Iklan

Gambar Pilihan

Gambar Pilihan
9

Selasa, 27 Oktober 2009

7 Cara Menawan Wanita

Kaum wanita sering mengelirukan kerana mereka sendiri keliru tentang apa yang mereka inginkan daripada lelaki. Selalunya mereka (wanita) tahu apa yang mereka tidak mahu. Ditanya di mana mereka ingin makan, jawapan lazim orang perempuan ialah “Tak tahu. Ikut suka you” dan kemudian mereka tahu apa yang mereka tidak mahu apabila cadangan diberikan oleh teman lelaki mereka.


Lelaki: “KFC?”
Perempuan: “Tak nak lah”
Lelaki: “Carl’s Jr?”
Perempuan: “Tak nak lah”
Lelaki: “Then?”
Perempuan: “Tak tahu, ikut you” dan perbualan ini balik ke asal.


Dan orang lelaki pula sering terperangkap dalam dilema ini kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan untuk menawan dan menggembirakan hati wanita.


Sebenarnya untuk memikat wanita tidaklah sesukar mana. Jangan kelirukan diri dengan memikirkan perkara yang sukar. Ikutilah tips mudah dari GUA untuk menawan hati wanita; tidak sesukar yang anda sangkakan.



Jadi Diri Sendiri
Lelaki selalu beranggapan bahawa untuk memikat hati wanita terutama wanita cantik, sesuatu harus dilakukan untuk membuatkan dia kagum denganmu. Sebagai contohnya, anda tidak menjadi diri anda, sebaliknya menjadi lelaki yang anda rasa wanita suka. Lantas, anda bertutur dengan tertib sehingga membosankan dan melakukan perkara-perkara yang diharapkan oleh wanita seperti buka pintu kereta, tarik kerusi sebelum dia duduk dan sebagainya. Kalau semua yang anda lakukan ini perkara biasa yang memang anda ingin lakukan, mungkin tidak mengapa. Tetapi jika anda lakukan sekadar untuk membuat dia terpikat, berhenti! Wanita lebih gemarkan lelaki yang ori atau dalam erti kata lain, lelaki yang jadi diri dia sendiri.


Kawal Keadaan
Mungkin anda rasakan jika wanita diberi ‘kuasa’ untuk mengawal keadaan, mereka akan suka. Logik anda ialah jika anda membuat dia rasa bahawa dia telah berjaya memikat dirimu, dia akan suka. Jangkaan ini tidak tepat kerana wanita suka kepada lelaki yang pandai kawal keadaan dan pastikan dia tahu yang dia pilihanmu dan bukan sebaliknya. Anda telah memilih dia dan dia harus gembira dengan hakikat itu.


Bijak Meredakan Ketegangan
Wanita paling benci berada dalam keadaan tegang. Apabila tidak sependapat atau berdiskusi tentang apa-apa isu hangat, jangan biarkan emosi memandu anda. Biarkan wanita dengan emosi mereka dan mereka inginkan anda meredakan ketegangan yang ada. Isu yang tidak selesai hanya akan menjadikan perasaan serba salah merebak kepada perasaan yang lebih membahayakan. Tunjukkan pada dia yang anda tidak terjebak dalam emosi yang boleh memusnahkan perhubungan. Jika anda matang mengawal ketegangan, wanita akan tertarik kepadamu.


Imej Nakal
Imej budak baik atau anak emak tidak popular di kalangan wanita kecuali di kalangan ibu mereka. Wanita lebih tertarik kepada imej lelaki nakal. Jangan berpakaian umpama nak pergi temuduga apabila berjumpa dia. Biar anda kelihatan sedikit selekeh tetapi seksi, biar renungan anda meremangkan bulu roma dia, biar kerlingan anda membuat dia rasa teruja.


Selamba & Selesa
Perasaan gementar, kalut, gelabah pada orang lelaki tidak digemari wanita. Mereka lebih menggemari orang lelaki yang selesa bersama dengan mereka, yang boleh berborak, berjenaka, berkongsi cerita, mendengar masalah mereka. Biarkan wanita yang gementar ketika ingin bertemu dirimu, biarkan dia yang gelabah dan berdebar-debar apabila berhadapan denganmu. Apabila anda cool dan selesa apabila bersamanya, anda nampak seksi sekali.


Jangan Gopoh
Apa-apa pun yang ingin anda dilakukan, jangan lakukan dengan gelojoh. Relaks, ambil masa dan sabar. Buat-buat macam anda tidak terdesak langsung dalam hidup. Wanita tidak gemari lelaki yang beriya-iya bagaikan tiada hari esok. Praktikkan kesabaran ini dalam semua aspek hidup anda, ketika makan terutamanya.


Yakin
Tiada apa yang lebih menarik daripada seorang lelaki yang cukup yakin dengan dirinya. Elakkan terlebih yakin pula. Jangan teragak-agak atau sering tidak pasti dalam membuat keputusan. Jika wanita anda tidak tahu ke mana nak makan, perbualannya harus begini.


Lelaki: “Mana nak makan?”
Perempuan: “Tak tahu, ikut you”
Lelaki: “Carl’s Jr.”
Perempuan: “Ok” (mungkin dia tidak suka tetapi kerana anda yakin, dia akan ikut dengan hati yang rela kerana keputusan telah dilakukan dan anda bertanggungjawab ke atas keputusan itu)


Selasa, 6 Oktober 2009

Kebaikan Merancang Keluarga

SIBUK menguruskan anak yang berderet bilangannya, mungkin banyak perkara terlepas pandang. Rumah sudah tidak rapi seperti dulu. Berdandan untuk diri sendiri pun tidak sempat. Malah, waktu untuk suami mungkin terpaksa dikorbankan.


Apabila diajukan soal merancang keluarga, pelbagai pandangan timbul di kalangan pasangan suami isteri.


Ada yang menyamakannya dengan pembunuhan anak atau bertentangan dengan konsep qada dan qadar. Tidak kurang pula beranggapan merancang keluarga menafikan ketentuan Allah memberi rezeki serta berlawanan dengan konsep umat yang ramai.


“Hakikatnya, masyarakat harus berfikiran jauh dalam soal perancangan keluarga.


“Ia bukan perkara remeh malah dalam sesetengah keadaan, ia perlu dilakukan untuk mengembalikan keintiman suami isteri,” kata Pakar Perbidanan dan Sakit Puan yang juga Ketua Unit Merancang Keluarga Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Dr Harlina Halijah Siraj.


Pada masa sama, ia mengelak isu anak terbiar yang boleh mendorong terjebak kepada gejala keruntuhan akhlak.


“Memang tiada kajian khusus dijalankan tetapi difahamkan kebanyakan anak-anak yang menghuni pusat pemulihan akhlak mengatakan diri mereka tidak diingini.


“Justeru, tak mustahil jika gejala anak terbiar berlaku kerana ibu bapa tak merancang bilangan anak menyebabkan mereka tiada persediaan untuk memiliki keluarga besar,” katanya.


Perancangan keluarga, menurutnya, adalah tanggung jawab ibu bapa yang bukan semata-mata untuk mengurangkan bilangan anak.


Perancangan keluarga adalah sebahagian perancangan hidup berkeluarga, merangkumi konsep menjarakkan kehamilan dan membantu pasangan yang sukar memperoleh cahaya mata.


Keupayaan membentuk keluarga ditunjangi lima perkara asas iaitu kesejahteraan fizikal, kemampuan ekonomi, keupayaan emosi, kelapangan masa dan sokongan sosial.


Baik si isteri mahupun suami, perancangan keluarga dapat membantu meningkatkan hubungan suami isteri yang lebih berkualiti selain waktu untuk anak-anak dan diri sendiri.


Dari segi kesihatan, menjarakkan kehamilan membolehkan si ibu mempunyai masa untuk berehat.


Malah, ibu yang hamil lebih daripada lima kali banyak dikaitkan dengan kadar kepucatan yang tinggi semasa hamil, kadar kematian ibu yang lebih tinggi serta keadaan mental dan emosi yang tidak stabil.


“Untuk suami, menjarakkan kehamilan menjamin kemesraan suami isteri yang berkekalan serta membantu mereka membuat perancangan daripada aspek ekonomi dan pembangunan keluarga dengan lebih baik.


“Apabila bercakap mengenai hak anak, ramai menekankan sumber halal untuk membesarkan anak.


“Tetapi, hak anak cukup luas, termasuk untuk hidup, mendapatkan ketulenan baka, diberi nama yang baik, disediakan keperluan asas termasuk penyusuan ibu serta diasingkan tempat tidur.


“Anak juga berhak mendapatkan pendidikan agama yang sempurna, diberi pelajaran dan asas kemahiran hidup dan diberi layanan saksama,” katanya.


Menurutnya, selepas disemak secara menyeluruh, tidak ada nas dalam al-Quran yang melarang usaha menghalang kehamilan atau mengurangkan bilangan anak.


Seorang sahabat Nabi Muhammad (saw), Jabir meriwayatkan:


“Kami mengamalkan al-azl (coitus interruptus) ketika zaman Rasulullah (saw). Baginda mengetahuinya namun baginda tidak melarang kami melakukannya. Sahabat yang mengamalkan al-azl termasuk Ali Abi Talib, Saad ibn Waqqas, Abu Ayyub Al-ansari, Abdullah bin Abbas dan Hassan ibn Ali.”


Beliau berkata, fatwa mengenai perancangan keluarga seperti dikemukakan ulama terkenal, Dr Yusuf al-Qardhawi membenarkan umat Islam merancang keluarga atas alasan kukuh.


