Iklan

Gambar Pilihan

Gambar Pilihan
9

Rabu, 28 Januari 2009

Dibuli Yang Tersayang?



Ironi tetapi terjadi. Bila dah sayang, jiwa vulnerable lantas meninggalkan ruang ‘lembut’ untuk dimanipulasi pasangan. Dibuli bukan didera, dibuli bukan dipaksa, dibuli ialah melakukan sesuatu untuk memastikan pasangan gembira tanpa mengambil kira keadaan hati sendiri bagaimana. Jika nak guna perkataan dipukau cinta pun boleh juga. Mereka yang dibuli ini tidak datang daripada gender yang spesifik. Kedua-dua jantina pun merasa dan melakukannya. Membuli pasangan ini kadang-kadang berlaku tanpa disedari kerana diselimuti rasa syok apabila sering mendapat apa yang dihajati. Dari mata orang luar, pasangan ini kelihatan seperti begitu memahami dan mencintai, tetapi di dalam hati yang dibuli tiada siapa yang sedar sengsara yang dirasai.


Pasangan yang membuli tidak menggunakan kekerasan tetapi setiap kali anda harus mengikut kata mereka, cara mereka, keputusan mereka, rancangan mereka. Dalam erti kata lain, your say doesn’t matter, only hers/his. Di awal perhubungan mungkin yang dibuli merasa tidak mengapa kerana merasakan jiwa sangat menyayangi pasangan, namun jika kejadian membuli ini berlarutan, jiwa yang dibuli akan ‘makan dalam’ dan yang membuli pula semakin ‘naik lemak’. Kenapa jadi begini dan bagaimana untuk mengatasinya?


Jenis individu yang sering dibuli ini selalunya datang daripada golongan yang sukakan keamanan. Jika tercetus ketidakselesaan dalam perhubungan, pantas dia inginkan selesa itu kembali dan andai tercetus perbezaan pendapat atau keputusan, dialah insan pertama yang akan mengangkat bendera putih mengaku kalah. Setiap kali mengalah dengan mudah, kuasa dalam perhubungan akan berpindah kepada pasangan yang menang. Lantas, apabila pasangan anda mengetahui sifat cepat mengalah ini wujud dalam dirimu, peluang untuk anda dibuli itu tinggi. Sifat cepat mengalah ini bukanlah sesuatu yang negatif tetapi jika bertemu pasangan yang ‘bijak’ memanipulasi, anda akan sering mengikut cakap dia dalam semua keadaan. Pandai-pandailah menilai suasana untuk mengelakkan konfrontasi dan kadang-kadang anda perlu tegas supaya tidak dibuli. Biar bertegang urat beberapa kali dan dia tahu pendirian anda tentang hal tertentu daripada membiarkan diri diperkotak-katikkan pasangan anda selalu.


Takut kehilangan yang tersayang juga menjadi sebab mengapa ada yang mengikut sahaja apa yang disuruh atau diminta pasangan. Ada yang terfikir kalau aku tak buat apa yang disuruh, ada orang lain di luar sana yang rela melakukannya untuk dia, dan anda takut dia akan mencari orang lain. Tidak semestinya pasangan menakut-nakutkan, tetapi secara psikologinya anda merasakan begitu. Ketidakselesaan atau ‘threat’ yang diberi pasangan memaksa seseorang itu menurut segala kata dan tidak berani mengatakan ‘tidak’ atas permintaan pasangannya.


Sayang biar berpada, manja biar berbatas. Sayang tidak boleh dinilai dengan kesudian pasangan melakukan sesuatu untuk diri kita. “I suka this one necklace di Poh Kong. Nanti kita pergi beli ye?’. Walaupun tidak berduit, anda cuba juga kerana tidak mahu menghampakan si dia yang cukup teruja. Atau bagi lelakinya, “You nak balik jumpa mak you sakit ke? Tak payahlah, ramai lagi adik-beradik you boleh jengok”. Kerana sayangkan dia sangat, anda ikutkan saja walaupun hati tidak rela dan akhirnya diri diselubungi rasa bersalah yang amat sangat.


Dalam setiap perhubungan perlu wujudnya sikap tolak ansur dan saling memahami. Jangan setiap masa pun harus mengikut cakap pasangan, takut nanti orang kata yang anda terkena ilmu penunduk nasi tangas pula!

Lagu Pilihan : Tak Bisa Memilihmu - 6ixth Sense

Telah jauh terpisah, diriku dan dirimu,
Dalam ruang dan waktu,
Sendiriku jalani sepiku, tanpa dirimu,
Resahku tanpa hadirmu,
Sungguh berat hatiku untuk merasakannya


Salahku mencintai dirinya saat jauhku terpisah
Darimu,Dan hadirnya menyentuh hatiku,
Untuk cintainya,
Hatiku pun inginkannya,
Hingga runtuh setiaku kepada dirimu


Kusakiti hatimu yang tulus mencintaiku….


C/O

Maaf ku tak bisa memilih dirimu
Kerna kuterhanyut mencintai dia
Inilah salahku yang memberi ruang
Didalam hatiku tuk mencintainya…


(terhanyut jiwa ini,terjatuh dihatinya)


Ingin muaturun lagu ini? Klik di sini..

Khamis, 22 Januari 2009

Women

If you kiss her, you are not gentlemen
If you don't, you are not a man

If you praise her, she thinks you are lying
If you don't, you are good for nothing

If you agree to all her likes, she is abusing
If you don't you are not understanding

If you visit her too often, she thinks it is boring
If you don't, she accuses you of double crossing

If you are well dressed, she says you are a playboy
If you don't, you are a dull boy

If you are jealous, she says it's bad
If you don't, she thinks you don't love her

If you attempt a romance, she says you didn't respect her
If you don't, she thinks you don't like her

If you kiss her once in a while, she professes you are cold
If you kiss her too many, she yells that you are taking advantage

If you fail to help her in crossing the street, you lack ethics
If you do, she thinks it's just one of the man's tactics

If you stare at other, she accuses you of flirting
If she is stared by others, she says that they are just admiring

If she talks, she wants you to listen
If you listen, she wants you to talk

In Short:
So simple, yet so complex
So weak, yet so powerful
So confusing, yet so desirable ...women!

