Iklan

Gambar Pilihan

Gambar Pilihan
9

Rabu, 5 November 2008

Info Sihat: Kes - Bimbang Tiada Zuriat

SETIAP kali bersetubuh dengan isteri, saya mencapai klimaks seperti semua lelaki normal lain. Tetapi apa yang membimbangkan saya ialah tiada setitis pun air mani yang keluar! Sebaliknya hanya cecair jernih dan likat seperti air mazi. Ia juga tidak terpancut, sebaliknya hanya meleleh dengan kuantiti yang sedikit.


Saya tidak tahu apa puncanya masalah ini. Saya bimbang tidak mampu menghasilkan zuriat.


KHIZ | Melaka.


MUNGKIN anda mengalami pancutan air mani ke pundi kencing setiap kali anda klimaks. Ini boleh disahkan dengan menjalani pemeriksaan air kencing untuk memastikan sama ada sperma masuk ke dalamnya.


Jika ada, ia menandakan anda mengalami pancutan ke pundi kencing atau dikenali sebagai ‘retrograde ejaculation.’


Satu cara yang boleh dilakukan ialah menapis air kencing supaya sperma aktif dapat dikumpul dan dibersihkan untuk dimasukkan ke rahim isteri ketika dia dalam waktu subur melalui prosedur permanian berhadas.


Sebelum dikumpul anda diberi minum soda berkarbonat untuk mengurangkan keasidan air kencing supaya sperma yang terpancut ke pundi kencing tidak mati akibat terdedah kepada tahap keasidan yang tinggi.


Oleh: ADMINNICENAME

Tiada ulasan:

Iklan

IPMart Online Shopping
Belian dalam RM

Jom Borak


Free chat widget @ ShoutMix

Kerana Agama...

Kerana Agama...
Imam Nawawi