“Alasannya membabitkan kesihatan ibu serta bebanan anak hingga menyebabkan seseorang melakukan perkara haram untuk memenuhi keperluan hidup. Alasan lain termasuk keadaan kesihatan dan pembesaran anak.


“Dr Yusuf turut mengesahkan bahawa kaedah perancangan moden mempunyai tujuan serupa dengan coitus interruptus (membuang air mani di luar vagina) dan dari sudut perbandingan, ia dibolehkan,” katanya.


Dr Harlina berkata, pengguguran bukan kaedah merancang keluarga apatah lagi pengguguran memang tidak dibenarkan di negara ini kecuali membabitkan kesihatan atau nyawa si ibu.


Kaedah merancang keluarga juga pelbagai termasuk hormon menerusi penggunaan pil, suntikan dan pacakan (implan), alat dalam rahim, cara kiraan hari selamat, sterilisasi, membuang sperma di luar dan kondom.


Oleh Rahayu Mohd Salleh

Jumaat, 31 Julai 2009

TIDAK AKTIF BLOGGING BUAT SEMENTARA WAKTU

Makluman untuk semua pembaca setia dan pelawat baru. Saya tidak dapat posting artikel dan update blog ini buat sementara waktu mulai hari ini. Di jangka tidak aktif dalam aktiviti blogging dalam beberapa minggu ini kerana sebab2 peribadi. Saya akan mulai aktif dalam aktiviti blogging setelah hal peribadi saya selesai.


Sila baca artikel2 yang terdahulu dan semoga anda terus mengunjungi blog ini. Harap maklum.

Duda Bertemu Janda

Di sebuah perkampungan ada seorang duda yang sudah berumur tinggal seorg dirumah nya..anak2nye sume bekerja di bandar... Berdekatan rumah nya itu ada seorang janda yang juga agak berumur dan juga tinggal seorg... Sudah bertahun lama nya mereka berjiran dan sering juga berhubung kala kesunyian... .Suatu hari..di petang yang redup... si duda duduk di bawah pokok rambai..merenung ke arah rumah si janda... Si janda perasan dan datang menegur si duda... "Pak Uda oii..ape yang di menungkan nye tu... "... Si duda menunduk seketika..lalu menjawab "..Ada perkara aku nk bgtu ko ni Mak Jan.."... Berkerut dahi si janda... kerana kelihatan serius pulak si duda tu...


"ape nyer ..serius je bunyi nyer.." ... Si duda merenung si janda... lalu dengan kekuatan yang ade die berkata... "Aku ni kepingin nk berbinikan ko... ko sudi tk?.."... Si janda tersenyum..dan diam seketika ..lalu si janda menjawab "Erm... sudi... "... Setelah berborak seketika... si janda dan duda pun pulang kerumah masing2 kerana hari sudah menjelang senja...



Pada malam itu..si duda gelisah... dia tidak ingat jawapan yand diberikan si janda petang tadi..adakah dia sudi atau tak... yelah dah tue... memori pendek sket... Setelah berfikir sejenak... si duda tidak jugak mendapat jawapan... lalu terpksalah die bertanya sekali lagi kepada si janda... Si duda mendail no telepon si janda..nk dtg umah tk molek plk dah malam2 cmni...



"Helo... mak jan..pak uda di sini... aku ingin bertnya... almaklum dah tua mudah lupa... ptg tdi aku bertnya pada ko sudikah ko berkahwin dengan aku..apakah yang ko jawab.."... Mendengar suara si duda..si janda pun berkata "Aku jawab aku sudi..ikhlas dari hati... selamat ko telepon aku ..Pak Uda... "... si duda pelik dengan kata2 si janda lalu bertnya... "Kenapa... "... Dan si janda menjawab.."Aku pun lupe spe yang ajak aku kawin ptg tadi"

Rabu, 29 Julai 2009

Accounting Dalam Percintaan

Aku akan meng-CREDIT cintaku padamu, bila kamu men-DEBIT untukku cintamu. Aku akan mencatat kisah cinta kita dalam sebuah JOURNAL, dan mem-POST-ing nya ke dalam LEJER hatiku. Aku akan menjaga sebuah ACCOUNT cintamu, berdasarkan DOUBLE-ENTRY. Dengan cara ini kamu akan tahu BALANCE credit atau debit, dan AMOUNT dari cintaku padamu.


Kemesraan kita tercatat dalam WORKSHEET (LEMBARAN KERJA). Kadang perlu kita lakukan ADJUSTING ENTRIES (PELARASAN) untuk menjaga cinta kita tetap kukuh. TRIAL BALANCE (IMBANGAN DUGA) memperlihatkan bahwa kita serius satu sama lain, sebab Total dari cinta kita
ternyata satu dan sama.


Maka kita lakukan CLOSING ENTRIES saat kita setuju untuk menikah. PROFIT & LOSS statement, menyatakan apa yang telah terjadi kemudian, mari bersama-2 kita lihat BALANCE SHEET kita, apa saja ASSETS & LIABILITIES kita ??

Selasa, 28 Julai 2009

Lagu Pilihan: Lelaki Ini - Anuar Zain

Kasih...
Kenanganku ingatkah saat-saat dulu
Kasih
Apakah dirimu
Merasakan semua itu
Ke manapun langkahku pergi
Ku masih melihat bayanganmu cintaku
Dan ke manapun arah
Angin ku berlari
Hati ini masih kau miliki


Lelaki ini

Yang selalu mencintamu
Selalu tanpa ragu
Lelaki ini
Yang selalu memuja
Hanya dirimu
Yang bertakhta dalam sanubariku
Sanubariku ooo...
Aku yang mencinta kamu...ooo
Hanya dirimu
Oh...
Kerana cintaku
Tak berbatas waktu
Kerana cintaku
Tak mengenal jemu hatimu
Hatimu oo...
Yang bertahta dalam sanubariku

Rabu, 22 Julai 2009

50 Cara Untuk Menghapuskan Teman On-Line

Kadang-kala kita seronok berkawan dengan teman on-line sehingga menimbulkan kemesraan dan persahabatan maya yang begitu unik. Apatah lagi jika dia berlainan jantina. Ada yg berlanjutan begitu lama sehingga sehari tak online pun dah rasa rindu. Tak dinafikan, persahabatan maya dirasakan begitu selamat kerana kita hanya bersua di alam siber tanpa bersua muka. Identiti sebenar kita juga tidak akan diketahui teman kita kecuali kita memberitahu. Itu pun ada yg masih nak menipu dan mereka cerita.


Namun ada yg jujur dan ikhlas utk berkawan dgn kita dan kita pun tak keberatan utk menerimanya sebagai teman on-line. Teman on-line ini menjadi tempat kita bertukar pendapat, berkongsi rahsia, pengalaman dan maklumat serta adakalanya sebagai tempat kita mengadu masalah dari hal kerja hingga ke hal peribadi. Kita berchit-chat berjam-jam lamanya dengannya, bergurau-senda, berbalas gambar dan berbalas e-mail. Tidak mustahil hubungan maya yg dianggap persahabatan biasa oleh kita dianggap lain olehnya. Dia mula menganggap kita teman istimewanya dan berimpian utk menjadikan kita kekasih sebenarnya di alam realiti. Tapi kita tidak bersedia utk menerimanya sebagai kekasih, malah mungkin tak terfikir langsung ke arah itu. Selama ini kita melayannya kerana menganggap persahabatan ini hanya setakat keyboard dan monitor saja. Lagipun kita seronok berkongsi pendapat dengannya dan mempunyai teman siber... itu saja.



Tapi bila dia mula bercakap soal2 cinta dan bahasa pun dah lain macam, sudah tentu kita rasa tak selesa. Apatah lagi jika kita dah berpunya atau dah berkahwin. Atau dia yg dah berkahwin dan punya anak. Lagi teruk jika dia memang tak sesuai utk menjadi kekasih kita atas pelbagai sebab. Bila dia mula meluahkan perasaan, lagilah kita pening. Dia asyik melayangkan e-mails yg merayu-rayu dan cuba pelbagai cara utk menagih simpati atau cinta kita. Bila kita masuk chit-chat, nickname dia pasti terpacul di mesej box kita. Kita mula mencari jalan utk menjauhinya.



Ada pula yg baru kita kenal di IRC, atau tempat lepak siber yg lain, dah mula mengajak bermain cinta. Semua ini tak masuk akal!



Di sini di ajarkan 50 cara utk menghapuskan teman on-line yg ingin kita jauhi tersebut. Ia adalah berdasarkan pengalaman-pengalaman on-line sebenar yg pernah dilalui oleh kebanyakan orang. Ingat..Mr Delete Key adalah sentiasa menjadi teman baik wanita..begitu juga Mr Block Sender dan Mr Filter !