Rabu, 21 Januari 2009

Cara Pemakaian Tudung Terkini

awektudung.blogspot.com

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Hrkh) - Sesekali pembaca diajak untuk 'keluar' daripada kelaziman membicarakan isu-isu dan politik semasa sebagai satu riadah minda malah sebagai panduan untuk meneruskan gaya hidup yang berlandaskan agama mengikut tuntutan Allah dan RasulNya.

Mungkin telah dibincang ataupun sudah menjadi mangli bagi kaum hawa namun sesekali eloklah direnungkan mudah-mudahan sebarang kesilapan dan kelemahan diperbetulkan supaya akhirnya mendapat keredhaan Allah, menjadi wanita solehah dan muslimah sejati.

Perbahasan berkenaan sama ada
tudung muslimah itu patut labuh atau berbentuk tiga segi hanyalah skop yang kecil berbanding bagaimana cara penutupan aurat itu seharusnya diimplikasi secara keseluruhannya supaya menepati roh syariat yang sebenar.

Oleh itu wahai kekasihku terdiri daripada kaum ibu, adik-adik, kakak, isteri dan kekasih serta kawan-kawan marilah sama-sama memerhatikan beberapa gelaran jenis tudung yang boleh dilihat dalam realiti masyarakat hari ini yang perlu diperbetulkan oleh kalangan kaum hawa:-


1.
Tudung 'Mickey Mouse'
-Pemakaian tudung yang hanya menutup bahagian rambut dan kepala tanpa menutup kedua-dua telinga. Barangkali untuk menunjukkan subang atau apa-apa perhiasan. Pemakaian yang lebih teruk ialah apabila tudung tersebut dililit sehingga menampakkan leher.

2.
Tudung Lilit
-Jenis tudung ini jika dilihat telah menutup keseluruhan kepala termasuk telinga tetapi tidak dilabuhkan menutup dada dan hanya dililitkan di leher sahaja. Kriteria menutup dada tidak dipenuhi seolah-olah ingin menayangkan kurniaan yang tidak diberikan kepada kaum lelaki.

3.
Tudung 'See Through'
-Salah satu jenis tudung yang popular ini banyak dilihat di merata tempat, kain tudung yang nipis menampakkan leher dan telinga walaupun telah menutup lengkap. Lebih teruk jika tidak memakai anak tudung kerana ianya seperti tiada beza dengan mereka yang tidak bertudung.

4.
Tudung Jambul
-Pemakaian jenis ini banyak dipromosikan dalam drama-drama Melayu yakni menutup separuh rambut di bahagian belakang dengan membiarkan yang depannya tersembul keluar seperti jambul unta. (Cara Pemakaian Ini Sering Digunakan Di Kalangan Isteri Menteri)

5.
Tudung 'Singlet'
-Tudung yang sempurna tetapi dengan hanya memakai lengan pendek menyebabkan aurat dan lain-lain perhiasan yang sepatutnya ditutup daripada menjadi tatapan umum. Tiada kelonggaran hukum tentang penutupan aurat di kawasan awam hatta hanya untuk bersukan.

6.
Tudung Saji
-Sekejap pakai,sekejap tidak. Tudung atau lebih tepat dikatakan selendang yang hanya menjadi perhiasan leher.
Boleh dilihat di kenduri-kenduri kematian yang mana selendang tersebut akan turun dan naik diangkat si pemakai seolah-olah menjadikannya seperti tudung mengikut keperluan situasi.

Inilah serba sedikit pemakaian tudung yang kurang sempurna dan perlu diperbetulkan bagi menepati roh syariat yang sebenar sekaligus menggapai hikmah disebalik penetapan kewajiban menutup aurat.

Sesungguhnya Rasulullah telah bersabda :

"Pada akhir umatku nanti akan ada wanita-wanita yang berpakain namun (hakikatnya) telanjang. Di atas kepala mereka seperti pundak unta. Kutuklah mereka kerana sebenarnya mereka adalah kaum wanita yang terkutuk."(At-Thabrani Al-Mujamusshaghir : 232)

Selain itu kata laman web terbabit ada juga muslimah bertudung di kalangan kita yang memakai seluar jeans dan sebagainya sehingga menampakkan susuk tubuh mereka dan alasan kepada pemakaian tersebut tidak lebih hanya sekadar untuk menjalani rutin harian.


"Inilah kejayaan musuh Islam apabila perkara ini umat Islam menganggapnya sesuatu perkara yang biasa dan remeh dalam masyarakat. Perkara yang dianggap biasa ini menular dalam pemikiran masyarakat sehingga konsep penutupan aurat yang sempurna itu dicabuli dengan mudah," kata laman ibnyusof.blogspot.com


Semoga kaum hawa tidak lupa kepada Firman Allah yang jelas:-"Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan Al-Khimar kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka."


awektudung.blogspot.com

Isnin, 19 Januari 2009

Kesilapan Kerap Wanita Tentang Aurat


Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini? Jawabnya seperti berikut

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber'T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah 'menggoda'.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.


Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT ertinya :



"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)


Pengertian khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala. Sedang apa yang disebut 'juyub' kata jama' (bentuk plural) dari kata jaibun, iaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian / baju.


Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya.


Menurut Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi yang dimaksud perhiasan perempuan dalam ayat itu pula, iaitu apa saja yang dipakai berhias dan untuk mempercantik tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh, ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan sebagainya.


Dalam ayat di atas Allah memerintahkan kepada orang-orang perempuan supaya menyembunyikan perhiasan tersebut dan melarang untuk dinampak-nampakkan. Allah tidak memberikan pengecualian, melainkan apa yang terzahir. Oleh kerana itu para ulama kemudian berbeza pendapat tentang erti apa terzahir itu serta ukurannya.


