Iklan

Gambar Pilihan

Gambar Pilihan
9

Selasa, 30 Disember 2008

Panduan Pikat Gadis Idaman



Di waktu santai, pastinya anda ingin bersuka ria bersama rakan-rakan atau bersama kekasih. Tetapi, anda lelaki yang sukar untuk mendapatkan teman wanita atau kekasih yang sehati sejiwa.
Anda pula cukup malu untuk mendekati perempuan, apa lagi membuka mulut untuk mengajaknya keluar! Bagaimanapun, tips di bawah ini mungkin boleh membantu.

1. Kenal pasti gadis idaman
Sebagai lelaki, anda perlu memulakan langkah pertama. Beranikan diri bergaul dan berkenalan dengan ramai gadis sebelum membuat pilihan. Anda perlu menyesuaikan diri dengan keadaan dan perlulah mengawasi gerak-gerinya. Tapi janganlah anda mengekorinya sehingga ke depan rumah!

2. Selidik latar belakang Apabila bertemu dengan gadis diminati, anda perlu melakukan sedikit ‘penyiasatan’. Selidik latar belakangnya sama ada dia sesuai atau tidak, siapa keluarganya dan paling penting, adakah dia sudah berpunya. Caranya, anda boleh bertanya kepada rakan-rakan gadis berkenaan.

3. Pastikan dia tahu kehadiran anda
Anda sudah pun bertemu dengan bakal teman wanita. Perlu diingat anda tidak akan dapat mendekati gadis impian melainkan anda menegurnya. Mulakan dengan senyuman sebagai langkah pertama. Bagaimanapun anda tidak digalakkan merenung gadis itu terlalu lama kerana ia boleh membuatkan dia mempunyai prasangka negatif. Selain itu, anda perlu berlagak biasa dan jangan cuba untuk berlagak ‘macho’ atau seksi kerana ia juga boleh membuatkan gadis itu meluat.

4. Biar dia tahu anda menyukainya Berlagak biasa tetapi berhati-hati dengan percakapan dan tindak-tanduk agar tidak menyinggung perasaannya. Anda juga boleh mengatur temu janji seperti makan malam atau menonton wayang. Namun, lebih baik bertanya si gadis ke mana dia ingin pergi agar lebih selesa. Apabila anda berdua sudah semakin selesa dan serasi inilah masanya untuk menonjolkan sikap ‘gentleman’ dan berterus terang.

Lagu Pilihan : Sejuta Wajah - Sweet Charity

Dinginnya hari itu
Dalam gerimis suasana
Ketika cahya malap
Dalam pelukan rindu
Menatap sejuta wajah

Bisik pelukkan hawa itu
Sedih merayu di hatiku
Ke mana dikau sayang
Lelah terbaring maya
Mencarimu tiada

Keluhan hatiku ini
Ku takut akan luka lagi
Terbayang oh sejuta wajah
Mana oh manakah dia
Inginku bersamanya

Indahnya hari ini
Mengejar bayangan wajahmu
Apakah aku lupa
Kamelia telah tiada
Kamelia telah tiada


Ingin muaturun lagu ini? Klik di sini..

Rabu, 24 Disember 2008

Petua Mengasihi Isteri

1. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu
sesuatu yang menarik atau sekadar ingin menyatakan "I Love You".

2. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.

3. Tolong kemaskan katil dan bilik tidur.

4. Tolong terbalikkan stokin atau seumpamanya untuk memudahkan isteri
mencuci. Tolong buang sampah tanpa disuruh.

5. Bila keluar out station, telefon isteri untuk memberitahu nombor
telefon tempat penginapan dan memberitahu yang kita sudah selamat
sampai.



6. Tunjukkan kepimpinan yang baik, suami adalah ketua rumahtangga dan pendidik.

7. Berdiskusi dari semasa kesemasa, jangan ketepikan pendapat isteri.

8. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

9. Sokong pendapat isteri sekiranya beliau bertentangan dengan pendapat orang lain, tetapi hendaklah secara rasional bukannya mengiyakan semuanya...... sekiranya pendapat isteri anda salah, betulkannya.

10. Urut-mengurut isteri atau seumpamanya dari masa kesemasa.

11. Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.

12. Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masalah isteri.

13. Pamerkan kasih sayang bila dikhalayak ramai. Jangan abaikan isteri
atau tinggalkan beliau jauh bila berjalan.

14. Bila berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai.

15. Buatkan air minuman atau seumpamanya sekali-sekala.

16. Bila makan diluar, jangan harapkan isteri sahaja yang memilih tempat untuk makan.

17. Sabar bila isteri terlambat sedikit atau dengan tiba-tiba ingin
menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan.

18. Beri perhatian yang lebih pada isteri dari orang lain dikhalayak ramai.

19. Lebihkan isteri anda dari anak-anak.

20. Belikan hadiah kecil dari semasa kesemasa seperti minyak wangi,jamu atau seumpamanya, kad-kad ucapan juga dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang dengan isteri.

21. Apabila isteri anda meninggal dunia, jagalah anak-anak anda dengan baik, penuh kasih sayang seperti yang diberi oleh isteri anda kepada mereka serta berterusanlah menjaga silaturrahim bersama keluarga isteri anda. Mudah-mudahan nanti, aman dia disana
*sayangi sebuah perkenalan kerana disitu terciptanya kemesraan.. kenangi sebuah perhubungan kerana disitu terciptanya kerinduan*

Isnin, 22 Disember 2008

Suami Yang Memenuhi Kewajipan

A. Suami Teladan ialah:


- Suami yang selalu mengerjakan perintah Allah dan menjauhkan laranganNya. Selalu menjaga hubungan dengan isterinya serta melaksanakan tanggungjawab sesuai dengan kemampuannya. Ia selalu berterus terang dengan isterinya. Jika ia mempunyai kekurangan, ia akan menyatakan kepada isterinya.