50 cara tersebut:


1. Jangan respon.

2. Jadi seorang yg menyakitkan hati sehingga dia hilang minat terhadap kita.
3. Buat-buat macam tak berminat sehingga dia bosan dan menjauhi diri.
4. Katakan anda memang tak berminat secara jujur dan diplomasi secepat yg mungkin.
5. Tunjukkan sesuatu yg spesifik pada dirinya yg tak sesuai dengan kita. Contohnya, "Saya tak keluar dengan org yg dah ada anak" , "Saya tak selesa berhubungan dengan duda" atau "Saya tak percaya pada hubungan jarak jauh!"
6. Beritahu perkara sebenar.
7. Let's just be friends.
8. Terima kasih atas mesej awak. But, I am not available at present. Hope you find your real mate soon.
9. Saya dah berkawan dengan ramai orang..jadi terima kasih sajalah.."
10. Saya betul-betul tak berminat, terima kasih.
11. Awak tak memenuhi citarasa saya.
12. Maaf..saya masih tak boleh lupakan kekasih lama saya. Jadi, saya tak bersedia utk memulakan hubungan baru.
13. Saya tak yakin awak boleh memenuhi semua kehendak saya.
14. Saya sebenarnya tak begitu berminat dengan hal2 cinta.. but it was nice to meet you.
15. Saya suka bertemu awak di Internet. Tapi saya rasa kita tak ada hubungan yg istimewa. Semoga awak bertemu dengan teman lain yg boleh awak jalinkan hubungan.
16. Seronok berjumpa awak..tapi saya hanya menganggap awak teman on-line biasa.Semoga awak berjaya mencari teman di Internet"
17. Maaf, saya begitu sibuk sejak kebelakangan ini..
18. Saya yakin awak seorang yg baik. Tetapi saya tak rasa kita akan bertemu secara bersemuka di realiti"
19. Puji niat baik mereka tetapi kemudian jelaskan " Saya sudah jalinkan hubungan dgn seseorang yg saya kenal sebelum awak... jadi maaf ya!
20. Terima kasih kerana minat awak tu, saya suka dengan puji-pujian awak. tapi, saya tak berminat dgn sesiapa pun pada waktu ini. Saya ucapkan Good Luck pada awak utk mencari teman lain yg sesuai"
21. Terima kasih kerana menulis kepada saya. Tetapi sekarang saya berdating dgn beberapa orang dan tak ada masa utk seorang lagi."
22. Perbezaan budaya dan cara pemikiran menghalang kita.Terima kasih.
23. Saya dah berjumpa orang lain.
24. Saya bukan perempuan normal"
25. Awak tak sesuai dengan saya. Saya mempunyai citarasa yg tinggi.
26. Saya akan ke luar daerah utk jangka waktu yg lama"
27. Terima kasih..tapi saya sudah berhenti mencari cinta di Internet.
28. Saya dah kahwin.
29. Awak tinggal di London saya tinggal di Malaysia..Hubungan ini tak akan menjadi!
30. Saya tak berminat utk menjalin hubungan serius. Perlahan-lahan laa dan tengok apa yg akan berlaku.
31. Saya mencari seseorang yg lebih tua"
32. Saya mencari seseorang yg lebih muda.
33. Terima kasih tapi terima kasih sajalah... . Good luck.
34. Utk tidak mengecilkan hati mereka, cakaplah sesuatu pada diri anda yg pasti mereka tak akan suka seperti "Saya ni pemalas dan tak pandai memasak. Kat rumah semua mak buat." Pasti mereka pula menarik diri!
35. Hantar mereka gambar monyet!
36. Blok nama mereka dalam program instant messenger anda atau e-mail anda!
37. Tukar nama nick anda semasa on-line di chat room.
38. Hilangkan diri anda buat sementara atau terus hilang begitu saja!
39. Menolak pelawaan mereka utk bertemu dgn baik.
40. Bila dia ajak chat..dc saja! Atau klik off pada ICQ atau instant messenger.
41. Beritahu mereka komputer anda asyik meragam. Jadi, tak boleh nak chat!
42. " Oh..saya tak sangka awak menaruh minat pada saya..tapi saya mencari seseorang yg sedikit berbeza.."
43. Maaf... saya rasa kita tak secocok.. Good luck on your journey!
44. Bila dia mula cakap merapu..soal cinta..perasaan dan sebagainya..buat tak layan saja! Cakap topik lain.
45. I'm sorry, you seem like a really nice person, but I'm not interested.
46. Maaf..hubungan kita pasti tak akan menjadi..Saya ada firasat yg kuat. Saya beritahu awal2 kerana tak mahu awak terus mengharap..Carilah orang lain.
47. Tak berminat..terima kasih. Harap awak tak tanya lagi!
48. Tak! Jika awak berdegil, saya akan komplen pada Sys Admin.
49. Maaf, saya ni sebenarnya lelaki!!
50. Saya pendek, hitam, gemuk dan hodoh!


Kaedah ini hanyalah sebagai pembacaan sahaja. Ambil mana yg baik dan buang mana yg buruk. Pasti anda punya cara tersendiri utk menolak cinta di Internet!



Terima kasih dan kredit kepada penulis asal.

Isnin, 20 Julai 2009

Lagu Pilihan: Masih Ada Rindu - The Unwanted

Sepasang matamu yang sayu
Merenung lembut ke wajahku
Membuat hatiku hancur lebur
Tak mampu ku tahan air mata yang gugur


Sesudah terputus ikatan
Dan tertutup pintu harapan
Mengapa harus berjumpa lagi
Sekadar melepaskan rindu tak bererti


( korus )
Tidak perlu kau bercerita
Tentang dirimu yang sudah berpunya
Ku tahu kau bahgia bersamanya
Tidak perlu kau bercerita
Tentang dirimu yang sudah berpunya
Ku tahu kau bahgia bersamanya
Hapuskan sahaja kenangan cinta kita


Meski antara kau dan aku
Masih ada kasih dan rindu
Tapi apa guna itu semua
Hanyalah menambah derita dalam dada


( ulang dari korus hingga akhir )
( ulang korus 3X )

Khamis, 16 Julai 2009

Peringkat-peringkat Isteri

1. Isteri Siddiqin
Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.


2. Isteri Muqarrobin

Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namaun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.


3. Isteri Solehin

Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.


4. Isteri Fasik

Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.


Sikap, tindakannya, percakapannya selalu sahaja menyusahkan suaminya, membuat suaminya selalu serba salah dibuatnya. Berbagai-bagai kehendak diberi, berbagai-bagai kemahuannya terpaksa ditunaikan. Adakala pakaian terpaksa ditukar sebulan atau dua bulan sekali, asyik pergi shopping sahaja. Namun demikian tidak juga puas dan tidak juga merasa cukup. Macam-macam yang dia hendak. Akhirnya krisis rumahtangga tidak pernah berhenti, sentiasa bergolak, sentiasa bergelombang macam air laut yang tidak pernah berhenti-henti daripada bergelombang dan begelora. Lama-lama kelamaan bercerai juga. Kalau pun tidak bercerai kerana hendak menjaga air muka atau hendak menjaga nama baik atau tidak mahu anak porak peranda, tapi apalah ertinya rumahtangga yang begitu rupa. Dimanalah keindahannya lagi. Apalah bahagianya kalau gelombang dan gelora krisis tidak pernah rehat dan tenang. Apalah akan jadi kepada anak-anak melihat ibu bapa sentiasa macam kucing dengan anjing.



Semoga Allah menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai kerana Dia; sebagaimana dalam hadith yang diriwayatkan oleh Tirmidzi Rasulullah saw bersabda:



"Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan syuhada' iri hati kepada mereka. Ketika ditanya para sahabat, Rasulullah menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai kerana Allah, saling bersahabat kerana Allah dan saling kunjung kerana Allah."



Terima kasih kepada penulis asal

Rabu, 15 Julai 2009

Puisi Si Suami Kepada Si Isteri

Isteriku
jika engkau bumi
akulah matahari
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.
Lalu... ...
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan diplanet lain...


*** Balasan Puisi si isteri***




Suamiku,

andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet yang telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku
perlukan cahayamu
dan... .
akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaranmu...


AKAN TETAPIIIIIIII. .

Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu...
MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan cuma mancis saja!!!!!


hehehe, faham ke? Tak faham sendrik fikir ya..

Selasa, 14 Julai 2009

Lawak Malam Pengantin

Suasana masih riuh di luar. Sanak saudara
semuanya berkampung disini. Gelak ketawa,
gurau senda jelas kedengaran. Aku memimpin
isteriku ke dalam bilik pengantin. Suara-suara
sumbang terlalu banyak yang menegurku.


"Hai, malam masih muda, dah nak masuk tidur?"

sapa Pak Ucu. "Orang muda bang Aji, biarlah. Air
dah penuh kat kepala tu." sahut PakTam disambut
hilai ketawa sanak saudara yang lain. Meriah
sungguh keadaan diluar walau jam sudah
menunjukkan pukul 11.00 malam.


Hadiah yang masih belum dibuka ku susun ke

tepi. Lampu ku tutup. Merebah diri ke katil
pengantin, aku menoleh ke arah isteriku.


"Kita tidur dulu lah yer. Ramai sangat orang kat

luar tu." Isteriku hanya mengangguk tanda setuju.
Entah pukul berapa sekarang, aku pun tidak tahu.
Keadaan di luar gelap gelita dan senyap sunyi.
Tanda sanak saudaraku telah pulang dan
keluargaku telah tidur.


Jari jemariku lembut membelai rambutnya. Ku

selak rambut ikal yang menutupi telinganya lalu
membisikkan "Assalammualaikum!" ke telinganya
untuk menguji isteriku.


"Wa alaikummussalam." Rupanya isteriku masih

belum tidur. Ku kucup pipi halusnya. Ku kucup
dahinya yang mulus. Semerbak harumnya
menusuk deria bauku. Akanku tunaikan
tanggungjawabku sebagai suami malam ini. Jari-
jemari ini terus membelai tubuhnya. Perasaanku
tidak dapat dikawal lagi, namun...


"Kringggggg...."



"Tik..tik..tik..tik..."



"Kring.. kring..kring.."



