Iklan

Gambar Pilihan

Gambar Pilihan
9

Khamis, 13 November 2008

Awet Muda Tanpa Kos Tinggi

Oleh Roslah Othman


JIKA ada satu atau dua kedutan pada muka lelaki, mungkin ia bukan masalah besar tetapi bagi wanita, ia sesuatu yang menakutkan dan merungsingkan.


Meskipun ini merupakan proses semula jadi, seseorang itu boleh berikhtiar untuk mengurangkan tanda-tanda penuaan.


Ini diakui sendiri Pengurus Shirene Beauty Channel Sdn. Bhd, Zainizan A. Aziz atau Nonie, 34.


Katanya, dengan pelbagai kaedah rawatan yang diperkenalkan termasuk botox, laser, pengelupasan dan sebagainya, impian seseorang itu untuk memiliki kulit wajah nampak lebih muda mampu direalisasikan.


Kos tinggi dan rasa sakit yang ditanggung bukan lagi penghalang untuk kelihatan cantik.


Kata Nonie, ia bukan alasan untuk seseorang itu terus membiarkan diri dimamah usia, kerana masih terdapat rawatan alternatif yang mampu mengekalkan wajah muda, sihat dan cantik.


Salah satu daripada rahsia rawatan mengekalkan wajah impian tanpa kos tinggi dan menanggung kesakitan ialah melalui rawatan muka yang dinamakan Performance Face-Lift.


“Kelebihan rawatan ini ialah bebas daripada kesan sampingan dan kesakitan serta setanding dengan teknik pembedahan."


“Alat ini juga mempunyai keupayaan bertindak jauh ke dalam dengan merangsang pengaliran darah. Begitu juga mereka yang mengalami masalah liang roma terlalu besar,’’ ujarnya.


Menerangkan mengenai fungsi Perfomance Face-Lift dalam mengekalkan keremajaan, katanya, tubuh manusia berkomunikasi dengan otak melalui impuls bioelektrik. Impuls ini kemudian bergerak menerusi saraf tunjang sebelum tiba ke tisu otot.


Maklumat yang terkandung dalam impuls yang dihantar ini antara lain mengarahkan penjanaan semula kulit dan penyembuhan tubuh secara umumnya mengekalkan kesempurnaan tubuh dan minda.


Malangnya, kata Nonie, penuaan menyebabkan proses penghantaran impuls otak menjadi perlahan. Ditambah pula dengan stres, diet tidak seimbang, kurang tidur mengakibatkan tubuh tidak menerima impuls yang dihantar secara efektif sebagaimana sebelumnya.


Selain itu katanya, toksin yang terhasil dalam sistem tubuh turut menghalang proses penghantaran impuls. Tarikan graviti dan proses penuaan secara semula jadi ini turut mengakibatkan otot menjadi kendur dan kulit kian hilang daya keanjalan.


“Melalui arus elektrik mikro, tisu otot mengalami proses ‘pendidikan semula’. Ia menyerupai impuls bioelektrik tubuh dan mengutus mesej ke otot serta kulit agar menjadi lebih tegang dan mantap,’’ ujarnya.


Kata Nonie, rawatan selama dua jam itu melibatkan penggunaan dua selinder perak atau dikenali sebagai probe Performance Face-Lift yang digerakkan pada wajah dan leher.


“Alat ini membebaskan arus elektrik yang diukur dalam mikroampere. Sesuai dengan moto, ‘Manja, Mesra dan Mewah Tetapi Mampu,’ pelanggan boleh menikmati suasana selesa sepanjang sesi rawatan dijalankan,” katanya.


Info

Performance Face-Lift ialah satu teknik kecantikan yang bermula rawatan pembersihan wajah yang dikatakan berkesan menentang masalah kedutan dan tanda kusam sekali gus mengembalikan wajah awet muda.


Kelebihan

Bebas daripada kesan sampingan dan kesakitan serta setanding dengan teknik pembedahan. Ia berupaya menegang dan menjadikan otot wajah lebih sekata.

Tiada ulasan:

Iklan

IPMart Online Shopping
Belian dalam RM

Jom Borak


Free chat widget @ ShoutMix

Kerana Agama...

Kerana Agama...
Imam Nawawi