Iklan

Gambar Pilihan

Gambar Pilihan
9

Rabu, 18 Februari 2009

Cinta Tupai

Artikel dari "demipena"

“Korang jagalah orang perempuan baik-baik. Jangan mempermainkan orang perempuan. Kitorang sepatutnya dibimbing oleh lelaki, bukan jadi mangsa,” ujar salah seorang penghuni dengan sedikit tersekat. Tentu sekali kerana menahan sebak.



“InsyaAllah, kitorang ke sini pun untuk belajar sesuatu. Dan insyaAllah akan kitorang sampaikan pada yang lain di luar sana,” balas saya.



Itulah kenangan yang tiba-tiba menerjah ke ingatan semalam. Sambil menyiapkan sedikit kerja, saya memicit butang TV. Mencari siaran-siaran menarik. Saya berhenti di siaran Semanis Kurma sebentar. Tajuk ‘Ditebuk Tupai’ membuatkan saya ingin terus menonton.



Lebih menarik tetamu yang dijemput adalah dari rumah Raudhatus Sakinah. Sebuah nama yang tidak asing buat saya. Nasihat yang mengetuk pintu kenangan saya itu sendiri datang daripada salah seorang penghuninya.



Ketika saya ke sana dua tahun lepas, saya diberitahu rata-rata penghuninya terdiri daripada gadis–gadis pernah terjerat dengan kerakusan nafsu buas lelaki. Mempunyai sejarah hitam terpalit di ruang memori. Lazimnya terperangkap dengan istilah mulia yang digunakan dengan jijik, cinta!



JERAT PERCINTAAN?


“ Alfaisal, nak tanya. Kalau aku nak couple dengan seorang budak ni. Boleh ke?” tanya seorang kawan kepada saya melalui Yahoo Mesengger.



“Oh kau dah nak kahwin ek?” tanya saya.


“Eh taklah, agakla aku muda lagi kot hehe,” balasnya.


“Hehe habis kau nak ber’couple’ sebab apa?” Saya kembali bertanya.


“Sebab aku dah jatuh cinta kat dia,” luahnya.


“Oh begitu. Nak tanya boleh, cinta atau keinginan nak berpasangan semata?” soal saya.


“Ada beza ke dua-dua tu?” Dia pula tertanya.


“Ada, kita biasa sebut cinta itu fitrah. Fitrah ini bukan emosi semata tapi menyeluruh. Merangkumi rasional. Cinta bukan sekadar nakkan perhatian, nak kasih mengasihi. Tapi perlu juga jelas mana hala tujunya. Ada tanggungjawabnya,” cadang saya.


“Selain itu kalau bercinta mestilah lindung-melindungi sebab sayang kan?” Tanya saya.


“A’ah betul,” balasnya.


“Adakah dengan menjalinkan hubungan, keluar dating, bagi dia harapan dan bagi dia risiko untuk terjebak dengan zina. Lagi haru, posibility kosong untuk bertanggungjawab ke atas dia melalui perkahwinan. Tu melindungi ke?” Soal saya.


“Emm… tak kot,” jawabnya pendek.


“Kalau dah bertunang pun kita tak boleh buka ruang yang boleh buat pasangan kita jatuh dalam kerosakkan dan membelakangkan Tuhan. Inikan pula yang langsung takda rancang pun nak kahwin,” jelas saya.


“Betul jugak,” balasnya.


“Jangan jadi macam kambing hehe,” ujar saya.


“Hah, kenapa pulak kambing ni haha,” dia tertanya.


“Iye la, kambing ni bila dia rasa nak berpasangan, dia ‘kahwin’ sesuka hati. Hilang dah kehendak tu. Buat selamba je ‘blah’. Dia mana tahu erti tanggung jawab, lindung melindungi, lengkap melengkapi. Tapi kita ni manusia, ada benda kena TANGGUNG dan nak JAWAB jumpa Tuhan nanti,”


“Tapi kalau mengaku diri macam kambing tak boleh buat apa la haha,” tertawa saya disambut dengan tawanya juga.


Kadangkala kita keliru, apakah itu cinta dan apakah pula sebuah keinginan semata. Akibat keliru maka kita membiarkan diri menyentuh dan disentuh walaupun belum halal. Akibat keliru kita membiarkan diri merosak dan dirosakkan.


Semua atas nama kononnya cinta.


IKUT PERASAAN MENGUNDANG RABUN JAUH

“Saya sebenarnya pernah terlanjur dengan si fulan. Dah banyak kali. Tapi saya sekarang dah insaf, apa saya perlu buat untuk bertaubat?” Luah seorang gadis meminta nasihat.