Bunyi-bunyi jam loceng entah dari mana

memenuhi ruang bilikku. Terkejut dengan segala
macam bunyi yang ada, aku membuka lampu.
Serentak itu, terang benderang seluruh rumahku.
Bunyi-bunyi ini telah berjaya membangunkan
semua orang di rumahku.


Aku mencari-cari punca bunyi-bunyi itu. Mataku

terarah ke sekotak hadiah yang masih terbalut
rapi. Aku buka dengan pantas dan di dalamnya
terdapat 5 buah jam loceng. Juga sekeping kad
berbunyi... Selamat Pengantin Baru, Jangan gopoh-
gopoh. Baru Pukul 2 pagi. Jangan maree.. kami
potong stim. Ikhlas dari : Pernas of 03/06, UUM.


Dalam hatiku.. cilaka punya kengkawan. Potong

stim betullah.Baru jer nak Intro, blum baca doa lagik..huhuhuhu....
dengki la diorang kat aku sebab dah kawin...


TAMAT

Isnin, 13 Julai 2009

Lagu Pilihan: Berganti Hati - Anggun

Satu persatu telah ku hapus
Cerita lalu di antara engkau dan aku
Dua hati ini pernah percaya
Seribu mimpi tanpa ragu tanpa curiga


Reff:
Ku tak ingin lagi
Menunggu, menanti
Harapan tuk hidupkan cinta yang telah mati
Ku tak ingin coba
Hanya tuk kecewa (Ku telah kecewa)
Lelah ku bersenyum lelah ku bersandiwara
Aku ingin pergi
Dan berganti hati


Satu persatu telah ku hapus
Nada dan lagu yang dulu ku cipta untukmu
Rasa yang dulu pernah ada
Kini berdebu terbelenggu dusta dan noda


Back to Reff:


Kini ku sadari diri ini
Ingin berganti hati
Cinta yang tlah pergi
Harus berganti hati


Harus ku ganti hatiku kini
Ini harus ku ganti
Tak perlu yang ini lagi harus berganti…hati

Rabu, 8 Julai 2009

Petua Menegangkan Payu Dara

Petua 1 : Wanita yang sudah bersalin akan mengalami masalah buah dada menjadi kendur tidak bermaya seperti dahulu. Dapatkan beberapa helai daun sirih Melayu , ianya berdaun lebar dan berwarna hijau. Sapukan minyak kelapa (seelok-eloknya dibuat sendiri) pada daun sirih. Salaikan mengunakan api lilin dan tekapkan pada buah dada. Biarkan ia kering dan dibuat berulang kali. Menurut orang tua yang memberikan petua ini , petua ini dipanggil 'Petua Sayang Suami'. Semoga kebahagiaan rumahtangga puan-puan akan bertambah seri lagi dengan kehadiran cahaya mata dan tubuh badan yang menawan. Bersama-samalah kita amalkan.


Petua 2 :
Kupas setengah biji labu dan masak sehingga menjadi lembik. Ramas labu tersebut tika masih suam. Kemudian, sapukan pada seluruh payudara lebih kurang 20 minit. Lakukan 2 kali seminggu.


Petua 3:
Sapukan putih telur pada sekeliling buah dada dan biarkan kering semalaman. Buat 3 kali seminggu.


Petua 4 :
Amalkan meminum air kanji (air didih nasi) sebelum tidur malam. Insyaallah mujarab.

Selasa, 7 Julai 2009

Masalah Seksual

Female Sexual Dysfunction (FSD)


Ini berkaitan dengan masalah kelamin wanita. Jika lelaki mempunyai masalah Erection Dysfunction atau mati pucuk, wanita mempunyai Female Sexual Dysfunction (FSD). Masalah ini boleh dibahagi kepada empat keadaan; kurang bernafsu, kesukaran mencapai keghairahan, kesukaran menikmati kemuncak syahwat dan kesakitan ketika bersetubuh. Jika lelaki mempunyai Viagra, Cialis dan Levitra untuk mengatasi masalah mereka, kini wanita juga ada zestra. Zestra adalah sejenis cecari pencetus kemesraan untuk menambahkan keseronokkan hubungan kelamin. Zestra dirumus daripada tumbuh-tumbuhan semulajadi dan dianggap selamat of "Federal Food and Drugs Agency (FDA)" dari Amerika Syarikat. Untuk maklumat lanjut, sila ke layari www.zestra-asean.com.

Menghilangkan "Love Bite"


Tentunya anda tidak mahu “love bite” menjadi bahan gurauan teman di pejabat dengan pelbagai gelaran, membuatkan anda seolah-olah fobia setiap kali pasangan anda mahu mencium anda terutama di leher. Takut digigit…! Ini ada cara dan petua untuk menghilangkan gigitan love bite.


1) Ambil sebutir panadol, hancurkan dengan sedikit air. Sapu pada tempat yg mempunyai bekas gigitan dan biarkan selama 10-15 minit atau sehingga ia kering. Kemudian bersihkan dgn air seperti biasa.


2) Jika masih kelihatan warna kemerah-merahan, sapukan sedikit cecair ubat pencuci mata (eyeMo) di bahagian tersebut. Biarkan utk seketika.


3)Sapukan beberapa ketul ais batu di leher anda sehingga kesan gigitan semakin hilang.


4) Jika cara ini tidak berhasil, cuba gunakan bawang putih pula. Ambil seulas bawang putih dan belah dua. kemudian gosokkan perlahan-lahan pd bahagian berkenaan sehingga pudar kesannya.


Iklan:

Kopi Kelapa Dara Bio-Asli

Kopi Kelapa Dara adalah minuman berkhasiat yang dirumus khas dengan gabungan beberapa herba hebat yang kaya dengan khasiat dan tenaga. Ianya membantu melancarkan peredaran darah dan meningkatkan stamina. Dengan rasa hebat aroma kopi Arabica, tanpa kesan sampingan kopi biasa, pastinya akan menceriakan hidup anda.

Nikmati keenakannya bersama pasangan dengan khasiatnya betul-betul POWER..!!

Sesuai untuk lelaki dan wanita dewasa sahaja.

Layari: kelapa.webs.com

Isnin, 6 Julai 2009

Lagu Pilihan: Di Sini Pasti - U-Topia

Terbangkitlah mentari
Purnama kesiangan hari
Aku masih di sini
Meratap cinta yang abadi


Ku terkenangkan cinta yang silam
Yang terbina dari dua jiwa
Suci tak ternoda
Walaupun kucuba melupakan
Ku tak berdaya


( korus )
Mengapa oh kekasih dirimu
Yang terpilih
Menyambut lambaiannya
Waktu ku tiada bersama


Mungkinkah kau dan aku
bisa kan bertemu bercinta
Bagai dulu kekal untuk selama-lamanya


Sesungguhnya hanya
Dia yang mengerti


( solo )


( ulang korus hingga akhir )

Rabu, 1 Julai 2009

Karenah Perempuan Nak Ber’couple

Artikel dari justkhai.com

Tertarik bila terbaca satu blog ni. Blog dari perempuan untuk perempuan. Tapi boleh menjadi pembacaan dan penambahan ilmu yang amat berguna untuk bagi seorang lelaki untuk mengenali siapa perempuan yang sebenarnya. Korang yang lelaki tu baca senyap-senyap sudah. Jeling-jeling pun takpe jangan sampai kantoi korang baca semua perkara pasal perempuan tu kan. Biar mereka dengan dunia mereka. Tapi blog apa yer? Ok Khai paste dulu la antara point-point yang menarik mengenai seorang perempuan.


10 Sebab kenapa perempuan sibuk nak ber’couple


1. Takut orang kata dia perempuan tak laku
2. Dia nak ada orang bela dia
3. Dia rasa perlu ada lelaki utk jaga dia
4. Nak apa saja sume dia boleh dapat. Mana taknya, gunung emas pun
kononnya boleh dibagi.
5. Saja nak merasa ape tu rasa cinta
6. Rasa selamat bila ada boyfriend
7. Rasa diri dia cantik dan perlu ada orang yg suka dia
8. Perlu test n tgk lelaki mcm mana yg sesuai sebelum ke alam
perkahwinan
9. Malu semua ada boyfriend, dia aje tak ada.
10. Nafsu tak dapat dikawal


10 Sebab kenapa perempuan sanggup curang!


1. Nak revenge boyfriend dia buat hal dengan girl lain, padahal cemburu
buta.
2. Nafsu tak cukup satu lelaki. Nafsu biawak ke?
3. Terasa diri sgt cantik dan patut ada lebih dari seorang boyfriend
4. Nak cuba dulu semua lelaki dan tgk mana yang sesuai
5. Sebenarnya dia tak suka sgt @ terpaksa dgn boyfriend yg ada
6. Tak cukup dgn apa yang diberi oleh boyfriend yg ada. dikongkong
oleh boyfriend yg ada.
7. Jumpa dan jatuh cinta dgn new boy yg sangatttt hensem dan
memikat
8. Boyfriend ‘lugu’ @ sengal sangat @ senang ditipu. bukan dia tau pun
kalau pasang lain
9. Memang tiba-tiba rasa meluat dan benci teramat sgt dgn boyfriend
yg ada.
10. Nak jadi lebih kaya dari sekarang. More boyfriend, more money!


Dan ini lebih menarik, di mana semua point tu memang ada dalam kepala Khai. Exactly same! Sebab Khai dulu pun pernah ter’couple dengan perempuan yang hipokrit soal tudung ni. Pergi kelas pakai tudung. Bila keluar shoping or dating, jangan cakap tudung, spender pun entah pakai ke entah tidak. Siapa la tu ye?


