa memulihkan dan mengubati. Dalam Naturopati, terapi air banyak ditekankan. Kesakitan, bengkak dan radang boleh diredakan samada melalui penuaman panas atau sejuk.

Seseorang yang mengalami ketegangan akan merasa lebih segar selepas mandi. Ini ialah kerana tiga fungsi penting telah berlaku. Pertama, tekanan darah turun. Kemudian, degupan jantung menjadi perlahan dan otot-otot mula mengendur. Selepas mandi juga, badan menjadi lebih bersih!


Minum Banyak Air Pada Waktu Pagi

Simpan air masak semalaman di dalam bekas logam, terutamanya bekas tembaga. Kajian telah menunjukkan bahawa tembaga berupaya menangani kesemua penyakit dan masalah berhubungan sistem saraf. Pada waktu pagi, sebelum menggosok gigi atau berkumur, minum tiga hingga lima gelas air. Kemudian berjalan selama 10 hingga 15 minit. Terapi ini boleh membantu menghindari sembelit, panas badan dan penyakit yang berkaitan dengan panas badan.


Mandi Air Sejuk

Kebanyakan kita berfikir bahawa mandi dengan air sejuk akan menyebabkan selsema. Ini tidak benar. Tidak ada yang lebih menyegarkan daripada mandi dengan air sejuk selepas bangun tidur.

Mandi dengan air sejuk meransang perjalanan darah dan mengaktifkan sistem saraf. Kesan ransangan ini menyegarkan seseorang dari mengantuk, akibat tidur yang berlebihan serta keletihan mental dan fizikal.

Mereka yang tidak harus mandi dengan air sejuk adalah pesakit yang lemah dan mereka yang mengalami penyakit jantung, demam selsema yang teruk, demam dan lelah.


Adakah Anda Mengalami Lelah, Kencing Manis, Sembelit, Demam Selsema?

Cubalah cara rawatan berikut sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Minum air suam (suhu antara 42 hingga 44 darjah Celcius) sebanyak empat hingga enam gelas dengan cepat sehingga anda berasa seperti hendak muntah. Ini harus dilakukan dalam posisi mencangkung.

Bangun segera, bongkokkan badan dan masukkan tiga jari ke belakang anak tekak untuk memuntahkan air itu. Teruskan hingga kesemua air telah dimuntahkan dan perut menjadi kosong.

Amaran: Jangan cuba cara ini jika anda mengalami darah tinggi, ulser perut, penyakit jantung dan hernia.

Meminum air yang bercaj tembaga, perak dan emas adalah baik untuk kesihatan, terutamanya bagi mengubati penyakit-penyakit seperti darah tinggi, sengal-sengal tulang, artritis, kelumpuhan dan penyakit-penyakit kronik. Air yang bercaj ini meninggikan aliran bio-elektrik.


Cara Pengubatan

Masukkan yang berikut ke dalam periuk:

  • 60 gram tembaga tulin;
  • 60 gram perak tulin;
  • 60 gram emas tulin.


Pastikan logam-logam ini telah dicuci dengan bersih. Tambah empat gelas air dan rebus hingga air tersebut telah berkurangan menjadi separuh. Minum air ini sebaik sahaja bangun tidur pada waktu pagi. Ia bertindak seperti antibiotik kepada penyakit-penyakit yang tersebut di atas.

Alam telah menyediakan air dengan kegunaan-kegunaannya yang tertentu. Gunakanlah ia dan anda akan dapat melihat kemajuan yang positif. Ingatlah, minum banyak air.


Dr Dhilip Kumar memegang ijazah Ph.D dalam bidang Natural Medicine. Beliau merupakan Pengarah Kevala Centre (U.K) bagi wilayah Asia. Kevala Centre (U.K.) menawarkan kursus jarak jauh dan bengkel-bengkel praktikal dalam bidang terapi semulajadi. Beliau boleh dihubungi di talian 03-5636 7986 / 012-2099 589 atau faksimili: 03-5636 7986. E-mel:
kevala@mailcity.com/ kevala01@yahoo.com

Tiada ulasan:

Iklan

IPMart Online Shopping
Belian dalam RM

Jom Borak


Free chat widget @ ShoutMix

Kerana Agama...

Kerana Agama...
Imam Nawawi