“Hmm, Alhamdulillah baguslah kalau sedar apa yang dibuat sebelum ni salah. Itu satu permulaan yang baik. Insaflah dengan sebenar-benar insaf. Jangan ulangi, dekati pun jangan kesilapan lalu tu. Itulah taubat,” saya berkongsi sekadar apa saya tahu.


“Masih belum terlewat untuk mula hidup baru.” Tambah saya lagi.


“Tapi kan, saya tak dapat nak tinggalkan si fulan tu. Sebab saya sayangkan dia,” ujar gadis tersebut.


Dari perbualan kami, saya mendapat tahu bahawa lelaki tersebut masih belum insaf. Rupanya, gadis ini sendiri tahu bahawa memang buayafriendnya itu sering bertukar-tukar pasangan di ranjang.

Sungguhpun begitu dia masih sukar meniggalkan buayafriendnya. Semua kerana sayang yang keliru. Dan gagal melihat ke mana gaya hidup tidak sihat sebegitu akan membawa mereka. Malah azabnya mungkin tidak perlu menanti selepas ajal, tetapi datang menghukum ketika hidup.


Semalam di dalam rancangan Semanis Kurma yang membincangkan isu Ditebuk Tupai. Terdapat panggilan daripada seorang wanita berkongsi masalah yang dilaluinya. Dia menceritakan bagaimana sebelum berkahwin, dia sering bertukar-tukar pasangan di ranjang.


Dia kemudiannya insaf dan menerima lamaran seorang lelaki untuk dijadikan isteri kedua. Lelaki tersebut tahu sejarah hitamnya dan bersedia menerimanya seadanya.


Tetapi si suami tadi dikatakan mempunyai tabiat panas baran. Dan setiap kali dia marah, dia akan mengungkit-ngungkit kisah silam wanita terbabit. Malah mula menyatakan perasangka bahawa mungkin sewaktu ketiadaannya. Wanita tersebut mengulangi tabiat lamanya.


Saya mengasihani nasib wanita terbabit. Sememangnya itu satu ujian daripada Allah SWT untuk meninggikan martabatnya andai dia berjaya mengharunginya. Dan terdapat pengajaran yang boleh kita ambil daripada perkongsiannya.


Perkongsiannya mengingatkan saya kepada kata-kata ustaz Hasrizal di dalam artikelnya,


“Di dalam artikel saya sebelum ini, saya berkongsi nasihat dengan adik-adik bahawa jika mereka yang bercouple dan buat ‘ringan-ringan’ sebelum berumahtangga akan menghadapi kesannya di masa hadapan. Apatah lagi jika terjebak ke kancah zina. Selepas berumahtangga, si suami akan terfikir, “jika dengan aku dia berani berzina, apa yang boleh menghalangnya dari berzina dengan orang lain?” Kecurigaan ini menyebabkan jiwanya gelisah setiap kali meninggalkan isteri di rumah. Manakala si isteri berfikir dengan kecurigaan yang sama. Akhirnya rumahtangga itu penuh dengan syak wasangka dan pantang ada yang mencuit, pasti berbalas tuduh menuduh. Inilah yang maksudkan sebagai “dosa hari ini, menjadi kecurigaan esok dan selamanya”…


Maka seharusnya ia menjadi renungan, pintu taubat sentiasa terbuka luas. Jangan kerana sayang yang keliru. Kita dihinggapi rabun jauh hingga sukar untuk melihat lebih daripada sekadar semalam dan hari ini.


Yang akhirnya mengundang duka di masa hadapan.


Sekiranya apa yang kita faham sebagai ‘kopi’ adalah sekadar cecair hitam. Maka mungkin apabila kita mencari kopi untuk diminum, kita terminum minyak hitam untuk kereta. Lantas mengundang bahaya.


Tetapi seandainya kita benar-benar tahu kopi itu bagaimana aromanya, rasanya, pekatnya. Tentu tidak akan tersilap antara kopi dengan pelbagai cecair lain.


Jadi, fahamilah apa itu cinta dengan sebenar-benar faham. Moga tak terperangkap dalam kekeliruan. Hingga ada yang jadi tupai, ada yang jadi kelapa.


alFaisal

Kuala Lumpur

Tiada ulasan:

Iklan

IPMart Online Shopping
Belian dalam RM

Jom Borak


Free chat widget @ ShoutMix

Kerana Agama...

Kerana Agama...
Imam Nawawi