Iklan

Gambar Pilihan

Gambar Pilihan
9

Selasa, 17 Februari 2009

Ditebuk Tupai



Artikel dari blog "mannyzain"


Aku baru habis menonton rancangan Semanis Kurma di TV9. Aku sangat suka menonton rancangan ini kerana ia membincangkan isu-isu semasa hal-hal berkaitan dalam agama Islam. Boleh kata aku tidak miss menontonnya pada tiap-tiap minggu. Isi kandungan yang dibincangkan sangat menarik. Ia diacarakan oleh sepasang suami isteri pendakwah iaitu Ustazah Datuk Siti Norbahiyah dan suaminya Ustaz Wan Akashah. Di samping mengamati isi kandungan rancangan tersebut, aku turut terhibur dengan telatah mesra mereka suami isteri.


Isu yang dibincangkan pada malam ini adalah "Ditebuk Tupai". Untuk isu malam ini, aku tak sempat kenal siapa panel jemputan kerana housemate aku asyik menukar siaran bergilir dengan TV3 yang menyiarkan cerita hantu bertajuk "Keliwon". Dan salah seorang panel lagi adalah seorang perempuan berpurdah yang dinamakan "Puteri" (aku tak pasti ini nama sebenar atau bukan). Selalunya rancangan ini menjemput para pasangan suami isteri dari kalangan selebriti, tapi pada malam ini tiada pula. Tak apa lah. Tujuan aku tonton rancangan ni bukan nak tengok artis pun.


Berbalik pada isu asal rancangan ini, ia agak panas dibincangkan kerana ia kebanyakannya berkaitan remaja dan perempuan (lelaki pun sama!!). Terdapat ramai pemanggil yang berkongsi masalah mereka pernah ditebuk tupai dan tak kurang juga yang berkongsi pendapat tentang isu yang dibincangkan. Ada yang tidak segan silu mengaku pernah ditebuk tupai dan telah berkahwin malah ada yang bahagia. Tapi ada juga yang sedih kerana suami mengungkit sejarah hitam si isteri.


"Puteri" yang dijemput sebagai panel khas memandangkan dia ada pengalaman ditebuk tupai berkongsi kisah silamnya di sini. Dia sekarang di bawah perlindungan rumah Raudhatus Sakeenah setelah hilang punca akibat mengandungkan anak luar nikah bersama bekas kekasihnya. Agak sedih kisahnya kerana ditinggalkan kekasih yang pernah berjanji untuk bertanggungjawab pada dirinya dengan menikahinya. Tetapi tidak tercapai kerana dihalang keluarga. Mungkin dengan sebab itulah dia meminta perlindungan di rumah Raudhatus Sakeenah bagi membela nasibnya.


Kadang-kadang aku terfikir, kenapa mereka boleh terlanjur untuk melakukan perkara sebegini. Apakah mereka sudah lupa yang Allah itu ada? Adakah mereka tidak tahu yang perbuatan mereka itu salah? Adakah mereka hanya memikirkan keseronokan dunia semata-mata sehingga lalai mengingati diri sendiri? Adakah mereka memberontak dengan masalah keluarga dan mencari ketenangan dengan melakukan perkara-perkara yang dilarang itu? Aku sendiri tidak ada jawapan untuk itu. Aku tiada pengalaman dan tidak berpeluang mempunyai kawan yang menceritakan segala sejarah hitam yang sebegini. Jadi aku kurang daya untuk menaakul masalah ini.


Aku teringat pada suatu malam aku dalam perjalanan pulang ke UPM setelah bercuti panjang di kampung halaman dan menaiki bas seperti biasa. Di sebelah aku seorang perempuan yang sebaya dengan aku. Manis wajahnya dan tinggi lampai orangnya. Bertudung litup dan kemas pula tu. Aku ramahkan mulut dengan memulakan bicara dan berkenalan dengan perempuan tersebut. Baik aku namakan dia dengan nama Nora (bukan nama sebenar). Bermula dengan bicara perkenalan Nora bercerita dengan aku pengalaman hidupnya yang tak pernah aku bayangkan akan aku lalui.