10 Sebab kenapa perempuan bertudung


1. Sebab dia memang beriman dan ikut suruhan-Nya , lillahita’aala.
2. Sebab dia ikut mak dia, family dia sume pakai tudung.
3. Sebab dia takut masyarakat / orang kampung kutuk dia
4. Sebab dia rambut dia tak cantik.so tudung sebagai pelindungnya?
bila dah rebonding,boleh tanggal balik = p
5. Dia tak reti sikat rambut.tudung sebagai fesyen.
6. Dia malas nak sikat rambut, so pakai aje la tudung. So kesah ape
sama rambut.
7. Dia anggap tudung mencantikkan penampilan dia.
8. dah pegi haji beb..kena pakai ‘tudung’ sket..nnti org mengata kita
pulak.
9. Peraturan bekerja kena pakai tudung.ala.. sabtu ahad x apa kalau x
pakai.
10. Menunjuk la sket. sbb dia cantik dan dikagumi ramai.


Heh! Atau mungkin banyak kutu? Hehehe. Ramai perempuan sekarang anggap tudung ni macam fashion je kan? Tak pun bila rasa nak kahwin dengan artis yang alim-alim dan botak, baru nak bertudung. Siapa la tu kan? Dapat mimpi konon. Yappodaaa!!!


Hehehe.. menarik point-point tu kan? Sure ramai la pembaca Justkhai yang perempuan ni makan dalam. Berdarah-darah hati. Kejap lagi sure hantuk kepala 10 kali kat dinding bila mengenangkan 10 point yang ada kat atas tu. Apapun kalau nak nengok lagi entri-entri menarik dari seorang perempuan untuk perempuan, boleh la usya blog http://galfrenzzz.blogspot.com. Interesting sebab tak banyak blog melayu macam ni lagi.


Yang kat bawah ni khai tambah sendiri.. Tapi ni bahasa laser skit ikut bahasa kawan2 lelaki Khai. Kasar sesangat. Pandai-pandai la korang tapis yer? hehehe.


10 Sebab kenapa perempuan tak cukup satu lelaki


1. Nafsu perempuan lebih dari lelaki. 9 perempuan 1 lelaki kan? betul?
2. Tak puas. Paham2 la yer.
3. Nak rasa kelainan setiap barang lelaki.
4. Citarasa tinggi. Bajet hot! Ptuih!!
5. Tiada rasa malu pada kemaluan. Takde maruah kot?
6. Bangga ada pakwe ramai.
7. Tak pernah fikir akibat ramai pakwe. Kepala enjoy je. Kene bomoh or
simbah asid tahu la.
8. Itu perkara wajib bagi perempuan. Malu la takde pakwe yang ramai.
Kate hot!
9. Senang dan payah nak sangap. Tambang dibayar makan ditanggung.
10. Mana-mana pergi pun ada pakwe. So rasa selamat dan kat
mana-mana aje boleh layan nafsu seks yang meronta2.

Selasa, 30 Jun 2009

Lagu Pilihan: Jangan Pernah Selingkuh - Angkasa

jangan kau dustai aku
jangan kau sakiti aku
bila kau cinta padaku


jangan kau bohongi aku
jangan kau lukai aku
bila kau sayang padaku


reff:
tanpa ku tahu salahku
tanpa ku tahu dosaku
kau berbuat semahumu


jangan pernah kau selingkuh
jangan pernah kau mendua
bila kau memang cintaku


uhuuuuuu [8x]


jangan kau dekati aku
jangan kau merayu aku
bila kau terus begitu


buanglah sifat burukmu
buang semua egomu
karna ku tak suka itu


repeat reff [2x]


uhuuuuuu [8x]

Menipu Dengan Tudung

Pakaian Gadis Bertudung Zaman Sekarang...awektudung.blogspot.com

Awal tahun 80 an dahulu, tidak ramai wanita yang bertudung. Ketika itu wanita bertudung terpaksa menghadapi cabaran yang besar kerana sering menjadi bahan umpatan masyarakat. Mereka dituduh ekstreem, sesat dan ketinggalan zaman. Bahkan ada juga yang mengatakan itu fesyen ala Arab padang pasir. Kita tidak pelik hal begini boleh terjadi.



Ini disebabkan masyarakat jahil terhadap hukum menutup aurat sehingga mereka tidak dapat menerima, malah memandang serong terhadap syariat menutup aurat. Berkat kesabaran wanita-wanita yang bertudung diwaktu itu, akhirnya masyarakat semakin sedar dan faham bahawa memakai tudung itu adalah untuk memenuhi tuntutan syariat. Seperkara yang menarik di waktu itu, apabila seseorang wanita itu bertudung, maka akan nampak beza tingkah lakunya berbanding dengan wanita yang tidak menutup aurat dan peribadinya sendiri sebelum memakai tudung.



Kalau dahulu dia senang bergaul bebas dengan lelaki, tetapi bila sudah bertudung, pandangannya sudah mula ditundukkan, bercakap dengan lelaki pun jarang sekali, tidak seronok malah tidak menghadiri majlis yang ada percampuran bebas lelaki dan perempuan, tidak suka berkeliaran di tempat-tempat awam, cenderung untuk mendalami ilmu-ilmu Islam, suka untuk beribadah, akhlak dan tutur katanya menjadi semakin lembut dan lunak. Suka menolong orang, bibir sentiasa menguntum senyum sebagai sedekah sesama muslim, sedia membantu kesusahan orang lain, sudah benci kepada kemewahan dunia, tahan diuji dan sentiasa mencari-cari peluang untuk mengajak masyarakat wanita yang lainnya agar sama-sama menutup aurat.



Lantaran berbezanya mereka dengan wanita yang lain, maka orang pandang tinggi kepada wanita yang bertudung, walaupun masih ramai yang tidak suka kepada mereka. Waktu itu, kalau wanita sudah sanggup bertudung, ertinya di dalam dadanya sudah ada sedikit sebanyak ilmu- ilmu agama. Sekurang-kurangnya dia sudah hafal dalil-dalil Al Quran dan hadith mengenai hal penutupan aurat.Ini disebabkan mereka sering dihujani dengan berbagai pertanyaan mengenai apa yang mereka buat. Untuk menjawapnya, mereka sudah bersedia memberi jawapan yang sesuai dengan nas Al Quran dan hadith untuk menyakinkan orang ramai. Oleh sebab itu orang ramai memandang tinggi kepada mereka.



Di awal 90 an, bilangan orang bertudung semakin ramai. Di mana- mana sahaja kita boleh bersua dengan wanita yang bertudung. Sama ada di kilang-kilang, di sekolah, di stesen bas, di pejabat, di universiti dan di politeknik malah beberapa pengacara televisyen dan radio pun sudah memakai tudung. Tetapi yang menyedihkan, kalau dahulu wanita bertudung tidak akan ditemui di taman-taman bunga, di tempat- tempat hiburan, berpegangan tangan dengan teman lelaki, dipanggung wayang atau kalau dahulu wanita bertudung bersih mukanya daripada calaran alat-alat make up, tetapi kini dengan mudah kita boleh jumpa wanita bertudung berpeleseran dengan teman lelaki di tempat-tempat sedemikian. Tudung berwarna warni mengikut fesyen sesuai dengan aliran zaman dan fesyen baju. Kadang-kadang pakai tudung pun tidak sempurna mengikut syariat. Kadang-kadang macam nak terlondeh. Antara hendak tutup dan hendak buka. Akhlak dan tutur katanya kasar, malah kadang kala lebih buruk daripada mereka yang tidak memakai tudung atau buka aurat.



Sesetengahnya bertudung tetapi tidak sembahyang. Imej wanita bertudung telah tercemar dengan wanita-wanita yang menjadikan tudung sebagai fesyen atau terpaksa pakai kerana mengikut peraturan. Kalau dahulu bila wanita itu bertudung, automatik dia sudah malu ke panggung wayang, malu untuk berasmara, malu untuk ke tempat hiburan dan sebagainya. Tetapi kini tudung sudah tidak mempunyai peranan untuk mencegah manusia dari terjerumus ke dalam lembah maksiat.



Bila direnung-renung mengapa hal ini boleh terjadi, maka jelaslah wanita- wanita yang bertudung pada hari ini jahil mengenai tujuan dan peranan pemakaian tudung. Ramai wanita yang memakai tudung pada hari ini kerana terikut-ikut dengan suasana. Mereka lihat adik beradik, teman sekolah, teman pejabat atau jiran telah ramai memakai tudung, maka timbul rasa malu kerana mereka sahaja yang masih tidak bertudung. Lantaran itu mereka mengambil keputusan untuk memakai tudung, walaupun hati tidak berapa menyetujuinya. Kini masyarakat telah menerima wanita yang pakai tudung. Ujian sudah tidak besar. Kadang kala orang lelaki yang hendak berkahwin pun memberi syarat, wanita yang hendak dikahwininya mestilah bertudung.