Misalnya sahabat besar Nabi seperti Ibnu Abbas r.a, ia berkata dalam menafsirkan apa yang terzahir itu adalah celak dan cincin.


Yang berpendapat seperti ini ialah sahabat Anas Bin Malik. Justeru, harus dilihat celak dan cincin wanita, bererti boleh dilihatnya juga kedua tempatnya pemakaiannya, iaitu muka dan kedua tapak tangan. Demikianlah apa yang ditegaskan oleh ulama Tabien seperti Said bin Jubair, 'Atha', Auza'i dan lain-lain.


Bagaimanapun Ummul Mukminin Aisyah r.a, Qatadah dan lain-lain menisbatkan gelang sebagai perhiasan yang boleh dilihat. Dengan demikian, maka tempat letak gelang iaitu di pergelangan tangan adalah dibolehkan jika tiada fitnah. Tetapi berkenaan batasnya dari pergelangan sampai ke siku, masih diperselisihkan. Seeloknya di jauhi dari mendedahkannya.


Menurut Syeikh Al-Qaradawi juga, ini tidak sama dengan make-up yang biasa dipakai oleh perempuan-perempuan zaman sekarang untuk memakai gincu dan bedak merah di pipi serta kuku. Make-up ini semua termasuk berlebih-lebihan yang sangat tidak baik, yang tidak boleh dipakai kecuali di dalam rumah. Sebab perempuan-perempuan sekarang memakai itu semua di luar rumah, adalah untuk menarik perhatian laki-laki. Jadi jelas hukumnya adalah haram.


Namun, kiranya sesempurna mungkin seorang muslimah harus bersungguh-sungguh untuk menyembunyikan perhiasannya, termasuk wajahnya itu sendiri kalau mungkin, demi menjaga meluasnya kerusakan dan banyaknya kefasikan di zaman kita sekarang ini. Lebih-lebih kalau perempuan tersebut mempunyai paras yang cantik yang sangat dikhuatirkan akan menimbulkan fitnah.


"Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya." (an-Nur: 31)

Kesemua jenis berpakaian yang disebut tadi adalah diharamkan secara sepakat seluruh Ulama Islam. Pengarahan ini tertuju kepada perempuan-perempuan mu'minah, dimana mereka dilarang keras membuka atau menampakkan perhiasannya yang seharusnya disembunyikan, misalnya perhiasan telinga (anting-anting), perhiasan rambut (sanggul); perhiasan leher (rantai), perhiasan dada (belahan dadanya) dan perhiasan kaki (betis dan gelang kaki). Semuanya ini tidak boleh dinampakkan kepada laki-laki lain. Mereka hanya boleh melihat muka dan kedua tapak tangan yang memang ada rukhsah untuk dinampakkan.

Amat jelas dari dalil al-Quran dan al-Hadith bahawa Islam mengharamkan perempuan memakai pakaian yang membentuk dan nipis sehingga nampak kulitnya. Termasuk diantaranya ialah pakaian yang dapat menampakkan bahagian-bahagian tubuh, khususnya tempat-tempat yang membawa fitnah, seperti: buah dada, paha, dan sebagainya.



Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)


Mereka dikatakan berpakaian, kerana memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, kerana itu mereka dikatakan telanjang, kerana pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qaradawi)



'Bukhtun' adalah salah satu macam daripada unta yang mempunyai kelasa (punuk) besar; rambut orang-orang perempuan seperti punuk unta tersebut kerana rambutnya ditarik ke atas.


Disebalik keghaiban ini, seolah-olah Rasulullah melihat apa yang terjadi di zaman sekarang ini yang kini diwujudkan dalam bentuk dandanan rambut, dengan pelbagai macam bentuk dalam salon-salon kecantikan, lebih parah pula apabila kaum lelaki pula yang bekerja di salon seperti ini.


Larangan Nipis

Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma' binti Abu Bakar pernah masuk di rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda SAW berpaling dan mengatakan:


"Hai Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini -- sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya." (Riwayat Abu Daud)


Walaupun terdapat perawi lemah dari hadis, tetapi diperkuat dengan hadis-hadis lain yang membolehkan melihat muka dan dua tapak tangan ketika diyakini tidak akan membawa fitnah.


Dr Yusof Al-Qaradawi menegaskan bahawa melihat secara normal kepada wanita atau lelaki, kepada selain aurat, selama tidak dilakukan dengan syahwat dan berulang-ulang, hukumnya adalah halal. (Al-Halal Wal Haram Fil Islam)


KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.

Diriwayatkan dalam sebuah Hadith


Ertinya :
Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya) (Riwayat Al-'Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245) .

Menurut Imam Mujahid, hadith ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu sebagai respond Rasulllah SAW memuji dan menyebut hadith di atas. ( Al-Bayan wa At-Ta'rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831)


Berdasarkan dalil ini juga, bermakna Allah sentiasa melaknati wanita yang tidak berseluar panjang (di sebelah dalamnya) semasa naik kenderaan. Demikian menurut kaedah Mafhum Mukhalafah di dalam ilmu Usul Fiqh.


KESALAHAN KESEPULUH : Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaja ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya..kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.

Larangan ini datang dari Firman Allah SWT :
"Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit." (al-Ahzab: 32)


TUJUAN TUNTUTAN MENUTUP AURAT

Berdasarkan dalil Al-Quran dan al-Hadith, amat jelas bahawa isu aurat bukanlah isu remeh dan cabang. Ia adalah termasuk dalam katergori hukum qati'e dan usul. Malah ia juga merupakan salah satu dosa utama yang amat diperjuangkan oleh Syaitan. Ini adalah kerana, dengan terbukanya aurat, maka ia boleh mencambahkan dosa-dosa lain seperti zina, mengandung anak luar nikah, bercerai suami isteri akibat curang, membunuh anak luar nikah, putusnya hubungan keluarga dan pelbagai lagi. Perihal Syaitan mensasarkan dosa 'buka aurat' ini sebagai dosa pilihan utamanya ada disebutkan dalam Al-Quran dari firman Allah ertinya


" Maka Syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu auratnya .." Al-A'raf : 20)

Ringkasnya, antara tujuan utama diwajibkan umat Islam lelaki dan wanita untuk menutup aurat adalah



a)
Perbezaan dengan binatang.