Dia tanpa segan silu mengaku yang dia pernah merasakan pengalaman seks sejak berusia 13 tahun (tingkatan 1) lagi. Walaupun bukan dengan keinginannya kerana katanya dia diguna-guna oleh seorang lelaki yang agak berumur (sudah berkahwin) yang juga seorang pendatang di kampungnya. Aku terfikir, umur 13 tahun apa yang seorang remaja yang baru nak kenal dunia tahu tentang seks? Aku sendiri tidak mengerti apa-apa pada waktu itu. Tersangat mentah. Kata Nora, sejak umurnya 13 tahun lagi, badannya memang serupa dengan badan wanita dewasa dan mungkin itulah sebab lelaki tersebut terpikat dengannya.


Sejak itu, hidup Nora seolah-olah dihantui. Dia tidak dapat lari dari lelaki itu dan sering berjumpa tanpa pengetahuan orang tuanya. Bertahun-tahun lamanya mereka berhubungan sehinggalah lelaki tersebut berpindah dari kampungnya dan dia masih meracau-racau mahukan lelaki tersebut. Nora sudah semacam orang gila jadinya. Ibu bapanya sudah puas berusaha mengubati Nora tapi gagal. Sehinggalah orang tuanya membuat umrah di Tanah Suci Mekah, barulah Nora pulih. Akhirnya dia mampu melupakan lelaki tersebut.


Setelah itu, dia berjaya menyambung pengajiannya diperingkat diploma dan hidup lebih ceria berbanding dulu. Tetapi cara hidupnya agak sosial. Mungkin kerana tersalah mengikut kawan-kawan yang hidup bebas di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Nora nyatakan pada aku, selepas lelaki itu pergi dia sudah tidak bergelumang dengan seks lagi walaupun kadang-kadang dia ingin melakukannya kerana sudah merasai kenikmatannya. Tapi dia cuba lupakan dan berusaha menahan nafsunya. Dia hebat!!


Cara hidupnya masih agak teruk kerana Nora juga pernah minum arak!! Katanya kerana ingin mencuba sahaja. Tetapi agaknya kerana dia alah dengan alkohol, badannya jadi merah-merah seperti udang dibakar sebaik sahaja dia minum dan terus dia berhenti mengambil minuman haram tersebut. Nora ada kekasih baru dan kadang-kadang layanan kekasihnya membuatkan dia rasa ingin merayu untuk seks tetapi cuba ditahannya. Nora pada waktu itu berharap dapat berkahwin secepat mungkin dengan kekasihnya kerana bimbang nafsunya tak dapat dikawal lagi.


Agaknya dia sudah berkahwin dan punya anak sekarang kerana sejak pertemuan pertama aku dengan Nora di dalam bas itu, aku dah tak temui dia lagi. Aku harap dia sudah merubah cara hidupnya menjadi lebih baik setelah berkahwin dan bahagia walaupun pernah ditebuk tupai.


Sebenarnnya aku amat sedih mengenangkan nasib remaja-remaja yang ditebuk tupai ini. Aku tiada hak untuk menghukum mereka kerana kesilapan mereka. Yang aku mampu lakukan hanyalah menghindarkan diri aku sendiri dari melakukan perkara yang terlarang ini. Terlalu banyak yang aku temui sejak bergelar Mahasiswa. Mungkin kerana aku mula temui pelbagai jenis ragam manusia yang kadang-kadang ada yang aku tidak sangka akan temui. Pelbagai pengalaman hidup aku tempuhi dan ia mendewasakan aku. Pilihan juga semakin banyak dan kadang-kadang sangat kabur. Keputusannya di tangan aku sendiri. Aku berharap sangat-sangat moga sentiasa dilimpahi hidayah dari Yang Maha Berkuasa dan dihindarkan dari segala perkara keji dan mungkar.

"A'uzubillahi min zalik..."

1 ulasan:

mal handsome berkata...

saya punya artikel tak masukkan ke? sampai hati...

Iklan

IPMart Online Shopping
Belian dalam RM

Jom Borak


Free chat widget @ ShoutMix

Kerana Agama...

Kerana Agama...
Imam Nawawi