- Suami yang baik, tidak menyembunyikan rahsia yang tidak disenangi isterinya. Apabila berkata-kata dengan isterinya dengan cara lembut dan bersopan santun.



- Suami yang soleh, selalu membimbing isterinya, menghiburkan isterinya, berbincang-bincang, menghargai pandangan isterinya dan sebagainya.



- Suami yang menganggap isterinya sebagai kekasih dan sahabat. Tidak mudah cemburu. Mempunyai keyakinan dan menaruh kepercayaan terhadap isterinya.



- Suami yang bijaksana, suami yang sanggup menjadi pemimpin rumahtangga. Suami yang layak menjadi pemimpin sekurang-kurangnya mempunyai ciri-ciri berikut iaitu :-


1. Tubuh badan yang sempurna sanggup melaksanakan tanggupjawabnya dengan kesempurnaan anggotanya. Ini bermaksud selagi mampu memenuhi keperluan zahir dan batin.



2. Akal fikiran yang sempurna

- berfikiran positif.


3. Pengetahuan agama yang sempurna

- untuk membimbing ahli keluarganya mengamalkan ajaran agama sebagai panduan hidup.


4. Membelanjakan sebahagian harta

- mencari nafkah untuk menyara hidup ahli keluarganya


B. Keperibadian Suami Yang Menjadi Impian Isteri


1. Penuh kerinduan dan kasih sayang
2. Mencintai
3. Gagah dan berakhlak mulia
4. Kaya dan bijaksana
5. Memberikan cahaya kehidupan
6. Menegakkan kebenaran
7. Mulia di sisi Allah


C. Ciri-ciri Suami Teladan



- suami yang soleh yang sentiasa menjalankan perintah Allah

- suami yang tidak sanggup melihat isterinya meringankan perintah Allah
- suami yang bersikap mahu memaafkan dan membetulkan kesalahan isterinya.


1. Ciri-ciri suami yang soleh ialah:



a. Mentaati Allah SWT dan Rasul-Nya dengan mengerjakan segala perintah dan menjauhi segala larangan.


b. Mendirikan rumahtangga semata-mata kerana Allah SWT

c. Melayani dan menasihati isteri dengan sebaik-baiknya

d. Menjaga hati dan perasaan isteri

e. Sentiasa bertolak ansur dan tidak meminta sesuatu yang diluar kemampuan isteri

f. Bersabar dan menghindari daripada memukul isteri dengan pukulan yang memudaratkan

g. Jangan mengeji isteri di hadapan orang lain ataupun memuji wanita lain di hadapan isteri.

h. Bersabar dan menerima kelemahan isteri dengan hati yang terbuka.

i. Mengelakkan daripada terlalu mengikut kemahuan isteri kerana ia akan menjejaskan imej dan prestasi suami sebagai pemimpin.

j. Memberi nafkah kepada keluarga mengikut kemampuan.

k. Menyediakan keperluan dan tempat tinggal yang selesa.

l. Bertanggungjawab mendidik akhlak keluarganya.

m. Sentiasa mengambil berat tentang keselamatan mereka.

n. Memberikan kasih sayang dan berkorban untuk kepentingan dan kebahagiaan bersama.


2. Syarat mendirikan rumahtangga Islam agar mendapat keredhaan Allah SWT iaitu:


a. Ahlinya berpendidikan Islam, berjiwa teguh, tenang dan damai.

b. Suasana rumahtangga sentiasa riang dan penuh kegembiraan.

c. Rumahtangga sentiasa bersih dan selesa.

d. Rumahtangga yang sentiasa memelihara dan menjauhi daripada perkara-perkara haram dan syubhat.

e. Ahli-ahlinya bersolat secara berjemaah.

f. Bersih hati, pancaindera dan anggota badan serta menjauhi sifat-sifat yang berlebih-lebihan ketika bersolek.

g. Memuliakan dan menghormati agama serta memandang tinggi akan nilai-nilai keperibadian muslim.

h. Anggota keluarga memiliki kesefahaman dan bijaksana dalam mentadbir rumahtangga.

i. Memilih calon suami / isteri berasaskan Islam.

j. Rumahtangga hendaklah sentiasa ke arah kebaikan dan kebajikan.

k. Dakwah Islamiah sentiasa terlaksana dalam rumahtangga.

D. Suami yang penuh sentuhan kasih


Ada 10 nasihat untuk suami dalam memahami hubungannya dengan isteri :-


1. Bersikap tegas dan lemah lembut terhadap isteri,

Betapapun seorang wanita itu mempunyai kemampuan dan kemahuan yang tinggi, memiliki kemahiran serta percaya terhadap diri sendiri namun pada hakikatnya, ia masih ingin mencari perlindungan dengan seorang lelaki. Jika keinginan mencari perlindungan itu datangnya dari wanita, namun selalulanya ia merahsiakannya. Seandainya hajatnya tercapai, ia mengharapkan layanan yang lemah lembut dan amat mengharapkan perlindungan dari lelaki yang bertanggungjawab.


Sifat lemah lembut dan tegas ini harus dimiliki oleh lelaki kerana setiap isteri mengharapkan suaminya mampu menjadi pemimpin dalam rumahtangga yang dibina. Menjadi pemimpin bukan bermaksud menjadi "boss". Sifat tegas dan lemah lembut ini biarlah kena pada tempatnya.



2. Memberi pujian terhadap isteri,


Peranan wanita sebagai ibu menyebabkan ia perlukan perlindungan daripada keyakinan. Hanya suami yang bijaksana dapat memberikan keyakinan kepada isterinya. Dengan cara memberikan penghargaan seperti pujian, hadiah ataupun ungkapan yang boleh menambahkan keyakinan dalam diri isteri.

