Iklan

Gambar Pilihan

Gambar Pilihan
9

Rabu, 18 Mac 2009

Jodoh Malu Menyapa Walau Umur Semakin Tua



Aida, 30 tahun, mempunyai karier yang membanggakan di sebuah firma pengiklanan terkenal di Kuala Lumpur. Beliau mempunyai rupa paras yang menawan serta perwatakan yang menarik, malangnya masih belum bertemu jodoh walaupun sudah beberapa kali mempunyai teman istimewa. Jika dilihat dari luar, tiada apa yang jelik atau janggal pada Aida tetapi dirinya sentiasa tidak bertuah dalam percintaan. Ibu bapa sudah mula bertanya bila lagi nak mendirikan rumah tangga, kawan-kawan sebaya sudah mula membanding jumlah ahli keluarga antara mereka tetapi bagi Aida, jodoh masih belum sudi menyapa. Hati cukup teruja untuk membina keluarga, malangnya belum ada sesiapa yang datang melamar.


Masalah sukar bertemu jodoh sudah semakin berleluasa lebih-lebih lagi di bandar besar seperti di Kuala Lumpur di mana ramai wanitanya berkerjaya dan lelakinya juga sibuk bekerja. Terlalu fokus dalam membina kerjaya, hubungan diabaikan dan apabila tiba masa untuk mendirikan rumahtangga, calon tiada. Walaupun di zaman ini, umur 30-an tidak lagi dianggap andartu, mereka yang masih sendiri tidak boleh lari daripada merasa tertekan dengan ‘kekurangan’ di dalam hidup mereka.


Menyentuh isu umur, angka berapakah yang sesuai untuk memulakan keluarga? Sering 20 ke 25 dianggap terlalu muda, 26 hingga 30 ramai yang ingin fokus pada karier, 31-35 sudah memasuki zon merbahaya, 36-40 sudah ingin retire atau putus asa. Sekiranya diri telah bersedia tetapi bakal suami atau isteri masih lagi halimunan, bagaimana? Tiada jalan senang untuk menyelesaikan masalah ini kerana tidak mudah untuk menyatukan dua jiwa. Walaubagaimanapun, there are options untuk dicuba.


Untuk yang lebih berani, jika jodoh tidak datang, cari! Banyak cara yang boleh dicuba untuk mencari cinta secara aktif. Lelaki boleh juga meminta ibubapa untuk recommend seandainya tiada masalah untuk menerima pilihan mereka. Selain daripada itu, pasarkan diri anda. Jangan salah tanggapan, bukan menyuruh menjadi murahan tetapi anda perlu berada di dalam lingkungan yang membolehkan anda mempunyai peluang untuk dikenali. Jika ada jamuan yang dianjur teman, lapangkan masa untuk pergi dan pastikan penampilan dan perwatakan anda sopan dan menarik. Jika teman mengaturkan temujanji untuk anda, jangan fussy dan inginkan yang itu ini. Pergi dahulu dan lihat sejauh mana kesesuaian anda berdua.


Chat juga merupakan gelanggang mencari jodoh zaman ini; cuma hati-hati dalam mengatur langkah di alam siber ini kerana ramai juga suami orang mengaku bujang sering menyapa anak dara di dalam chat. Tips berguna untuk mengetahui si lelaki sudah berpunya atau tidak, minta alamat rumah dan katakan anda ingin menghantar sesuatu kepadanya. Jika dia sudah berpunya, lihat sahaja cara dia berdolak-dalih tidak berani memberi alamat. Untuk yang lebih daring boleh menggunakan servis mencari jodoh di samping berdoa banyak-banyak kepada Ilahi agar ditemukan jodoh anda dengan segera. Networking juga boleh membantu, minta tolong rakan-rakan anda untuk kenalkan kenalan mereka yang masih sendiri dan ingin berkenalan. Untuk menggunakan pendekatan ini, muka kena tebal sedikit tetapi kalau usaha, pasti kejayaan akan menjadi milik anda.


Tetapi, jika anda rasa semua ini hanyalah menunjukkan anda terdesak, pilihlah untuk just let it be. Anda percaya jika ada jodoh, sooner or later mesti akan kamu temui juga pasangan untuk dirimu. Pekakkan telinga dengan cakap-cakap orang dan anda teruskan kehidupan anda secara biasa. Tetapi harus diingatkan agar sentiasa peka dengan kehadiran calon-calon pasangan hidup di sekitar anda kerana takut dia sudah datang tetapi anda tidak perasan kehadirannya.

Tiada ulasan:

Iklan

IPMart Online Shopping
Belian dalam RM

Jom Borak


Free chat widget @ ShoutMix

Kerana Agama...

Kerana Agama...
Imam Nawawi