Allah SWT berfirman :


" Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan" ( Al-A'raf : 26)


Amat jelas dari ayat ini, penutupan aurat ditujukan kepada sesiapa sahaja yang termasuk dalam kategori anak Adam iaitu manusia. Justeru barangsiapa yang berpaling dari arahan ini, secara langsung ia menjatuhkan tahapnya selari dengan binatang yang tiada cukup kemampuan dan akal bagi menjalankan arahan penutupan aurat.


b)
Agar kaum wanita tidak disakiti

Ia berdasarkan ulasan yang telah saya buat sebelum ini bersandarkan firman Allah SWT dari surah Al-Ahzab ayat 59.


c)
Tanda atau seperti uniform kepada penganut agama Islam.

Ia juga boleh difahami dari surah Azhab ayat 59 tadi apabila Allah SWT menyebut : « .. yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam).. »


Dari sini jelas, menunjukkan salah satu fungsi tutupan aurat juga adalah sebagai syiar diri sebagai penganut Islam. Firman Allah : « Barangsiapa yang membesarkan syiar Allah maka ia adalah dari tanda ketaqwaan hati »


d)
Tanda profesionalism dalam sistem pemakaian Islam.
Kita dapat memerhati bagaimana 'trend' sesebuah organisasi atau restoran hebat hari ini pasti meletakkan 'dress code' tertentu bagi kakitangannya dan para tetamunya. Ia pastinya bertujuan penjagaan standard khas bagi organisasi dan restoran itu di tahap tertentu. Sebagai contoh, kita tidak akan dapat melihat individu berselipar Jepun di sebuah Persidangan Antarabangsa di PICC, Putrajaya mahupun di kalangan kakitangan PETRONAS di pejabat mereka di Menara Berkembar. Semua menjaga 'standard' berbanding tauke kedai runcit yang tidak beruniform.

Justeru, Islam adalah satu agama dan cara hidup yang profesional pastinya begitu lengkap menyediakan panduan melengkapi setiap sudut kehidupan manusia. Dari hal-hal yang sulit seperti urusan di dalam tandas hinggalah ekonomi dan kenegaraan. Walaupun demikian, Islam tidak mengarah umatnya membuat perkara yang tidak rasional, justeru, sudah tentu 'standard' pemakaian yang diletakkan ini tidak membebankan bahkan ia amat bertepatan dengan logik akal manusia yang sihat.


e)
Sebagai ujian bagi manusia untuk melihat tahap ketaatan mereka kepada Allah SWT.

Saya kira hal ini amat jelas, dari firman Allah ertinya : "Dijadikan hidup dan mati adalah untuk menguji siapakah yang terlebih baik amalannya" (Al-Mulk : 2)


DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER

Ungkapan ini kerap saya dengari, saya yakin anda juga mungkin kerap mendengarnya. Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat.


"Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi" Katanya memberi buah fikirannya.


"Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat benda-benda tak elok" tambah wanita ini lagi.


Benarkah hujah mereka? Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam? Ada juga yang sudah semakin 'advance' hujahnya lantas berhujah dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sohih iaitu :


"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu" (Riwayat Muslim)


Simpati bercampur kesal saya mendengar bagaimana terdapat orang yang sewenangnya berhujah dengan hadith untuk menyokong nafsunya. Hanya digunakan Islam dalam hal yang selari dengan kehendaknya sahaja.


"Seorang pekerja yang dijumpai oleh majikannya sedang bermain 'game' semasa waktu kerjanya sedangkan dokumen yang dipinta si boss masih tidak disiapkan, lalu si majikan berkata: "Macam mana kamu nak cemerlang dalam kerja kalau begini sikap kamu?"


Lalu jawab si pekerja : " Saya luaran je nampak main 'game' boss, tapi hati saya ikhlas dan saya kerja dengan cemerlang"


Adakah anda rasa si boss boleh menerima cakap pekerjanya itu? Adakah Allah SWT boleh mengganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar perintahNya?


Hakikatnya, sesuatu untuk baik dan suci mestilah ditentukan mengikut neraca Allah dan RasulNya, bukannya neraca pemikiran kita semata-mata. Jika merujuk kepada neraca Islam, Nabi SAW pernah bersabda ertinya :

"Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati" (Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadith ini, menurut neraca Islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat di peringkat pertamanya dari tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang diletakkan Islam, ia adalah tanda kekotoran hatinya. Jika tindakan luarannya pula bertepatan dengan kehendak Islam, maka adalah harus ianya dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran orang ramai, adapun baik di peringkat kedua adalah samada hatinya bertujuan kerana Allah atau selainnya seperti sekadar menunjuk-nunjuk sahaja.



Justeru, 'we can judge a book by its cover in certain cases' iaitu apabila perkara asas Islam dilanggar, maka sudah tentu 'that cover is reflecting what's inside the heart of a person'.


Menghukum berdasarkan yang zahir ini bertepatan dengan hadith :


Ertinya :
Sesungguhnya aku hanya manusia, dan kamu sentiasa membawa kes pertikaian untuk di selesaikan olehku, dan mungkin sebahagian kami lebih cekap berhujah dari sebahagian lainnya, maka aku telah memutuskan hukuman berdasarkan apa yang kudengari sahaja. Barangsiapa yang telah ku jatuhi hukuman dan hukuman itu mengambil hak yang lain (akibat kurang cekap pihak yang benar dalam berhujah), maka janganlah kamu mengambilnya, sesungguhnya ia bakal menjadi sepotong api neraka" (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan lain-lain ; Rujuk Naylul Awtar, 8/632, no 3920 )


Hadith ini dengan jelas menunjukkan seorang hakim dalam Islam akan membuat hukum berdasarkan info dan bukti zahir yang diberikan. Demikian juga dalam kes penutupan aurat, tanpa menutupnya adalah tanda keingkaran hati terhadap arahan Allah. Mana mungkin hati begini boleh dianggap baik oleh Islam.