Jangan merasa hairan jika seorang wanita selalu bertanya kepada pasangannya, "Adakah engkau cinta padaku? ". Pertanyaan ini bukan bermakna ia tidak percaya kepada pasangannya tetapi ia menginginkan keyakinan untuk dirinya. Oleh itu, suami usah jemu dengan ungkapan itu, malah berusahalah untuk mengerti hakikat seorang wanita.


3. Menentukan batas tanggungjawab,
Islam telah mengatur,
tanggungjawab terhadap suami dan isteri. Suami berkewajipan mencari nafkah yang halal untuk kelurganya dan isteri pula berkewajipan melayan suami serta mengasuh anak-anak.

Ini bukan bermakna tanggungjawab lain patut diabaikan, malah semua
tanggungjawab lain seharusnya dipikul bersama mengikut keadaan masa
dan tempat.


4. Menghindari kritikan terhadap isteri,


Kritikan bukan satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah. Ia
boleh dilakukan, namun biarlah dengan lembut dan bertempat. Jangan
sesudah bernikah, suami merasa berhak berkasar, mengkritik dan menghina isteri sewenang-wenangnya kerana banyak kesannya pada isteri.

Suami yang terlalu banyak mengkritik isteri akan meninggalkan
kesan negatif terhadap isterinya iaitu:


a. Perasaan isteri menjadi tertekan akibat menahan marah


b. Menimbulkan pelbagai jenis penyakit fizikal akibat daripada
perasaan kecewa dan tekanan batin.

c. Isteri menjadi pemarah, pendiam, kadangkala hilang keinginan
untuk bersama.

d. Akibat selalu dikritik serta tidak dihargai, isteri akan
kehilangan identiti dirinya sendiri.

e. Untuk menyenangkan hati, isteri akan menyalahkan anak-anak.

f. Jika perasaannya terlalu tertekan, mungkin ia inginkan perceraian.


5. Memperhatikan sesuatu yang romantik,


Suami seringkali kurang memperhatikan keperluan yang tidak begitu penting seperti ulangtahun isteri, perkahwinan dan sebagainya. Namun bagi wanita, hal sebegitu penting. Cinta bukan hanya berkaitan dengan perasaan tetapi juga berkaitan dengan aktiviti romantik yang mempunyai nilai yang bererti dalam diri wanita.

Mungkin sesuatu yang tidak bererti pada lelaki namun ianya amat bernilai pada wanita. Oleh itu suami harus banyak mempelajari keperluan isteri dan tidak menganggap remeh terhadap kepentingan isteri.


6. Memahami isteri yang ingin selalu di samping suami,


Setiap isteri selalu menginginkan serta merindukan untuk selalu bersama suaminya. Isteri selalu mengharapkan perhatian yang cukup dari suaminya. Kerana itu, suami yang baik akan berusaha meluangkan masa untuk bersama isterinya. Selalu bersama boleh meningkatkan kasih sayang.


7. Menjaga perasaan aman dalam kehidupan isteri,


Suami yang bertanggungjawab akan selalu memberikan rasa aman dan
tenteram terhadap perasaan isterinya, selalu berusaha menyelesaikan
setiap masalah rumahtangga dengan secepat mungkin. Berusaha membantu menyelesaikan masalah isteri.


8. Memahami gelora jiwa isteri,


Wanita lebih mudah mengalami perubahan emosi jika dibandingkan
dengan lelaki. Jika suami dapat menerima hakikat perubahan emosi
isterinya, maka isterinya pasti dapat menerima suaminya sebagai orang
yang dapat membimbing hidupnya.


9. Membina kerjasama yang baik,


Suami yang boleh diajak berbincang dan selalu bekerjasama dengan
isterinya akan mampu mewujudkan keluarga bahagia.


10. Memenuhi keperluan peribadi,


Tidak ada dua wanita di dunia ini yang sama, kerana masing-masing
memiliki peribadi yang khusus. Wanita mempunyai sifat yang unik baik
dari segi emosi maupun keinginan. Suami yang bijaksana akan mudah
memahami akan keperluan peribadi isterinya dan mampu melaksanakan
tanggungjawabnya sesuai dengan kemampuan dirinya.



E. Kewajipan Suami Dalam Rumahtangga


1. Memenuhi mas kahwin isteri secara sempurna

2. Memberi nafkah kepada isteri

3. Menggaulinya dengan baik

a. Memberi nafkah sesuai dengan kemampuan
b. Sentiasa berbincang dengan isteri dalam segala hal
c. Mengajak isteri bergurau senda, berlaku lemah lembut kepadanya, menghiburkan isteri supaya hatinya sentiasa gembira.
d. Memaafkan kesalahan isterinya apalagi terhadap isteri yang berbudi pekerti mulia.
e. Di hadapan isteri hendaklah menunjukkan keindahan dan kebaikan kerana isterinya juga menyenangi apa yang disenangi oleh suaminya.
f. Membantu isteri dalam urusan rumahtangga terutama apabila isteri sakit atau sibuk dengan pekerjaannya.
g. Tidak membuka rahsia isteri serta memperkatakannya dihadapan umum.
h. Melindungi isteri dari api neraka.


4. Cemburu hanya kerana agama dan kehormatan,


Cemburu ini bermaksud, menjaga isteri dari segala sesuatu yang berbentuk pandangan, perkataan atau perasaan. Secara umum lelaki bersifat :

- berani dan gagah perkasa
- ingin menolong yang lemah
- ingin berkuasa
- kasar dan tamak

manakala wanita bersifat :

- lemah lembut
- pemalu
- mempunyai perasaan yang halus
- bersopan santun
- penyabar.

Sifat-sifat ini adalah bersesuaian dengan kewajipan dan tanggungjawab masing-masing.


