Iklan

Gambar Pilihan

Gambar Pilihan
9

Selasa, 16 Disember 2008

Resepi Untuk Hubungan Yang Sihat

Sebagai permulaan, adalah penting untuk bertanya kepada diri anda sendiri apakah anggapan anda terhadap hubungan sebenar. Anda perlu memahami apakah keperluan dan keinginan anda daripada seseorang itu, dan apakah yang sanggup anda berikan kepada mereka. Dengan cara ini, anda akan dapat melihat dengan segera pada temujanji anda yang pertama, samada anda ingin meneruskan dan berusaha untuk hidup bersama, dan sekiranya orang yang satu lagi juga berperasaan sebegitu (kedua-dua pihak perlu diambil-kira).


Sebaik sahaja anda membuat keputusan untuk mempunyai hubungan yang serius (formal), anda berdua perlulah mengingati semula apakah yang telah membawa anda berdua untuk bersama pada kali pertama. Misalnya, apakah yang telah menarik anda berdua kepada satu sama lain samada dari segi fizikal dan emosi? Apa yang anda kagumi tentang personalitinya? Ini dapat membantu kerana ia dapat mengelakkan sikap sambil lewa terhadap pihak yang satu lagi, yang mana biasanya akan terjadi apabila 2 orang telah bersama untuk satu tempoh masa yang panjang. Ini tidaklah bermakna bahawa cinta mereka semakin pudar, tetapi ia menunjukkan sikap kurang untuk berusaha. Manusia biasanya menjadi malas selepas beberapa ketika kerana mereka mula rasa selesa dan selamat. Masalah ini boleh diatasi apabila kedua-dua pihak sanggup meluangkan masa dan usaha.


Setiap orang mempunyai kepercayaan dan pendapat mereka sendiri berkenaan sesuatu perkara, jadi jangan berharap seseorang itu sentiasa melihat sesuatu perkara mengikut pandangan anda. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk mempunyai harapan yang sama terhadap sesuatu perhubungan itu, seandainya anda ingin mengelak dari berlakunya pertelingkahan yang kerap. Lihat pada perkara-perkara seperti samada perlu atau tidak untuk anda berdua berjumpa setiap hari. Walaupun berjumpa diantara satu sama lain setiap hari kelihatan bagus dan sihat untuk sesetengah orang, yang lain pula mungkin merasa tertekan dan perlukan ruang untuk bersendirian.


Kesabaran adalah salah satu kunci utama kepada suatu perhubungan yang sihat. Terdapat beberapa ketika apabila pasangan kita tidak bertindak balas mengikut cara yang kita berdua sukai, tetapi itu tidak bermakna bahawa kita perlu mengambil secara serius atau peribadi. Sentiasa bertenang, tarik nafas dalam-dalam dan fikir semula sebab-sebab mengapa pasangan anda bertindak sedemikian rupa. Membuat andaian dan terus membuat kesimpulan adalah langkah yang tidak sihat untuk diambil kerana itu menunjukkan kepada pasangan anda bahawa mereka tidak berhak untuk bertindak secara bebas dan mereka terasa seperti diserang, tambahan pula ia juga menunjukkan bahawa anda secara automatik akan beranggapan yang buruk-buruk terhadap mereka. Berikan pasangan anda masa dan biarkan mereka tahu bahawa anda akan sentiasa berada disisi mereka bila saja mereka telah sedia untuk berbincang. Tidak kira bagaimana situasinya, "sabar" adalah permata didalam sesuatu perhubungan, kecuali sekiranya pasangan anda sememangnya tidak mahu berbincang dengan anda (yang mana bermakna anda perlukan kaunseling atau tinggalkan sahaja perhubungan tersebut).