Kaum wanita perlu menyedari bahawa dengan pembukaan auratnya, setiap lelaki yang melihatnya akan memperoleh dosa setiap kali ia memandang. Tetapi yang beratnya adalah si wanita bukan mendapat satu dosa bagi kesalahan itu, tetapi juga meraih setiap dosa semua lelaki yang memandangnya. Bayangkanlah berapa banyak dosa yang diperolehi hanya dengan pembukaan aurat di satu hari.

Ia berdasarkan sabda Nabi SAW
Ertinya :
Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya.." ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )

Termasuklah dalam erti mempelopori, apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di hari itu, yang menyebabkan lelaki melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang memandang. Adakah hati orang sebegini boleh dikira baik setelah gunungan dosa mengaratkan hatinya?

Sesungguhnya Allah itu maha adil dan maha pengasih. Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah dengan mentaatinya. Bagi yang berdegil, tiada kata yang dapat diberikan kecuali ; Yakinilah bahawa Allah itu benar, RasulNya juga benar, Syurga dan Neraka juga benar. Jika mempercayainya maka mengapa tindakan masih seolah meraguinya?




Sekian

awektudung.blogspot.com

Lagu Pilihan : Tanpa - 6ixth Sense

Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti

Meski
Pagi itu menatapi
Akan sunyi tanpamu
Menemani aku sepi

* Tanpa..
Cintamu aku resah
Tanpa..
Kasihmu aku hampa
Tanpa..
Dirimu aku mati
hohoo…

Kini benar-benarku rasakan
Dalam relung hatiku tanpamu
Aku tak mengerti
daku....
Takut jauh dari dirimu
Dan kau tinggalkan aku sendiri
Tanpamu ku mati
hohoo…

Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti


Ingin muaturun lagu ini? Klik di sini..

Rabu, 14 Januari 2009

Didik Anak Mengikut Usia

Oleh ROSLAH OTHMAN

MEMIKUL tanggungjawab menjadi ibu dan bapa bukan satu perkara yang mudah. Matlamat keibubapaan itu sendiri perlu diketahui supaya anak dapat dibimbing untuk mencapai potensi menjadi insan yang berguna, bertanggungjawab dan produktif.



Penceramah Bahagian Pembangunan Keluarga, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Rahmah Othman berkata, dalam konsep keibubapaan sendiri, bapa adalah ketua dan pemimpin keluarga, manakala ibu sebagai pembantu bapa dalam pengurusan keluarga dan rumah tangga serta menjadi pemimpin semasa ketiadaan bapa.

Dalam cabaran masa kini, ibu bapa perlu ada anjakan paradigma supaya dapat melaksanakan tanggungjawab mereka dengan lebih baik lagi.

Rahmah berkata, dalam mendidik anak, terdapat tahap-tahap tertentu yang perlu diketahui dan diikuti oleh setiap ibu bapa.


‘‘Anak berusia satu hingga tujuh tahun perlu dididik secara bergurau dan jangan dipukul. Bagi anak berusia lapan hingga 14 tahun, sebaiknya didik mereka dengan disiplin, tunjuk ajar dan kasih sayang.


‘‘Sementara di peringkat remaja iaitu 15 hingga 21 tahun, anak harus dididik macam kawan, jangan dirotan dan dimarah. Sebaliknya, peluk, pujuk dan nasihati mereka. Manakala selepas usia 21 tahun, ibu bapa perlu memberi kebebasan mereka membuat keputusan dan tindakan,’’ ujarnya ketika menyampaikan ceramah bertajuk ‘Ibu bapa Teman Sejati’ pada Kursus Bersiri Pembangunan Keluarga Ilmu Keluarga @ LPPKN bertajuk "Anakku, Kalian Segalanya" di Bangunan LPPKN, baru-baru ini.


Menerangkan lebih lanjut mengenai mendidik anak, khususnya anak remaja, perhubungan dan interaksi positif ibu bapa dengan anak perlu ada. Ia termasuk saling menghormati, sedia mendengar, memberi galakan dan sokongan serta menerima anak itu sebagai individu yang istimewa.

Katanya, peringkat usia 10 hingga 19 tahun merupakan masa yang paling kritikal kerana remaja akan mengalami pelbagai perubahan dan perkembangan meliputi perubahan fizikal, mental, psikologi, emosi dan sosial.

‘‘Pada peringkat usia ini mereka akan menghadapi pelbagai persoalan yang menekan jiwa. Ketika ini jugalah proses mencari dan membentuk identiti, perubahan fizikal pada tubuh badan, perasaan yang bercelaru dan keinginan untuk dihargai boleh menyebabkan berlaku tekanan jiwa,’’ ujarnya.

Menerangkan mengenai remaja berumur 10 hingga 14 tahun kata Rahmah, di peringkat itu mereka lazimnya, bersifat logikal, sentiasa ingin tahu, suka bertanya itu dan ini, lasak, bertenaga, suka meneroka cabaran, namun masih bersifat keanak-anakkan.

Pada peringkat inilah, kata beliau hubungan dengan keluarga amat penting, termasuk keinginan untuk mereka berbincang dengan ibu bapa masih ada. Sementara remaja peringkat pertengahan 14 hingga 17 tahun mereka mula utamakan rakan sebaya daripada keluarga. Remaja peringkat ini dikatakan suka memaksa dan mendesak.

Malah, di peringkat ini juga mereka mula mencari identiti diri dengan cuba membentuk peribadi menjelang kedewasaan.

Di peringkat ini, kata Rahmah, jika remaja tidak dibimbing dengan sewajarnya, kemungkinan untuk mereka terlibat dengan gejala tidak sihat seperti penyalahgunaan dadah, seks bebas dan lari dari rumah adalah tinggi.


