Iklan

Gambar Pilihan

Gambar Pilihan
9

Isnin, 9 Februari 2009

Masker Untuk Mencerahkan, Menegang dan Melicinkan Kulit Wajah

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Hari ini saya nak masukkan tips membuat masker khas untuk mencerah, melicin, menegang dan menghaluskan kulit wajah.


Bahan-bahan :



1) 1 sudu besar
beras pulut yang telah digoreng (tanpa minyak) dan dikisar halus
2) 1 sudu besar susu tepung
3) 1/2 sudu besar madu
4) Telur putih daripada sebiji telur
5) Sedikit perahan limau nipis @ limau kasturi


Cara Penyediaan :



Campurkan ajer kesemua bahan dan gaul sehingga sebati. Pastikan masker yang anda buat itu
tidak terlalu keras atau tidak terlalu cair. Kalau terlalu keras, lebihkan putih telur, kalau terlalu cair, tambahkan beras pulut dan susu tepung.


Cara Pemakaian :



Bersihkan wajah anda terlebih dahulu. Selepas itu, sapukan masker tadi dengan menggunakan jari manis dan jari tengah ke seluruh wajah kecuali bahagian mata. Perlu diingatkan, anda mesti menyapukan masker tersebut
satu lapisan sahaja ke wajah anda. Jangan double. Sapuan akan menjadi tidak rata jika dibuat lebih daripada sekali. Biarkan ia sehingga kering. Jangan senyum, ketawa atau membuat sebarang mimik muka pada waktu ini. Setelah kering, tanggalkan perlahan-lahan masker tersebut menggunakan air suam-suam kuku. Masker ini akan melekat dengan agak kuat ke kulit wajah anda. Jadi, adalah dinasihatkan supaya anda berhati-hati semasa menanggalkannya. Buat perlahan-lahan sehingga semuanya tanggal.


HASILNYA!!!



WOW! Saya dapat melihat wajah saya yang berseri-seri, terasa tegang dan licin sebaik sahaja masker ditanggalkan. Betul! Tak caya cubalah buat sendiri. Ooops terlupa pula. Waktu pemakaian masker adalah pada
waktu malam atau pagi dan dibuat seminggu sekali sahaja. Jangan terlebih pakai lak. Ok, Selamat Mencuba.......

Petua ini diambil dari 'safiyyah_aryssa'

2 ulasan:

siti ajar bt yaakob berkata...

salam..nak cuba la...tapi malas nak sediakan bahan,...tapi nak cuba juga...insyaallah..tq

Rizal Yusuf berkata...

salam...xpe, take ur time...sambil2 tu cari la bahannya.

Iklan

IPMart Online Shopping
Belian dalam RM

Jom Borak


Free chat widget @ ShoutMix

Kerana Agama...

Kerana Agama...
Imam Nawawi