Setengahnya apabila mereka melihat wanita lain memakai tudung lebih cantik dan manis, mereka pun hendak memakainya, tanpa mengetahui tentang ilmunya, mengapa mesti pakai tudung. Ada juga yang terpaksa memakai tudung kerana desakan keluarga atau suami. Ada yang mahu menjadikan tudung macam fesyen. Sekejap pakai, sekejap buka. Lantaran itulah nilai orang yang bertudung pada hari ini sudah menurun. Sudah tidak semahal wanita yang bertudung awal-awal dahulu. Hanya wanita yang berpurdah yang belum kelihatan berjalan-jalan di taman bunga atau di tempat-tempat hiburan. Mungkin taraf berpurdah sama dengan wanita yang bertudung diperingkat awal dahulu. Sesuatu amalan yang dilakukan kalau bukan atas dasar ilmu dan yakin serta faham apa yang mereka perbuat akan nampak ganjil dan pincang hasilnya. Sesuatu yang di buat bukan dari hati yang ikhlas, walau pun nampak hebat tetapi semuanya kosong. Tiada nilai di sisi Allah.



Wanita yang pakai tudung selain daripada keinginan untuk menutup aurat, tidak akan dapat berbohong dengan Allah walaupun di dunia mereka berjaya membohongi mata manusia mengatakan mereka juga sudah menutup aurat. Tetapi di akhirat nanti, niat sebenar dan apa yang ada di dalam hati mereka akan diselongkar dan di dedahkan oleh Allah dipadang Mahsyar di hadapan jutaan umat manusia.



Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh seorang sahabat :



" Ya Rasulullah Dengan apakah mencapai keselamatan kelak ?"



Jawab Nabi s.a.w : "Jangan menipu Allah."



Orang itu bertanya lagi : " Bagaimana menipu Allah ?"



Jawab baginda " Iaitu mengerjakan apa yang diperintahkan oleh Allah, tetapi tidak kerana Allah."



Di samping tiada niat untuk menutup aurat dengan bertudung akan ditolak oleh Allah, wanita yang berniat untuk menutup aurat dengan tudung tetapi tudungnya berfesyen sehingga menarik lelaki memandangnya, atau pun tudung yang dipakainya tidak memenuhi syarat menutup aurat yakni bertudung tetapi masih nampak pangkal leher, bermakna dia belum lagi sempurna menutup aurat, malah semakin berdosa kalau dengan memakai tudung yang berfesyen itu menyebabkan lelaki jatuh hati. Dikala itu tudung bukan menjadi alat untuk menutup aurat, tetapi menjadi alat untuk berhias. Wanita begini bukan mendapat pahala dengan menutup aurat tetapi mendapat dosa.



Bahaya besar kalau beramal bukan kerana ilmu tetapi kerana mengikut masyarakat dan peredaran zaman. Sementara yang mengamalkan syariat kerana pengaruh sekeliling, hanya mampu bertahan atau beramal selagi dia berada di dalam suasana begitu. Tetapi bila dia terkeluar dari kelompok masyarakat, dia sudah tidak mampu bertahan dan turut hanyut dengan masyarakat di sekitarnya. Ujian yang sedikit sahaja mampu menggoyangkan imannya. Oleh itu kalau hendak mendapat keredhaan Allah, maka seseorang itu mestilah berilmu dengan apa yang dilakukannya. Justeru itu menuntut ilmu adalah perkara yang utama sebagai penyuluh ibadah.



Di samping ada ilmu, amalan yang dilakukan hendaklah diniatkan kerana Allah, bukan kerana yang lain dari itu. Kita mesti bina keyakinan di dalam diri kita dan mempunyai kefahaman yang mendalam agar kita tidak mudah tergugat apabila datang ujian, betul di dalam tindakan dan bersabar di dalam apa jua kesusahan.



Nota: Renung-renungkanlah wahai wanita yang berada di luar sana. Jangan memakai tudung hanya ingin mengikut fesyen semata-mata...

Baca ini pula:

Kesilapan Kerap Wanita Tentang Aurat

Khamis, 25 Jun 2009

Tatasusila Bersetubuh Suami Isteri

Lelaki wanita yang hidup dalam perkahwinan tentu mengharapkan anak dari hasil hubungan seks antara suami isteri. Tentunya anak yang sihat, cerdas dan berbakti kepada orang tuanya serta taat menjalankan ibadah kepada Allah Taala. Anak yang demikian ini disebut anak yang soleh yang menjadi dambaan bagi setiap orang tua.


Terbentuknya anak menjadi orang yang soleh di samping unsur pendidikan, juga perilaku orang tuanya sewaktu melakukan persetubuhan akan menentukan corak keperibadian anaknya. Oleh sebab itu agama Islam telah memberi tuntutan yang sangat tepat baik ditinjau dari segi kesihatan ataupun moral.


Bimbingan Islam itu antara lain adalah:


Mandi terlebih dahulu bagi suami. Faedahnya adalah membersihkan badan dari semua kotoran dan bau yang kurang sedap, di samping untuk menguatkan syahwat. Cara ini sungguh sangat hygenis kerana badan telah dibersihkan dari segala macam bibit penyakit terutama pada bahagian alat kelamin.
Dari hadis riwayat Abu Daud telah disebutkan dan bererti:


“Sesungguhnya Rasullulah s.a.w. telah mengitari (menggilir) isteri-isterinya dalam suatu malam. Maka beliau mandi pada setiap isterinya satu kali. Kemudian saya bertanya: “Wahai Rasulullah, bagaimana sekiranya engkau mandi satu kali sahaja?” Lalu beliau menjawab. “Demikian inipun lebih bersih dan suci’.


b) Berwuduk sebelum bersenggama. Berwuduk ini dilakukan setelah mandi, gunanya adalah untuk membersihkan hadas kecil. Orang yang bersetubuh dalam keadaan suci lahir dan batinnya, lebih tenang dan tenteram daripada bersetubuh dalam keadaan kotor. Wuduk ini lebih ditekankan lagi sewaktu melakukan hubungan seks untuk yang kedua atau ketiga kalinya dalam satu malam. Faedahnya juga untuk menguatkan kelamin dan kebersihan. Sebagaimana tersebut dalam hadis riwayat Muslim yang bersumber dari Abu Said al Khudri, Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Apabila seorang dari kalian mendatangi isterinya, kemudian ia berkehendak mengulangi lagi, maka hendaklah ia berwuduk”.


c) Sewaktu mendekati isterinya ucapkanlah salam sebagai tanda kasih sayang. Salam mesra ini amat berpengaruh dalam jiwa isteri untuk membangkitkan ghairah seksnya serta perasaan menyerah setulus hati.


d) Ucapan salam harus disambut isterinya dengan ucapan mesra pula sebagai dorongan agar suaminya benar-benar dapat melaksanakan tugasnya dengan baik serta memuaskan.


e) Selepas kedua-duanya saling mengucapkan salam, suami boleh meneruskan acara itu dengan membelai rambut isterinya serta menciumnya tiga kali sebagai ciuman kasih sayang seraya mengucapkan selawat nabi tiga kali. “Allahumma Shalli `Alaa Muhammad”. Ucapan selawat ini sebagai satu usaha agar persetubuhan ini mendapat berkat dan diredhai Allah. Sebagaimana disebutkan dalam hadis Qudsi yang bersumber dari Abdur Rahman bin Auf, Allah telah berfirman kepada Rasulullah s.a.w. yang ertinya: “Barangsiapa mengucapkan salam kepadamu, nescaya Aku (Allah) memberi kesejahteraan kepadanya Dan barangsiapa membaca selawat kepadamu, nescaya Aku memberi rahmat kepadanya”.


f) Menjelang akan dilakukannya persetubuhan suami hendaklah membaca doa puji-pujian kepada Allah agar dianugerahi anak yang soleh, taat kepada Allah dan mahu berbakti kepada orang tuanya.


g) Hendaklah mandi selesai bersetubuh. Tidak seperti mandi ketika bersetubuh, mandi terakhir ini hukumnya wajib, baik mengeluarkan mani ataupun tidak. Kewajipan mandi ini sungguh merupakan tindakan kebersihan dan kesihatan sebab keletihan dan kelelahan badan waktu bersetubuh perlu penyegaran kembali.


Biasanya setelah malam harinya melakukan persetubuhan, maka pada pagi harinya badan terasa lesu, malas dan timbul berbagai perasaan yang bukan-bukan. Timbulnya kelesuan badan itu tiada lain kerana keletihan saraf-saraf di seluruh badan akibat keluarnya air mani dari dalam tubuh yang memerlukan tenaga. Sehubungan dengan itu, Islam telah mewajibkan kepada umatnya untuk mandi setiap kali mengeluarkan air mani atau sehabis bersetubuh. Maka terasalah badan segar kembali, timbul vitaliti baru, hilang rasa ngilu, fikiran berjalan normal seperti sediakala dan sebagainya.


Mengenai perintah mandi wajib setelah bersetubuh itu tersimpul dalam hadis nabi riwayat Bukhari dan Muslim yang bersumber dari Abu Hurairah iaitu bermaksud:


“Apabila ia duduk di antara empat anggotanya (dua tangan dan dua kaki) kemudian ia kerjakan dia (perempuan) maka sesungguhnya wajiblah mandi”.


Selanjutnya timbul pertanyaan pada kita apakah boleh melihat aurat semasa melakukan persetubuhan?


Pengertian aurat dalam Islam ialah bahagian-bahagian tubuh baik lelaki mahupun perempuan yang haram dilihat oleh orang yang bukan muhrimnya atau suami isteri sendiri. Aurat orang lelaki terdapat di bahagian tubuh antara pusat hingga lutut. Sedang aurat perempuan meliputi seluruh tubuhnya. Bahagian-bahagian aurat ini sama sekali tidak boleh dilihat oleh sesiapapun kecuali oleh muhrimnya atau suami isterinya sendiri. Kerana aurat tidak boleh dilihat, wajiblah aurat itu ditutup dengan pakaian yang sopan.