Sementara, peringkat 17 hingga 19 tahun, kata Rahmah, mereka lazimnya telah mengenali dan menghayati identiti diri yang sebenar. Ikatan dengan rakan sebaya semakin berkurangan dan beralih kepada individu berlainan jantina. Malah di peringkat ini keupayaan mereka untuk berfikir juga lebih terbuka dan mula berfikir untuk masa depan.

‘‘Remaja di peringkat ini bukan sahaja boleh berdikari tanpa ibu bapa, tetapi juga daya fikiran dan imaginasi digunakan untuk kepentingan pelajaran dan kerjaya,’’ terangnya.


Remaja di peringkat ini juga, kata Rahmah, sememangnya memerlukan perhatian dan tumpuan. Oleh itu, ibu bapa perlu sentiasa atau mempunyai ruang untuk mendekati dan mendampingi anak remaja mereka.


Malah ibu bapa juga perlu bertanggungjawab untuk mengetahui apa yang anak sedang buat, apa yang anak sedang difikirkan, apa yang ada dalam begnya, apa yang disembunyikan, siapa kawan-kawannya dan di mana tempat yang dikunjunginya.


Menerangkan beberapa cara menzahirkan kasih sayang kepada anak remaja, beliau menjelaskan ia termasuk melalui percakapan, pujian, pengiktirafan, bergurau senda dan ucapan yang baik. Malah ia juga boleh ditunjukkan melalui perlakuan atau gerakan badan, bersalaman, memeluk, mencium, memberi hadiah, beriadah bersama dan saling menghormati.

Dalam masa sama, ibu bapa sewajarnya mengambil inisiatif menerangkan atau menjelaskan mengenai peraturan berkaitan sentuhan. Akibat terlalu naif, ada remaja terlibat dengan gejala itu sekadar ingin mencuba tanpa memikirkan risiko yang akan ditanggung.

‘‘Anak-anak perlu diterangkan tubuh mereka adalah milik mereka sahaja, tidak siapa berhak menyentuh bahagian sulit tubuh mereka kecuali bagi tujuan kebersihan atau kesihatan. Begitu juga tiada siapa berhak meminta menyentuh bahagian sulit tubuh mereka.

‘‘Malah jika mereka tidak berasa selesa apabila disentuh seseorang, katakan ‘tidak’, lari dan beritahu orang lain yang dipercayai,’’ ujarnya sambil menegaskan anak-anak juga perlu diterangkan tentang bagaimana membezakan antara sentuhan selamat, selesa dan sebaliknya.

Dalam ceramahnya juga Rahmah turut menerangkan bagaimana terdapat empat gaya keibubapaan yang menjadi amalan ibu bapa hari ini tanpa disedari amat mempengaruhi seorang anak itu.

Empat jenis yang dimaksudkan, jenis A Autoritarian (tinggi kawalan, rendah kasih sayang), jenis B-Permisif (rendah kawalan, tinggi kasih sayang), jenis C-Pengabaian (rendah kawalan, rendah kasih sayang ) dan jenis D-Autoritatif (tinggi kawalan, tinggi kasih sayang).


Berbanding jenis A, B dan C, jenis D iaitu Autoritatif yang lebih berasaskan konsep demokratik seperti kesamarataan dan amanah lebih berjaya membimbing anak-anak ke arah pencapaian potensi mereka sebagai individu yang bertanggungjawab, berdikari, produktif dan berakhlak mulia.

‘‘Ibu bapa yang menggunakan pendekatan jenis D dalam mendidik anak merupakan ibu bapa yang seimbang memberi sepenuh perhatian terhadap keperluan anak-anak dan meletakkan batasan yang jelas terhadap tingkah laku anak-anak. Ibu bapa ini membuat keputusan berdasarkan keperluan, bukan keinginan atau nafsu anak-anak,” katanya.

Isnin, 12 Januari 2009

Sayang Bini dan Handphone Nyer

"Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab
exclusive lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym,
tiba-tiba kedengaran deringan handphone di penjuru bilik tersebut.
Seorang lelaki menjawap panggilan itu dan terjadilah perbualan
seperti berikut . .


"Hello?"

"Abang, nie sayang nie,"
"emmm . . "
"Abang masih ada di kelab lagi ke? "
"Iya."
"sayang sekarang nie berada di shopping complex dua block dari
kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru . . cantik bang,
boleh ke sayang beli?
"Berapa harga nya?"
"Cuma $1500.00 aje"
"O.K, belilah kalau memang awak dah suka sangat"


"Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah

di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2001 . Sayang
suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya
dan dia setuju nak bagi good price . . lagipun elok juga kita tukarkan
dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu. ."


"Berapa harga yang dia bagi?"

"Cuma $280,000 ..."
"O.k tapi pastikan harga tu dah on the road."


"Great!, before we hang up, ada satu perkara lagi..."

"Apa?" "Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang
dan....pagi tadi sayang singgah dipejabat ejen hartanah dan sayang
dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu, sekarang nie untuk
dijual!!


Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada

taman orkid kat belakang , berhadapan dengan pantai tu.. cantik kan bang.


" Berapa harga yang mereka minta?"

" Cuma $740,000... o.k kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita
boleh cover harga tu. "


"Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli,

tapi cuba dapatkan harga $700,000. OK?"


"OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!!

I Love You !!!"



"Bye... I Love you too . . "



Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap handphone . . .sambil

mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang
ada dalam bilik tersebut:


"ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA?"

Lagu Pilihan : Tonight I Celebrate My Love - Peabo Bryson and Roberta Flack

Tonight I celebrate my love for you
It seems the natural thing to do
Tonight no one's gonna find us
We'll leave the world behind us
When I make love to you


Tonight I celebrate my love for you
And hope that deep inside you feel it too
Tonight our spirits will be climbing
To the sky lit up with diamonds
When I make love to you tonight


Tonight I celebrate my love for you (ooh)
And that midnight song is gonna come shining through
Tonight there'll be no distance between us
What I want most to do
Is to get close to you tonight


Tonight I celebrate my love for you
And soon this old world will seem brand new
Tonight we will both discover
How friends turn into lovers
When I make love to you


Tonight I celebrate my love for you (ooh)
And that midnight song is gonna come shining through
Tonight there'll be no distance between us
What I want most to do
Is to get close to you


Tonight I celebrate my love for you


Ingin muaturun lagu ini? Klik di sini.