5. Membimbing isteri


Di samping memiliki sifat-safat yang baik, wanita juga mempunyai sifat buruk yang kadangkala merupakan sifat asal ataupun dari pengaruh luaran. Diantaranya:

a. Mudah lupa dalam mengingati Allah, Kesibukan dengan harta kekayaan dan anak-anak kadang-kala membuat wanita lengah akan perintah Allah. Kelalaian ini akan memberi peluang kepada hawa nafsu menguasainya.

b. Mudah terpengaruh oleh tipu daya dunia. Kemilauan dunia sering membuat wanita terpedaya.

c. Sering bersikap bangga dan bermegah-megah kepada orang lain

Dengan memahami sifat isteri, suami boleh membimbing dan
menasihati isteri. Suami pula sepatutnya tahu bagaimana cara
membetulkan isteri. Tersilap cara akan mengakibatkan perselisihan.
Perselisihan dalam rumahtangga dapat dikurangkan sekiranya
pasangan mengamalkan perangai yang baik seperti :

1. Janganlah suami dan isteri marah pada masa yang sama.
2. Jangan mengeluarkan suara yang kuat antara satu sama lain
3. Jika ada seorang yang harus menang dalam perselisihan, maka
biarkanlah ia menang.
4. Jika harus mengkritik pasangan, lakukanlah dengan sikap
kasih sayang.
5. Jangan mengungkit kembali kesalahan-kesalahan lalu
6. Lebih baik tidak mempunyai masa untuk orang lain daripada
tidak mempunyai masa terhadap pasangan.
7. Jangan tidur jika ada perselisihan belum diselesaikan
8. Berkata sesuatu yang manis atau pujian pada pasangan kita
sekurang-kurangnya sekali sehari.
9. Jika bersalah, akuilah kesalahan dan meminta maaf.
10. Jangan lupa bahawa perselisihan terjadi akibat dua orang
dan biasanya org yang bersalah paling banyak berbicara.


6. Membimbing anak


Seorang suami yang soleh adalah suami yang tidak mengabaikan
tanggungjawabnya antaranya:

a. Memberikan nama yang baik bagi anaknya
b. Memberi nafkah
c. Bertanggungjawab atas pendidikan anak dan sebagainya.

Lagu Pilihan : Tika dan Saat Ini - Medicine

Tika begini mencari-cari
Sebuah cinta hilang
Saat begini ternanti-nanti
Bayangmu sayang...

Bertanya-tanya pada sang bunga
Mengapa layu jua
Bertanya-tanya dihujung rindu
Kau pun berlalu

1
Ku ulangi pertemuan
Walau hanya ku mendakap sisa cinta
Bersama rindu yang terdampar
Saat itu sendiri menangisi
Pemergianmu kekasih
Dan cuba memujuk rindu
Yang pedih tercalar
Di sudut ingatanku
Airmataku kau renang bahgia

( ulang 1 )

Tika begini aku sendiri
Kau menyepikan diri
Saat begini kau padu janji
Kasih yang baru
Kumasih sendiri...

Ingin muaturun lagu ini? Klik pautan ini...

Khamis, 18 Disember 2008

Pengasih Rumahtangga

Mereka yang telah mendirikan rumahtangga pastinya inginkan keluarga yang bahagia dan harmoni. Dalam Islam, untuk mewujudkan kebahagiaan di antara suami isteri, tidak perlulah isteri atau suami mencari ilmu pengasih yang adakalanya lebih memudaratkan. Malah ada yang mendatangkan syirik dan bertentangan dengan agama. Jika suami isteri jujur dan ikhlas ingin memperolehi kerukunan rumahtangga, terdapat beberapa amalan yang patut dipraktikkan iaitu:


1. PANDAI MEMIKAT HATI


Di sini bukanlah bermakna menggunakan kepintaran dan kebijaksanaan semata-mata. Masing-masing perlulah mencari jalan supaya pasangan berasakan dirinya benar-benar disayangi dan dicintai. Ucapkanlah kata-kata yang lemah-lembut dan menyenangkan diiringi senyuman yang menggambarkan kasih sayang dan kemesraan yang tak berbelah-bagi. Lakukanlah sesuatu kerja dengan ikhlas dan jujur kerana dengan itu akan menimbulkan kasih sayang yang abadi di antara suami dan isteri.


2. PANDAI MENYESUAIKAN DIRI


Menyesuaikan diri dalam sebuah rumahtangga adalah merupakan suatu usaha yang penting. Suami isteri perlulah memahami pasangan dan hendaklah sedaya-upaya menutup kekurangan pasangan masing-masing. Sikap bertolak-ansur dalam menerima kelemahan pasangan adalah suatu pengorbanan yang besar kerana setiap manusia pasti ada kelemahannya. Namun suami isteri perlulah cuba membaiki diri dengan kerelaan dan kesedaran.


3. SALING HORMAT-MENGHORMATI


Suami isteri perlulah saling hormat-menghormati, menjaga maruah dan peribadi masing-masing. Kritik-mengkritik atau keji-mengeji adalah racun berbisa dalam rumahtangga dan boleh menyebabkan perceraian. Jika ingin menasihati, gunakanlah kata-kata yang lemah-lembut yang tidak mengecilkan hati dan perasaan.


Dalam hidup berumahtangga, suami isteri perlulah menghargai segala usaha dan jasa yang dicurahkan kepada mereka. Janganlah memandang sepi segala usaha dan pemberian yang telah kita nikmati. Isteri janganlah suka melahirkan perasaan tidak puas hati diatas kehendak dan permintaan yang tak dapat ditunaikan suami. Mintalah sesuatu yang mampu diberikan suami dan bukanlah sesuatu yang diluar kemampuannya. Segala yang diberi, perlulah dihargai walaupun pemberiannya kecil sekalipun.