Aurat mempunyai pengaruh tersendiri pada pandangan mata. Ia punya daya rangsangan yang boleh membangkitkan nafsu berahi seseorang. Hanya dengan melihat aurat, orang lelaki boleh tegang batang zakarnya. Begitu pula orang perempuan timbul nafsu berahinya kerana melihat aurat orang lelaki. Begitulah aurat yang agama Islam sangat dihormati, yang harus ditutup dari pandangan mata kecuali oleh suaminya, isterinya atau muhrimnya sendiri.


Firman Allah Taala:


“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat”.


(Al Quran Surah An Nur Ayat 30)

Lagi firman Allah Taala:


“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka”.


(Al Quran, Surah An Nur Ayat 31)


“Tidaklah boleh orang lelaki melihat aurat orang lelaki dan tidak boleh orang perempuan melihat kepada aurat orang perempuan. Tidak boleh pula orang lelaki berselimut dengan orang lelaki dalam satu kain. Tidak boleh orang perempuan berselimut dengan orang perempuan dalam satu kain”.


(Hadis riwayat Muslim dari Abu Said r.a)


Sabda Rasulullah s.a.w.:


“Janganlah kamu perlihatkan pehamu, dan janganlah kamu melihat peha orang hidup dan jangan pula peha orang mati”.


(Hadis riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Hakim)


Jelaslah, melihat aurat antara sesama jenis atau lain jenis dilarang oleh agama kecuali yang melihat itu muhrimnya atau suami isterinya sendiri, bagi suami isteri yang ingin meningkatkan ghairah seksualnya dalam cumbu rayu, tentu melihatnya diperbolehkan.


Walaupun demikian ada batasan bagi suami isteri melihat aurat iaitu faraj atau vagina, maka melihatnya dilarang. Bahkan di dalam hadis disebutkan alasan mengapa dilarang melihat vagina (kemaluan wanita). Rasulullah s.a.w. bersabda yang ertinya:


“Apabila seorang dari kalian mendatangi isterinya maka janganlah ia melihat faraj (kemaluannya) kerana sesungguhnya yang demikian itu menyebabkan buta”.


Adakah maksud melihat faraj itu menyebabkan kebutaan? Kiranya belum ada ketentuan yang pasti secara ilmiah yang membenarkannya. Sebab betapa pun jorok faraj itu, akan tetapi faraj tidak mengeluarkan zat atau gas-gas yang boleh membutakan. Jadi secara medis melihat faraj itu tidak membahayakan mata.


Mengapa hadis menyebutkan begitu? Allahlah yang Maha Mengetahui. Akan tetapi yang jelas faraj merupakan anggota kelamin wanita yang sangat dihormati, siapa pun wanitanya. Bahkan wanita primitif-primitif yang belum mengenal kebudayaan pun tidak lupa menutup kemaluan mereka walaupun anggota-anggota badan lainya tetap dibiarkan terbuka bebas. Mereka mempunyai perasaan malu jika kemaluannya dilihat orang lain.


Secara alamiah memberi petunjuk betapa kemaluan wanita itu merupakan anggota kelamin yang terhormat, yang tidak boleh dijadikan tontonan dan dipertontonkan.


Hendaklah ingat, bahawa wanita mempunyai sifat pemalu, lebih pemalu daripada lelaki. Malu sebagai salah satu unsur penghalang timbulnya dorongan seksual. Jadi kalau suami akan bersetubuh kemudian merayu isterinya sambil melihat kelaminnya pastilah ghairah seksual isterinya akan turun secara drastik kerana didesak oleh rasa malunya. Oleh itu tidak berfaedah sama sekali usaha merayu isterinya yang justeru mengharapkan kepuasan dalam hubungan seks.


Di samping itu melihat kelamin wanita atau isterinya biasa menimbulkan akibat lain. Iaitu kemungkinan nafsunya akan cepat terangsang sehingga menimbulkan hajat yang tidak terbendung lagi. Jadi belum lagi ia merayu isterinya yang belum siap melakukan hubungan seks, ia sudah terburu-buru memaksa isterinya untuk melayani nafsunya. Sehingga benar-benar butalah hatinya, ia tidak lagi memikirkan keperluan seks isterinya melainkan hanya keperluan dirinya yang dikejar untuk mencapai kepuasan. Memang benar-benar buta ia iaitu buta hatinya.


Dengan kenyataan seperti di atas, maka kemungkinan besar larangan melihat kelamin wanita yang terdapat dalam hadis di atas merupakan tindakan moral saja agar setiap orang tidak begitu gelabah melihat kelamin wanita. Jadi buta yang dimaksudkan di dalam hadis tentunya dapat diertikan sebagai buta hati, bukan buta mata yang sesungguhnya.


Islam telah menuntut umatnya ke jalan yang benar, hidup yang benar, hubungan kelamin yang benar, dalam redha Allah. Yang demikian itu dimaksudkan agar semua umatnya selalu memegang prinsip yang benar dalam semua segi kehidupannya, termasuk kehidupan seksnya.

Rabu, 24 Jun 2009

Pujuklah Ia Walaupun Terpaksa

Lelaki tidak meminati wanita? Itu adalah satu pembohongan. Tidak ada lelaki tidak berminat atau tertarik untuk mengenali mana-mana wanita. Lelaki dijadikan sebagai makhluk yang akan memulakan sesuatu. Berbanding dengan wanita yang dijadikan dengan perasaan malu yang lebih menebal daripada lelaki.


Terdapat pelbagai cara lelaki untuk mengenal wanita. Melalui cara itu lelaki akan lebih mengenali wanita dan memahami kehendak wanita. Melalui pemerhatian yang dilakukan, lelaki mengenali wanita sebagai seorang yang:



Mudah tersinggung jika hatinya terusik terutama yang membangkitkan perasaan



Mudah jemu dan perlukan suasana yang berlainan untuk menghilangkan rasa jemu dan bosan.



Amat memerlukan cinta kerana memandang lelaki sebagai orang yang dicintainya dan cuba menyesuaikan dirinya dengan lelaki yang dicintainya.



Suka dipuji walaupun dia tahu bahawa lelaki itu berdusta asalkan pujian itu tidak menyakiti dirinya malah mendatangkan kegembiraan kepada dirinya.



Tidak percaya kepada lelaki walaupun kekasih atau suaminya begitu menyayanginya. Keadaan ini disebabkan perasaan gelisah dan sangsi lebih banyak dirasakan oleh wanita.



Berhati sentimental kerana naluri dan perasaan wanita yang penuh dengan kelembutan, sensitif, perasa dan lebih suka terpengaruh oleh suara hatinya berbanding oleh akalnya.



Suka memaksa lelaki kerana dia menganggap lelaki adalah insan yang dapat melenyapka rasa bosan dan jemu. Dan sebab itulah wanita memaksa lelaki agar memujuk rayu dan memanjakannya. Walaupun begitu, wanita tidak sanggup kejam terhadap lelaki malah lebih rela berlaku kejam terhadap dirinya sendiri.



Cemburu. Ini kerana wanita lebih cenderung mempertahankan harga diri, kepentingan peribadi, kepentingan keluarga dan anak-anak.



Bersikap penggoda kerana wanita dikatakan sentiasa memikirkan cara untuk memenangi hati lelaki dengan menggunakan daya tarikan tubuh dan wajahnya bagi tujuan tersebut. Sebab itu wanita suka memperagakan pakaian yang seksi ditempat umum.



Perkara-perkara yang dinyatakan di atas bukanlah tuduhan terhadap wanita atau untuk merendah-rendahkan martabat wanita. Dengan mengetahui perkara ini, lelaki dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai sifat-sifat sebenar wanita. Bagi wanita pula, kenalpasti kelebihan dan kelemahan diri adalah penting sebagai persiapan menghadapi apa saja kemungkinan yang bakal dicetuskan oleh lelaki.



Isnin, 22 Jun 2009

Lagu Pilihan: Aku Dalam Teka-teki - Wann

Ke mana lagi nak kubuang langkah
Ke arah hilang terbenam mentari
Nun di hujung lautan terpancar bulan
Semuanya

Telah pun aku langkahi
Sudah aku renangi
Namun di hati masih mencari


Sedangkan sungai ada muaranya

Begitu juga bumi dan paksinya
Tetapi hatiku kosong terbiar
Pasangannya
Dalam cahaya ku mencari
Bagai teka-teki
Di manakah cinta


Menerangi jiwa yang gelap gelita

Membuai aku yang terlena
Pesona antara yang nyata
Hadirlah kau hilangkan rindu
Dengan wajahmu di mataku
Biarlah bersatu


Biarpun hanya sekali

Namun kan terbukti
Biarlah menjadi rahsia abadi


Ke mana lagi nak kubuang langkah

Ke arah hilang terbenam mentari
Nun di hujung lautan terpancar bulan
Semuanya
Dalam cahaya ku mencari
Bagai teka-teki
Dimanakah cinta
Menerangi jiwa yang gelap gelita


Membuai aku yang terlena

Persona antara yang nyata
Hadirlah kau hilangkan rindu
Dengan wajahmu di mataku
Biarlah bersatu
ooo...

Khamis, 18 Jun 2009

Masih Mencari Cinta?