Khamis, 8 Januari 2009

Anganku

Tak sangka sebagai lelaki saya jatuh cinta lagi
padahal saya telah berbini
tak sangka sebagai lelaki saya betul-betul jatuh cinta
padahal saya telah berputera tiga

Masalahnya adalah kembaran
ada yang hilang kelmarin lusa, dua tahun yang lalu
istri telah menghadap keharibaan-Nya
telah lama saya meradang, menyendiri meratapi kepergian istri
putera tak terurus
saya sendiri compang camping

Masalahnya adalah kembaran
di dunia ternyata ada kembaran
pasti matahari, bumi dan bulanpun punya kembaran
dan istri saya punya kembaran

Saya jatuh cinta
saya tak bisa melupakan
namun usia saya telah lewat tiga puluh delapan
tak pacak untuk menyunting gadis yang dupuluh tiga tahun
sungguh tak pacak

Saya pun tak berani bersua padanya
takut mencederai istri di alam baka
disangkanya suami tak setia
sampai hayat di kandung badan

Masalahnya kembaran
yang tak bisa dilupakan
sungguh siang malam jadi kenangan
sungguh saya tak tahan akan semua cobaan
namun ketiga putera saya butuh tumpuan
mereka masih kecil dan butuh bantuan dari ibu

siapa pula yang doyan dengan lelaki semacam saya
yang sudah uzur dan bau tanah
digenggam derita

Nukilan:
falah yunus

Selasa, 6 Januari 2009

Cara Berjimak Mengikut Islam

Masa berjimak untuk mendapatkan Zuriat Sempurna

Sabda Rasullah s.a.w. "Wahai Ali ! Peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya dari Jibril a.s"

1. Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang berbuah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang tukang sebat atau ketua yang bengis.

2. Jangan berjimak antara azan dan iqmah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka menumpahkan darah.

3. Jangan berjimak jika isteri sedang hamil melainkan kedua-dua suami dan isteri berwuduk. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.

4. Jangan berjimak pada pertengahan nifsu syaban. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mempunyai tanda pada yang jelek pada muka dan rambutnya.

5. Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2 hari). Jika dikurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka meminta-minta.

6. Jangan berjimak semasa syahwat terhadap saudara perempuan (adik ipar). Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim, pada tangannya membuat kebinasaan kepada banyak manusia.

7. Jangan berjimak dengan isterimu di atas loteng. Jika Allah mengurniakan anak, nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.

8. Jangan berjimak dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar bermusafir. Jika Allah mengurniakan anak ia akan membelanjakan harta pada jalan yang tidak haq.

9. Jangan berjimak dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi pembantu kepada setiap orang yang zalim.

10. Jangan berjimak dengan isterimu pada awal malam (sebelum isyak). Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang ahli sihir, songlap dan menghendaki dunia daripada akhirat.

Cara berjimak yang dituntut.

1. Berjimak pada malam Isnin. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab Allah dan redha terhadap segala pembahagian Allah s.w.t.

2. Pada malam selasa.
Jika Allah mengurniakan anak ia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak akan azabkannya (turun bala) kepadanya bersama-sama orang musyrikin. Mulutnya berbau harum, yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu domba.

3. Pada malam Khamis.
Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang bijaksana di kalangan yang bijaksana atau orang alim di kalangan orang alim.

4. Sewaktu matahari di tengah langit. Jika Allah mengurniakan anak ia tidak dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s.w.t rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.

5. Pada malam Jumaat. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang pemidato yang berwibawa dan petah.

6. Hari Jumaat selepas asar. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim.

7. Malam Jumaat selepas Isyak yang akhir. Jika Allah mengurniakan anak ia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka.

8. Bacalah doa berlindung dari syaitan. Jika Allah kurniakan anak ia tidak dimudaratkan oleh syaitan selama-lamanya.

Isnin, 5 Januari 2009

Kesihatan Zakar



PADA 1994, kajian ke atas lelaki berumur di Massachusetts mendapati bahawa lebih setengah bilangan lelaki berusia antara 40 hingga 70 tahun menghadapi masalah untuk mengekalkan ketegangan.


Ia juga berlaku di kalangan pemuda berusia 20-an dan 30-an. Manakala, penyelidikan pasaran menunjukkan bahawa usia purata penghidap penyakit lemah tenaga batin atau erectile dysfunction di benua Asia lebih muda dengan penghidap di negara China bermula ketika berusia 42 tahun. Jepun dan Malaysia, 44 tahun.


Secara rambang, kira-kira 100 juta lelaki di seluruh dunia dianggarkan menghadapi masalah lemah tenaga batin. Malah hampir sejuta lelaki di Malaysia akan menghadapi masalah tersebut.


Lemah tenaga batin dikaitkan sebagai ketidakupayaan yang berterusan untuk mencapai atau mengekalkan ketegangan yang secukupnya bagi menghasilkan satu aktiviti seks yang memuaskan. Ia merupakan satu masalah yang meluas namun jarang diperkatakan di kalangan lelaki terutamanya di dalam masyarakat Asia.
Bagi masyarakat Asia, adalah sesuatu yang amat mengaibkan untuk memperkatakan tentang penyakit ini secara terbuka. Banyak beranggapan ‘kejantanan’ lelaki terletak pada kehebatan mereka di ranjang. Justeru kerana tidak mahu diperolok-olokkan kawan-kawan, maka penghidap lemah tenaga batin lebih rela menderita dalam diam. Lebih memburukkan keadaan andai mereka juga keberatan untuk membincangkan isu ini dengan pasangan atau mendapatkan nasihat doktor.


