Iklan

Gambar Pilihan

Gambar Pilihan
9

Rabu, 17 Jun 2009

Saya Mudah Terangsang

PERTANYAAN


Saya adalah seorang pelajar sekolah lanjutan. Saya cinta

kepada agama dan tekun beribadah. Tetapi saya menghadapi
suatu masalah, iaitu mudah terangsang bila melihat
sesuatu yang boleh membangkitkan syahwat, dan hampir-hampir
saya tidak dapat menguasai diri dalam hal ini. Keadaan ini
membuat saya gusar kerana harus sering mandi dan mencuci
pakaian dalam. Bagaimana saranan Ustaz untuk memecahkan
kebuntuan ini sehingga saya dapat memelihara agama dan
ibadah saya dengan baik?


JAWAPAN oleh Dr. Yusuf Qardhawi :



Pertama, saya berdoa semoga Allah memberi berkah kepada

anda, pemuda yang begitu besar perhatiannya terhadap agama
yang lurus ini, dan saya minta kepada anda agar sentiasa
berpegang teguh denganNya dan tetap taat kepadaNya, jauh
dari teman-teman yang jelek perilakunya, serta sentiasa
menjaga agama dari gelombang materialisme dan kebebasan,
yang telah banyak merosak pemuda-pemuda dan remaja-remaja
kita. Juga saya sampaikan khabar gembira kepada anda bahawa
anda boleh tergolong dalam anggota tujuh golongan yang dinaungi oleh
Allah pada hari tidak ada lagi naunngan selain naungan-Nya,
selama anda taat kepada-Nya.


Kedua, saya nasihatkan kepada saudara penanya agar

memeriksakan diri kepada doktor pakar, barangkali
problem yang dihadapi itu semata-mata berkaitan dengan
suatu organ tubuh tertentu, dan para doktor tentunya
memiliki ubat untuk penyakit seperti ini. Allah berfirman:


"... maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai

pengetahuan jika kamu tidak mengetahui." (An Nahl: 43)


Rasulullah saw. bersabda:



"Tidaklah Allah menurunkan suatu penyakit melainkan Ia juga

menurunkan ubat untuknya." (HR Ibnu Majah dari Abu Hurairah)


Ketiga, saya nasihatkan juga kepada anda agar menjauhi -

sekuat mungkin - segala hal yang dapat membangkitkan
syahwatnya dan menjadikannya menanggung beban serta
kesulitan (mandi dan sebagainya). Adalah suatu kewajipan
bagi setiap mukmin untuk tidak menempatkan dirinya di
tempat-tempat yang dapat menimbulkan kesukaran bagi dirinya
dan menutup semua pintu tempat berhembusnya angin fitnah
atas diri dan agamanya. Semaklah kata-kata hikmah berikut:


"Orang berakal itu bukanlah orang yang pandai mencari-cari

alasan untuk membenarkan kejelekannya setelah terjatuh
kedalamnya, tetapi orang berakal ialah orang yang pandai
menyiasat kejelekan agar tidak terjatuh ke dalamnya."


Diantara tanda orang soleh ialah menjauhi perkara-perkara

yang syubhat sehingga tidak terjatuh ke dalam perkara yang
haram, bahkan menjauhi sebagian yang halal sehingga tidak
terjatuh kedalam yang syubhat. Rasulullah saw. Bersabda:


"Tidaklah seorang hamba mencapai darjat muttaqin (orang

yang takwa) sehingga ia meninggalkan sesuatu yang tidak
terlarang kerana khuatir terjatuh pada yang terlarang." (HR
Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Hakim dari Athiyyah as-Sa'di
dengan sanad sahih)


Keempat, setiap yang keluar dari tubuh manusia - kerana

melihat pemandangan-pemandangan yang merangsang - belum
tentu mani (yang hukumnya wajib mandi jika ia keluar). Boleh
jadi yang keluar itu adalah mazi, iaitu cairan putih,
jernih, dan likat, yang keluar ketika sedang bercumbu, atau
melihat sesuatu yang merangsang, atau ketika sedang
mengkhayalkan hubungan seksual. Keluarnya mazi tidak
disertai syahwat yang kuat, tidak terpancut, dan tidak
diahkiri dengan kelesuan (lesu, letih), bahkan kadang-kadang
keluarnya tidak terasa. Mazi ini hukumnya seperti hukum
kencing, yaitu membatalkan wudhu (dan najis) tetapi tidak
mewajibkan mandi. Bahkan Rasulullah saw. memberi keringanan
untuk menyiram pakaian yang terkena mazi itu, serta tidak harus
mencucinya.


Diriwayatkan dari Sahl bin Hanif, ia berkata, "Saya merasa

melarat dan payah kerana sering mengeluarkan mazi dan
mandi, lalu saya adukan hal itu kepada Rasulullah saw.,
kemudian beliau bersabda, 'Untuk itu, cukuplah engkau
berwudhu.' Saya bertanya, Wahai Rasulullah, bagaimana dengan
yang mengenai pakaian saya? Beliau menjawab, 'Cukuplah
engkau mengambil air setapak tangan, lalu engkau siramkan
pada pakaian yang terkena itu.'" (HR Abu Daud, Ibnu Majah,
dan Tirmidzi. Beliau berkata, hasan sahih)


Menyiram pakaian (pada bagian yang terkena mazi) ini lebih

mudah daripada mencucinya, dan ini merupakan keringanan
serta kemudahan dari Allah kepada hamba-hamba-Nya dalam
keadaan seperti ini yang sekiranya akan menjadikan melarat
jika harus mandi berulang-ulang. Maha Benar Allah Yang Maha
Agung yang telah berfirman:


"... Allah tidak hendak menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak

membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu,
supaya kamu bersyukur." (Al-Maa'idah: 6)


Wallahu a'lam.


-----------------------
Fatwa-fatwa Kontemporari
Dr. Yusuf Qardhawi

Tiada ulasan:

Iklan

IPMart Online Shopping
Belian dalam RM

Jom Borak


Free chat widget @ ShoutMix

Kerana Agama...

Kerana Agama...
Imam Nawawi