4. CINTA-MENCINTAI


Setiap manusia dikurniakan perasaan semulajadi iaitu perasaan cinta dan kasih sayang. Cinta merupakan pakaian hidup. Suami isteri mestilah berusaha mencari jalan untuk memupuk dan memperbaharui cinta supaya rumahtangga sentiasa dalam keadaan bahagia, aman dan ceria. Cinta hipokrit atau cinta palsu tidak akan membahagiakan jiwa, sebaliknya memusnahkan. Hanya cinta suci adalah cinta yang abadi. Oleh itu, janganlah kita berpura-pura mencintai seseorang kerana itu ibarat kita bermain dengan api.


5. BERTIMBANG-RASA


Sikap bertimbang-rasa perlulah disemai agar kemesraan terjalin. Ia memupuk perasaan kasih dan sayang di antara suami isteri kerana dengan bertimbang rasa perbalahan dan rasa tidak puas hati dapat dielakkan. Sekiranya isteri penat, suami perlulah membantu isteri melaksanakan tugas di rumah. Begitu juga dengan isteri, janganlah memaksa suami menurut segala kehendaknya tanpa bertimbang-rasa.


6. BERMUKA MANIS


Mengiringi suami ke pintu rumah serta mengucup mesra ketika suami keluar kerja dan menunggu suami pulang kerja dengan wajah manis merupakan suatu penghargaan terhadap suami. Hati suami akan sentiasa riang dan bertambah sayang. Kesopanan yang ditunjukkan pula akan mengeratkan kasih sayang.


Perkara kecil yang menjadi punca perbalahan janganlah diperbesarkan. Lupakanlah segala perkara yang remeh-temeh dengan menanam sikap pemaaf.

Selasa, 16 Disember 2008

Resepi Untuk Hubungan Yang Sihat

Sebagai permulaan, adalah penting untuk bertanya kepada diri anda sendiri apakah anggapan anda terhadap hubungan sebenar. Anda perlu memahami apakah keperluan dan keinginan anda daripada seseorang itu, dan apakah yang sanggup anda berikan kepada mereka. Dengan cara ini, anda akan dapat melihat dengan segera pada temujanji anda yang pertama, samada anda ingin meneruskan dan berusaha untuk hidup bersama, dan sekiranya orang yang satu lagi juga berperasaan sebegitu (kedua-dua pihak perlu diambil-kira).


Sebaik sahaja anda membuat keputusan untuk mempunyai hubungan yang serius (formal), anda berdua perlulah mengingati semula apakah yang telah membawa anda berdua untuk bersama pada kali pertama. Misalnya, apakah yang telah menarik anda berdua kepada satu sama lain samada dari segi fizikal dan emosi? Apa yang anda kagumi tentang personalitinya? Ini dapat membantu kerana ia dapat mengelakkan sikap sambil lewa terhadap pihak yang satu lagi, yang mana biasanya akan terjadi apabila 2 orang telah bersama untuk satu tempoh masa yang panjang. Ini tidaklah bermakna bahawa cinta mereka semakin pudar, tetapi ia menunjukkan sikap kurang untuk berusaha. Manusia biasanya menjadi malas selepas beberapa ketika kerana mereka mula rasa selesa dan selamat. Masalah ini boleh diatasi apabila kedua-dua pihak sanggup meluangkan masa dan usaha.


Setiap orang mempunyai kepercayaan dan pendapat mereka sendiri berkenaan sesuatu perkara, jadi jangan berharap seseorang itu sentiasa melihat sesuatu perkara mengikut pandangan anda. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk mempunyai harapan yang sama terhadap sesuatu perhubungan itu, seandainya anda ingin mengelak dari berlakunya pertelingkahan yang kerap. Lihat pada perkara-perkara seperti samada perlu atau tidak untuk anda berdua berjumpa setiap hari. Walaupun berjumpa diantara satu sama lain setiap hari kelihatan bagus dan sihat untuk sesetengah orang, yang lain pula mungkin merasa tertekan dan perlukan ruang untuk bersendirian.


Kesabaran adalah salah satu kunci utama kepada suatu perhubungan yang sihat. Terdapat beberapa ketika apabila pasangan kita tidak bertindak balas mengikut cara yang kita berdua sukai, tetapi itu tidak bermakna bahawa kita perlu mengambil secara serius atau peribadi. Sentiasa bertenang, tarik nafas dalam-dalam dan fikir semula sebab-sebab mengapa pasangan anda bertindak sedemikian rupa. Membuat andaian dan terus membuat kesimpulan adalah langkah yang tidak sihat untuk diambil kerana itu menunjukkan kepada pasangan anda bahawa mereka tidak berhak untuk bertindak secara bebas dan mereka terasa seperti diserang, tambahan pula ia juga menunjukkan bahawa anda secara automatik akan beranggapan yang buruk-buruk terhadap mereka. Berikan pasangan anda masa dan biarkan mereka tahu bahawa anda akan sentiasa berada disisi mereka bila saja mereka telah sedia untuk berbincang. Tidak kira bagaimana situasinya, "sabar" adalah permata didalam sesuatu perhubungan, kecuali sekiranya pasangan anda sememangnya tidak mahu berbincang dengan anda (yang mana bermakna anda perlukan kaunseling atau tinggalkan sahaja perhubungan tersebut).


Kejujuran juga berada ditangga teratas dalam senarai semua orang apabila memperkatakan berkenaan apa yang mereka mahukan dari sesuatu perhubungan itu. Seseorang itu perlu tahu sekiranya mereka boleh mempercayai pasangan mereka kerana ianya mewujudkan suatu zon keselamatan dan keselesaan disekeliling mereka. Mereka perlu tahu bahawa sekurang-kurangnya mereka boleh bergantung kepada kekasih mereka untuk memberitahu mereka kebenaran, tidak mengira apa. Menjadi manusia bererti TIDAK sempurna, dan ini bermakna kita akan melakukan kesilapan. Namun, kita tidak sepatutnya membiarkan fakta ini untuk mempengaruhi kita melakukan kesilapan yang sememangnya kita maklumi pada masa hadapan. Sekiranya pasangan anda sengaja membuat kesilapan atau anda sendiri sengaja melakukannya, ini menunjukkan bahawa anda atau pasangan anda kurang menghormati dan mengambil berat antara satu sama lain. Ini semua tidak sihat untuk perhubungan. Apa yang sihat ialah dengan menyedari bahawa kesilapan yang anda lakukan adalah suatu kesilapan. Anda atau pasangan anda perlu tahu bahawa apa yang mereka lakukan adalah salah dan mereka perlu merasa simpati terhadap apa yang telah mereka lakukan. Apabila anda atau pasangan anda telah menyedarinya, anda kemudiannya boleh memikirkan cara bagaimana anda boleh mengaku kesalahan anda pada pihak yang satu lagi.