Masalah seks Lelaki :
Penyakit Lemah Tenaga Batin (lelaki cepat inzal)

Mati pucuk (zakar tidak berfungsi langsung)

Lemah Syahwat (zakar tidak cukup tegang)


Penyakit Lemah Tenaga Batin

Mengikut kajian sama ada secara moden atau tradisional, penyakit ini berpunca daripada pelbagai punca. Jikalau anda telah berikhtiar ke mana-mana sama ada secara moden atau tradisional tetapi masih belum berjaya, saya berharap anda tidak berputus asa dan kecewa. Apatah lagi tenaga kelakian itu tidak harus kita pisahkan daripada realiti kehidupan sebenar kita terutamanya semasa kita melakukan persetubuhan dengan orang tersayang (isteri).


Secara logiknya alat kelamin lelaki yang digunakan secara berterusan, tetapi kurang dijaga (dirawat) secukupnya akan kehilangan daya tahannya. Dan inilah penyebab utama yang menyebabkan seseorang itu akan mengalami penyakit LEMAH TENAGA BATIN, LEMAH SYAHWAT dan MATI PUCUK.


Mati Pucuk

Mati pucuk adalah salah satu kecacatan dalam seks yang mengakibatkan seseorang tidak mempunyai keupayaan untuk bersetubuh. Mati pucuk ini merupakan kecacatan yang serius yang mana ia boleh menghancurkan sesuatu perkahwinan kerana pasangan tidak dapat menghasilkan keturunan.


Orang lelaki yang tidak mampu melaksanakan persetubuhan disebut impotent; batang zakar menjadi lembik dan tidak boleh menegang. Dalam bahasa Arab disebut “Unnah” atau dalam bahasa kita disebut “mati pucuk”.


Mengapa mati pucuk berlaku?

Masalah lemah tenaga batin biasanya berlaku akibat gangguan vaskular yang menjejaskan bekalan darah ke zakar. Perjalanan darah boleh terganggu akibat pengerasan arteri (arteriosclerosis), diabetes, tekanan darah tinggi atau tahap kolesterol dalam darah yang luar biasa tingginya. Diabetes (kencing manis) merupakan satu-satunya masalah utama yang boleh dikaitkan dengan lemah tenaga batin. Ia boleh menimbulkan kesukaran seksual lelaki pada sebarang usia melalui gangguan sistem perjalanan darah dan saraf yang terlibat untuk merangsang ketegangan. Kesannya, kira-kira setengah daripada penghidap diabetes lelaki akan menghidapi masalah lemah tenaga batin.


“Selain berpunca daripada keadaan fizikal, keadaan psikologi juga boleh menyebabkan masalah ini. Tekanan perasaan, bebanan kerja, keletihan, perkahwinan yang tidak harmoni juga boleh menyebabkan lelaki menghadapi masalah ketidakupayaan. Sebenarnya, masalah ini adalah masalah perubatan yang biasa dan lelaki tidak pernah keseorangan menghadapinya. Cuma, tanpa rawatan segera, ia boleh menyebabkan banyak masalah emosi yang seterusnya menjejaskan imej diri, hilang keyakinan, ketegangan fikiran dan masalah perhubungan suami isteri.


Lemah Syahwat

Mungkin disebabkan oto-otot zakar telah mengecut atau lemah. Ubat-ubat homeopati untuk menguatkan otot-otot supaya kembali normal.


Lelaki yang lemah zakar alat kelaminnya kelihatan normal. Tetapi batang zakarnya tidak dapat menegang sehingga tidak dapat menembus ke dalam liang faraj waktu bersetubuh. Hal ini seterusnya boleh mengakibatkan gangguan jiwa.


Adakah Ketegangan Menjadi Masalah ?

Soalan ini sering dikemukakan kepada Prof Nik Omar oleh lelaki yang mempunyai masalah ketegangan. Apakah ianya besar ?Jawapannya , Ya !


Sila soal diri anda sendiri, apakah anda dapat memberi kenikmatan seksual kepada pasangan anda, sekiranya zakar anda tidak tegang? Walaupun isteri anda tidak memberi apa-apa komen terhadap keupayaan seksual anda, tetapi dalam hati kecilnya, sememangnya mereka tidak puas melakukan seksual dengan anda.


Maksudnya anda telah menghakiskan salah satu hukum Islam yang wajib terhadap isterinya iaitu kepuasan ‘Nafkah Batin’. Memberi kepuasan seksual terhadap isteri anda adalah suatu fitrah alam suatu bentuk biologi manusia yang wajib ditunaikan.


Ya! pastinya anda akan dapat memberi kepuasan maksimum kepada isteri anda jika ketegangan anda mencapai 100 % tegang! Faraj Wanita telah dicipta dengan beribu, malah berjuta-juta saraf kecil yang mengelilingi dinding dalam dan luar faraj dan sekali gus akan merasa kenikmatan yang tidak terhingga bila mengadakan hubungan batin bilamana zakar mengesel saraf-saraf ini.

Lagu Pilihan : Ku Di Halaman Rindu - Lefthanded

Di tengah kepekatan malam
Berdiri aku di halaman rindu
Dihembus kenangan lalu
Menjelmalah seraut wajah
Sekuntum bunga yang pernah ku puja
Tapi layu akhirnya

Ingin ku tembus tembok silam
Dan membaiki kesilapan kita
Yang tiada kita rasa
Dahulu maaf tak bererti
Darah muda menguasai diri
Begitu mudah membenci

Ku di halaman rindu
Hanya berteman
Bunga yang layu
Ku di halaman rindu
Tiada harum
Tiada madu
Oh kesalku membeku di kalbu ( 2X )

Oh kasihku hanyalah untukmu
Oh sayangku penawar rinduku


Ingin muaturun lagu ini? Klik di sini.

Iklan

IPMart Online Shopping
Belian dalam RM

Jom Borak


Free chat widget @ ShoutMix

Kerana Agama...

Kerana Agama...
Imam Nawawi