Iklan

Gambar Pilihan

Gambar Pilihan
9

Rabu, 28 Januari 2009

Dibuli Yang Tersayang?



Ironi tetapi terjadi. Bila dah sayang, jiwa vulnerable lantas meninggalkan ruang ‘lembut’ untuk dimanipulasi pasangan. Dibuli bukan didera, dibuli bukan dipaksa, dibuli ialah melakukan sesuatu untuk memastikan pasangan gembira tanpa mengambil kira keadaan hati sendiri bagaimana. Jika nak guna perkataan dipukau cinta pun boleh juga. Mereka yang dibuli ini tidak datang daripada gender yang spesifik. Kedua-dua jantina pun merasa dan melakukannya. Membuli pasangan ini kadang-kadang berlaku tanpa disedari kerana diselimuti rasa syok apabila sering mendapat apa yang dihajati. Dari mata orang luar, pasangan ini kelihatan seperti begitu memahami dan mencintai, tetapi di dalam hati yang dibuli tiada siapa yang sedar sengsara yang dirasai.


Pasangan yang membuli tidak menggunakan kekerasan tetapi setiap kali anda harus mengikut kata mereka, cara mereka, keputusan mereka, rancangan mereka. Dalam erti kata lain, your say doesn’t matter, only hers/his. Di awal perhubungan mungkin yang dibuli merasa tidak mengapa kerana merasakan jiwa sangat menyayangi pasangan, namun jika kejadian membuli ini berlarutan, jiwa yang dibuli akan ‘makan dalam’ dan yang membuli pula semakin ‘naik lemak’. Kenapa jadi begini dan bagaimana untuk mengatasinya?


Jenis individu yang sering dibuli ini selalunya datang daripada golongan yang sukakan keamanan. Jika tercetus ketidakselesaan dalam perhubungan, pantas dia inginkan selesa itu kembali dan andai tercetus perbezaan pendapat atau keputusan, dialah insan pertama yang akan mengangkat bendera putih mengaku kalah. Setiap kali mengalah dengan mudah, kuasa dalam perhubungan akan berpindah kepada pasangan yang menang. Lantas, apabila pasangan anda mengetahui sifat cepat mengalah ini wujud dalam dirimu, peluang untuk anda dibuli itu tinggi. Sifat cepat mengalah ini bukanlah sesuatu yang negatif tetapi jika bertemu pasangan yang ‘bijak’ memanipulasi, anda akan sering mengikut cakap dia dalam semua keadaan. Pandai-pandailah menilai suasana untuk mengelakkan konfrontasi dan kadang-kadang anda perlu tegas supaya tidak dibuli. Biar bertegang urat beberapa kali dan dia tahu pendirian anda tentang hal tertentu daripada membiarkan diri diperkotak-katikkan pasangan anda selalu.


Takut kehilangan yang tersayang juga menjadi sebab mengapa ada yang mengikut sahaja apa yang disuruh atau diminta pasangan. Ada yang terfikir kalau aku tak buat apa yang disuruh, ada orang lain di luar sana yang rela melakukannya untuk dia, dan anda takut dia akan mencari orang lain. Tidak semestinya pasangan menakut-nakutkan, tetapi secara psikologinya anda merasakan begitu. Ketidakselesaan atau ‘threat’ yang diberi pasangan memaksa seseorang itu menurut segala kata dan tidak berani mengatakan ‘tidak’ atas permintaan pasangannya.


Sayang biar berpada, manja biar berbatas. Sayang tidak boleh dinilai dengan kesudian pasangan melakukan sesuatu untuk diri kita. “I suka this one necklace di Poh Kong. Nanti kita pergi beli ye?’. Walaupun tidak berduit, anda cuba juga kerana tidak mahu menghampakan si dia yang cukup teruja. Atau bagi lelakinya, “You nak balik jumpa mak you sakit ke? Tak payahlah, ramai lagi adik-beradik you boleh jengok”. Kerana sayangkan dia sangat, anda ikutkan saja walaupun hati tidak rela dan akhirnya diri diselubungi rasa bersalah yang amat sangat.


Dalam setiap perhubungan perlu wujudnya sikap tolak ansur dan saling memahami. Jangan setiap masa pun harus mengikut cakap pasangan, takut nanti orang kata yang anda terkena ilmu penunduk nasi tangas pula!

Tiada ulasan:

Iklan

IPMart Online Shopping
Belian dalam RM

Jom Borak


Free chat widget @ ShoutMix

Kerana Agama...

Kerana Agama...
Imam Nawawi