Penerimaan merupakan suatu keperluan didalam semua perhubungan. Tiada siapa yang ingin bersama seseorang yang mengadili mereka dan menolak mereka hanya kerana siapa diri mereka yang sebenar ataupun kerana sesuatu kekurangan pada personaliti mereka. Itulah dia keindahan menjadi seorang individu. Kita berhak keatas keputusan kita sendiri, hobi, matlamat, dsb. Apabila seseorang itu benar-benar menyintai anda, mereka menyayangi keseluruhan pakej yang datang bersama-sama anda, yang bermaksud fizikal anda, emosi anda dan impian serta hobi yang datang bersama-sama dengan anda. Orang yang anda pilih untuk bersama sepatutnya menyokong impian dan menghormati hobi anda.


Baik hati dan bertimbang rasa juga sama penting didalam perhubungan yang sihat. Pasangan anda perlu mengambil kira perasaan anda dan melayan anda dengan baik dan penuh perhatian, seumpama anda seperti sekuntum bunga mawar yang indah dan halus. Dia tidak perlu mengawasi anda seperti seorang pengasuh kanak-kanak, tetapi perlu berada disisi anda bila saja anda perlukannya, atau apabila anda tidak perlukan mereka, tetapi hanya kerana anda mahukan mereka. Mereka juga perlu ingin bersama anda juga. Tahap sesuatu hubungan itu bukannya bergantung antara satu sama lain untuk kesihatan diri kita, tetapi menjadi sebahagian dari hidup yang lain. Anda mesti bertanggungjawap keatas kegembiraan dan kehormatan diri anda sendiri, bukannya pasangan anda.


Jadi ingatlah, hubungan yang sihat adalah apabila anda dan pasangan anda boleh menjadi diri masing-masing, jujur diantara satu sama lain, bersabar, dapat menerima diri masing-masing, berbuat baik dan beringatlah untuk sentiasa bertimbangrasa. Dengan hubungan yang terbuka dan menyayangi seperti ini, kasih sayang anda pastinya akan berkembang seperti pohon-pohon yang berkembang indah, kerana ia menerima penjagaan yang cukup dari matahari dan alam sekitar. Pasangan kita adalah matahari dan air kita, sepertimana diri kita kepada mereka. Bersama, anda boleh mengekalkan hubungan yang gembira dan sihat.


Alina Ruigrok adalah seorang pakar perhubungan yang bekerja secara bebas untuk www.love-sessions.com, yang membantu orang-orang yang memerlukan nasihat dalam hal-hal temujanji mereka, percintaan, perhubungan, perkahwinan, seksual dan lain-lain hal peribadi melalui sesi internet.

Isnin, 15 Disember 2008

ADVERTORIAL: Buku Kaedah Mendidik Istri & Anak



Buku Kaedah Mendidik Isteri dan Anak : Antara Galakan dan Larangan Memukul dalam Islam ini menyingkap masalah kegagalan pendidikan dan pentarbiahan di dalam keluarga yang melanda umat Islam kini. Kegagalan ini melahirkan generasi yang semakin liar.

Adakah pendidikan melalui kaedah berlembut dan "memberi muka" menjadi punca segala masalah ini? Atau sudah hilangkah amalan pendidikan yang tegas dalam masyarakat kini?

Bacalah buku ini untuk mendapatkan kepastian dan jawapannya...

Antara topik menarik di dalam:

  • Pukul... Antara Galakan dan Larangan
  • Perlaksanaan dan Tatacara Memukul Isteri
  • Mendidik Anak Bermula Dari Rumah
  • Menangani Kenakalan Anak-Anak

  • Berminat dengan buku ini? Sila klik pautan ini.

Petua Mengurangkan Tanda-tanda Kedut Di Wajah

Rakan-rakan seusia saya yang telah melebihi umur 25 tahun mesti dah mengalami masalah sedikit kedut di muka kan?

So, apa yang kita buat? Cari krim anti-wrinkle? Cucuk vitamin C? Botox(no no) atau ikut macam dalam cerita susuk? Minta dijauhkan la yer amalan-amalan seperti itu.

Sebenarnya kalau diikutkan, memang tiada ubat untuk penuaan (kedutan) nih. Sebab kita adalah sebahagian daripada alam dan kehidupan, so ada timeframe kita yang tertentu. Ada masa untuk jadi baby, kanak-kanak, remaja (ni masa paling best! Heee), menjadi seorang dewasa dan menjadi golongan warga emas.

Bagi saya, tiada satupun krim atau ubat dalam dunia ni yang boleh membuatkan kita muda selama-lamanya. Kalau ada pun, itu palsu belaka contohnya seperti botox dan susuk. Hakikatnya kita memang dah tua walaupun wajah 'tua' tu dah dilitupi dengan botox dan susuk

Apa yang boleh kita buat adalah 'mengurangkan' kadar kekedutan tersebut supaya tak adalah nampak macam 'buruk' sangat kedut pada wajah kita tu.