Kejujuran juga berada ditangga teratas dalam senarai semua orang apabila memperkatakan berkenaan apa yang mereka mahukan dari sesuatu perhubungan itu. Seseorang itu perlu tahu sekiranya mereka boleh mempercayai pasangan mereka kerana ianya mewujudkan suatu zon keselamatan dan keselesaan disekeliling mereka. Mereka perlu tahu bahawa sekurang-kurangnya mereka boleh bergantung kepada kekasih mereka untuk memberitahu mereka kebenaran, tidak mengira apa. Menjadi manusia bererti TIDAK sempurna, dan ini bermakna kita akan melakukan kesilapan. Namun, kita tidak sepatutnya membiarkan fakta ini untuk mempengaruhi kita melakukan kesilapan yang sememangnya kita maklumi pada masa hadapan. Sekiranya pasangan anda sengaja membuat kesilapan atau anda sendiri sengaja melakukannya, ini menunjukkan bahawa anda atau pasangan anda kurang menghormati dan mengambil berat antara satu sama lain. Ini semua tidak sihat untuk perhubungan. Apa yang sihat ialah dengan menyedari bahawa kesilapan yang anda lakukan adalah suatu kesilapan. Anda atau pasangan anda perlu tahu bahawa apa yang mereka lakukan adalah salah dan mereka perlu merasa simpati terhadap apa yang telah mereka lakukan. Apabila anda atau pasangan anda telah menyedarinya, anda kemudiannya boleh memikirkan cara bagaimana anda boleh mengaku kesalahan anda pada pihak yang satu lagi.


Penerimaan merupakan suatu keperluan didalam semua perhubungan. Tiada siapa yang ingin bersama seseorang yang mengadili mereka dan menolak mereka hanya kerana siapa diri mereka yang sebenar ataupun kerana sesuatu kekurangan pada personaliti mereka. Itulah dia keindahan menjadi seorang individu. Kita berhak keatas keputusan kita sendiri, hobi, matlamat, dsb. Apabila seseorang itu benar-benar menyintai anda, mereka menyayangi keseluruhan pakej yang datang bersama-sama anda, yang bermaksud fizikal anda, emosi anda dan impian serta hobi yang datang bersama-sama dengan anda. Orang yang anda pilih untuk bersama sepatutnya menyokong impian dan menghormati hobi anda.


Baik hati dan bertimbang rasa juga sama penting didalam perhubungan yang sihat. Pasangan anda perlu mengambil kira perasaan anda dan melayan anda dengan baik dan penuh perhatian, seumpama anda seperti sekuntum bunga mawar yang indah dan halus. Dia tidak perlu mengawasi anda seperti seorang pengasuh kanak-kanak, tetapi perlu berada disisi anda bila saja anda perlukannya, atau apabila anda tidak perlukan mereka, tetapi hanya kerana anda mahukan mereka. Mereka juga perlu ingin bersama anda juga. Tahap sesuatu hubungan itu bukannya bergantung antara satu sama lain untuk kesihatan diri kita, tetapi menjadi sebahagian dari hidup yang lain. Anda mesti bertanggungjawap keatas kegembiraan dan kehormatan diri anda sendiri, bukannya pasangan anda.


Jadi ingatlah, hubungan yang sihat adalah apabila anda dan pasangan anda boleh menjadi diri masing-masing, jujur diantara satu sama lain, bersabar, dapat menerima diri masing-masing, berbuat baik dan beringatlah untuk sentiasa bertimbangrasa. Dengan hubungan yang terbuka dan menyayangi seperti ini, kasih sayang anda pastinya akan berkembang seperti pohon-pohon yang berkembang indah, kerana ia menerima penjagaan yang cukup dari matahari dan alam sekitar. Pasangan kita adalah matahari dan air kita, sepertimana diri kita kepada mereka. Bersama, anda boleh mengekalkan hubungan yang gembira dan sihat.


Alina Ruigrok adalah seorang pakar perhubungan yang bekerja secara bebas untuk www.love-sessions.com, yang membantu orang-orang yang memerlukan nasihat dalam hal-hal temujanji mereka, percintaan, perhubungan, perkahwinan, seksual dan lain-lain hal peribadi melalui sesi internet.

Tiada ulasan:

Iklan

IPMart Online Shopping
Belian dalam RM

Jom Borak


Free chat widget @ ShoutMix

Kerana Agama...

Kerana Agama...
Imam Nawawi