Ramai yang ingin bercinta sebelum berkahwin. Bagi mereka, apabila bertemu seseorang yang dapat menyentuh hati dan perasaan seperti di dalam filem-filem telenovela Korea, atau filem-filem Hindi barulah mereka akan bersedia mendirikan rumahtangga.

heart.jpg

Selagi belum ada yang boleh mengusik hati dan perasaan, mereka akan menganggap semua itu bukanlah satu 'cinta sejati'. Lalu mereka akan menjalani hidup mereka dengan berkhayal untuk menjumpai “Mr Right” atau “Ms Right” mereka.


Mereka akan berasa gembira dan ingin mendirikan rumahtangga apabila individu-individu ini tiba-tiba muncul dalam hidup. Itupun setelah mereka “betul-betul mengenali” individu ini, berselisih faham, bertekak dan berbaik semula, BARULAH mereka mendakwa diri mereka sedang dilamun cinta.


Apabila mendirikan rumahtangga, perasaan cinta itu dibawa bersama dengan harapan ia akan terus kekal begitu. Ramai yang terlupa atau tidak sedar bahawa tanggungjawab suami atau isteri adalah berbeza sekali dengan tanggungjawab sepasang kekasih, ia tidak terhad kepada menghantar dan menjemput dari tempat kerja sahaja. Ia lebih daripada itu.


Ada pula yang terlampau “bahagia” sehingga melupakan kedua orang tua. Ada juga yang berasa tertekan dengan kehadiran anak-anak yang dikurniakan oleh Allah.


Akhirnya alam perkhawinan mereka tidak menjadi seperti yang diinginkan, tidak seindah filem-filem telenovela Korea atau filem-filem cinta Hindi kerana ia akan diselubungi dengan pelbagai masalah.


ALAM PERCINTAAN SEBELUM BERKAHWIN
Bercinta sebelum berkahwin adalah sebahagian daripada budaya Hedonisme yang mengajar manusia fahaman “kebahagiaan hanya dicapai apabila ada keseronokkan di hati”. Akibatnya kebahagian itu hanya seketika kerana keseronokkan yang dilakukan kadang-kala mendatang masalah sosial dan masalah peribadi yang lain. Sedangkan Islam mengajar sesuatu yang lebih baik.


Budaya ini telah lama menyerap ke dalam masyarakat Melayu semenjak Hikayat 1001 malam dibukukan. Seseorang yang sedang khayal dan seronok bercinta dengan pasangannya akan menganggap diri mereka sedang menikmati kebahagiaan. Lalu kerana rasa bahagia inilah mereka membuat keputusan untuk mendirikan rumahtangga.


Persoalannya adalah mudah, mampukah kebahagian tersebut kekal 10 atau 20 tahun akan datang? Boleh atau tidak mereka berasa bahagia apabila hadir di antara mereka anak-anak dengan pelbagai kerenah.


WANITA MENGADU TENTANG CINTA KEPADA UMAR
Pada zaman Umar Al-Khattab r.a. sebagai khalifah, ada seorang wanita yang datang mengadu dan mengaku kepada beliau r.a. bahawa dirinya tidak lagi mencintai suaminya. Dia lalu meminta nasihat daripada Umar r.a. apakah cara terbaik dalam mengatasi masalah ini. Katanya hidup yang tidak dihiasi dengan cinta amat membosankan.


Lalu Umar berkata “Jika ada di antara kamu, wahai perempuan, yang tidak cinta kepada seorang di antara kami para lelaki, tidak usahlah hal itu dikhabarkan kepadanya (suami itu). Kerana hanya sedikit rumahtangga yang dibina berdasarkan cinta. Kebanggaan hanyalah (rumahtangga) yang didirikan atas dasar hasab.”


Hasab di sini bermaksud kemulian budi, sifat dermawan, sopan santun, akhlak yang baik dan sebagainya yang menyebabkan seseorang itu disegani. Dalam erti kata moden, imej yang baik.


Kata-kata ini membawa maksud bahawa, amat jarang sekali sesuatu perkahwinan yang membanggakan dibina berdasarkan cinta. Perkahwinan yang menjadi kebanggaan biasanya dibina atas dasar hasab yang baik.


Ini adalah satu kata-kata emas yang jika direnung, ia membawa maksud yang amat mendalam. Sebenarnya terdapat pelbagai elemen lain yang dapat mempengaruhi kebahagiaan dan kebanggaan sesuatu rumahtangga selain cinta dan seks.


DISEBALIK PERKAHWINAN
Sepasang manusia yang diijab-kabulkan akan melalui pelbagai ujian daripada Allah swt. Masing-masing akan melihat kelemahan dan kelebihan diri yang lain. Justeru akan muncul pula perasaan benci, marah dan sebagainya. Tambahan pula, sebagai manusia kita tidak akan lari dari melakukan kesilapan. Keadaan akan menjadi buruk apabila kesilapan-kesilapan yang dilakukan menghakis sedikit demi sedikit perasaan cinta yang menjadi asas perkahwinan tersebut.


Dititik inilah biasanya muncul masalah “suami curang” atau “isteri curang”. Masing-masing cuba mencari cinta baru dari luar rumah. Perilaku-perilaku ini seterusnya akan mewujudkan situasi yang amat buruk apabila perasaan cinta itu didorongi pula oleh nafsu seks.


Apabila cinta itu terhakis, apa lagi yang tinggal dalam perkahwinan? Adakah ia mampu bertahan sehingga ke akhir hayat atau sebaliknya? Kita melihat banyak kes-kes penceraian di dada akhbar setiap hari. Kebanyakkannya berkahwin kerana 'cinta semasa mereka' dan bukannya kerana menganggap bahawa perkahwinan adalah suruhan agama.


APABILA CINTA TIDAK MENJADI ASAS
Berbeza keadaan dengan rumahtangga yang tidak dibina atas asas cinta. Percintaan hanya wujud selepas perkahwinan. Banyak rumahtangga yang berjaya dibina berpuluh-puluh tahun lamanya dan dapat bertahan sehingga dipisahkan oleh liang lahat. Semakin hari semakin mesra, semakin sayang, semakin bahagia.


Setiap hari kedua-dua pasangan sama-sama belajar mengenali satu sama lain. Berbeza dengan mereka yang mendirikan rumahtangga yang berasaskan cinta dan seks, mereka yang mendirikan rumahtangga atas sebab hasab akan menjumpai lebih banyak nikmat lain, mereka akan menjumpai kebahagian di dunia.


Atas dasar itulah kita sering lihat masalah penceraian adalah perkara biasa pada zaman sekarang. Padahal ia adalah sesuatu yang jarang didengari dalam masyarakat Melayu lama. Masyarakat Melayu lama berkahwin bukan kerana soal seks atau cinta, tetapi pernikahan mereka adalah berdasarkan hasab.

khadijahdf91.jpg

Siti Khadijah r.a. tidak pernah bercinta dengan Rasulullah s.a.w. . Beliau terpikat dengan Rasulullah s.a.w. disebabkan budi pekerti dan akhlak Rasulullah s.a.w. yang mulia. Perkahwinan beliau dengan Rasulullah s.a.w. kekal sehingga akhir hayat beliau. Faktor usia, harta dan keturunan bangsawan Rasulullah s.a.w. bukanlah faktor utama.


Terdapat beberapa riwayat hadith yang menceritakan bagaimana sayangnya Rasulullah s.a.w kepada Khatijah r.a. melebihi isteri-isterinya yang lain. Di antaranya :


Aisyah r.a. berkata, Aku tidak pernah cemburu kepada seorang pun dari isteri Nabi s.a.w seperti cemburuku kepada Khadijah kerana Rasulullah banyak menyebutnya dan menyanjungnya dan setiap kali menyembelih kurban Nabi s.a.w. akan menyisihkannya sebahagian untuk dikirimkan kepada perempuan-perempuan sahabat Khadtijah. Kadang-kala aku berkata, “Seperti bumi ini tidak ada perempuan lain selain Khadtijah” Nabi s.a.w bersabda, “Demikian banyak kelebihan Khadtijah, dan darinya aku memperoleh anak. {Riwayat Bukhari}


Sejarah tidak melakarkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah melalui zaman percintaan bersama dengan Khadtijah r.a. sebelum mereka berumahtanggga. Malah Muhammad Hussein Haekal menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w bimbang akan kedudukkan kewangannya apabila dicadangkan oleh Nurfaisah untuk berkahwin dengan Khadtijah r.a. {Sejarah Hidup Muhammad (terjemahan Ali Audah), Litera AntarNusa, Mac 2006, m/s 67}


Ini menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w tidak ada apa-apa hubungan dengan Khadtijah r.a. sebelum mereka berkahwin. Perkahwinan beliau r.a. dengan Khadtijah r.a. merupakan satu perkahwinan yang terhormat dan berasaskan hasab.


Ini adalah selaras dengan wasiat Rasulullah s.a.w. kepada kita agar memilih calon-calon pasangan hidup yang beragama dan bukannya berasaskan percintaan. Hanya mereka yang menjiwai agama adalah mereka yang mempunyai budi pekerti dan akhlak yang baik.


Kesimpulan
Amat bijak sekali sekiranya kita mengambil keputusan untuk tidak menunggu lagi kemunculan “cinta sejati” Sebaliknya kita mula mencari mereka yang mempunyai agama yang baik, kahwinilah dan belajar mencintai mereka selepas berkahwin, kerana kebahagiannya telah pun dijamin oleh Rasulullah s.a.w., malah Allah telah menjanjikan rahmatNya.

Iklan

IPMart Online Shopping
Belian dalam RM

Jom Borak


Free chat widget @ ShoutMix

Kerana Agama...

Kerana Agama...
Imam Nawawi