Hmm..panjang pula celoteh saya ni ek. Sorry...So dipendekkan ceritalah, inilah serba sedikit petua yang saya tahu untuk mengurangkan kedut di wajah :

Bahan-bahan :

1) Lobak merah
2) Sebiji kuning telur
3) Sesudu tepung jagung

Cara-cara :

Parut lobak merah (agak-agak la banyak mana untuk disatukan dengan sebiji kuning telur). Then masukkan kuning telur tersebut bersama tepung jagung. Kacaulah sehingga sebati sebelum melumurkannya ke kulit wajah. Tunggu sehingga agak kering, selepas itu barulah boleh dibilas dengan air suam-suam kuku...

Insyallah, petua ini akan membuatkan kulit muka anda terasa segar dan tegang.

Lagu Pilihan : Terimalah Sayang Cintaku Seadanya - Arrow

Bukan pura-pura cinta kepadamu
Setulus perasaan yang datang
Dari dalam jiwa

Hanya engkau saja beraja dihati
Mengisi kekosongan kekeringan
Jiwaku yang tandus sekian lama

Pergilah saat duka lara
Lupakan masa derita
Hadirmu merubah segala
Dunia bagaikan syurga

Luka dihatiku engkaulah pengubatnya
Cintamu yang syahdu satu dalam berjuta

Terimalah sayang cintaku seadanya
Jangan dikesalkan aku pernah terluka
Hanya pada tuhan kuserahkan segalanya
Tiap perancangan suka duka manusia
DitentukanNya

Ingin muaturun lagu ini? Klik di sini.

Jumaat, 12 Disember 2008

Muslimah Dan Gambar

Terkadang bila melayari weblog-weblog rakan, menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri mereka, saya merasa hairan melihat sesetengah weblog muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat, tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing.

Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda, ya muslimah sekalian, namun, sayangnya, anda terlupa bahawa gambar yang anda posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!


Muslimah & Gambar : Ada apa dengannya?

Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu. Yang enggan melihat wajah-wajah anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang.

Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum?

Muslimahku,
Dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari. Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur “Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.” Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup.



Muslimahku,
Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati.



Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda….

Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet!

Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggunglah sendiri.

Tapi kalau niat anda cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah!

Penyelesaiannya

Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya.

Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah?

Kerana weblog-weblog dan web foto itu milik anda, seharusnyalah anda kecilkan wajah-wajah anda dengan mengecilkan saiz gambar itu. Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar pada rakan muslimah anda itu.



Ingat, wajah anda, anugerah Allah. Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja.



Wallahu A’lam.



moga kita dapat ambil iktibar,amal yg mana patut,dan sampaikan kpd siapa yg tak tahu,insyallah,

Rabu, 10 Disember 2008

AWAS! Pen Skodeng




Jangan terkejut jika gambar anda disebarkan melalui internet tanpa menyedari bila diambil kerana teknologi terkini telah membolehkan rakaman dibuat menggunakan sebatang pen dakwat yang kini telah berada di pasaran.


Pen yang dinamakan sebagai 'Pen Skodeng' di kalangan pelajar sekolah itu dijual di beberapa tempat selain melalui internet pada harga RM500 dan sambutannya dikatakan amat menggalakkan.



Dengan membawa pen tersebut, segala gambar boleh dirakamkan secara sembunyi tanpa disedari oleh mangsanya. Lebih malang lagi, pen tersebut disalahgunakan untuk tujuan yang tidak elok.



'Pen Skodeng' juga boleh merakamkan audio dan visual dengan hanya meletakkannya pada poket baju seperti pen biasa tanpa menimbulkan syak. TANPA disedari 'Pen Skodeng' mampu merakam aksi panas tanpa disedari mangsa.



Apa yang membimbangkan, kebanyakan pembelinya pula terdiri daripada golongan remaja dan pelajar sekolah biarpun harganya mampu mencecah ratusan ringgit di pasaran.



Salah seorang penggunanya yang dikenali sebagai Azmi, 20, berkata, dia mengetahui penjualan 'Pen Skodeng' ketika berjalan-jalan di sebuah pusat beli-belah beberapa bulan lalu. "Kebiasaannya, gajet sebegini hanya boleh dilihat melalui siri-siri

penyiasatan popular seperti Mission Imposible atau James Bond, namun kini
ia boleh didapati dengan mudah di negara ini," katanya kepada Kosmo! di sini, semalam.





Selasa, 9 Disember 2008

Lagu Pilihan : Tiada Lagi - Amy Search

Sia-sia sudah
Kita jalin cinta

Bila hati selalu berbeda

Sampai kapan lagi
Ku harus menahan
Rasa kecewa di dalam dada

Seandainya kita masih bersatu
Tak mungkinkan menyatu
Walau masih ada sisa cinta
Biarkan saja berakhir sampai
Di sini

Tiada lagi yang ku harapkan
Tiada lagi yang ku impikan
Biar aku sendiri tanpa diri mu
Tiada lagi kata cintaku
Takkan lagi ku bersama mu
Biar ku simpan semua
Kenangan ku bersamamu

Ingin muaturun lagu ini? Klik pautan ini.

Ayat Lembut Hati Anak

APAKAH ayat al-Quran yang boleh diamalkan untuk melembutkan hati anak, terutama anak remaja yang semakin sukar dikawal?

Sejak akhir-akhir ini banyak berita memaparkan kisah anak remaja yang derhaka, lari dari rumah dan melawan cakap orang tua dengan terbabit dalam pelbagai gejala sosial.

Jawapan:

Anak remaja perlu didikan akhlak, emosi, rohani, jasmani serta intelektual. Bacaan al-Quran hanya memenuhi sebahagian daripada tuntutan rohaninya.

Bahagian-bahagian lain juga perlu mendapat pengisian. Tidak cukup sekadar doa semata-mata. Akhlak menjadi runtuh berpunca daripada makanan yang tidak halal. Ini memang dijelaskan oleh Rasulullah SAW. Awasi makanan anak supaya ia datang daripada sumber yang baik, insya-Allah akhlaknya akan menjadi baik juga.

Banyak ayat al-Quran yang boleh diamalkan oleh ibu bapa untuk melembutkan hati anak mereka. Ayat untuk melembutkan hati ialah dari surah al-Hasyar ayat 21 dan juga surah Taha ayat satu hingga lima. Jika lari dari rumah, amalkan bacaan surah Yusuf.

Rabu, 3 Disember 2008

Hati Seorang Wanita

SENSITIF : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.


CEREWET : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang2 ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali-sekala.


HALUS : Ibarat sehalai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak..walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.


IKHLAS : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.


KORBAN : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak, dan suami. WANITA amat tabah.


PRIHATIN : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.


MANJA : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja hanya kepada insan yang bernama LELAKI, namun juga sesama kaum.


EGO : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.


CINTA : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.


SEKS : Seks bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan 1 akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan 1 nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkan.

Isnin, 1 Disember 2008

Bercinta Jangan Tak Ingat

nak kata dah kahwin,

rasanya belum lagi,
bila tanya bila nak kawin??
entahlah... .. x tau lagi... .

perangai mengalahkan org dah kawin
berkepit sana-sini,
padahal bukan muhrim,
ikut trend masa kini..

heran... .pegang tangan tak takut dosa ke,
berpeluk-pelukkan x tau malu ker,
tak kasihan mak bapak ker,
hantar suruh belajar kau buat leka...

nak kata tak belajar agama,
kecik-kecik mak bapak hantar,
sekarang nak salah siapa kalau buat dosa,
sendiri bangang coz x ikut apa yg diajar...

belajar tinggi sampai gayat,
tp tak amal sepanjang hayat,
islam tu kan penyelamat,
bila nak amal?... . tunggu sampai jadi mayat ??...

sana sini buat wayang,
orang tengok naik bengang,
itu belum lagi rumput kat padang,
kalau idup sure kena terajang...

dulu masa single okey jer,
sekarang dah couple banyak lak dosa,
bila org tegur buat derk jer,
apa, kulit dah tebal nak masuk neraka?...


Masa buat x tau malu,
ikut sangat telunjuk nafsu,
buat maksiat x segan silu,
sekarang lagu mana... susu dah jadi keju..

suruh sembahyang... nanti..nanti..
boyfriend tepon terus pergi,
nak bersyukur atas nikmat Allah x reti-reti,
boyfriend yg bg sekuntum bunga tulah dipuji-puji...

yang si mamat nie pun sama,
suruh gie masjid nak bawak girlfriend sama,
mana taknya dah berjanji hidup bersama,
sampai solat jumaat pun nak dikerjakan bersama..

kesudahanya hari jumaat,
org solat jumaat,
dia bershopping bukan main ligat,
layan awek sampai penat...

kalau diri dah gatal sangat,
kahwin jer cepat lagi selamat,
ni couple takde matlamat,
sajer suka2 penuhi syarat..

org couple dier ikut sama,
tak sedar diri tu papa kedana,
papa ilmu papa agama,
macam mana 'bercinta cara Islam' itu nak dijana... .

bkn mengata bkn mengumpat,
siapa suruh buat wayang x bertempat,
kalau x suka diri diumpat,
jgn buat benda yg x tepat...

bonceng sana bonceng sini,
bontot tertonggek x malu pulak,
siap bangga x terperi,
dapat peluk pinggang balak..

balak kat depan mata melilau,
awek kat belakang bknya nampak,
siap mengurat muslimah yg pegi surau,
silap hari bln sure kena sepak..

awek pulak bangang,
perangai macam lalang,
percayakan balak bergalang-galang,
yelah... .balak cover, belum pecah tembelang...

pegang sana pegang sini,
x takut ker susutnilai,
kahwin belum tentu lagi,
kalau x jadi, x ker hilang permata bernilai...

tulah... Tuhan bg akal x pakai,
Tuhan bg hati x tahu menilai,
diri sendiri yg lalai,
baik buruk pun x reti nak nilai..

kalau org cakap marah,
bila org nasihat melenting,
"taulah... taulah xpayah susah-susah",
tau lak senyap bila dah bunting... .

la ni baru nak ingat Tuhan,
itupun nasib baik ingat,
menangis dah x leh nak tahan-tahan,
baru sekarang menyesal bangat... .

nasib baik Tuhan tu maha penyayang,
itupun nasib baik umur masih panjang,
ada peluang nak mengucap panjang,
mintak ampun, panjat doa memanjang...

perkara lepas jgn dikenang,
pintu taubat terbuka luas,
hidup bkn utk bersenang-senang,
meraih & mencari redha Allah yg maha luas..

Lagu Pilihan : Akulah Kekasihmu - AXL's

Itukah dia kekasih yang pernah berjanji
Memberi cinta untukmu sepenuh hati
Ia akan menyesal suatu hari nanti
Apabila ia mengetahui
Kekasihmu ini ingin kembali

Tahukah engkau ia tak sepadan denganmu
Walau beribu bisik janji ia merayu
Kekasihmu ini terlalu ingin kembali
Semenjak ia mengetahui
Kekasihmu itu membuat kau bersedih

( korus )
Oh kekasihmu ini akan merasa gembira
Andai dapat bersama untuk selama-lamanya
Hanya untuk menyayangimu
Hanya untuk bercinta lagi
Andai engkau berduka
Aku yang pertama di sisi
Andai engkau bahagia
Akukan terus berdoa
Semoga suatu masa
Pintu hatimukan terbuka
Dan kita akan kembali
Bercinta lagi

Aku akan kembali
Walau jalan berliku
Kernaku kekasihmu
Hingga ke akhir hayat

( ulang korus, 1 )

Ingin muaturun lagu ini? Klik pautan ini.

Iklan

IPMart Online Shopping
Belian dalam RM

Jom Borak


Free chat widget @ ShoutMix

Kerana Agama...

Kerana Agama...
Imam Nawawi